Perasan atau tidak sabun pencuci pinggan di rumah begitu cepat habisnya. Kadang-kadang tak sampai sebulan, terpaksa beli yang baharu. Lagi-lagi bila menggunakan sabun pencuci pinggan jenis cecair, terasa ‘seronok’ sahaja menggunakannya. Sedar-sedar habis setengah botol dituang.
Itu belum cerita lagi bila anak-anak mencuci pinggan mangkuk, mahu sebotol habis dituangnya. Selagi tidak berbuih banyak selagi itulah dituangnya cecair pencuci pinggan mengikut sesuka hati.
Jadi terfikir-fikir juga cara bagaimana untuk kita dapat berjimat. Oleh itu, apa kata guna trik atau teknik yang dipraktikkan oleh Puan Roslina ini.
Menurutnya daripada sebotol sunlight 1 liter dia boleh jadikan 6 liter sabun pencuci tanpa menjejaskan keupayaan bahan pencuci tersebut menanggalkan kesan minyak dan kotoran yang ada pada pinggan mangkuk.
Sungguh menarik perkongsian ini, bukan dan rugi kiranya jika tidak dicuba.
Bahkan menurut Puan Roslina lagi, dia sangat bersyukur mempraktikkan kaedah ini. Sejak dia mengamalkan cara ini dia dapat berjimat. Dulu dalam sebulan dia menggunakan 3 botol yang 1 liter. Sekarang ini dengan 1 liter, sebulan pun tak habis.
Ads
Jadi buat anda yang ingin mencuba berjimat dengan menghasilkan cecair pencuci ini, begini caranya.
Garam halus setengah kilo, nanti tambah air panas dalam tu. Kacau sampai larut baru letak dalam botol berisi sunligth.
Ads
Selepas itu tambah air paip biar penuh baru goncang biar sebati.
Sedia untuk digunakan.
Ads
Anda mesti tertanya-tanya kenapa perlu letak garam?
Menurut salah seorang pemilik akaun Twiiter @aiman_ideris, sabun akan jadi lebih berkesan jika ditambah dengan garam. Setiap pencuci sabun sememangnya mempunyai komponen utama iaitu sodium (Na) yang dikenali juga sebagai garam. Salah satu sebab kita tambahkan garam supaya garam itu cair dalam larutan sabun kemudian jadikan cecair itu lebih pekat.
Sekarang ramai yang menggunakan pagar design Share Plank ini untuk nampak lebih moden, menarik dan dalam masa yang sama menjadikan ruang kediaman lebih privercy. Pun begitu tidak dinafikan untuk transform paga sedia ada dengan pagar tersebut menelan belanja yang boleh mencecah ribuan ringgit.
Tapi sebenarnya kita masih ada cara untuk berjimat untuk mendapatkan pagar idaman ini, lain tidak bukan kenalah DIY sendiri. Jika buat sendiri bajet tidak sampai pun RM1000 untuk pagar sekeliling rumah seperti yang dikongsikan oleh Puan Nazziatul Nahira. Bagi anda yang teruja untuk membuat sendiri sepertinya, bolehlah jadikan panduan perkongsian ini. Selamat mencuba.
Pagar Rumah Nampak Lebih Berseri
Manfaat kan “stay at home” dengan DIY pagar rumah agar nampak lebih berseri.
Bagi yang nak buat macam ni costing ikut keluasan rumah…macam rumah saya costing nya seperti berikut :
Cement board : RM300 (5 keping besar)
Skru (stain steel) – RM170 (kalau low budget guna skru biasa pun boleh cuma lama-lama akan ada kesan karat
Cat Jotun (wheater shield) 2 tong (5 liter) – RM440 (nak guna cat biasa nanti cepat berlumut)
Saiz cement board : 4ft x 8ft
Saiz potongan cement board : 30inch x 6inch
Saiz skru (self drill) : 1inch
Tools yang digunakan :
Grinder (mata potong tile),cordless drill,tape,pensil,penimbang air/pembaris..
Pastikan alatan semua lengkap baru lah mudah buat kerja diy anda..
Langkah demi langkah
1. Potong cement board menggunakan grinder (mata potong tile) mengikut ukuran yang diingini.
2. Cat dan biarkan kering.
3. Mulakan pemasangan dengan menggunakan cordless drill. Pilih tapping screw 1ich.
4. Siap
Tips & info : Cement board saya beli di hardware dan sebaiknya sebelum pasang minta izin dengan jiran bagi yang berkongsi pagar pada bahagian tepi.
Pandangan orang yang skeptikal yang mengutuk anaknya, mohamed Neqayl Nedim atau lebih mesra dengan panggilan Ney Ney tidak comel dan sebagainya. Namun sebagai seorang anak seni Nora Danish akui sudah biasa dengan situaasi tersebut. Cuma sebagai ibu, sedikit sebanyak ia mendatangkan kesan pada dirinya.
“Sebagai anak seni saya dah biasa dengan kutukan dan kritikan. Tetapi apabila bergelar ibu, perasaan itu lain. Dulu waktu saya dan suami berkongsi berita dan gambar anak di instagram adalah dengan niat untuk pengikut sama-sama happy tanpa memikirkan keburukan di sebaliknya. Saya memang sedih tetapi suami banyak beri semangat. Dia kata tak semua orang suka dengan kita, tetapi pedulikan asalkan kita selesa dan suka dengan apa yang kita lakukan.
“Tetapi kini anak saya dipuji comel dan sebagainya, tetapi saya anggap biasa dan itu lumrah dengan apa yang orang cakap. Memang suami sangat cool dibandingkan saya. Mungkin kerana naluri seorang ibu.
Nora ditemui dalam satu majlis pelancaran kolaborasi Jovian X Oh Most Wanted semalam. Dalam majlis tersebut, Nora Danish mengumumkan bekerjasama dengan pereka feseyn terkenal, Jovian Mandagie dalam mengeluarkan koleksi istimewa Jovian Hijab dan Lip Cream edisi terhad.
Dua tahun bergelar suami isteri, akui Nora perselisihan faham adalah perkara biasa. Namun dia sangat bersyukur dan bertuah kerana dikurniakan suami yang cukup romantik dan penyayang orangnya.
“Dalam rumah tangga, tidak dinafikan ada turun naik, pergaduhan dan perselisihan faham. Itu perkara normal. Sementelah kami sama-sama pernah gagal dalam rumah tangga sebelum ini. Tetapi alhamdulillah, suami banyak bersabar dengan emosi saya.
“Dia juga rajin melayan tetapi kami sama-sama memberi semangat. Dia rajin memberikan hadiah seperti bunga. Waktu bercinta dulu tak pernah dia buat kejutan sedemikian tetapi lepas kahwin dia memang suka buat benda-benda yang sweet dibandingkan saya.
‘Bab menambah anak lagi memang kami ada pelan lebih-lebih lagi kami teringin untuk dapat anak perempuan pula. Tetapi saya ada sejarah fibroid sewaktu melahirkan Neyney, jadi doktor minta saya buang fibroid itu terlebih dahulu sebelum pelan untuk mengandung lagi.
“Waktu lahirkan Neyney, ada 3 fibroid dan hanya disedari waktu mengandung Neyney usia 8 bulan. Memang besar fibroid 10 cm waktu itu. Kerana itu saya terpaksa dibedah dan Neyney lahir awal, tetapi sampai sekarang saya takut untuk mengeluarkan fibroid. Mungkin trauma kerana waktu Ney Ney dibedah sedangkan Rayqal dulu normal,” ujarnya.
Fibroid membesar bersama kandungan
Lebih menakutkan apabila doktor membayangkan waktu itu dia bakal dibuang rahim dan sebagainya jika situasi kronik.
“Saya masih ingat waktu ditolak ke labour room, doktor jelaskan kalau ada pendarahan teruk, kemungkinan rahim bakal dibuang, dimasukkan ke ICU dan saya waktu itu memang menangis-nangis.
“Sampaikan suami yang takut darah pun terpaksa masuk sekali dalam OT kerana takut itu kali terakhir. Tetapi alhamdulillah, semua ok dan anak pun tak perlu dimasukkan ke inkabutor ketika itu,” jelas Nora yang mengakui sehingga kini takut untuk menjalankan pembedahan membuang fibroid.
Anak rapat dengan suami
Ditanya mengenai anaknya, yang dilihat lebih rapat dengan suaminya, jelas Nora orang tengok memang nampak anak lebih rapat dengan suami tetapi sebenarnya dia memang rapat dengan semua orang.
‘Suami memang rajin post gambaar dan video anak di instagram. Kami sama-sama suka kongsi dengan pengikut tentang kehidupan kami. Cuma memang saya akui Ney Ney kalau dengan ayahnya dia lebih gembira, senyum dan ‘adore’ dengan ayahnya. Apapun saya bersyukur kerana suami seorang ayah dan suami yang penyayang selain ringan tulang di rumah.”jelas Nora Danish lagi.
Tak beri anak instagram.
Melihat situasi kini dengan sikap netizen yang suka mengutuk dan sebagainya, jelas Nora dek kerana itu dia tidak membenarkan anaknya memiliki instagram.
“Kita kena adab di media sosial kerana apa yang kita cakap mewakili diri sendiri, ibu dan keluarga yang mengajar kita. Malu kalau dapat anak yang komen teruk. Jadi sebagai ibu dalam melindungi anak-anak, saya tak benarkan Rayqal memiliki instagram selagi tidak berumur 18 tahun ke atas. Biar mereka dan besar dan pandai fikir apa yang baik dan buruk.
Semua sedia maklum keburukan menghisap rokok dan rokok elektronik atau vape memberi kesan buruk pada kesihatan badan amatlah berbahaya. Macam-macam kes daripada tabiat buruk ini dilaporkan di dada akhbar tetapi masih lagi ada yang berdegil teruskan menghisap benda terlarang tersebut.
Antaranya pengalaman yang dikongsikan oleh seorang lelaki ini, kesan kesihatan badan yang dihadapi akibat merokok dan vaping telah memakan dirinya. Dia disahkan mengalami masalah paru-paru yang dipanggil spontaneous pneumothorax.
Diharapkan perkongsian individu ini menjadi asbab buat para perokok di luar sana untuk mengambil inisiatif berhenti merokok secara perlahan-lahan dan iktibar buat kita semua. Buat saudara Faris Ifwat, semoga anda diberikan kesembuhan kesihatan.
Paru-paru sebelah kanan dihimpit udara yang terperangkap dan kecut
Assalamualaikum. Alhamdulillah semalam saya telah pun discaj dari hospital setelah hampir seminggu ditahan di wad kerana sesak nafas atau masalah paru-paru yang dipanggil spontaneous pneumothorax akibat daripada vaping dan smoking (merokok).
Iaitu komplikasi di mana udara masuk ke rongga paru-paru menyebabkan paru-paru tak dapat mengembang. Situasi ini menyebabkan paru-paru sebelah kanan saya dihimpit oleh udara yang terperangkap dan seterusnya menjadi kecut.
Jadi setelah dibincangkan, doktor memberitahu saya untuk terus menebuk di bahagian kanan dada dengan segera dan meletakkan chest tube untuk mengeluarkan udara bagi membolehkan paru-paru bahagian kanan saya berfungsi dengan baik.
Tangan kanan tak boleh letak sisi badan sbb ada tiub. Tidola mcm tu 4 hari dengan tiub dlm paru2. Sakit dia tak terkata
Jika lambat…Boleh menyebabkan kematian!
Alhamdulillah selepas lebih 72 jam memakai chest tube, udara yang terperangkap dapat dikeluarkan. Dan chest tube ini terus ditanggalkan pada hari ke-4.
Sekarang paru-paru saya masih lemah dan memerlukan latihan bagi menguatkan balik paru-paru saya seperti biasa.
Di sini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada isteri saya, ahli keluarga saya, keluarga mertua saya, saudara-mara saya, doktor-doktor, jururawat dan semua staf hospital Teluk Intan dan rakan-rakan sahabat yang mendoakan kesihatan saya dan menolong dari segi mental dan fizikal dan menziarahi saya semasa terlantar di hospital.
Kena training paru2 bagi pulih seperti biasa
“Beringatlah sesama kita bertapa bahayanya benda alah ni”
Doakan saya agar pulih sepenuhnya dan doakan hati saya kental dapat mengharungi hari-hari tanpa vape dan rokok (pening nak demam semua ada yelah terpaksa berhenti mengejut).
Untuk kawan-kawan ku beringatlah sesama kita bertapa bahayanya benda alah ni. Dulu saya seperti anda smua tak percaya. Bila dah kena dekat diri sendiri baru ada akai orang cakap haha.
Untuk kawan-kawan yang bertanya rasa sakit macam mana bila mula-mula kena. Rasa sakit dia rasa macam susah nak bernafas. Nafas jadi pendek dan tercungap cungap, macam ada sesuatu menghalang saluran pernafasan dan pergerakan juga terbatas.
Rasa sakit dia hanya Allah saja yang tahu.
Sekian dari saya Mohamad Faris Ifwat. Check in Hospital Teluk Intan 21-26/7/22. Assalam.