Penyanyi Hafiz Suip meluahkan rasa terharu Dan syukur usai melihat penampilan terbaru isterinya, Nureffy Jesreel yang kini tampil berhijab
Perasaan tersebut diluahkn menerusi laman Instagramnya. Dalam perkongsian tersebut, Hafiz turut memuat naik gambar selfie bersama isteri tersayang.
“Ya Allah, semangat gila aku nak selfie dengan bini aku Ya Allah. Semoga hidayat ke seluruh alam. Amin, amin ya Rabbal’alamin. Cantik Nureffy,” katanya.
Esok umat Islam bakal menyambut 1 Syawal, pastinya segala persiapan tersedia untuk seisi keluarga. Bagi yang gemar tampil sedondon, pasti inilah saat yang dinanti-nantikan.
Ibu dan ayah orang yang paling sibuk saat ini dalam menyediakan segala keperluan seisi keluarga. Bertuah andainya dikurniakan pasangan yang cukup memahami dan sentiasa berlembut dengan anak isteri.
Berbeza bagi situasi yang pernah dilalui oleh puan Intan Dzulkefli baru-baru ini apabila melihat situasi seorang suami memarahi isterinya.
“Mahal-lah! Dah letak balik!” jerkah suara si suami.
Nampak reaksi sedih di wajah isteri dan anak yang ditempik.
Allah.. Kita yang berada berhampiran pun terasa tempiasnya.
Boleh rosak mood window shopping apabila melihat lelaki yang marah-marah isteri, marah-marah anak-anak di tempat awam begini.
Wahai encik suami, jika tidak mahu isteri memilih baju yang mahal, atau usik barang mahal bila keluar shopping, dalam rumah atau dalam kereta sila beritahu siap-siap berapa bajet yang ada. Larang siap-siap, dah lihat harga barulah boleh sentuh.
Orang perempuan ni bila dia lihat cantik, mulalah dia nak mencuba, atau dia suruh suaminya cuba. Kadang, dia cuma sentuh, belek-belek dan sekadar mencuba sahaja. Bukan nak beli sangat pun, tetapi bila reaksi suami yang marah-marah, boleh sedih dibuatnya isteri dan anak-anak yang ceria nak shopping barang raya tadi.
Berpakaian sedondon, buat persiapan raya ni memang seronok kalau semua sehati sejiwa, tak banyak cerita, suami beri izin dan support. Tiada perli-perli, tiada kata-kata menyakitkan hati.
Namun, kalau dapat salah satu pihak yang ‘bekeng’, itu tak nak, ini tak boleh, itu tak payah, ini membazir. Pendek kata semua pasangan nak buat, semua dibantah, semua nak marah-marah, terasa tak bermakna semua itupun.
Tiada makna jika baju sahaja lawa berwarna sedondon, tetapi hati penuh rasa tak puas hati sesama sendiri. Lebih baik tidak ada buat apa-apa, hati tak sakit, duit pun tak terusik. Walau akhirnya duit itu tetap akan habis juga, percayalah.
Biasa orang perempuan yang sibuk hendak sedondon, nak beli itu ini, buat persiapan raya. Sebab mereka seronok. Kadang isteri tak mahu susahkan suami, mereka sendiri berdikit kumpul duit untuk beli itu ini.
Bukannya apa, kebanyakan isteri kadang berkorban, guna duit sendiri untuk beli serba sedikit, untuk menjaga air muka pasangan juga bila tetamu berkunjung. Biarpun akhirnya orang akan fikir itu semua duit poket suami walau ada sesetengah suami, tak pernah ambil tahu pun.
Ya, demikianlah sayangnya, tak ramai suami fikir semua ini. Betapa hal-hal remeh ini sebenarnya mendatangkan rasa seronok di hati isteri. Sesetengahnya tak habis-habis fikir ini semua hanyalah membazir! Tak habis-habis nak menghabiskan duit!
Masih terkesan rasa hati ini dengan peristiwa tadi. Hati tisu betul ?
Wahai suami, hargailah isteri. Selagi tidak berlebihan, apa kata raikan sahaja permintaan mereka. Isteri dan anak-anak kalian sahajalah orang yang sudi pakai warna yang sama dengan kalian, berseronok meraikan hari lebaran bersama. Cuba tanya orang lain, tentu tak hingin mereka nak ada pakaian sama tona warna dengan kalian pun.
Jangan bila dah tiada nanti baru hendak terkenang, ‘kalau isteri saya ada… Tentu dia buat ini, buat itu bila nak raya macam ni…’ Dah terlambat! Itu semua dah berlalu…
Maaflah emosional sedikit.
Entahlah.. Doa diri ini buat semua isteri yang diuji dengan suami jenis begini, semoga rahmat Allah-lah semata yang mampu membahagiakan hati kalian, InsyaAllah. Biarpun mungkin tiada siapa mengiktiraf khidmat kalian dalam bab yang dianggap ‘remeh’ dan ‘membazir’ ini, percayalah, semoga ia bernilai pahala di sisi Tuhan.
Sempena malam-malam Ramadan yang bakal meninggalkan kita ini, jangan lepas dari bibir untuk berdoa, “Allahuma innaka afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’ fu anni,”
Moga Allah jugalah yang akan membalas kalian dengan sebaik-baik perhiasan, secantik-cantik pakaian di syurgaNya kelak di hari merayakan kemenangan paling besar, bertemu lelaki yang paling sayangkan kita, itulah dia Rasulullah SAW. Aamiin.
Hati mana yang tidak sebak apabila duit simpanan untuk meniti hari tua telah lesap sekelip mata akibat penipuan sindiket Macau Scam.
Begitulah yang terjadi kepada seorang jururawat yang berusia 53 tahun yang didakwa telah ditipu oleh sindiket itu wang berjumlah RM350,000 setelah mendakwa mangsa tidak membayar cukai pendapatan berjumlah RM55,800.82.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Kedah, Superintendan Elias Omar berkata, mangsa berusia 53 tahun yang menetap di Pokok Sena itu dihubungi seorang individu yang mengaku daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memaklumkan mangsa mempunyai tunggakan pembayaran selama 15 bulan.
Bagaimanapun katanya, mangsa menafikan perkara itu dan memberitahu tidak pernah membuka akaun syarikat perniagaan (SSM) dengan nama syarikat AR Maju Trading yang didaftar di Kelantan.
Namun sindiket ini pintar dengan muslihat dengan menyuruh mangsa untuk membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan untuk menafikan mangsa tidak terbabit dengan kes berkenaan.
“Mangsa yang panik membuat panggilan itu dan disambung dengan ‘Datuk Nurul Huda Saleh’ dari IPK Kelantan yang kemudian meminta nombor Mykad mangsa untuk membuat pemeriksaan.
Minta nombor akaun bank
Taktik sindiket ini berjaya apabika meminta mangsa memberi nombor kad ATM serta nombor akaun Tabung Haji dan akaun Bank Islam.
“Mangsa menyedari ditipu selepas mangsa pergi ke Bank Islam cawangan Alor Setar untuk mengeluarkan wang dan terkejut apabila membuat semakan baki mendapati wang simpanannya berkurangan,” kata Superintendan Elias Omar.
RM350,000 telah lesap!
Siapa sangka, mereka sekali lagi berjaya memperdayakan mangsa. Semakan yang dilakukan mangsa mendapati wang sebanyak RM350,000 telah lesap.
Katanya, mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Pokok Sena, pada 18 Januari. Beliau berkata, berikutan itu kertas siasatan telah dibuka dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.