Didik anak cinta solat merupakan satu cabaran besar kepada semua ibu bapa tak terkecuali selebriti Datin Rebecca Nur-Islam atau lebih mesra dengan panggilan Mummy Becca.
Ibu kepada tujuh orang anak ini mengakui anak-anak akan mengikut apa yang ibu bapa lakukan. Jadi sebagai ibu bapa, kita kena tunjukkan perbuatan yang baik di depan anak-anak.
Bagaimanapun lumrah anak-anak, masing-masing ada perangai yang berbeza-beza. Sudah tentu ada cabaran tersendiri yang perlu dihadapi dalam membesarkan anak-anak terutama bila melibatkan bab bersolat.
Bagi Mummy Becca sendiri, dia bukan seorang ibu yang garang atau menggunakan kekerasan dalam mendidik anak-anaknya walaupun pada anak-anak yang kadangkala tak nak dengar kata.
“Biasalah dalam ramai-ramai anak akan ada yang kadang tak nak dengar cakap kita terutama bila dia tengah asyik main game kita suruh berhenti dan solat. Biasanya saya akan ambil tindakan membebel je.
Macam anak saya Adam tu, kalau dia tengah main game kita suruh berhenti mandi dan solat tapi dia buat tak tau je, saya akan cakap kalau satu hari Mummy takde tiba-tiba, so macam mana. Dia akan terus bangun dan segera buat apa yang saya suruh,” kongsi Mummy Becca tentang pendekatan yang digunakan untuk menyuruh anak bersolat dalam sesi live Pa&Ma E-Workshop Kem Solat Anak Mudah, Seronok & Berkesan.
Gemar Berbual Dengan Anak
Menurut Rebecca cara tersebut didapati berkesan untuk membuatkan anaknya mudah mendengar kata selepas satu hari mereka sekeluarga membuat sesi berbual tentang kehidupan di meja makan.
FOTO: Instagram Rebecca Nur-Islam
“Masa kat meja makan tu saya berbual dengan anak-anak tentang pelbagai dugaan yang kita lalui dalam dunia sekarang ni, tentang kedatangan hari kiamat, tentang bagaimana kehidupan bila saya dan daddy mereka tiada nanti. Jika mereka selalu nak buat nakal dan tak nak dengar kata, asyik nak main games je. Tiba-tiba anak-anak saya menangis sebab takut kehilangan kami,” ceritanya.
Ads
Selain daripada itu Rebecca mendapati caranya yang sukar mengingatkan anak-anak tentang pentingnya bersolat untuk kekuatan mereka sendiri berkesan untuk membuatkan anak-anaknya mudah bersolat.
“Saya suka bercakap dengan anak-anak dr segi ingatkan dia masa akan datang. Walaupun nakal dan kadang-kadang tak nak dengar cakap mummy tapi kita kena solat sebab solat ni macam dinding kepada rumah.
Saya suka buat mereka berfikir. So kalau rumah tak de dinding apa jadi dengan rumah kita? Nanti mereka akan terfikirlah dan cakap tak cantiklah rumah kalau tak ada dinding.
Jadi macam tu lah dengan solat, kalau tak solat kita jadi lagi nakal dan tak nak dengar cakap mummy.
Selain dari itu saya juga bagitau mereka bila solat mereka boleh mintak doa pada Allah apa sahaja yang diinginkan. InsyaAllah akan dimakbulkan. Syukur kerana anak-anak saya memang anak yang mendengar kata.”
Pengalaman Bawa Anak Umrah
Rebecca yang baru empat hari pulang dari mengerjakan umrah bersama suami dan kesemua anaknya bersyukur kerana mereka semua mendapat peluang bersolat depan kaabah.
FOTO: Instagram Rebecca Nur Islam
Menurutnya peluang tersebut turut membuka mata anak-anaknya tentang amalan solat yang sentiasa diingatkan.
Ads
“Bila dapat peluang solat depan kaabah, mereka tanya kenapa macam-macam jenis manusia pelbagai jenis warna kulit bersolat depan kaabah. Saya beritahu mereka semua yang hadir di sini bersolat kerana Allah, sama macam yang mummy selalu pesan kat anak-anak. Semua mereka ada keinginan yang mereka nak dari Allah. Jadi mereka bersungguh-sungguh bersolat.
Secara tak langsung terutama anak-anak yang lebih kecil lebih memahami maksud solat yang selama ini mummy selalu ingatkan.
Katanya InsyaAllah apa yang kita didik dari kecil itu yang anak-anak akan amalkan sampai besar. Jadi peranan ibu bapa itu sangat penting dalam bab mendisiplinkan anak bersolat.
“Biasanya anak-anak yang masih kecil dalam usia 3 tahun ke bawah akan rapat dengan mummy dan daddy. The fact is anak akan tengok dan contohi apa yang kita selalu buat.
Contohnya kalau kita selalu baca al-Quran dan solat, mereka akan ikut perbuatan kita. Masa anak-anak kecil mereka selalu akan bentang sejadah bila saya nak solat. Lepas tu mereka buat aksi meniru perbuatan solat.
Adakalanya memang gelagat mereka tu lucu dan boleh membatalkan solat kita sebab tak tahan gelak. Tapi kita raikan sahaja gelagat anak-anak kecil sebab saya beranggapan masa kecil mereka hanya sekali, so apa yang mereka buat masa kecil semuanya jadi memori,” ujarnya yang tidak menggunakan pendekatan marah atau pukul anak.
Ads
Ambil Ustaz & Ustazah Ajar Anak Bersolat
Selain sentiasa mengingtkan anak-anak tentang solat, Rebecca turut mengambil ustaz dan ustazah untuk mengajar anak-anaknya bersolat di rumah.
“Walaupun kita memang ajar anak-anak solat di rumah tapi adakalanya terlepas benda-benda detail dalam mendidik anak-anak tentang solat. Anak-anak saya dah sedia maklum kelas solat mereka setiap hari apa dalam seminggu. Ustaz akan ajar anak-anak lelaki dan ustazah pula ajar anak-anak perempuan.”
Justeru Rebecca turut menyarankan agar ibu bapa lain yang mungkin tidak sempat untuk konsisten mengajar anak solat, boleh usahakan mencari ustaz atau ustazah yang boleh datang ke rumah mengajar anak-anak solat atau hantar mereka ke kelas-kelas atau kursus-kursus belajar solat sejak usia kecil.
FOTO: Instagram Rebecca Nur Islam
“Tetapi bagi yang ada masa macam suri rumah, memang beruntunglah boleh ajar anak bersolat. Yang penting kita kena konsisten ajar setiap hari. Ajar dalam 10 minit secara konsisten langkah demi langkah untuk bersolat bermula daripada ambil wuduk dan seterusnya.
Katanya, anak-anak kecil sangat bijak. Kalau kita ajar mereka secara konsisten InsyaAllah mereka akan ingat dengan mudah,” demikian menurut ibu yang memperuntukkan setiap hujung minggu untuk hari bersama anak-anak sambil buat ulang kaji secara santai.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Umumnya orang kita mahukan rumah yang bukan sahaja selesa malah cantik untuk dihuni bersama keluarga. Pun begitu, mencipta gaya dalam menghias kediaman, tidak dinafikan setiap kita mempunyai citarasa yang berbeza.
Maka tidak hairanlan sehinggakan ada sebahagiaannya gemar memperuntukkan wang yang banyak untuk melakukan transformasi ruang rumah.
Bukan sahaja ‘renovate’ bilik dan dapur bahkan pagar rumah juga kebiasaannya sengaja ditukar agar nampak lebih gah dan mewah dari pandangan umum.
Itulah senario biasa yang kita lihat di kejiranan kita, namun ini berbeza dengan masyarakat Cina yang rata-ratanya lebih ‘simple’ dan tidak berlebihan membelanjakan wang mereka semata-mata untuk kelihatan lebih menyerlah.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Ini sebagaimana perkongsian daripada Adam Kelvin berkenaan deko rumah masyarakat Cina yang mana telah menarik perhatian warganet.
Deko Rumah Masyarakat Cina?
Saya tak tau macam nak explain benda ni. Orang Cina selalunya jarang renovate rumah bagi nampak grand atau mewah.
Hiasan pun sangat minimum. Asalkan fungsi dengan baik, thats it. Kalau renovate pun, kami make sure reno yang penting-penting dan amat berguna saja.
Contohnya, buat table top dan cabinet kitchen atau pun extend ruangan dapur untuk buat laundry.
Of course la kabinet kan tempat untuk simpan mangkuk-mangkuk. Eh? Asal lain macam je bunyinya?
Tak Perlu Nampak Mewah
Dari segi perabot pula, kami tak spend terlalu banyak untuk impress tetamu. Asalkan sofa tu berkualiti dan kemas, dah okaylah. Tak perlu nak nampak mewah ke apa.
Gambar hiasan
Meja makan pun simple. Tak ada deko bunga berat-berat atau hiasan atas meja sampai nak runtuh meja makan tu.
Yang penting fungsi meja makan tu saja. Langsir pun sama. Tak ada nak beli ropol-ropol nampak mewah tu. Just simple dan senang nak basuh. Senang nak maintain.
Hiasan dalaman pun sama.
Kalau korang biasa pergi rumah kawan-kawan chinese, rumah mereka sangat simple. Jarang sangat nak deko rumah nampak mewah. Perabot mewah atau grand pun jarang ada.
Kami hanya pentingkan cat berkualiti. Nampak kemas dan bersih. Setel! Haha.. Hiasan lampu pun sama. Jarang sangat yang pasang chandelier yang besar-besar. Kat siling pun jarang ada ukiran ke apa. Selalunya kosong saja.
Tu saya pelik bila kawan-kawan wife saya dah beli rumah tapi tak duduk lagi sebab nak kumpul duit design dan renovate rumah. Nak nampak mewah rumah tu.
Banyak rugi woo.. kena bayar sewa kat luar, pada masa yang sama kena bayar kepada bank duit rumah baru yang tak diduduki.
Selalunya kami takkan renovate rumah sekali semua. Buat sikit-sikit. Untuk permulaan buat asas dulu. Buat table top ke, cabinet kitchen ke atau extend dapur sikit.
Masyarakat kami sayang habiskan untuk renovate rumah semata-mata. Mostly kami tak perlukan validation dari orang luar yang kami ada banyak duit. Orang kaya ya. Saya tak kaya lagi. Haha..
Duit mostly kami habiskan untuk pendidikan, melancong dan makan.
Orang Cina cukup suka makan dan banyak spend duit untuk nikmati makanan yang sedap dan berkualiti.
Wife saya dulu makan je apa semua. Tapi bila berkahwin dengan saya, saya ajar dia nikmati makanan yang sedap. Dia sebelum ni makan tepi jalan je. Asalkan kenyang. Sedap ke tak belakang cerita.
Tapi prinsip orang Cina lain sikit. Mahal sikit tak apa. Asalkan sedap dan berkualiti. Memang kami banyaak spend duit untuk makanan.
Kemudian, masyarakat kami banyak habiskan duit untuk melancong. We dont really buy material, but we do buy experience.
Kami suka melancong untuk tambah pengalaman hidup. Kalau setakat reno rumah, duit sampai situ saja. Kepuasan tu hanya sementara. Takkan nak duduk rumah 24 jam je kan?
Hidup ni bukan nak puaskan hati orang. Tapi hidup ni untuk kayakan diri dengan pengalaman supaya bila tua nanti tak jadi orang yang membosankan. Kan?
Itulah yang ayah saya tanamkan sejak kecil. Rasanya ramai orang Cina pun dididik sebegitu. Hidup simple dan beli sesuatu bukan untuk menunjuk tetapi kepuasan atau reward diri selepas berkorban selama ni.
Membeli mesin basuh bukan sahaja bertujuan untuk memudahkan tugas mencuci pakaian, namun tidak dinafikan adanya mesin basuh ketika ini sebagai satu keperluan.
Tidak keterlaluan juga jika dikatakan dengan pemilihan mesin basuh yang hebat akan memberi nilai gaya pada ruangan. Umpamanya dengan memilih mesin basuh front loader ini yang dikongsikan oleh Bella Bahari. Jom semak terutamanya kepada sesiapa yang tengah mencari info tentang kelebihan mesin basuh front loader .
MESIN BASUH FRONT LOADER – Pros & Cons
Salam. Saya baru join group ni. Jadi terasa nak menyumbang ilmu sikit.
Saya dulu tinggal di UK hampir 7 tahun, jadi memang biasa sangat guna front loader ni (UK hanya guna front loader untuk jimat space/takde basah2). Now kat Malaysia masih guna front loader sejak 2 tahun lepas sebab kawasan yard sempit.
Pro:
1) Jimat space, boleh stack dengan dryer. Kalau taknak stack pun, atas machine masih boleh letak barang.
2) Jimat air. Front loader guna kurang separuh daripada air biasa untuk top loader.
3) Boleh adjust temperature. Contoh nak basuh baju cotton, atau yang nak disinfect sampai 60°C, ada yg lebih.
4) Nampak mahal. Kah!
Con:
1) Average masa basuh baju lagi lama daripada top loader. (Saya rasa biasa je, tapi ni salesperson cakap)
2) Kena guna specific detergent. Kadang depa panggil HE (high efficiency) detergent. Pastikan tulis LOW SUD (buih sikit). Since front loader guna air sikit, buih kena sikit, kalau tak buih melekat dalam machine so machine cepat rosak, atau baju tak bersih sebab tak bilas betul2/tak cukup air bila buih banyak sangat.
3) Capacity selalunya limited. Average front loader 7-9kg. Ada yg sampai 14kg, tapi harga pun mungkin mencanak.
4) Harga average front loader lagi mahal daripada top loader.
5) Jenis detergent limited. So far saya jumpa Top, Persil & Breeze biru sahaja.
6) Harga detergent lagi mahal daripada biasa. Tapiiiii since guna detergent sikit je (1 scoop je, sebab HE detergent cleaning power hebat, and nak elakkan buih banyak), so total usage mungkin lagi jimat.
7) Perasaan saya baju lagi senang kepam, walaupun sidai open air/bawah matahari. Compared to top loader. Taktau la saya je ke, atau humidity Malaysia ni membuatkan basuh baju air sikit jadi senang kepam. Kat UK ok je. (UK negara sejuk & kering, Malaysia kategori panas & lembap). Tapi ni perasaan saya je kot.
8)Front loader takleh masuk baju dah once dah start running, kalau idok air dia melimpah. Top loader dah jalan separuh masa pun boleh tambah baju lagi.
Kesimpulan:
Saya still prefer top loader, sebab rasa lagi bersih/baju lagi fresh/ kapasiti besar boleh basuh duvet. Taaapiiiii faktor space membuatkan saya ambik front loader.
Gambar detergent dalam komen.
** Nota kaki:
– Nak stack washer/dryer kena guna bracket. Gambar ni tak sama sebab kontraktor tak pandai align. Kami dah alih bagi sama.
– Saya hanya pernah guna brand Electrolux, so tak boleh komen brand lain.
– Isu kepam: Detergent Top kurang sikit tahap kekepaman (?), cuma anak kami kulit sensitif jadi hanya boleh guna Persil. Dan kami tak guna softener langsung sebab again, anak kulit sensitif. Satu lagi, saya sangat sensitif dengan bau2. Suami cakap takde masalah kepam ke apa. Tapi saya memang particular bab2 laundry fresh ni.
*** Kalau ada yg pernah guna front loader ni share la kat bawah, untuk panduan orang lain juga. ***
Selamat memilih!
sumber : Bella Bahari
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tanaman herba juga sesuai dijadikan pokok hiasan di ruang dapur dengan syarat ruang dapur kediaman anda ada sumber cahaya.
Menariknya tanaman herba ini apabila di tanam di dalam bekas dan disusun rapi di ruang dapur akan menyuntik mood istimewa.
Malah paling berbaloi bila kita melakukan idea ini kita dapat menjimatkan belanja dapur secara tidak langsung.
Dalam memilih tanaman herba yang sesuai dipraktikkan adalah seperti pokok pegaga, kesum, daun bawang, pudina, bawang putih, pandan dan beberapa jenis tanaman herba yang lainnya.
Sekiranya anda baru hendak berjinak-jinak untuk menanam tanaman herba, dinasihatkan mulakan dengan beberapa spesis herba sahaja dahulu. Kemudian apabila telah mahir barulah boleh hasilkan kebun ataupun garden kitchen dengan pelbagai gaya mengikut citarasa anda.
Sebenarnya menanam pokok-pokok herba ini bukan hanya sesuai di tanam di dalam pasu, malah jika lebih kreatif pelbagai jenis dan bentuk bekas boleh digunakan. Tidak dengan itu sahaja, malah boleh menggunakan apa-apa bekas terbuang yang terdapat di sekitar kediaman.
Apa yang penting dalam pemilihan jenis-jenis bekas untuk kebun herba anda tersebut, mestilah ringan untuk mudah dialihkan dan mempunyai lubang di bawahnya untuk pengairan.
Ini penting kerana pokok herba secara umumnya tidak tahan dengan air bertakung. Akar pokok herba akan lemas dengan air dan seterusnya boleh menyebabkan pokok herba mati.
Antaranya idea yang menarik digayakan untuk tanaman herba di ruang dapur anda.
Botol
Olahan bekas daripada botol pelbagai warna apabila dijadikan bekas tanaman herba dan digantung di ruangan tingkap dapur menyuntik gaya yang tersendiri
Tin
Susu atau tomato puri yang habis digunakan, tinnya jangan dibuang. Sebaiknya jadikan sebagai bekas untuk menanam herba. Tampak begitu kreatif apabila diserikan bersama saduran car atau pun ikatan reben bagi mencipta identiti berbeza.
Cawan
Pilihan cawan atau mug juga boleh dijadikan bekas tanaman yang unik. Sama ada memilih dalam rona sekata atau berbeza corak, tetap memberi gaya dekorasi ruangan dapur yang tersendiri.
Bongkah kayu
Menarik juga dihadirkan diruang dapur. Bongkah kayu ini diilhamkan ringkas dan alangkah bagusnya jika turut di label nama tanaman tersebut. Ini secara tidak langsung anak-anak dengan sendirinya dapat mengenali pelbagai jenis tanaman herba dari dapur kediaman anda.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di