Dah jadi lumrah bila duduk di kawasan flat atau apartment, tak dinafikan terdapat banyak situasi dan perangai manusia yang mengjengkelkan yang perlu dihadap hampir setiap hari. Kalau sekali dua berlaku mungkin boleh bertolak ansur lagi. Tapi bila dah semakin ‘naik lemak’, ia sekali gus mengganggu kehidupan dan emosi jiran-jiran yang lain.
Begitulah yang dihadapi oleh seorang penghuni apartment @daddydos yang melepaskan rasa ketidakpuasan hati di TikToknya baru-baru ini. Akui kehidupan keluarganya tidak tenteram apabila lantai dan kain yang dijemur di luar sering berminyak, gara-gara wap yang terhasil daripada aktiviti jiran bawah unit apartmentnya memasak di beranda.
Difahamkan isu ini sudah berlanjutan dalam tempoh setahun. Segala usaha termasuklah bersemuka dengan wakil pihak pengurusan dan jiran tersebut sudah pun dibuat, namun begitu tiada sebarang perubahan berlaku.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen juga mempersoal apakah tujuan jiran tersebut memasak di bahagian luar walhal setiap unit apartment sudah dilengkapi dapur luas. Tidak ketinggalan, mereka turut berkongsi 1001 ragam tidak prihatin jiran di kawasan tempat tinggal masing-masing.
Idea yang kreatif, itu yang boleh diungkapkan tatkala melihat hasil kerja tangan ibu ini menyediakan peralatan khas untuk anak-anak belajar supaya rasa selesa ketika belajar.
Ibu ini menggunakan meja lipat tetapi menariknya dia menyorokkan’ meja dengan menjadikannya frame gambar.
Jom cuba perkongsian dari puan Dinas Elni . Transformasi yang simple tapi berkesan dan menjimatkan ruang.
Tips ‘Sorok’ Meja Lipat
Walaupun PDPR anak-anak ada meja masing-masing, yang umur 7 tahun kena belajar mengadap juga berdepan gitu. Meja lipat ni sangat membantu.
Tapi lepas guna mmg rasa serabut. Sekejap sandar tepi sana, sekejap situ, selalu hilang juga 😅
So kat mana nak sorok dia? Kat tempat yangobvious. Terlalu obvious sampai org tak tahu pun dia sebenarnya meja/dulang lipat.
Tipsnya cari gambar cantik² yang saiz sama besar dgn permukaan meja. Tampal situ. Kat sini ikutlah kemahiran masing-masing. Saya bercadang nak epoxy resinkan esok utk protection gambar supaya tak kena conteng, etc.
Kemudian sangkut ke dinding. Jenis hook dan cara sangkut ada dalam gambar. Nak guna ambil, lepas guna letak semula. Sebagai gambar ia takkan kumpul habuk sbb kerap dibawa turun. Saya mmg tak suka frame gambar sebenarnya sbb faktor habuk ni.
Now selain jadi meja, dulang dan rehal, ia juga jadi frame gambar.
Moga bermanfaat.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Dalam banyak-banyak seluar panjang yang kita ada pasti ada satu seluar yang cukup selesa dipakai. Jadi tidak hairanlah seluar tersebut akan kerap kali dipakai dan akhirnya boleh menyebabkan cepat pudar dan nampak lusuh warnanya.
Apatah lagi jika seluar tersebut warna hitam, andai pudar warnanya tentu terlihat begitu ketara. Hendak disimpan sahaja terasa sayang, apatah lagi untuk membuangnya memang tidak sampai hati.
Jadi bagaimana atasinya?
Mungkin ada boleh lakukan seperti perkongsian di bawah ini. Dengan beberapa langkah sahaja seluar lusuh anda boleh berubah nampak seperti baharu. Memang hebat!
Cara Hitamkan Seluar Yang Pudar Warnanya
Perkongsian video di aplikasi TikTok oleh pemilik akuan @erene__ ada menunjukkan cara mudah untuk melakukan proses menghitamkan semula seluar yang nampak pudar dan lusuh berubah warnanya menjadi lebih hitam persis seluar yang baru dibeli.
Perkongsian video tersebut telah menarik perhatian ramai yang teruja untuk mencuba dan sekali gus dapat berjimat daripada membeli seluar baru. Apatah lagi jika seluar yang lusuh tersebut adalah menjadi seluar yang selesa dipakai dan pastinya sayang untuk dibuang.
Berikut merupakan bahan-bahan diperlukan
Fabrik dye (2 peket dan pemati warna)
Air panas
Garam
Langkah 1 : Basahkan atau rendam seluar yang lusuh terlebih dahulu.
Langkah 2 : Di dalam bekas lain, masukkan air panas bersama garam. Kacau rata. Kemudian masukkan dye dan kacau lagi hingga sebati. Setelah itu rendam seluar tadi selama 30 minit.
Langkah 3 : Selepas itu jemur seluar tadi hingga kering
Langkah 4 : Ambil bekas dan campurkan pemati warna, garam dan air biasa.
Langkah 5 : Kemudian rendam seluar tadi di dalam bekas tersebut sehingga 2-3 jam dan jemur kembali buat kali ke 2.
Hasilnya seluar akan kelihatan hitam gelap dan nampak seperti baru. Apa yang menariknya lagi tag seluar tidak hitam pun. Memang berbaloi dan bolehlah dicuba!
Perancangan kewangan adalah sangat penting terutamanya jika kita sudah berkeluarga. Menyediakan makanan, tempat tinggal, pakaian dan sebagainya untuk anak-anak dan keluarga semuanya perlukan wang.
Andai duit sentiasa ada, tidaklah merungsingkan fikiran. Pun begitu, duit ini jika tidak diurus dengan baik, walau segunung sekali pun akan habis juga akhirnya. Lantaran itu kita perlu tahu cara atau amalan yang betul dalam menguruskan kewangan.
Di sini dikongsikan tip untuk anda praktikkan dan apa yang lebih menariknya jika diamalkan akan dapat mendidik diri berasa tenang walau diuji dengan wang simpanan yang semakin susut. Maklumlah hidup ini ada pasang surutnya.
Semoga perkongsian ini bermanfaat.
5 Tips Untuk Kita Sentiasa Tenang Bila Duit Makin Susut
Kalau boleh. Kita nak duit sentiasa ada. Bukak wallet. Duit ada hati lega. Duit makin kurang hati gelisah. Duit takde lagilah tak tentu arah.
Okeh ada 5 tips untuk kita supaya relaks, happy dan tenang. Walaupun bukak wallet, tapi kosong duit tak ada.
#Tips1
Setiap Kali kita terima duit. Asingkan kepada 3 bahagian. Untuk kegunaan, simpanan dan sedekah.
Duit sedekah boleh disedekahkan setiap hari atau setiap Jumaat atau pun setiap hujung bulan. Tak kisah. Terpulang pada pemberi sedekah. Sedekahkan setiap hari amatlah digalakkan.
Sekiranya biz online. Dapat je sales. Duit untung tu Boleh bahagikan 3. Duit modal tu simpan jejauh. Nak guna untuk restok barang. Senang. Duitnya dah ada.
#Tips2
Sekiranya setiap hari dah ada duit untuk simpanan tu. Setiap hari lah ke bank untuk menyimpan. Masukkan ke akaun bank tertentu. Mudah sangat sekarang ni transfer online je akaun tersebut. Klik je dihujung jari, then lupakan duit simpan tu. Tak payah nak kira berapa dah dapat simpan. Simpan dan tutup mata.
#Tips3
Bila keluarkan duit dari wallet. Tenangkan fikiran. Senyum. Iringi baca ayat 54 dari surah sad. “Inna haza larizquna maalahu minnafad”, bermaksud “sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak habis habis”
Baca dan fahami maksudnya. Masa kita baca sambil faham maksudnya hati kita yakin bahawa rezeki dari DIA. So walaupun duit tinggal seposen je pun dalam wallet. Hati dan minda kita tetap tenang kan.
#Tips4
Bila dapat saja duit. Masukkanlah duit dalam wallet dengan iringi ucapan Alhamdulillah ataupun baca Surah Al Fatihah. Amalan ini kita mensyukuri segala apa yang kita dapat.
Kan janji Allah. Setiap kali kita mensyukuri nikmat Allah pasti Allah tambah lagi nikmat pada kita.
#Tips5
Biasakan baca asmaul husna Ya Mughni (Maha Memberi Kekayaan). Bacalah 1000x setiap hari atau pun sebanyak yang boleh.
Bila kita sentiasa berzikir. Hati dan minda kita tenang. Kita akan sentiasa ingat padaNya.
So bila wallet kosong tak ada duit pun. Masih boleh senyum dan sentiasa berusaha ke arah kebaikan.
Banyak lagi sebenarnya doa, ayat al Quran, asmaul husna serta amalan yang boleh kita buat.
Kuncinya bila kita tenang. Apa jua kesulitan pasti Allah mudahkan. Paling penting. Tiang agama sentiasa ditegakkan. Itu yang wajib. Akhir sekali. Allah pasti bantu kita.
“Sesungguhnya, cara Allah memberi jalan keluar, tidaklah seperti cara yang kita sangka (masalah duit tidak semestinya selesai dengan duit)”
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.