Kapsyen yang ditulis penuh inspirasi, selebriti cantik berbintang Aries ini, telah melahirkan rasa kekagumkan kepada peminatnya sehingga ada yang meminta tip kecantikkan diri.
Soda bikarbonat memang banyak kegunaannya. Tidak hanya sebagai bahan untuk membuat kek dan aneka pastri lain tetapi rupanya banyak kegunaannya dalam memudahkan urusan rumah tangga. Tak kurang juga untuk mencantikkan seluruh tubuh kita.
Walaupun tiada sebarang kajian yang membuktikan kesahihan ini namun ramai yang mencubanya. Paling utama rata-rata mereka yang mencuba beberapa petua menggunakan bahan ini memberi tindak balas yang cukup hebat.
Benarkah? Kita tengok apa soda bikarbonat mampu lakukan untuk mudahkan urusan harian kita.
1. Bersihkan Microwave
Masukkan soda bikarbonat ke dalam bekas berisi air. Kemudian panaskan di dalam mikrowave selama 2 minit. Hasilnya kesan kotoran yang melekat dan bau yang tertinggal pada microvawe akan hilang. Kesan minyak juga lebih senang dicuci.
2. Buang Black Head
Campurkan 2 sudu soda bikarbonat dan masukkan 1/4 cawan jus lemon dalam mangkuk. Kacau sebati dan sapu rata ke muka. Biarkan sekejap selama 15 minit dan bilas dengan air suam.
3. Putihkan Gigi
Campurkan sesudu soda bikarbonat dengan sedikit perahan jus limau nipis. Campurkan rata dan gosokkan pada gigi hingga nampak kesannya. Jika suka anda boleh juga menggunakan lemon atau buah strawberi.
4. Putihkan Muka
Campurkan 2 sudu besar soda bikarbonat ke dalam 2 gelas air. Gaul sebati dan sapu rata pada wajah. Biarkan selama 15 minit dan bilas.
5. Bersihkan Tandas
Soda bikarbonat merupakan pembersih semulajadi dan berkesan untuk mencuci. Taburkan sedikit serbuk soda ke atas lantai dan seluruh tandas kemudian biarkan seketika. Barulah dibilas seperti biasa. Kerja mencuci jadi lebih mudah dan kotoram ditanggalkan sekelip mata.
6. Hilangkan Bau Badan
Masalah bau badan utama adalah daripada bawah ketiak. Lakukan campuran 4 sudu makan bikarbonat bersama air (jangan cair). Kemudian sapukan dengan perlahan-lahan pada ketiak atau kawasan sekitarnya. Biarkan hingga kering.
7. Bersihkan Buah & Sayur
Cara paling tepat untuk menanggalkan bakteria dalam sayur dan buah adalah dengan mencucinya menggunakan serbuk soda. Rendam buah dan sayur seketika dengan soda kemudian basuh bersih dengan air mengalir. Bakteria akan turut tertanggal.
8. Manicure & Pedicure
Kuku juga mampu dirawat dan dicantikkan dengan bahan ini. Campurkan 2 sudu besar soda bikarbonat dan sedikit air. Gaul sebati dan sapukan pada kuku. Sental sedikit pada kawasan kuku yang agak keras dan bahagian tepi kuku. Biarkan 15 minit dan bilas dengan air suam.
9. Segarkan Peti Sejuk
Bau kurang enak di dalam peti sejuk adakalanya buat kita rasa tidak selesa. Bancuh soda dengan air suam dan bersihkan seluruh peti sejuk dengan campuran bahan ini. Lebihan airnya, dibiarkan sahaja untuk menyerap bau-bauan lain.
10. Rawatan Kaki
Buang kulit kasar pada kaki dengan skrub daripada soda bikarbonat ini. Mulakan dengan mencampurkan air rendaman daripada soda ini. Campurkan 2 hingga 3 sudu soda bikarbonat ke dalam air. Kacau sebati dan rendam kaki selama 20 minit. Boleh juga campurkan 3 titis essential oil seperti lavender. Untuk skrubnya, campurkan 2 sudu soda bikarbonat bersama sedikit air dan sentallah kulit kasar pada kaki hingga sempurna.
11. Cerahkan Kulit Wajah
Campurkan serbuk penaik dengan satu sudu besar jus lemon dan beberapa titik minyak zaitun. Bersihkan wajah terlebih dahulu, kemudian sapukan campuran berkenaan pada kulit. Bilas selepas 10 minit. Untuk hasil yang lebih maksimum, bilaskan wajah dengan air suam.
12. Redakan Jerawat
Soda bikarbonat ini bukan hanya merawat jerawat bahkan dapat memutihkan kulit. Ambil sesudu soda bikarbonat dan bancuh bersama sedikit pencuci muka kegemaran anda. Sebatikan dan kemudian sentallah ke kulit wajah seperti mencuci muka seperti biasa. Bilas dengan air suam dan rasai hasilnya. Lakukan setiap hari.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Selepas tujuh hari melahirkan anak yang ketiga, pelakon Datin Lisa Surihani telah mengumumkan nama anaknya itu menerusi laman sosial Instagram. Lisa dan suami memilih nama Yunos Laith yang diambil bersempena nama salah seorang nabi.
Perkongsian tesebut turut menarik perhatian warganet, bila Lisa turut berkongsi foto Yunos Laith yang sedang dipangku oleh kakak dan abangnya, Yuhaira Leanne, 6 dan Yusof Leonne, 4.
Tentunya detik ini cukup membahagiakan buat mereka sekeluarga. “Kami ingin memperkenalkan adik kami, dia berusia 7 hari pada hari ini. Nama dia Yunos Laith Bin Yusry.”
“Yunos adalah nama salah seorang nabi dan Laith bermaksud berani seperti seekor singa. Rawr!”
“Kami sayang dia sangat. Dia dilahirkan pada 15 Jun, iaitu sama hari dengan tarikh lahir daddy. Alhamdulillah terima kasih semua untuk doa dan ucapan yang baik,” tulis Lisa di ruangan kapsyen.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan warganet tidak putus-putus mengucapkan tahniah buat Lisa dan Yusry. Antara komen daripada rakan artis adalah seperti dari pelakon Sari Yanti, ujarnya, “Lebatnya rambut”, manakala penyanyi Sophia Liana pula mengucapkan tahniah,”Congratulations Kak Lisa”, begitu juga Fazura turut memberi tanda suka dengan 3 love.
Selain itu diperkongsian terkini, Lisa turut berkongsi momen sedang mencukur rambut bayinya yang dilakukan oleh Yusry sendiri. Hal ini turut mendapat pujian daripada warganet.
Setahun lalu, sambutan hari lahir Uwais meriah apatah lagi ada ibu di sisi. Namun kini, insan tersayang sudah pergi buat selama-lamanya.Pastinya cukup perit untuk dizahirkan dengan kata-kata. Menginjak ke usia 10 tahun, putera sulung hasil perkongsian hidup Allahyarham Siti Sarah dan Shuib tampak cukup kuat dan tabah.
Biarpun sambutan hari lahir kali ini disambut secara sederhana tanpa ibu di sisi, namun adanya ayah dan ahli keluarga lain melengkapi hari-hari abang kepada tiga adik ini.Perkongsian Shuib bersempena hari lahir anak sulungnya itu nyata menyentuh hati warga maya.
“Selamat Ulang Tahun kelahiran yg Ke-10 sayang daddy Uwais Al Qarni.Yer tahun lepas dgn Ibu,tahun ni ibu takde tapi ibu akan tetap dgn kita smpi bila2.“Ingat pesan Ibu,jadi orang baik,jadi org yg punya Hati yg baik.InsyaAllah daddy akan selalu dgn Uwais,Kita sama2 jln ok.InsyaAllah,Semoga Allah memberikan yg terbaik utk Uwais,Jadi anak Soleh Dunia dan akhirat.” Demikian titipan kasih seorang ayah buat anaknya.
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...