Kapsyen yang ditulis penuh inspirasi, selebriti cantik berbintang Aries ini, telah melahirkan rasa kekagumkan kepada peminatnya sehingga ada yang meminta tip kecantikkan diri.
Ujian berumah tangga, ada suka duka, pahit dan manisnya sendiri. Siapalah kita nak menolak takdir tuhan.
Tidak terlepas daripada diuji, pelakon Zulin Aziz yang sebelum ini pernah memberi bayangan akan berpisah dengan suaminya kini kelihatan sedang cuba berdamai kembali.
Menerusi hantaran yang dikongsikan oleh Zulin di lama Instagram miliknya, dia menyatakan bahawa sedang dalam proses memperbaiki hubungan rumah tangganya.
Namanya pernah gah suatu ketika dahulu namun selepas berkahwin, sedikit tenggelam ditambah dengan kehadiran muka-muka baru yang tak kurang hebatnya.
Biarpun kelibatnya jarang muncul di kaca tv, namun tawaran menyanyi tidak terhenti malah dia tetap aktif di luar sana.
Terbaru, Ayu menyertai program Gegar Vaganza (GV) yang membuka pentas persaingan bermula 11 Oktober lalu bersama 13 lagi peserta lain.
“Sejak program ini diperkenalkan, saya tidak pernah ketinggalan untuk menyertai sesi ujibakat dengan harapan terpilih menjadi salah seorang peserta. Alhamdulillah kali ini rezeki menyebelahi saya sehinggalah dipanggil untuk beraksi dalam GV7.
“Sebelum ini, saya tetap aktif cuma orang jarang nampak. Malah ada yang beranggapan tak keluar tv, show merudum kerana orang tak panggil. Sebenarnya itu semua atas diri sendiri.
“Kalau kita tak aktif dan keluar depan khalayak orang takkan tahu saya masih ada di dalam industri ini. Populariti atau keluar atau tidak di kaca tv itu bergantung pada diri kalau di tv tetapi tak ada show tak berbaloi juga kan.
“Alhamdulillah rezeki saya tiba pada musim ketujuh ini dan ia cukup bermakna buat saya kerana penantian saya selama ini berbaloi.
“Terus-terang saya cakap, walaupun beberapa kali gagal tersenarai sebelum ini, saya tidak pernah berputus asa, malah sentiasa ada keinginan untuk cuba lagi dan lagi sehingga saya dapat,” ujar Ayu tanpa berselindung.
Menurut Ayu, dia tekad untuk mencuba nasib di pentas GV kerana percaya ia merupakan satu platform yang mampu memberikan impak positif dalam kerjaya seninya selepas ini.
“Bagi saya, GV satu-satunya pentas yang memberi peluang kepada seseorang penyanyi untuk menunjukkan kebolehan mereka menyanyi pelbagai genre lagu dan dinilai.
“Itu antara sebab kenapa saya nak sangat masuk GV dan beraksi di pentas itu kerana saya mahu mencari apa sebenarnya yang saya ada.
Suara asli hilang lepas bersalin
Mengakui suaranya sedikit hilang ‘original’ usai melahirkan anak, Ayu Damit yang juga dipanggil Ayu One In A Million tidak menyesal dengan keputusan mendirikan rumah tangga.
“Saya menyanyi kerana minat dan tak penat walaupun terpaksa struggle. Saya pernah ‘stop’ jadi suara asal tu dah ‘hilang’ jadi saya kena selalu berlatih untuk dapat kembali suara asal. Sebab itu saya terima semua tawaran tak kisah berapa yang diberi asalkan saya boleh berlatih menyanyi.
“Kalau sebut bab kahwin dan dapat anak antara sebab saya hilang suara original, memang kadang rasa rugi tapi bila difikirkan kelebihan lain yang diperoleh saya rasa keputusan saya ambil tepat. Saya boleh pelbagaikan range, mungkin sekarang kekuatan saya di bawah low note. Saya kena berlatih lagi jika mahu dapat kembali original note.
“Soal takut tu tak timbul cuma mungkin tanggapan orang bahawa saya boleh menyanyi note tinggi. Tapi sekarang mereka kena tahu saya juga boleh nyanyi low note.
“Kalau lepas ini diberikan lagi rezeki mengandung anak keempat saya tetap terima cuma buat masa sekarang fokus lebih kepada kerjaya,” ujar Ayu Damit atau nama sebenarnya Norayu Damit.
Pernah tukar 16 pembantu
Ditanya mengenai pengurusan anak-anak, Ayu mengakui dia dan suami menguruskan sendiri memandangkan tiada pembantu.
“Dua tahun kami asyik bertukar pembantu kerana tak serasi, jadi lebih baik kami uruskan sendiri. Setakat ini 16 pembantu asyik bertukar dalam setahun lebih. Pengalaman itu mematangkan kami kerana pembantu yang di ambil ini ada yang lari dan ada yang tidak sesuai dan tak boleh buat kerja. Pengalaman mematangkan kami.
“Nasihat kami kalau nak ambil ejen, pilih yang betul-betul kerana bila diberi pembantu yang tidak tahu buat kerja atau terlatih atau jaga budak misalnya. Jangan yang asyik malas buat kerja, asyik main telefon dan sebagainya. Biasa kami akan bergilir-gilir untuk menguruskan anak jika terpaksa outstation. Memang agak susah bila terpaksa uruskan sendiri anak-anak tetapi kami dah biasa.
“Memang anak-anak selalu ikut kalau kami outstation dan cikgu sekolah sudah sedia maklum. Biasanya saya akan beri surat awal untuk minta pelepasan anak. Mungkin nampak macam mengganggu anak-anak sekolah, tetapi kami pastikan dia tetap belajar walaupun tak pergi sekolah. Yang kecil pun kami sudah masukkan dia ke taska untuk memudahkannya dikemudian hari,”ulas Ayu lagi.
Bisnes tanam cili
sebagai pengusaha tanaman cili yang berasaskan fertigasi sejak tahun lalu, perusahaan tersebut dilakukan bersama suaminya, Syed Fauzi Syed Baharuddin. Ternyata pilihannya memilih sektor pertanian tidak salah kerana usahanya semakin berbaloi.
“Alhamdulillah, setakat ini semuanya berjalan lancar seperti yang diharapkan walaupun pun pada peringkat awalnya, saya ingat konsep fertigasi ini senang nak diusahakan. Tapi konsep fertigasi ini berbeza dengan cara penanaman biasa,” katanya.
Tambah Ayu lagi, tanaman itu senang diusahakan berbanding jenis tanaman lain dan hasilnya juga singkat selain boleh dikomersialkan untuk mendapat lebih keuntungan.
“Kita semua tahu rakyat Malaysia suka menu pedas dan tentunya, permintaan untuk lada khususnya adalah tinggi. Kerana itulah kami sepakat melakukan perusahaan ini dan Alhamdulillah setelah hampir beberapa bulan dah dapat tengok hasilnya,” katanya menanam nenas dan kelapa sebelum ini.
Suami stylist tudung
Mengambil keputusan berhijab pada 2015, akui Ayu semuanya bermula dengan suaminya sendiri.
“Tiga empat tahun baru memakai tudung. Kebetulan suami suruh jadi saya cakap boleh pakai tudung tapi daddy kena beri pada saya. Lebih bermakna kalau daddy belikan dan beri saya pakai. Waktu itu kami baru habis pantang anak ketiga. Tiga tahun yang lalu.
“Awalnya memang saya ragu-ragu dan berfikiran negatif takut pakai tudung ada lagi ke tawaran, orang kenal ke nanti dan macam-macam soalan lain. Tapi suami cakap jangan takut kalau ada rezeki adalah. Jadi suami belikan tudung dan terus saya pakai. Dan kekal sehingga sekarang alhamdulilah.
“Tapi yang lebih bermakna adalah suami saya sendiri yang pakaikan atau style kan untuk saya. Dia rajin lihat cara pemakaian artis lain yang bertudung. Dia selalu ikut saya ke mana sahaja show memandangkan kami tak ada pembantu rumah. Jadi sama-sama uruskan.
Kita yang dewasa ni, bila perginya orang yang paling kita sayang dari dunia ini sememangnya amat terasa kehilangan mereka. Apatah lagi bagi bayi berusia dua tahun ini perlu terpisah buat selama-lamanya di saat memerlukan kasih sayang seorang ibu akibat sebuah kemalangan.
Semasa kejadian, bayi lelaki ini selamat biarpun tercampak keluar daripada kenderaan apabila kereta dinaikinya bersama ibu bapanya dilanggar sebuah kenderaan lain dari arah belakang di Kilometer 291.3, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan, pagi tadi.
Memetik laporan Harian Metro, bayi itu terselamat dan tidak mengalami kecederaan fizikal namun kemalangan terbabit mengorbankan ibunya, Norfadilah Ismail, 34, yang berada di tempat duduk penumpang hadapan Perodua Myvi yang dipandu oleh bapa kanak-kanak itu berusia 36 tahun.
Difahamkan, bayi berkenaan tercampak keluar apabila kereta dinaiki tiga beranak itu dilanggar kemudiannya menyusur keluar dari jalan raya berturap sebelum terbalik.
Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Mohamad Nazri Daud berkata, kejadian jam 8.10 pagi itu membabitkan Perodua Myvi dinaiki tiga beranak yang dilanggar dari belakang oleh sebuah lagi Perodua Myvi yang dipandu lelaki berkhidmat sebagai anggota tentera.
“Punca kemalangan akibat Perodua Myvi yang dipandu anggota tentera berusia 22 tahun itu melanggar Perodua Myvi dinaiki tiga beranak berkenaan dari arah belakang.
“Benar (bayi tercampak keluar dari kenderaan) dan mangsa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk pemeriksaan, namun setakat ini belum ada sebarang kecederaan serius dimaklumkan yang dialami bayi itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Mohamad Nazri berkata, mayat ibu bayi yang juga suri rumah akan menjalani proses bedah siasat hari ini di Hospital Kampar.
Menurutnya, Perodua Myvi yang melanggar kereta dinaiki tiga beranak itu kesemuanya dinaiki oleh empat anggota tentera berusia antara 20 hingga 22 tahun.
Mohamad Nazri berkata, selain mangsa maut, kesemua yang terbabit dalam nahas itu meliputi bayi, bapanya, serta empat anggota tentera tidak mengalami kecederaan.
Sumber : Harian Metro
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Akta Antibuli 2026 memperkenalkan tanggungjawab bersama termasuk liabiliti ibu bapa serta penubuhan Tribunal Antibuli bagi melindungi mangsa dan menangani kes buli dengan lebih berkesan.