Ibu bapa kepada kanak-kanak perempuan berusia setahun empat bulan, yang maut dilanggar bas sekolah di Salak Tinggi, berharap agar polis tidak mengenakan tindakan undang-undang terhadap pemandu terbabit.
“Saya dan suami reda dengan pemergian anak kami, malah tidak berdendam dengan pemandu bas tersebut,” kata Zainab Mohideen Abdul Kadar, 37, ibu kepada kanak-kanak itu.
Mangsa, Zahida Mohammmad Kassim adalah anak bongsu daripada tujuh adik-beradik.
Menurut Zainab, dia sudah lama mendapatkan khidmat pemandu itu untuk menghantar anak-anaknya ke sekolah.
Katanya, ketika hari kejadian dia dan suami sedang bekerja manakala anak-anak mereka dijaga oleh ibu mentuanya.
Dia dalam pada Itu mengakui belum berjumpa pemandu berkenaan. Namun lelaki berusia 50 tahun itu ada menelefon dan memohon maaf.
“Saya pun tak boleh nak salahkan abang bas itu sebab dia pun dah trauma sangat, lagi pun dia susah dan bas dia kena sita,” katanya.
IKLAN
Pembantu kantin itu dalam nada hiba berkata walaupun kehilangan anaknya itu meninggalkan kesan mendalam, dia rela hati memaafkan pemandu bas berkenaan.
Sementara itu, kakak kepada mangsa, Nurul Aishah, 13, berkata ketika kejadian, dia baru turun dari bas itu selepas memberikan duit belanja sekolah kepada adiknya yang berusia lapan tahun.
Katanya selepas turun dari bas dia ternampak Zahida di bawah kenderaan itu yang sedang bergerak.
IKLAN
“Saya cepat-cepat ambil dia sebelum tayar belakang bas melanggarnya lagi. Saya menjerit dan selepas itu terus bawa Zahida masuk ke dalam rumah.
“Kemudian ada jiran yang datang dan bawa saya serta nenek bersama Zahida menaiki kereta ke klinik kesihatan berdekatan,” katanya.
Nurul Aishah berkata selepas menyedari Zahida dilanggar, pemandu bas itu segera turun dan meminta maaf kepada neneknya, namun neneknya menyuruh pemandu itu menghantar budak-budak ke sekolah dahulu.
IKLAN
Pak cik datang semula selepas selesai hantar budak-budak. Pak cik cakap dia minta maaf, dia tak nampak (Zahida) dan tidak sengaja melanggarnya,” katanya.
Menurut Nurul Aishah adiknya itu seorang kanak-kanak yang ceria dan suka mengekori kakak-kakaknya, serta sangat manja dengan ayah dan nenek.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata pemandu bas itu sudah dibebaskan dengan jaminan polis malam tadi selepas selesai memberi keterangan.
“Kita akan siapkan siasatan dan bawa kertas siasatan ke pendakwa raya untuk tindakan selanjutnya,” katanya.
Setiap ibu bapa punya cara tersendiri dalam mendidik anak-anak. Namun ada masanya, kita tidak dapat mengawal amarah itulah yang dilepaskan pada anak-anak. Tetapi cepat-cepat tersedar dan mula rasa bersalah kan.
Mungkin faktor tekanan baik kerja mahupun sekeliling membuatkan kita tidak dapat mengawal diri. Ditambah pula dengan karenah anak-anak membuatkan mudah nak naik angin.
Bagi pelakon terkenal, Saharul Ridzwan dalam satu perkongsian di laman instagramnya, dia bercerita mengenai situasi di mana tanpa sengaja memarahi anak sulungnya.
Selamat pagi anak Baba. Sorry marah2 Ali 😘 . Kesian Ali, minggu lepas selalu dia kena marah dengan Baba. Kadang2 sebab kita stress and busydengan sesuatu benda, kita tak perasan terlepas marah tu dekat anak. Anak datang nak main, kita cakap, Nantiii! Jangan kacau! Dah anak merajuk dengan kita barulah terkial2 nak datang peluk. 😭
Kawan kawan, agak2 kita ni selalu marah anak or isteri kita, cepat2 lah kita mintak maaf, peluk orang yang kita sayang. Tanpa doa dari dorang ni kan, mungkin itu pun akan sekat sesetengah rezeki kita.
Ali nangis sampai sedu2 kadang2 bila kena marah, sudahnya Baba pulak berair mata bila tengok anak tak sihat lepas tu. Sayang family kita, baru Allah sayang kita ❤️
Perkongsian dari Saharul itu turut dipersetujui oleh warganet. Ada yang berkongsi pengalaman sendiri.
haniesulaiman84 Alhamdulilah suami sy blik penat2 kje seharian dri mlm ke pagi tak pernah pn die tingi kn suara dgn ank..klau ada ajak bergusti pn die layan je lagi suka ank lasak sebb ank memang ada belajar taekwando so die traning kat rumah 2 branak🤭tp memang btul selama jd suami dn ayah, suami sy tak pernah campur kn hal kje dgn hal di rumah..ada apa2 die sembang dn cite dgn sy dn ank pn faham sangt pragai ayah die🤗
jessiey.eddBetul tu. Nak marah anak boleh, tapi lepas tu kita kena pujuk. Sbb apa? Kanak2 ni dia cepat ingat apa yg kita buat kat dia. Boleh jadi penderaan mental juga utk mereka kalau dibiarkan.
geroboksofiaKan.. kita ni kadang2 x sangka melukai hati anak2. Akk pun. Moga kita semua jadi ibu bapa yg peka dgn emosi anak2.
Sama-sama minta maaf
alynn_rozeliMoga diberi ketabahan dan kekuatan kita sbg ibubapa dlm mendidik anak3 syurga… Kalau kat fb boleh follow maznah ibrahim.. dia mmg share pasal parenting..menarik dan mmg boleh kita ikut dan kdg2 kita deep dgn segala nasihat nya 😢..
yati_majutBetul. Kdg2 sblm tdur,sy tnya anak,sy ada marah dia tak hari ni,bila dia ckp ada,sy tnya sebab salah siapa,dia akan mengaku juga salah dia,tp kdg2 tuduh mmy yg salah,lepas tu sama2 minta maaf.
Minggu ini merupakan hari yang sibuk untuk ibu bapa, kanak-kanak dan juga guru-guru. Biasanya sebelum memulakan hari pertama persekolahan ibu bapa akan memastikan kelengkapan anak ke sekolah telah dibeli sepeti kelengkapan pakaian dan keperluan pembelajaran. Kanak-kanak yang akan merasa teruja untuk pertama kalinya menjejaki kaki ke sekolah.
Sebaliknya ibu bapa merasa resah terlalu bimbang dan merasakan anaknya masih kecil lagi sehingga ibu bapa sanggup mengambil cuti untuk menemani anak di kantin sekolah waktu orentasi. Ibu-ibu yang tidak bekerja tidak menjadi masalah untuk meluangkan waktu ke sekolah. Keadaan ini berlaku setiap awal tahun tahun.
Ikuti ulasan Pakar Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Prof Madya Dr Bustam Kamri yang juga merangkap Dekan Sekolah Sains Sosial,Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka (KAYM) kepada Majalah Keluarga mengenai 12 cara ibu ayah perlu latih anak supaya anak lebih bersedia dan berdikari di sekolah buat pertama kali.
PANDUAN IBU BAPA
Ibu bapa perlu membuat persediaan lebih awal dalam menangani kesediaan untuk anak-anak ke sekolah buat kali pertama iaitu darjah satu. Perasaan cemas dan resah perlu ditangani oleh ibu bapa dengan meletak kepercayaan bahawa anak sudah mampu menghadapi suasana baru dalam kehidupannya. Berberapa cadangan untuk dijadikan panduan kepada ibu bapa membuat persediaan anak-anak ke tadika dan darjah satu.
Persediaan anak
Gantung kalender di bilik anak atau di tempat yang mudah dilihat oleh anak. Tujuannya anak anda boleh menandakan setiap hari sehingga sekolah bermula. Ini akan memberi peluang anak untuk menggambarkan berapa lama sekolah akan bermula. Secara tidak langsung kanak-kanak belajar mengenali hari, tarikh dan masa perubahan tarikh.
Jadual tidur awal
Kanak-kanak dilatih untuk tidur awal sekurang-kurangnya dua minggu sebelum bermulanya hari persekolahan. Maklumkan kepada kanak-kanak tidur awal penting supaya tidak mengantuk sewaktu belajar dan menjaga kesihatan. Mereka yang cukup tidur akan sentiasa cergas untuk menumpukan pelajaran dan tidak merasa letih.
Bangun pagi
Kanak-kanak yang tidur lewat biasanya sukar untuk bangun pagi. Oleh itu jadual tidur awal yang dilatih akan memudahkan kanak-kanak untuk bangun pagi. Biasakan kanak-kanak bangun pagi awal dan menyediakan diri: berus gigi, mandi dan memakai pakaian selepas mandi. Kanak-kanak darjah satu perlu dibantu pada peringkat awal dalam hal menyediakan diri.
Memakai pakaian
Ibu bapa hendaklah menggalakkan kanak-kanak belajar memakai pakaian sendiri. Latih cara memakai pakaian dengan betul seperti mengenakan butang baju, memakai stoking dan kasut. Begitu juga dengan memakai minyak rambut dan bersikat. Apabila kanak-kanak telah dapat mengurus diri dengan sendiri masalah kelewatan menyiapkan diri tidak lagi timbul. Ibu bapa tidak perlu membantu anak memakai pakaiannya.
Berbincang tentang jangkaan anak-anak
Bertanya anak-anak apa yang mereka jangkakan apabila kembali ke sekolah. Manakala jika anak baru masuk ke tadika atau darjah satu bertanyakan apakah yang mereka jangkakan ketika hari pertama di darjah satu. Cuba bacakan buku cerita tentang kanak-kanak memulakan hari persekolahannya yang sesuai dengan umur dan peringkat persekolahannya.
Ibu bapa boleh bertanya tentang perasaan yang mungkin ada pada anak anda semasa hendak memulakan hari persekolahan: cabaran baru untuk dialami, berjumpa kawan baru, kesedihan perpisahan dan lain-lain. Pastikan untuk bertanya kepada anak jika mereka ada sebarang soalan atau memberi perhatian tentang memulakan hari persekolahan dan tertumpu kepada sebarang kemungkinan ketakutan yang mungkin ada pada dirinya.
Biar anak tahu anda mengambil berat
Tulis nota kecil dan letak ke dalam beg bekalan untuk memberitahu bahawa anda sentiasa ingat padanya semasa mereka berada di sekolah. Sentiasa memberi dorongan dan galakkan untuk mereka belajar berdikari dan berkeyakinan menghadapi situasi baru ketika di tadika atau pun di darjah satu. Ibu bapa tidak digalakkan menunjukkan rasa resah dan kebimbangan melepaskan anak bersendirian.
Pengangkutan ke sekolah
Jika anak-anak menaiki bas ke sekolah, pastikan ibu bapa menghubungi pemandu bas. Kalau boleh bawa anak berjumpa dengan pemandu bas yang akan mengambil anak di rumah. Dicadangkan pihak pemandu memberi kerjasama dengan memberi perkhidmatan mengambil dan memberi peluang kanak-kanak menaiki bas. Pengalaman ini adalah penting untuk mengurangkan rasa bimbang kepada kanak-kanak.
Latihan mengurus diri
Ibu bapa selalunya merasa sangat bimbang tentang anaknya kerana tidak dapat mengurus diri ketika di tandas. Dicadangkan ibu bapa hendaklah melatih anak-anak cara mengurus diri terutama masa ke tandas.
Tunjukkan cara yang betul untuk membersih diri selepas buang air besar atau buang air kecil.
Selain daripada itu kanak-kanak juga perlu diajar perkataan seperti,” Cikgu saya hendak buang air,” atau “Cikgu saya hendak ke tandas.”
Membiasakan diri dengan jadual makan
Di rumah kanak-kanak bebas untuk makan dan minum. Mereka akan mengambil apa sahaja di meja makan atau makanan di peti sejuk. Berbeza dengan di sekolah kanak-kanak perlu mengikut jadual makan yang telah ditetapkan. Terangkan kepada anak-anak supaya belajar mematuhi jadual. Latihan di rumah dua minggu sebelum ke sekolah dengan menetapkan waktu makan supaya mereka bersedia dengan keadaan di sekolah.
Latih anak-anak supaya membasuh tangan sebelum dan selepas makan.
Ketika makan dilatih duduk dengan betul. Sekiranya menggunakan sudu dan garpu hendaklah diajar cara memegang dengan betul. Begitu juga sekiranya menggunakan tangan hendaklah dilatih cara menyuap dengan betul.
Mengemas dan menyimpan
Kanak-kanak hendaklah dilatih untuk mengemas dan menyimpan barangan miliknya ke dalam beg seperti buku, pensil, botol air dan bekas makanan. Ingatkan semasa hendak balik semua barangan sendiri tidak boleh ditinggalkan di kelas. Menjaga barangan adalah tanggungjawab sendiri.
Belajar bersosial
Salah satu perkara yang penting dalam kehidupan kanak-kanak adalah sosialisasi. Kanak-kanak perlu pendedahan awal tentang cara untuk bersosial. Di rumah kanak-kanak bersama ibu bapa dan adik beradik. Penyesuaian diri bersama guru dan rakan sebaya di kelas memerlukan kemahiran. Ibu bapa boleh membawa kanak-kanak ke taman permainan supaya kanak-kanak belajar bergaul dengan kanak-kanak lain.
Belajar mendengar arahan
Kadangkala terlepas pandang hal mendidik anak belajar mendengar dengan tekun. Perkara belajar mendengar dengan tekun perlu diasuh lebih awal supaya kanak-kanak boleh menumpukan masa lebih lama. Tumpuan mendengar kanak-kanak boleh dilatih. Mendengar adalah penting dalam pembelajaran. Latih anak anda mendengar sambil mata memberi tumpuan kepada orang yang bercakap dengannya. Semasa mendengar tidak digalakkan membuat perkara lain seperti memegang pensil, membaca buku, memandang ke tempat lain atau bercakap dengan kawan.
KESIMPULAN
Perancangan memberi kesediaan kepada anak-anak merupakan langkah awal menyediakan diri. Ini penting untuk anak tetapi juga ibu bapa supaya tidak lagi berasa cemas dan bimbang ketika anak-anak ke tadika atau sekolah di hari pertama dan seterusnya. Semoga budaya menunggu anak sehingga beberapa hari di sekolah tidak lagi kelihatan. Apabila anak-anak berkeyakinan diri maka ibu bapa boleh terus merasa lega untuk menumpukan tugas harian lain tanpa merasa bimbang dan ragu.
Moga mendapat manfaat bersama dalam mendidik anak-anak lebih bersedia untuk ke sekolah dengan lebih yakin.
Sebenarnya ada banyak cara untuk kita deko rumah tanpa perlu mengeluarkan belanja yang banyak. Sama ada anda sukakan hiasan yang simple ataupun bergaya ala-ala mewah pilihannya terletak di tangan anda!
Yang penting, biar sedap mata memandang setiap kali pulang selepas penat bekerja. Bila rumah tersusun cantik, hati kita pun tenang dan senang!
Tak kisahlah rumah tu di kampung atau bandar, asalkan ia memberikan kepuasan buat anda. Malah walaupun rumah kecil, ia masih boleh dihias seperti banglo yang mewah!
Sebagaimana perkongsian ini.
Jangan limitkan rumah kampung tak boleh buat deco rumah modern. Boleh je,,yang penting kita kne kreatif. Ini antara deco rumah kami Walaupun PKP,raya tetap raya. Semoga dapat menjadi inspirasi untuk korang yang ada rumah kampung tapi tak ada idea nak deco macam mana.
RUMAH KAMPUNG JE
DEKORASI DALAMAN
Tetap kelihatan berseri walaupun siling biasa dan lantai mengunakan tikar getah.
Gigi yang tersusun rapi dan putih menjadikan penampilan seseorang nampak bergaya. Banyak iklan memaparkan yang kononnya ubat gigi daripada arang mampu menjadikan gigi 'seputih salju.' Sejauh mana kebenarannya?