Perkongsian khabar gembira yang dilakukan oleh penyanyi popular tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza apabila suaminya, Datuk Seri khalid berangkat ke Tanah Suci Mekah semalam bagi mengerjakan ibadah haji pada tahun ini.
Melalui postingnya di Instagram, penyanyi ini telah memuat naik video yang menunjukkan suaminya yang sedang memeluk anak – anak mereka, serta mendoakan kelancaran perjalanan haji suaminya itu.
“Ya Allah kurniakanlah Haji yang Mabrur buat suamiku, makbulkan segala doanya serta beri perlindungan dan kelancaran sepanjang perjalanannya menunaikan ibadah Haji. Aamin Ya Rabb.” kapsyen Datuk Siti di akaun Instagramnya.
Rata – rata peminat dan rakan selebriti lain mendoakan agar Datuk K mendapat haji yang mabrur. Ada juga peminat yang berasa sebak dengan berita gembira yang dikongsikan.
Untuk rekod, Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk Khalid telah bernikah pada tahun 2006. Hasil perkahwinan tersebut, beliau dikurniakan dua orang anak bernama Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa.
Dua puluh satu tahun melayari kehidupan berumah tangga, pelakon Ozlynn menitipkan nasihat untuk pasangan suami isteri dalam mengharungi kehidupan bersama.
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram, Ozlynn turut berkongsi tip komunikasi bersama pasangan yang perlu menjadi tunjang utama dalam perkahwinan.
Akui ibu kepada enam cahaya mata ini lagi, menjadi seorang isteri dan ibu kepada anak-anak bukanlah satu hal yang mudah namun perlu sabar dalam segala hal selain sokongan kuat dari pasangan.
“Dalam hidup ini banyak yang aku belajar. Ya, tak ada manusia yang sempurna tetapi semakin kita belajar semakin inginkan perubahan yang terbaik untuk diri sendiri dan keluarga.
“Sebab itu dalam perhubungan komunikasi itu penting, lebih-lebih lagi kaum isteri yang lebih banyak masa untuk anak-anak.
“Suami perlu memainkan peranan juga, jangan sampai isteri tiada tempat untuk meluahkan lelah,” katanya berkongsi.
Berselisih faham perkara biasa
Bahkan kata Ozlynn lagi, perselisihan faham adalah perkara biasa namun sabar adalah kuncingnya.
“Bukan senang jadi suami dan bukan mudah jadi isteri.
“Sebab itu biar kadang terasa dengan kata-kata pasangan, makna masih punya hati. Jangan sampai apa yang pasangan luahkan, kita tak ambil peduli..tanda hati sudah mati.
“Tiada pasangan yang tak pernah bergaduh atau terasa hati, baru lah ada warna warni.
“Suami tolong ambil peduli, baik isteri mahupun anak. Jangan sampai bila mak ayah dah tak ada, anak tak terasa kehilangan sebab kita tak pernah ada bila mereka perlukan,” luahnya.
Terdahulu Ozlynn mendirikan rumah tangga bersama Johan Raja Lawak pada tahun 2003. Mereka dikurniakan 6 orang anak iaitu Ariq, Sodiq, Haziq, Chantiq, Moleiq dan Cherdiq.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ramai orang masih belum tahu kepentingan dan faedah menyimpan wang. Bagi kebanyakan orang, menyimpan wang secara konsisten adalah amalan kuno dan dikatakan hanya untuk kanak-kanak dan tidak praktikal untuk dilakukan.
Hakikatnya menyimpanan wang adalah untuk masa depan. Mungkin bagi yang masih merasakan diri masih muda tidak nampak kelebihan menyimpan wang tetapi ia akan nampak kepentingannya apabila sudah berusia dan mempunyai anak.
Merancang kewangan buat keluarga sebenarnya salah satu cara untuk kita belajar menyimpan dengan bijak. Jadikan tabiat menyimpan satu keperluan yang penting.
Namun tahukah anda bahawa untuk memastikan anda mempunyai kewangan yang kukuh pastikan anda mempunyai tabung kecemasan. Apa itu tabung kecemasan? Bagaimana untuk menyediakannya? Nak tahu lanjut ikuti panduan ini. Ilmu kewangan yang kita kena ambil peduli.
5 tabung kecemasan yang kena ada
Berapa yang perlu anda simpan sebulan? Adakah 10%, 20% atau 50% dari pendapatan yang anda terima? Setiap orang mempunyai matlamat kewangan yang berbeza. Jadi, jumlah simpanan yang perlu mereka simpan juga tidak sama.
Untuk membuat simpanan setiap bulan, perkara utama yang anda perlu lakukan adalah dengan menentukan matlamat bagi setiap simpanan. Contoh matlamat yang anda boleh buat adalah seperti perubatan, pelaburan, deposit rumah, melancong dan lain-lain lagi.
Namun, hanya beberapa jenis simpanan serta matlamat sahaja yang anda perlu utamakan supaya anda tidak tersilap langkah di kemudian hari. Kami kongsikan lima jenis tabung simpanan yang anda perlu ada.
1.Kecemasan Tabung simpanan yang paling penting adalah tabung untuk kecemasan. Jumlah simpanan yang perlu anda simpan adalah tiga (3) bulan gaji anda. Ini bermakna, jika gaji anda adalah RM2,000 sebulan, tabung kecemasan ini memerlukan simpanan sehingga RM6,000. Jumlah simpanan setiap bulan yang disarankan adalah sebanyak 10% dari gaji anda. Jika gaji anda adalah RM2,000 sebulan, anda hanya perlu simpan RM200 sebulan di dalam tabung kecemasan ini. Pada masa yang sama, anda memerlukan 30 bulan untuk menjadikan tabung kecemasan tersebut menjadi RM6,000. Kenapa perlu ada tabung kecemasan?Tujuannya adalah untuk membantu anda ketika anda sedang keadaan yang memerlukan seperti kenderaan rosak, kehilangan barang berharga dan lain-lain lagi. Apa yang lebih penting lagi adalah tabung kecemasan ini mestilah mudah dicairkan dan boleh digunakan dengan cepat apabila anda memerlukannya.
2.Perubatan Seterusnya, tabung perubatan juga satu simpanan yang perlu anda ada. Maksud perubatan disini adalah anda perlu mengambil pelan perlindungan dengan caruman antara 5% hingga 10% dari gaji anda. Jika anda bergaji RM2,000 sebulan, caruman yang digalakkan adalah antara RM150 hingga RM200. Tabung simpanan atau pelan takaful ini penting supaya anda tidak terbeban dengan kos perubatan yang semakin meningkat. Tabung simpanaan perubatan ini juga dipanggil sebagai satu pelaburan terhadap diri sendiri. Anda melaburkan satu perlindungan terhadap diri anda supaya simpanan dan duit anda tidak habis digunakan untuk membayar kos perubatan yang tinggi. Setiap syarikat takaful mempunyai pelbagai jenis produk yang memberikan manfaat yang berbeza mengikut kehendak pelanggan. Oleh itu, pastikan anda membuat bancian terlebih dahulu terhadap beberapa jenis pelan perlindungan yang ditawarkan.
3.Pelaburan Tabung simpanan untuk pelaburan pula adalah bergantung kepada jenis pelaburan yang anda ingin sertai. Jika pelaburan seperti amanah saham atau ASB, anda boleh simpan 20% hingga 30% dari pendapatan anda kerana pelaburan ini mampu memberi pulangan yang baik. Selain itu, jika anda mahu melabur dalam instrumen yang memerlukan satu modal yang besar seperti pelaburan hartanah, anda boleh jadikan tabung simpanan ini untuk mengumpul deposit awal iaitu sebanyak 10% dari harga rumah. Anda perlu memiliki beberapa pelaburan untuk meningkatkan pendapatan anda sama ada melalui dividen atau sewa yang diterima.
4.Rumah (impian) Memiliki rumah sendiri menjadi impian setiap orang. Namun, masalah harga rumah yang semakin mahal menjadi satu penghalang utama untuk mendapatkan rumah ini. Oleh sebab itu, satu tabung simpanan untuk dijadikan sebagai deposit rumah sangat penting untuk anda miliki. Jika anda mahukan rumah yang mahal, jumlah simpanan yang perlu anda buat setiap bulan juga mestilah satu jumlah yang tinggi. Begitu juga sebaliknya. Jika anda boleh bermula lebih awal dengan membuat simpanan ini, anda berpeluang untuk memiliki rumah idaman anda dengan lebih cepat. Jika mengumpul deposit untuk beli rumah sendiri terlalu tinggi bagi anda, anda boleh tukar tabung simpanan rumah ini menjadi tabung modal perniagaan. Untuk mulakan satu perniagaan, anda perlukan modal sebagai bahan pemasaran dan pemilikan produk.
5.Percutian (reward) Ini adalah tabung terakhir yang patut anda miliki. Mungkin anda sudah penat dengan matlamat kewangan yang membuatkan anda sakit kepala memikirkannya. Oleh itu, anda boleh rehatkan diri dengan pergi bercuti di dalam atau luar negara. Tabung simpanan ini sangat penting bagi memastikan hidup anda menjadi seimbang dan juga pada masa yang sama dapat melepaskan segala tekanan kerja. Jika anda bekerja dengan majikan, anda bernasih baik kerana mempunyai simpanan KWSP untuk masa hadapan anda. Bagi mereka yang tidak mempunyai simpanan KWSP, mungkin boleh memikirkan untuk memiliki satu simpanan untuk kegunaaan hari tua mereka.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual! Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Memang benar, anak bukan tempat untuk luahkan rasa tak puas hati. Malah perkongsian bapa ini melalui laman facebooknya Mohd Fhais sungguh deep. Katanya jangan sebab lambat pergi kerja anak jadi mangsa akibat tekanan yang kita hadapi. Jom baca perkongsian ini.
____________________________________________
Kalau terlambat pergi kerja sekalipun jangan jadikan anak mangsa keadaan
Dunia tak akan kiamat pun lambat masuk kerja. Paling teruk parking penuh, jalan jem, punch card merah atau tak dapat pekerja cemerlang je. Chills la..
Kalau tak mahu lambat buatlah persediaan awal, gosok baju sebelum tidur, siapkan keperluan sekolah anak siang-siang atau bangun je lebih awal 30-60 minit.
Tapi kalau terlambat dan kelam kabut nak bergegas pergi kerja tu kita tertengking anak yang minta di peluk atau termarah anak yang nak salam itu boleh beri padah pada kita selepas kiamat nanti.
Sebab yang akan di semak di akhirat nanti bukan berapa banyak anugerah pekerja cemerlang kita dapat tapi yang di hitung ialah bagaimana amalan kita dengan anak-anak.
Didikan, kasih sayang dan perhatian yang kita telah curahkan pada anak menjadi timbangan kemudian hari nanti.
Ingat ya ! Kita kerja untuk sara anak-anak bukan nak sara bos..
Mohd Fhais Senyum walaupun tengah hadap jem..
p/s : Nak jadi mak ayah yang lebih tenang dan tak mudah kelam kabut? Join telegram saya ni -> t.me/CoretanFhais
Penting ! Follow & Set See First Mohd Fhais kalau tak mahu terlepas tips kekeluargaan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.