Menyediakan menu berasaskan kari tidak akan lengkap tanpa daun kari sebagai penambah aroma hidangan. Walau digunakan sedikit, memadai untuk membangkitkan keenakan rasa sesuatu hidangan.

Pun begitu, kebiasaannya bila kita hendak membeli daun kari mana mungkin dibeli setangkai dua tetapi dijual seikat. Tentunya akan banyak lebihan daun kari setelah digunakan untuk menyediakan juadah enak untuk keluarga. Jika tidak disimpan dengan cara yang betul, lebihan daun kari tersebut akhirnya akan kering, rosak dan dibuang begitu sahaja.

Sebenarnya ada beberapa petua untuk menyimpan daun kari ini agar tahan lama dan aromanya kekal segar walau disimpan lama. Ini sebagaimana yang dipraktikkan oleh Emma Zam, menurutnya dengan cara menjemur terlebih dahulu daun kari dan kemudian disimpan di dalam bekas kedap udara adalah sangat berkesan untuk pastikan daun kari  kekal elok dan beraroma untuk jangka masa yang lama hingga berbulan-bulan.

Untuk itu ikuti tip yang dikongsikan olehnya, semoga bermanfaat.

“Hi semua, selamat duduk rumah. Tebang pokok kari daripada di buang baik simpan
jemur dahkering masuk toples (balang) Nak masak cekup je, bau kekal sama.”

Cara-caranya:

IKLAN
  1. Daun kari dicuci bersih dan kemudian jemur di bawah cahaya matahari.

Daun Kari Berbulan Tahan & Bau Kekal Sama Macam Baru Petik Dari Pokok. Begini Cara Simpannya!

2. Bila sudah kering boleh simpan di dalam bekas kedap udara. Bila hendak masak ambil sahaja.

Daun Kari Berbulan Tahan & Bau Kekal Sama Macam Baru Petik Dari Pokok. Begini Cara Simpannya!

IKLAN

Meninjau di ruangan komen, warganet turut berkongsi info ekstra untuk memudahkan lagi proses menjemur daun kari tersebut.

Info Ekstra.

  1. Jemur daun kari dengan tangkainya sekali, jadi daun-daunnya tidak berterbangan sewaktu dijemur. Bila sudah agak kering, barulah lurutkan daun kari dari tangkainya.
  2. Cara menjemur ini juga boleh dipraktikkan untuk daun limau purut, daun kunyit dan daun kesum.
  3. Selain dijemur di bawah cahaya matahari, boleh juga dibakar sekejap di dalam oven. Cara ini lebih mudah dan cepat.
  4. Bila hendak menyimpan di dalam bekas, disarankan jangan padat atau penuh satu bekas. Kena ada ruang agar daun kekal kering dan tidak rosak. Selain itu bila isi terlalu padat daun akan mudah rosak.
  5. Daun kari yang disimpan boleh diletakkan di dalam suhu bilik sahaja tanpa perlu disimpan di dalam peti sejuk.

Boleh beli bekas kedap udara secara online dengan promosi menarik di sini

IKLAN

Sumber : Emma Zam via Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI