Kreativiti menghias rumah agar terlihat indah dan selesa buat seisi keluarga biasanya orang perempuan lebih memainkan peranan utama. Mungkin dek kerana menghias rumah ini memerlukan ketelitian dan ada sentuhan seninya yang tersendiri.
Pun begitu bila menyentuh tentang menghias rumah dengan dekorasi tertentu, kadang kala sering juga tersekat idea kerana kita terlalu memikirkan barang dan keperluan yang perlu dibeli untuk menjadikan ruangan nampak bergaya.
Namun berbeza sekali dengan sentuhan dekorasi dari seorang suami ini yang begitu bersahaja menggunakan tumbuh-tumbuhan di keliling rumah sebagai salah satu elemen dekorasi yang memberi impak wow pada kediamannya.
Lihat sahaja bagaimana dia mengolah bunga sepit udang yang terlihat gah di dalam pasu sekali gus terlihat begitu bergaya di dalam kelasnya yang tersendiri.
Mendekati dekorasi indah yang digarapkan pada ruangan kediamannya, turut dikongsikan di akaun fbnya dan dapatlah kiranya menjadi inspirasi buat kita untuk mencantikan kediaman dengan idea yang menarik.
Ads
Jom semak.
Gunakan apa saja pokok hiasan yang ada di sekeliling rumah sebagai hiasan di dalam rumah.
Ads
Tahun ini pokok kantan mengeluarkan bunga yang banyak dan tak termakan. Kita kerat kerat jer dan masukkan dalam pasu kaca letak kat ruang tamu..
Begitu juga dengan bunga sepit udang. Kita kerat kerat bubuh dalam balang kaca. Inilah hasilnya.
Ads
Jangan pulak bubuh pokok rambutan dalam rumah ya..
Sejuk perut ibu yang mengandung. Demikian ungkapan yang sesuai digambarkan kepada wanita yang bertuah ini. Memiliki anak ramai namun kesemuanya berjaya adalah satu pencapaian yang cukup hebat.
Enam dari 8 anak wanita ini berjaya bergelar hafiz dan menghafaz 30 juzuk al-Quran. Hebatnya cara didikan ibu bapa anak-anak ini.
Berkongsi tip dan rahsia anak-anaknya berjaya, akui Nor Latifah Abdul Rahman, 50, dari Teluk Kalong, Kemaman, selain menjadikan bacaan al-Quran amalan harian, pemakanan anak-anaknya juga dijaga dengan rapi.
“Saya mula perdengarkan bacaan ayat suci al-Quran kepada anak-anak sejak mereka dalam kandungan, selain jaga makan bagi menguatkan daya ingatan,” demikian kata ibu kepada lapan anak ketika diminta berkongsi amalan dilakukan sehingga enam daripada lapan anaknya kini bergelar hafiz 30 juzuk al-Quran.
“Saya akan pastikan mereka ambil susu kambing dan madu. Badam pun baik untuk daya ingatan anak-anak.
“Saya juga akan pastikan mereka makan makanan yang saya masak. Kalau pergi mana-mana, memang saya bawa bekal dari rumah,” katanya lagi.
Nor Latifah berkata demikian dalam satu majlis sempena Haflah Takrimi Akademi Al-Quran Amalillah kali pertama di Taman Tamadun Islam (TTI), hari ini.
Pada majlis itu, anaknya, Engku Sofiah Engku Saharuumnizam, 14, dinobatkan sebagai pelajar cemerlang setelah berjaya menguasai 30 juzuk al-Quran dalam tempoh lima bulan 10 hari di Akademi Al-Quran Amalillah (AKMAL) yang beroperasi di Bukit Payong, Marang.
Selain Engku Sofiah, lima lagi anaknya yang telah menyempurnakan hafalan 30 juzuk al-Quran ialah Solehah Radhiah, 25; Engku Mahmud Nasri, 23; Engku Muhammad Luthfi, 20; Engku Ahmad Syafiq, 17; Engku Sofiah, 14 dan Engku Daud Shauqi, 12.
Menurut Nor Latifah, dia dan suaminya yang merupakan seorang pesara, Engku Saharuumnizam Engku Abd Aziz, 57, tidak kisah berbelanja besar demi pendidikan anak-anak.
“Disebabkan memilih hantar anak-anak ke pusat pengajian swasta, secara kasar, belanja sekolah kelima-lima mereka dalam RM3,000 setiap bulan.
“Suami saya tak kisah anak-anak nak ambil jurusan apa sekalipun, asalkan ayat-ayat al-Quran tersemat di dada,” katanya yang kini berkhidmat dengan Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN Kijal.
Sumber: Sinar Harian & Gps Bestari
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Usia tidak menjadi penghalang untuk mana-mana wanita tampil cantik dan berkeyakinan. Pun begitu tidak dinafikan bila seseorang itu sedar usianya semakin meningkat, lazimnya akan berubah dari segi pemakaian mahu pun tingkahlaku dan cara berfikir.
Ini sebagaimana perkongsian daripada Siti Suryani Yaakop, melihat ada 12 perubahan paling nyata. Jadi apa kata kita check mungkin ada yang disenaraikan ini ada persamaan dengan apa yang kita rasai kini.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Orang perempuan bila dia sedar dia makin ‘menua’….
1. Mula pakai baju longgar. Dia tahu batang tubuh adalah aurat. Malu rasa nak pakai ketat-ketat. Segan rasa nak kenakan yang sendat-sendat. Dia sendiri akan sedar pakai longgar-longgar pun cantik juga.
2. Dah takda kisah sangat fesyen ke apa. Dulu semua nak kena match. Dari baju sampai tudung membawa ke kasut. Belum kira handbag lagi. Sampai takda tempat gantung. Sekarang takda kisah mana. Janji dia rasa kemas dan selesa.
3. Dia dah tak berapa nak membeli. Terutama untuk diri sendiri. Rasa ada dah semua. Kalau beli untuk anak, berapa pun takpa. Tapi kalau beli kat diri sendiri tudung 10 ringgit pun fikir 10 kali. Nak ingat semula dah ada kat rumah ke belum lagi.
4. Dia malas layan drama. “Ikut kau lah Bedah”. Dulu semua benda kalau tak kena rasa nak cakap. Sekarang paling malas, konfrontasi. Dah makin berusia dia makin tahu. Betapa banyak sebenarnya benda remeh yang dia boleh saja biarkan berlalu.
Langkah Demi Langkahnya
5. Dia kurang cerewet. Mudahnya dulu order makan kena betul-betul ikut spec. Sekarang minta nasi goreng kampung tapi orang bagi nasi goreng cina pun, makan lah juga. Malas nak bising mana.
6. Dia semakin kurang panas baran. Dia lebih sabar dan tenang. Dia dah tahu akibat dari panas baran ni tak pernah elok. Memalukan dan menyusahkan diri sendiri juga di akhirnya.
7. Dia banyak bersendiri. ‘Me Time’ dulu nak kena ada kengkawan sentiasa di tepi. ‘Me Time’ sekarang ialah masa bertenang dan santai sorang-sorang diri.
8. Dia mula lepaskan dunia perlahan-lahan. Pangkat, takpa. Duit, sedekah. Barang, bagi kat orang. Femes, tak perlu. Semakin lama dia semakin sedar dunia ini tiada lah perlu lagi digenggam begitu kuat. Dipegang begitu erat.
9. Dia kurang dah hiburan dan TV. Dulu drama jam 7 malam dia lah paling hafal. Sekarang dia tahu dah waktu mana boleh tengok. Lama mana hendak tengok. Jenis apa patut tengok. Kadang tak kenal pun artis mana-mana.
10. Sebab dia dah mula tahu ke arah mana masa dia sepatutnya habis. Dalam hidup tak berapa banyak sisa ni dia sedar… ‘Demi masa, sesungguhnya manusia kerugian’.
11. Dia sibuk upgrade diri dalam cara yang dia mahu. Tanpa kisah orang tahu. Lagi rahsia lagi baik. Dan tanpa menilai orang disekeliling. Dia anggap orang lain pun sedang upgrade diri juga. Secara rahsia. Sama macam dia. Tak nampak di mata bukan bermakna orang tak buat apa.
12. Dia faham di antara semua harta paling berharga atas muka dunia ini, tidak ada terbanding dengan ‘hati’. Sebab itu dia lebih banyak bersangka baik, latih rasa cukup, mudah memaafkan, mudah mengalah. Sebab dia nak jaga hati dia. Dari rosak binasa.