Musim hujan begini, pastinya tidak terlepas daripada demam dan selesema. Terutama bagi mereka yang mempunyai antibodi tak kuat. Jika anak-anak anda jenis yang sukar nak makan ubat, pasti ini mendatangkan masalah.
Susu kunyit salah satu kaedah tradisional yang dikongsikan oleh Sue Bertley menerusi laman facebooknya bagi menghilangkan batuk, selesema atau penyakit ringan lain terutama yang melibatkan saluran pernafasan. Mungkin kaedah ini sesuai untuk ibu-ibu praktikkan kepada anak-anak yang tak suka makan ubat.
Jom cuba:
Bahan- bahan:
2 cawan susu (susu segar, susu tepung atau susu Farm Fresh/GoodDay/ DutchLady)
2 isi kunyit lebih kurang size ibu jari, dibersih, ditumbuk dalam lesung batu.
Sedikit air
Secubit dua serbuk Lada Hitam
Sedikit madu asli (optional)
Cara-cara:
Didihkan sedikit air dalam periuk.
Tumbuk isi kunyit hingga hancur dan perah jusnya.
Ads
Setelah air mendidih, kecilkan api. Masukkan susu dan kacau hingga sedikit berbuih. Ambil sedikit serbuk Lada Hitam, masuk dalam susu tu.
Kacau seketika, kemudian, masukkan jus kunyit. Setelah sebati, tutup api.
Tip tambahan
Masukkan madu sebagai perasa
Ads
Langkah berjaga-jaga:
Yang ada penyakit batu karang tak boleh minum air susu kunyit ini.
Ibu mengandung disarankan dapat nasihat Doktor.
Untuk budak, mulakan dengan dos kunyit rendah, kalau okay baru naikkan sedikit.
Andai ditanya, cara bagaimana paling mudah dan cepat yang biasa ibu-ibu lakukan jika roti hampir tamat tempoh, tentu pelbagai jawapannya.
Mungkin ada yang biarkan sahaja, dan bila luput tarikh roti tersebut terus dibuang. Atau ada yang lebih kreatif akan segera memasak menggunakan roti tersebut dengan pelbagai menu.
Ini sebagaimana apa yang dilakukan oleh Puan Lizz ini, jom semak.
Selamatkan roti yang dah nak xpired..jadikan dia dessert..makan sejuk-sejuk…emmm memang sedap!
Itulah yang sering dilakukan oleh Puan Lizz Hassim bila roti yang dibeli tidak habis dimakan.
Menurutnya, bila dimasak sebegini roti yang hendak tamat tarikh luput lebih mudah dan cepat dapatddihabiskan.
Nak tahu apa resipinya, jom semak terlebih dahulu bahan-bahan yang diperlukan.
Bahan-bahan :
4 keping roti
3 biji telur
1/2 cawan susu pekat
2 cawan air suam
1 sudu kecil esen vanila
3 sudu besar gula
1 sudu besar air
Cara masak :
1. Masukkan gula dalam kuali, masak sampai jadi perang. Kemudian masukkan 1 sudu air. Bila jadi karamel, tuangkan do loyang dan biarkan sejuk.
2. Masukkan semua bahan lain ke dalam pengisar dan kisar halus.
3. Setelah itu masukkan adunan ini ke dalam yang berisi karamel tadi.
4. Kukus selama 40 minit dan siap. Pun begitu sejukkan dahulu di dalam peti ais sebelum dimakan.
Jika sebelum ini pihak kerajaan membenarkan ziarah hari raya hanya boleh dilakukan merentas daerah sahaja dan tidak melebihi 20 orang dalam satu-satu masa, hari ini kerajaan mengeluarkan maklumat bahawa perjalanan tersebut hanya boleh dilakukan pada hari raya pertama.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata keputusan itu dicapai melalui mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN), semalam, dalam usaha mengurangkan risiko penularan jangkitan COVID-19.
Beliau berkata, prosedur operasi standard (SOP) mengenai ziarah itu turut mengehadkan aktiviti saling berkunjung itu hanya membabitkan ahli keluarga terdekat dan tidak melebihi 20 orang.
“Had 20 orang ini juga mengikut saiz rumah. Contohnya, jika flat berukuran 600 kaki persegi, 20 orang itu mungkin terlalu ramai dan tidak boleh buat penjarakan sosial.
“Justeru, mungkin lima orang dibenarkan masuk untuk ziarah pada satu-satu masa, sehingga mencapai kuota 20 orang pada hari pertama perayaan,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Menteri Mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), di Putrajaya.
“Jumlah 20 orang itu diambil kira ikut saiz rumah. Katakan rumah flat berukuran 600 kaki persegi. 20 orang dalam satu masa mungkin terlalu ramai dan tidak boleh lakukan penjarakan sosial dalam rumah tersebut.
“Bagaimana pun semua pihak masih perlu mengikuti SOP ketika beraya dengan sentiasa menjaga penjarakan sosial, pemakaian topeng muka serta amalan kebersihan diri,” ujarnya lagi.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kita hanya merancang tapi Tuhan yang menentukan. Sehebat mana pun perancangan kita, lebih hebat lagi perancangan Allah untuk kita.
Begitulah buat keluarga ini, asalnya mengimpikan untuk memiliki empat cahaya mata apabila mereka mendirikan rumah tangga. Begitulah impian kira-kira enam belas tahun lalu, Wan Nurul Melissa Wan Abdul Malek, 36, dan suami, Mohd Azman Zainal Abidin, 37.
Namun siapa sangka kurniaan rezeki buat keluarga ini apabila memiliki 10 orang anak!
“Kini, selepas tempoh itu, kami dikurniakan 10 anak. Ada rancangan untuk menambah anak kepada 12 sebelum ini.
“Bagaimanapun, kami putuskan untuk ‘berehat’ seketika selepas kehadiran anak kembar (anak keenam dan ketujuh),” kata Wan Nurul Melissa.
Sepuluh anak mereka ialah Muhammad Adib Naufal Mohd Azman, 15, Nur Athilah Aliyah, 12, Nur Alisya Sofia, 10, Muhammad Anas Firman, 9, Muhammad Adam, 7, Muhammad Rahman, 5, Muhammad Rahim, 5, Muhammad Aidan, 3, Nur Ainul Maisarah, 2, dan Muhammad Ammar, enam bulan.
Anak ramai tapi meriah dan gembira
Tidak dinafikan menguruskan anak yang ramai memerlukan pengorbanan yang besar termasuk masa dan tenaga.
Namun dia bersyukur, walaupun penat, urusannya sentiasa dipermudahkan.
“Penat menjaga anak namun semua yang kami lakukan untuk mereka cukup menggembirakan selain memberi pengalaman baharu.
“Syukur kerana memang bukan mudah menjaga 10 anak namun Allah SWT sentiasa permudahkan semua urusan kami,” katanya.
Rezeki makin bertambah
Mengakui setiap anak itu adalah rezeki buat keluarga apabila kehadiran anak-anaknya membuatkan perniagaannya semakin maju.
“Apabila anak bertambah, saya mula membabitkan diri dalam perniagaan pada 2010.
“Bukan itu saja, rezeki kurniaan Allah SWT memang luas kerana perniagaan semakin maju setiap kali saya melahirkan anak. Kini, suami turut membantu perniagaan ini,” katanya.
Ramai terkejut anak ramai
Mengakui apabila membawa anak pergi beriadah ada yang terkejut melihat anaknya yang ramai.
“Bawa anak ramai ini berjalan-jalan memang bukan mudah. Ada yang bertanya sama ada mereka ini ‘anak buah’ saya.
“Apabila dimaklumkan yang semuanya anak saya, ramai yang terkejut. Saya terangkan semuanya dan barulah mereka faham.
“Saya juga tidak kisah kerana sudah biasa dengan pertanyaan berkenaan,” katanya.
Katanya lagi, dia juga melahirkan rasa syukur apabila anak-anak yang besar turut membantu hal menguruskan anak-anak yang masih kecil. Begitu juga dengan suami yang sentiasa saling membantu.
Buat masa ini mereka memilih untuk berehat seketika, namun jika ada rezeki, kami tidak tolak kerana itu semua rezeki daripada Allah SWT.
“Kami memang sukakan kanak-kanak dan walaupun ‘bising’, ia tetap menyeronokkan,” katanya.
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara