Mungkin jarang kisah pengorbanan seorang bapa dikongsikan kerana biasanya cerita perjuangan ibu yang sering disebut-sebut. Namun begitu, sebenarnya seorang bapa yang baik akan sentiasa mementingkan yang terbaik buat anak-anak yang dikasihi.
Biarpun terpaksa bersusah atau bergolok-gadai, seorang bapa takkan mempertaruhkan kebahagiaan dan kesenangana anaknya.
Seorang bapa boleh menjadi sangat kreatif untuk menghasilkan sesuatu yang dapat memberi kemudahan kepada dirinya dan keluarga. Beberapa hari ini, tular sebuah video seorang bapa yang mengubah sebuah basikal dengan tempat duduk yang selesa buat anak perempuannya. Video ini telah dikongsikan oleh pengguna Facebook, Hareez Ikmal.
Ads
Alhamdulillah Cuaca cantik dari Kinabatangan. Perjalanan kami untuk ke Tawau, bila masuk Lahad Datu jalan jem sebab budak baru balik sekolah.
Tengah² sangkut jem ternampak sorang pakcik ni kayuh “basikal unik” bawak anak kecik dibelakang. Auto sedih bila tengok pakcik ni & anaknya.
Hebatnya kasih sayang seorang Ayah ❤️ semoga ada rezeki dapat jumpa di kemudian hari nanti.
Lelaki itu sedang mengayuh basikal dan dipercayai sedang dalam perjalanan pulang selepas menjemput anaknya dari sekolah. Dapat dilihat bapa ini telah meletakkan tong yang diubah suai sebagai tempat duduk untuk anak meletakkan kaki dan bersandar. Nampak selesa saja anaknya duduk di belakang, siap berbumbung lagi!
Yakinlah kerja rumah bagi seorang isteri memang tidak akan pernah siap. Ada sahaja yang perlu dibuat, dan semua ini sungguh memenatkan. Mengeluh panjang sekali sekala itu biasa, namun jika setiap waktu ada sahaja yang dirungut, itu bukan dapat melegakan keletihan. Malah menambahkan beban semata-mata.
Namun alangkah tenang dan lapangnya hati kita sekiranya melihat daripada sisi berbeza.
Bukankah setiap pekerjaan yang dilakukan dengan ikhlas pasti ada ganjarannya dariNya.
Sila baca juga, perkongsian daripada seorang isteri ini untuk sama-sama kita jadikan inspirasi bersama dalam menjalankan tanggunjawab sebagai isteri dan anak agar semua itu menjadi lubuk pahala.
Buat kerja rumah memang penat. Tambah kalau kau kena hadap kerja-kerja tu 24 jam. Belum masuk lagi peel anak-anak yang dambakan perhatian kau. Allah, tak boleh berenggang lansung!
Mandi pun ala kadar, makan pun tak sempat nak kunyah sempurna. Dah serupa ular sawa, asal telan saja.
Percayalah, bukan kau seorang lalui benda ni. Semua ibu pun berdepan rasa yang sama. Letih, penat, takde me-time, serabai, bahkan kau lupakan juga kesihatan diri sendiri demi suami dan anak-anak.
Kalau kau pandang ini sebagai jalan untuk kau ke syurga, kau pasti akan senyum sampai telinga. Hilang penat dan lelah sebab kau tahu penat kau selama ini berpahala.
Setiap orang, jalan syurganya berbeza. Para ilmuan, jalan syurganya dengan menyebarkan ilmu. Banyak masa dihabiskan untuk berjumpa masyarakat dan sebarkan manfaat. Itu jalan dia. Kau jangan cemburu buta.
Sebab jalan syurga kau juga ada. Betul-betul di depan mata. Kalau menghadap karenah anak-anak pun kau dah merungut sebakul, cuba kau pandang semula mata anak-anak kau yang comel tu.
Mereka sihat! Cergas! Aktif! Kau nak bising apa? Kau nak tengok anak-anak kaku atas katil tak bergerak dengan wayar berselirat? Atau kau nak anak-anak cuma menelan susu tanpa dapat menjamah masakan kau yang sedap tu?
Faham yang kau penat. Penat kau itulah lubuk pahala. Dah alang-alang penat, biarlah penat yang berpahala. Hati senang, jiwa ceria, insya-Allah tersedia pula tempat untuk kau di syurga.
Sumber : SriAjilahSamsir
Mengeluh sekali-sekala tu, biasa.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Lumrahnya bagi setiap pasangan, awal-awal perkahwinan merupakan saat bahagia dan dipanggil zon berbulan madu. Pada waktu itu semuanya nampak manis dan indah, saling sayang menyayangi. Namun lama-kelamaan, mula nampak sikap sebenar.
Dalam perhubungan, it takes two to tango. Kalau sorang je yang beria takkan jadi. Sebab tu kena saling bertoleransi dan bantu-membantu antara satu sama lain. Isteri ni apabila dah tawar hati, rumah tangga automatik jadi kusam, tak ceria, ada anak cuma untuk pecahkan sunyi. Rasa hormat pada pasangan sedikit demi sedikit mula menghakis. Abila sudah kronik dan tidak dapat dibendung lagi, itulah yang menyebabkan berlakunya pergolakan dalam rumah tangga.
Hadamkan perkongsian saudara Mohd Fhais akan punca yang membuatkan isteri mula hilang hormat pada suami.
7 Punca Isteri Hilang Rasa Hormat Pada Suami
1 – Tak pandai urus duit
Macam mana isteri nak ada rasa hormat kalau tiap-tiap bulan isteri yang kena tanggung beli beras, sayur, daging, ayam, ikan susu anak dengan baju anak.
Gaji habis bayar hutang tu bukan alasan tuan tuan. Nafkah tu wajib di beri bukan ikut mampu tak mampu. Lagipun duit untuk di urus bukan untuk di habiskan.
2 – Tak pandai urus emosi
Isteri bukan tempat untuk melempias api kemarahan. Isteri layak di beri rasa cahaya kegembiraan. Macam mana nak ada rasa hormat jika suami sendiri tak hormat perasaan isteri.
Suami tak kaya boleh di terima lagi tapi suami yang tak boleh urus emosi ni sangat di benci kerana setiap hari isteri akan alami penderaan emosi yang teruk.
3 – Tak pandai urus masa
24 jam dengan telefon. Mula dengan wasap group lepas tu games, sampai ke sudah berkepit dengan telefon. Masa di rumah bazir macam tu je.
Susah isteri nak hormat suami kalau suami lebih suka berkepit dengan telefon daripada berkepit dengan isteri. Ada masa boleh main games, ada masa kena utamakan keluarga juga. Ingatlah bila susah nanti bukan telefon yang akan bantu tapi isteri juga yang membantu.
4 – Tak membantu urusan rumah
Suami patut jadi tempat isteri mengadu, tempat untuk bergantung harap bila ada masalah bukan sebaliknya. Suami fikir balik rumah nak berehat, nak dengar berita yang indah indah je, tak nak serabut kepala dengan masalah rumah. Salah!
Isteri harapkan suami balik ke rumah boleh membantu. Harap suami ada dapat la berehat sejam dua. Tapi hampeh, makin bertambah kerja ada la, di tambah kena layan suami macam raja pula. Rasa hormat hilang, timbul rasa menyesal pula.
5 – Tak peduli tentang anak
Tak ada isteri yang boleh hormat suami kalau anak sendiri pun tak ambil peduli. Baju anak, makan anak, sekolah anak malah anak sakit pun dia tak peduli. Semua isteri yang urus sendiri.
Buat anak sama-sama tapi yang susah jaga anak isteri seorang. Memang menyinga la kawan tu. Jangan harap la boleh hadir rasa hormat jika begini.
6 – Tak peduli tentang isteri
Keperluan isteri tak di penuhi. Kehendak isteri tak di peduli. Semua tentang isteri di anggap remeh! Lagi pandai isteri berdikari lagi hebat pula suami ambil kesempatan.
Bukan setakat isteri hilang hormat malah semakin meluat tengok muka setiap hari. Ini la punca terjadinya pergaduhan setiap hari. Kesian, anak-anak jadi mangsa.
7 – Tak matang
Macam mana nak ada rasa hormat kalau dah lama kahwin pun suami masih lagi tak matang matang. Masih lagi cakap ikut suka mulut, tak pernah nak dengar nasihat, tak pernah nak jaga perasaan isteri.
Malah isteri yang dah banyak menolong pun tak pernah nak tunjuk penghargaan. Masih lagi dengan ideologi orang perempuan buat kerja rumah, lelaki buat kerja berat. Orang perempuan kena layan suami, bukan sebaliknya.
Parah dan padah jika kalian terus begini.
Kahwin ni bukan cuma duduk satu rumah dah kira berkahwin. Kahwin ni kena duduk dalam satu kehidupan. Laki bini kena hidup sama-sama. Bukan kau dengan hidup kau aku dengan hidup aku. Itu lebih baik jangan kahwin.
Nak isteri hormat kita? Mudah je, hormati la mereka dan mereka pun akan hormati kita. Tak susah pun!
Wallahu A’lam,
Mohd Fhais
Rasa hormat tak boleh di minta, ia akan datang sendiri bila kita layak menerimanya.
#notakekeluargaanfhais
t.me/CoretanFhais
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Semalam pelakon dan duta produk, Ayu Raudhah selamat melahirkan anak empatnya pagi semalam. Berita kelahiran bayi lelaki itu dikongsikan oleh Zaquan Adha menerusi IG Story miliknya.
Dalam pada itu, Ayu Raudhah turut berkongsi gambar dan luahan selepas selamat melahirkan bayinya secara normal.
Allah Hu Akbar !! Syukur ayu telah selamat melahirkan anak ke 4.. it’s a Boy Alhamdulillah… setiap anak ada rezeki nya dan Pengalaman setiap anak lain2 apapun Alhamdulillah Di permudahkan urusan bersalin hari ni, rezeki sekejap je sakit dah bersalin tak sempat Doctor sambut..
“kali ni betul-betul rasa turun tanda ,pecah ketuban , & contraction.. bukaan 3 cm -10 cm 1 jam lebih ja,maybe dah anak ke 4. Sebelum ni baby girl memang la senang, sebelum tu 2 boys dengan epidurals jadi tak sempat nk rasa sakit.
“Suami kalau boleh semua anak dia nak suruh I ambik epidural dia tak sanggup tengok ayu sakit. kali ni Allah bagi rasa dan menikmati experiences bersalin betul-betul sama macam orang lain cuma cepat dan sakit sekejap bersama orang tersayang suami dan mama bergilir- gilir dekat labour room.
“Tq sayang sentiasa ada untuk I @zaqone_08. Mama of course mak sanggup buat apa saja untuk anak-anak dia.. betul dak?! Kita belum tentu lagi ada untuk mak kita. Erm.. kami tak pernah merancang pun pasal Anak, sesungguhnya Rancangan & Kurniaan Allah yang terbaik ,sentiasa bersyukur..
“Semoga Anak-anak ku menjadi anak yang soleh dan solehah dan menjadi ladang pahala dan rezeki. Amin ya robb. Pelengkap keluarga Zaquan Ayu,” luah Ayu Raudhah di laman instagramnya.
Pasangan ini berkahwin pada 21 Januari 2011. Mereka sebelum ini dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Muhammad Aisy Qaiser, Muhammad Aisy Aryann dan Laura Zuleykha.
Aaron Aziz mengakui berdepan rasa sunyi apabila anak-anak semakin dewasa dan melanjutkan pengajian di luar negara. Luahan menyentuh hati ini dekat dengan pengalaman ramai ibu bapa.