Muat naik terkini usahawa Tya Ariffin menarik perhatian ramai di media sosialnya. Tya memuatnaik foto dirinya bersama ahli keluarganya.
Lebih menarik apabila gambar itu merakamkan dia bersama ibu mertuanya yang juga merupakan penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nuhaliza dan kakak iparnya, Izara Aishah.
Lebih buat kagum, DS Siti Nurhaliza awet muda. Kelihatan sebaya dengan menantunya!
Bukan sahaja berkongsi foto rakaman mereka bertiga, turut berkongsi gambar ayah mertua, suami serta ahli keluarga lain.
Difahamkan momen itu diambil sewaktu meraikan ulang tahun kelahiran anak tiri kepada Siti Nurhaliza iaitu Aazief Khaif .
Apabila berlaku sesebuah kemalangan, pasti kita akan diserang panik nak-nak lagi bagi kaum wanita yang pertama kali mengalami situasi begini. Apakah yang harus dilakukan dan siapa yang patut dihubungi. mungkin waktu ini ada akan blur seketika.
Yang penting tenangkan hati dan jangan panik. Jom ikut tip atau nasihat ini dikongsikan oleh Pengasas Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam), Salkukhairi Abd Sukor . Cukup bermanfaat terutama kepada kaum wanita yang memandu keseorangan atau hanya ditemani anak kecil. Kena berhati-hati supya tidak ditipu atau diambil kesempatan oleh orang lain.
1 . Jika ada orang langgar kereta anda dari belakang, jangan panik dan bawa bertenang
2. Berhentikan kereta anda di tepi jalan di kawasan yang lapang dan selamat. Ini untuk mengelakkan berlakunya kesesakan lalulintas
3. Selepas anda lihat kenderaan yang melanggar anda juga memberhentikan kenderaannya, ambil telefon bimbit anda yang ada kemera dan keluar daripada kereta anda
Ingat! Jangan ambil sebarang alatan yang merbahaya seperti steering lock, parang, peralatan yang di perbuat daripada besi dan sebagainya, kerana anda mungkin boleh di tuduh cuba untuk melakukan serangan dan kecederaan kepada orang lain dan harta benda awam
4. Ambil gambar plat dan cukai jalan kenderaan yang langgar anda tadi
5. Apabila pemandu kenderaan yang langgar anda tadi keluar daripada kenderaannya, sapa lah dia dengan baik. Kalau pun anda tidak mampu nak senyum padanya, tetapi janganlah terus memaki hamun kepadanya
6. Tanyakan kepadanya dengan baik kenapa dia langgar kereta anda tadi? Kebiasaannya dalam situasi sebegitu masing – masing akan cuba menyalahkan satu sama lain. Kawal kemarahan anda, jangan bertengkar, bergaduh dan berbalah di situ kerana ianya tak akan menyelesaikan masalah tetapi hanya akan menyebabkan kesesakan lalu lintas dan mengganggu pengguna jalan raya yang lain
7. Kalau boleh minta tengok daripada pemandu yang langgar kereta anda tadi kad pengenalan atau lesen memandunya. Ambil gambar kad pengenalan atau lesen memandunya
8. Jika dia tidak mengaku bersalah melanggar kereta anda, jangan paksa dia mengaku atau paksa dia bayar wang kepada anda. Just bagitahunya, dari segi undang – undang, sekiranya sesuatu kenderaan melanggar kenderaan lain daripada belakang, kecuaian adalah di sebabkan oleh kenderaan yang melanggar itu
9. Jika dia mengaku bersalah, minta dia menanggung kos pembaikan kereta anda. Sekali lagi di ingatkan, tak perlu minta wang daripadanya. Terus ajak dan bawa dia ke bengkel yang anda biasa berurusan untuk menilai berapakah kerosakan kereta anda
Kalau boleh terus pergi, jangan tangguh – tangguh walaupun anda ada urusan lain. Lagi cepat anda selesaikan perkara tersebut lagi bagus
10. Jangan lupa ambil nombor telefonnya atau bisnes kadnya supaya mudah anda menghubunginya nanti
11. Jika dia berkeras tidak mahu mengaku bersalah dan tidak mahu tanggung kos pembaikan kereta anda, tidak mengapa, jangan serang atau melakukan sesuatu yang boleh di anggap sebagai kesalahan jenayah terhadapnya. Biarkan saja dia pergi. Ini kerana anda telah dapat segala info berkenaan kenderaan dan dirinya
12. Terus pergi buat report polis di balai polis berhampiran
13. Dengan report polis tadi pergi ke JPJ dan lakukan carian kenderaan untuk mengetahui syarikat insurans kenderaan yang langgar kereta anda tadi
14. Pergi terus ke bengkel panel syarikat insurans tersebut dan minta 3rd parti claim untuk membaiki kerosakan kereta anda tersebut
Mudah bukan ? Tak perlu gaduh – gaduh dan melakukan sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah anda dan boleh mendedahkan anda kepada perlakuan jenayah. Negara kita kan ada undang – undang. Patuhilah undang-undang.
Moga informasi ini dapat memberikan manfaat buat kita semua.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bila terjadi tanah pusaka yang terbiar bertahun-tahun di kampung tentu ada yang terjadi berkemungkinan ada yang mengambil kesempatan menganggap tanah tersebut tiada pemiliknya.
Apatah lagi bila tanah tersebut terbiar semak, tentu ada sahaja yang cuba menceroboh masuk ke tanah tersebut dan buat seperti tanah miliknya sendiri. Mungkin ada yang jadikan sebagai tapak untuk bercucuk tanam, berladang, menternak haiwan dan sebagainya.
Menyedari hal ini, tentu sahaja bila kita sekali sekala balik ke kampung berasa marah melihat tanah pusaka diceroboh begitu sahaja. Jadi apa tindakan wajar yang perlu diambil?
Menjawab persoalan ini, ada baiknya kita memahami perkongsian daripada peguam hartanah, Syazwan Mohd Jafri ini.
ADA SQUATTERS PULAK KAT TANAH AKU NI SUKA HATI JEE BUAT HARTA SENDIRI CAMNE NAK HALAU NI…
(Ketahui jalan penyelesaiannya)
Bayangkan situasi ini. Tanah/rumah/hartanah pusaka atau kita sendiri punya di kampung, bila kita balik untuk jenguk, nampak ada penghuni tanpa izin, menetap secara haram. Paling teruk, dah buat macam harta sendiri bina rumah seluas boleh dan korek tanah sini sana.
Jadi apa tindakan yang kita boleh ambil sebagai pemilik hartanah tersebut? Sharing agak ringkas hari ini jadi mari kita mulakan.
PENCEROBOH ATAU “SQUATTERS”.
Squatters di bawah undang-undang boleh diertikan sebagai Individu yang menetap di tanah orang lain tanpa kebenaran dan secara haram. Mereka juga tiada bayar apa-apa pada pemilik hartanah.
APA TINDAKAN YANG BOLEH DIAMBIL OLEH PEMILIK HARTANAH?
Di bawah Aturan 89 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012, Pemilik hartanah boleh mendapatkan Perintah milikan hartanah kembali dengan memfailkan Saman Pemula ke mahkamah tinggi. Kiranya, dengan Perintah ni, squatters akan boleh kena evicted(dihalau) tanpa rasa takut lagi dah.
ATURAN 89 KAEDAH-KAEDAH MAHKAMAH 2012.
Kelebihan memfailkan Saman Pemula di bawah aturan ini adalah, pemilik hartanah tidak perlu mengenali atau mempunyai butiran pengenalan tentang squatters itu sendiri – tidak seperti saman sivil yang lain-lain.
Aturan 89 ini kiranya “memahami kesusahan” pemilik hartanah dan cukup sekadar menunjukkan dia adalah pemilik hartanah, dan tanah sememangnya diduduki oleh squatters. Di samping itu juga, Saman pemula ini boleh dikira cepat, ringkas dan menjimatkan masa.
Dalam Saman Pemula ini juga kita akan masukkan perintah untuk menggunakan kekerasan yang munasabah dengan bantuan pihak berkuasa, serta melupuskan barangan Squatters tanpa sebarang implikasi semula kepada kita..
INFO TAMBAHAN
Saman Pemula ini tak terpakai untuk kes-kes yang mana penyewa tidak membayar sewa tapi masih menduduki rumah. Kes sebegitu adalah berbeza dan saya pernah share sebelum ini..
Akhir kata, tujuan sharing kali ni bukan untuk menjadi tidak berperikemanusiaan tapi sekadar berkongsi hak pemilik hartanah ini semua.
Baru- baru ini pelakon terkenal, Datuk Fizz Fairuz berkongsi berita isteri kesayangannya, Datin Almy Nadia dimasukkan ke hospital kerana mempunyai batu karang dalam hempedu. kini, Almy dilaporkan sudah berada dalam keadaan stabil dan beransur pulih.
Namun, Fizz berkongsi rasa sebak dan terharu dek kerana anak sulungnya yang sudah pandai memikul tanggung jawab dengan menguruskan adik-adiknya lain. Kisah tersebut dimuat naik dalam satu video menerusi instagramnya.
“Bila papa tengok video ni, mata papa masuk habuk. Tak tahu nak cakap, dengan keadaan mama dia sakit. Tapi papa bersyukur dapat anak yang faham dan rajin macam kakak,” tulis Fizz menerusi kapsyennya.
Perkongsian tersebut turut mendapat respond dari isterinya Almy. Dengan rasa sebak dan terharu, Almy mengatakan rasa bangga dengan sifat anaknya yang membantu walaupun pada usia yang masih kecil, tetapi memahami keadaan yang dialami.
“Itulah Arianna, bila susah, nampak sangat-sangat membantu dan memahami keadaan mama, papa dan family. Syukur Ya Allah. Mama tengok video ni pun mama (menangis). Thank you love sebab jaga anak- anak masa mama sakit. Thank you love…”
Rata-rata yang membaca kapsyen dan melihat video tersebut meluahkan rasa terharu akan keprihatinan anak sulung Almy dan fizz.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Suami Nurulhidayah Ahmad Zahid terima Datuk Seri sempena Hari Ulang Tahun ke-85 Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang. Nurulhidayah menyifatkan pengiktirafan itu sebagai amanah besar untuk terus berbakti.