
Sejak kebelakangan ini, sering kali kita dengar perkhabaran orang terdekat dengan kita dijangkiti virus Covid-19, lebih-lebih lagi sekarang ini varian yang paling kuat iaitu Omicron XBB dikesan di Malaysia.
Tidak terkecuali, ibunda penyanyi kesayangan negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza disahkan positif virus tersebut semalam.
Perkhabaran duka tentang Mak Salmah atau nama penuhnya Siti Salmah Bachik ini dikongsikan sendiri oleh Siti menerusi perkongsian di Instagram Story miliknya.
“Balik bilik, tengok telefon, dapat berita mak kena Covid-19. Dapat cakap dengan mak, baru lega. Mak cuma sakit-sakit badan sikit, batuk tak teruk. Alhamdulillah.”
Dalam hantaran itu juga, Siti turut memohon doa orang ramai supaya ibunya segera sembuh.
“Ya Allah, jagakan wali keramat saya. Doakan Mak Salmah segera sembuh. Mak kuat!” tulisnya.
Dalam hantaran terbaharunya, Siti sempat berkongsi keadaan terkini ibunya yang sudah kembali ceria hari ini.
“Hubungi mak pagi tadi, dengar suara mak ceria, barulah rasa senang hati nak kerja malam ini.
“Terima kasih semua yang mendoakan Mak Salmah ya. Syukur, Alhamdulillah,” tulisnya.
Dalam pada itu, Siti yang akan beraksi di malam kedua Konsert Music of the Soul Datuk Seri Siti Nurhaliza malam ini mengingati peminat yang hadir ke konsert haruslah membuat self-test di rumah sebelum hadir.
Sumber : Instagram CTDK
Jemput-jemput Lagi Enak & Gebu, Bila Ibu Cuba 3 Skil Ni!

Menyediakan hidangan jemput-jemput sama ada sebagai menu minum petang atau sarapan tentu sahaja menjadi sesuatu hidangan yang cukup menyelerakan. Lebih-lebih lagi jika rasanya lembut, gebu dan elok pula bentuknya.
Pun begitu, tidak semua antara kita tahu rahsia bagaimana untuk menyediakan hidangan jemput-jemput memenuhi kreteria seperti itu. Untuk itu, ketahui rahsia dan skil yang perlu anda praktis untuk mendapatkan hasil masakan jemput-jemput yang sempurna dan enak dimakan. Jom semak!
Tukar Satu Bahan
Seriously lepas ni tukarkan sahaja tepung gandum dengan tepung kek. InsyaAllah gebu gebas la Jemput-jemput anda.
Bahan-bahan :
Telur – 1 biji
Tepung naik sendiri @ tepung kek – 500 gram
Air secukupnya sampai boleh menjemput (air suam @ air suhu biasa)
Boleh campak apa2 hiasan dan lauk pauk seperti – ikan bilis, udang, daun sup, bawang, ataupon taugeh.
Resepi ini valid untuk segala jenis jemput termasuk Jemput-jemput pisang, Jemput-jemput manis, Jemput-jemput labu, Jemput-jemput sukun dan sebagainya.
Selamat mencobaaaa!!!
sumber : Ummi Hidayah
Gaul Dengan Tangan
Cara masak jemput bawang+bilis cara fiza..
1)panaskan minyak. Set api yang paling minimum
2)hiris bawang . Masukkan bilis..air dan garam (kacau rata)
3)Masuk tepung ikut sukatan air..jangan lembik sangat..jangan keras sangat..hihi..kdg kdg fiza terbabas juga.
4)kacau sekata
5)sory kalau cara ni korang tak suka..tapi fiza..lebih suka guna tgan utk buat jemput..utk dapatkan bentuk yang cute. Tapi pastikan cuci tangan dulu ye..hihi..ni juga tips pikat suami, air tangan istri..boleh gitu..
6)jemput jemputkan adunan td dan masuk dlm kuali yg minyaknya dan pans td..
7)Masa mggoreng balik balik jemput supaya sekata
8)goreng smpai garing..dan hidang..
In shaa allah lembut.
sumber : Fiza Faiz Berendoi Kuantan
Plus Nasi
Rangup di luar, lembut di dalam..
Yang pasti, sampai ke petang pun still lembut lg..
Bahan-bahan:
– Bawang sebiji dihiris
– Kentang 2 biji dihiris nipis/dadu
– Ikan bilis siap kopek sejemput
– Daun sup agak2, dipotong nipis..
– Garam secukup rasa..
– Nasi dalam 3 senduk di blend dengan air.. Air biar melepasi paras nasi.. Macam dlm gambar.. Blend halus yer..
– Tepung dalam 3 ke 4 cawan, masuk dalam bahan2 tadi, dan nasi yang sudah di blend tadi campur kan n gaul rata..
Boleh masuk kan air sikit2 sampai boleh disudu/dijemput2kan..
Goreng dalam minyak yang panas yer..
Selamat mencuba
Kredit Resepi : siti norkamilia
Bebas Covid-19 Stage 4, Wanita Ni Kongsi Kisah Tentang Petua!

Pada ketika ramai ‘berperang’ melawan penyakit Covid-19, warganet pula ‘diancam’ dengan pelbagai penawar yang tidak dapat disahkan kebenarannya. Bahkan ada juga yang boleh memberi kesan buruk terhadap kesihatan pesakit Covid-19.
Berkongsi pengalaman daripada bekas pesakit covid-19 berkenaan kesan yang dirasai daripada amalkan beberapa petua untuk merawat Covid-19 ini wajar dijadikan teladan.
Ini perkongsiannya.
I’m Covid19 Stage 4 survival!
Alhamdullilah sudah beransur pulih sudah melepasi tahap kritikal yg paling bahaya. Allah masih sudi pinjamkan umur dan nyawa kepada aku… amiinn
Aku bersyukur hanya aku yang positif dalam family.
Gejala demam dpt selepas aku amik 2nd dos vaksin hari ke 2. Ingat demam simptom after vaksin rupa nya melarat sampai tiada deria bau. Amik keputusan buat swab test hasilnya seperti dijangka.
Jadikan panduan
Petua2 yg dilarang utk pesakit positif covid mengikut pengalaman aku adalah.
Petua tersebut tidak boleh sama sekali digunakan pakai dan ia mendatangkan bahaya nyawa dalam sekelip mata seperti yg terjadi pada aku. Oxisgen aku turun mendadak ke paras 80
Dilarang keras: Air Kelapa ( tak kira lah dicampor apa bahan sekali) Sangat-sangat merbahaya kerana dia membuat saluran pernafasan menjadi sempit diruang paru2 dan suhu badan menjadi semakin meningkat.
Air Lemon akan membuat kita mengalami sakit perut yg sgt kerana sifat lemon sudah bertukar kepada acid dan memburukkan kesihatan
Cuka membantu menyempitkan saluran pernafasan membuat kita semakin sukar bernafas
3 item ini lah menyumbang kepada kematian!!! Jika kita tidak segera ke hospital.
Petua Terbaik
Petua paling terbaik adalah minum air suam secukupnya supaya badan dan tekak kita sentiasa basah. Mkn buah2 yg tidak berunsur sejuk atau supplement vit c. Jika demam mkn panadol. Tido dan makan secukupnya.
Terima kasih kepada kesayangan2 hamba terutama nya suami terchinta Norazli Ridzuan dan anak2 Amira Norazli yg menjaga mami tanpa berbelahbagi serta adikberadik iparduai dan kawan2 yg mengetahui turut memberi doa kesembuhan utk aku, aku hargai semuanya.. semoga kita semua dilindungi.
Terima kasih kpd kakitangan hospital
Selayang unit zon kuning ward 6A mereka memberikan service terbaikkkkk!!! Utk semua pesakit covid. Hanya Allah dpt membalasnya🥰
Jangan pilih jenis vaksin, pilih nyawa anda. Vaksinasi selamatkan nyawa.
Sumber : Suhaida Ariffin
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Untuk maklumat lanjut layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!
Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520
Bersempena Bulan Kemerdekaan, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM300! Cara nak dapatkannya mudah sahaja, ayuh sertai Pertandingan Berbalas Pantun Anak Merdeka dengan mendaftar di https://toko.ideaktiv.com/product/pertandingan-berbalas-pantun/ atau Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520
Jom sertai E-Keluargagader BELAJAR ONLINE BERKEBUN CILI DI HALAMAN RUMAH dengan daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/berkebun-cili-di-laman-rumah/ atau Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Geram Cuma 2 Minit Jer, Impak Dia Mungkin Selamanya Pada Anak.Ā Deep Perkongsian Ni!

Bergelar ibu bapa bukan satu tanggung jawab yang mudah. Pelbagai dugaan dan cabaran yang terpaksa dilalui. Ada ketikanya bila sabar semakin berkurangan itu yang ada yang naik darah sehingga sanggup memukul anak sendiri.
Kisah yang dikongsikan oleh Saudara Abu Hannah menerusi facebooknya wajar dijadikan contoh buat ibu bapa lain. Semoga sifat amarah kita dapat dikawal terutama dalam berhadapan dengan anak-anak yang masih kecil. Usah membuatkan emosi mereka tercalar hanya dek kerana ketidaksabaran kita dalam mengawal situasi.
Semalam, slps solat isyak, aku berdiri memerhatikan Hannah bermain bersama kawan2 dia. Tiba2 seorg wanita berjubah hitam mendekati kanak2 itu. Dan merentap tgn salah seorg budak2 itu.
Telinga ditarik. Tangan disentap. Punggung dipukul. Badan ditolak.
Aku memerhatikan sahaja. Dan tgn aku signal pd hannah supaya ajak kawan2 lain main jauh dari situ dan jgn perhatikan. Hannah dekati aku, dan aku bisikkan pdnya…
” Hannah jgn tgk. Pergi ajak kawan2 main sebelah sana..,” ujar aku pdnya. Hannah angguk seakan faham lantas diajak kawan2 lain bermain jauh dari situ.
Tiba2 sewaktu budak seusia hannah itu dimarahi ibunya, dia berlari ke arah aku. Mungkin dia kenal dan cam muka aku sbb lama berdiri memerhatikan mereka bermain bersama.
” Sini! Cepat balik! Mengada.. Ingat org suka la tu..!,” marah ibunya.
Jujurnya aku rasa kekok. Sbb budak tu berdiri sebelah aku memegang hujung jubah. Seakan minta bantuan.
Dia hanya menunduk menantikan ibunya atau aku yg mulakan sesuatu.
Aku cangkung, lantas aku pikul budak tu dibelakang aku…
” Jom kak.. Sy hantar dia smpai kat luar masjid. Mana selipar dia?,” ujar aku. Aku harap, tindakan aku tu boleh bg masa pd ibu yg kepenatan dan keletihan itu ambil masa berfikir tindakannya td.
Akak tu cuma angguk dan menunjukkan arah selipar anaknya. Hannah dan kawan2 lain mengejar aku yg sdg memikul anak comel ini dibelakang aku. Sambil berlari anak. Riuh sekejap masjid yg hampir sunyi ni.
Sesudah anak itu aku pakaikan selipar. Aku gosok ubun2nya. Sedikit selawat aku tiupkan kepadanya agar dia kembali ceria. Dan aku titipkan sedikit kata2..
” Ibu bukan marah. Ibu cuma tersilap sikit. Sbb ibu penat. Kakak jgn lari laju2 taw. Kalau ibu penat, kakak pimpin tgn ibu. Mesti ibu tak marah. Kalau ibu nak marah. Kakak peluk kaki ibu. Nanti ibu tak marah.. Ok syg?,” ujar aku pd anak kecil ini.
Emaknya mintak maaf pd aku. Dia marah sbb masa solat td anaknya tinggalkan handphone yg anak dia main2 sepah2 kat ruangan solat wanita. Rupanya anak dia 2 org. Yg dimarah ini yg kecil. Yg sulung sdg menanti diluar masjid utk pulang.
Aku isyarat agar jaub sikit drpd kanak2 yg ramai tu. Mungkin ada sebab Allah tunjuk benda ni depan aku.
” Puan, maafkan sy kalau tindakan sy td menyinggung puan. Sy xnk campur. Bila anak puan pegang hujung lengan jubah sy so sy rasa sy cuba nak bantu. Bukan sy nak ajar puan. Sy pun tak pandai. Puan lg arif pasal anak. Sbb puan yg mengandungkan mereka. Yg lahirkan mereka. Puan lebih kenal anak puan. Tp puan, yg sy tahu. Berkasar itu tidak selesaikan apa2 masalah. Sy yg dewasa ni pun x suka org berkasar dgn sy. Sy rasa anak puan lebih lagi. Puan ibu yg kuat dan baik. Apa yg puan jelaskan pd sy td, sy tahu puan mungkin geramkan hal lain. Cuma kita manusia kdg2 terlepas. Sy tahu puan penat. Puan letih. Selesaikan semua sorg2. Sbb tu puan hebat dan kuat. Anak2 ni telah jadikan puan sehebat ini. Handle semua sorg2. Satu jer puan sy mintak. Sy merayu, tolonglah puan jgn rentap tgn anak mcm tu. Sy rasa smpai kat dada sy puan. Marah tu 2 minit jer puan. Kita tahan yg 2 minit tu. Allah gantikan dgn pelbagai perkara baik. Sbb kanak2 ni bawak berkat puan. Kita jaga mereka. Allah jaga kita. Sy mintk maaf. Kalau2 sy ada singgung puan sbb dukung anak puan td. Wallahi, sy pun x pandai jaga anak. Sy xnk campur. Maafkan sy. Sy minta diri…,” ujar aku.
Dia pun mengaku silap dia.
Aku bukannya pandai. Aku xde apa2. Cuma… Bila kita rasa nak lepaskan geram pd anak. Geram tu cuma 2 minit jer. Impak dia mungkin smpai selamanya pd anak.
2 minit tu kita lawan. Kita akan jadi lebih kuat lagi dan lagi. Syaitan akan menangis kuat dek kerana 2 minit kita tahan amarah kita.
Aku faham lelah menguruskan semua benda sorg2. Takde hobi, takde kawan, takde me time.
Tapi Allah gantikan semua tu dengan satu benda yg jauh lebih berharga. Xde teknologi mampu buat benda ni.
Namanya BONDING.