Semua orang inginkan sebuah keluarga bahagia dan hidup sempurna. Namun dalam kehidupan ini pasti ada cabarannya.
Begitulah keperitan hidup yang dilalui oleh seorang bapa tunggal yang menghidap kanser paru-paru tahap empat yang tinggal bersama lima anak dan ibunya yang sudah tua.
Bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga, bapa ini hidup serba kekurangan sejak tidak berkerja dan memerlukan sejumlah RM7,000 untuk kos pembelian katil khas dan keperluan keluarganya.
Menerusi facebook sukarelawan, Natipah Abu, kongsi kisah duka keluarga ini dan sempena hari Jumaat penghulu segala hari, beliau berharap dapat meringankan beban keluarga ini menerusi sumbangan orang ramai.
Ikuti perkongsian menyentuh hati ini.
Encik Zabidi seorang ayah tunggal. Jodohnya dengan bekas isteri berakhir 7 tahun yang lalu. Kini tinggallah Encik Zabidi dan lima orang anak bersama ibunya yang sudah tua. Takdir Allah sememangnya tidak mampu kita duga sama sekali.
Asal sihat walafiat. Tiba-tiba nikmat yang kadang-kadang lupa disyukuri itu hilang dalam sekelip mata. Namun apa pun, percayalah. Allah tidak akan menguji kita di luar kemampuan.
Sebelum ini, Encik Zabidi selalu saja sakit di bahagian paha. Sangkanya sakit urat saja. Beliau hanya mengambil ubat tahan sakit yang dibeli di farmasi. Redalah sakit untuk dua tiga hari namun kian hari ternyata .. kesakitan itu tidak menunjukkan tanda-tanda semakin berkurang pun.
Akibat sakit yang tidak mampu ditahan lagi 27 April bersamaan 4 Ramadhan yang lalu, Encik Zabidi jatuh di bilik air. Dia terpaksa dikejarkan ke hospital dan pemeriksaan doktor mendapati kaki kanannya patah. Encik Zabidi menjalani pembedahan memasang besi di kakinya. Dua minggu lamanya dia berada di wad.
Ads
Bagaimanapun, ketika diminta untuk berlatih berjalan. Encik Zabidi tidak dapat berjalan seperti biasa kerana selalu pening dan pernah pitam secara tiba-tiba.
Di situlah, doktor mula mengesyaki sesuatu dan telah membuat pemeriksaan lanjut. Hasilnya .. telah menemukan jawapan yang sangat menduka-citakan.
KANSER PARU-PARU TAHAP EMPAT YANG MEREBAK KE TULANG.
Encik Zabidi didapati mengidap kanser paru-paru dan sudah pun ditahap empat. Kanser itu juga telah merebak ke tulang.
Ads
Sejak itu, keadaan Encik Zabidi kian lemah. Pernafasannya mula terganggu. Pembedahan di kakinya masih belum pulih sepenuhnya ada jangkitan kuman dan Encik Zabidi masih perlu ke hospital utk kakinya.
SEJAK SAKIT TIDAK MAMPU BEKERJA
Encik Zabidi yang dulunya bekerja sebagai tukang rumah itu, sememangnya tidak mempunyai pendapatan tetap.
Sejak jatuh sakit .. keadaan kewangannya sangat genting. Anak-anak pula semuanya masih dibangku sekolah. Mujurlah Encik Zabidi dan ibu ada menerima bantuan dari Zakat. Ibunya sudah tua ( 78 tahun ) dan tinggal bersama di rumah pusaka tinggalan arwah ayah itu, sememangnya tidak mampu menguruskan Encik Zabidi setara mana lagi.
Ads
Tetapi ibu itulah salah satu semangat dan sumber kekuatannya selain anak-anak yang lima orang yang berusia 20 tahun ( IKBN ) 15 tahun, 14 tahun, 12 tahun dan 7 tahun.
Kebelakangan ini, Encik Zabidi sudah hilang selera makan. Bergenang air matanya menahan sebak mengkisahkan riwayat hidupnya kepada kita.
Dia tidak dapat lari dari memikirkan masa depan anak-anak seandainya sesuatu terjadi kepada dia kelak.
Kita sangat faham tentang itu. Sedekah Jumaat kita mensasarkan RM7K untuk Encik Zabidi. RM2K utk membeli katil khas buat beliau manakala baki akan diserahkan kepada Encik Zabidi untuk menguruskan keperluan perubatan, harian dan persekolahan anak-anaknya. Jumaat yang barakah .. kita doakan semoga Allah permudahkan segala urusan Encik Zabidi dan keluarganya.
Sumbangan boleh disalurkan menerusi akaun Maybank Natipah Abu, 552107617521.
Kepada semua penyumbang di luar sana, kita dahului dengan ucapan jazakumullahu khairan katsira … اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Biasanya ada yang menghantarnya di kedai emas untuk mencuci barang kemas itu.
Apa kata buat sendiri di rumah membersihkan barang perhiasan ini. Sebagaimana perkongsian lelaki ini yang memuat naik menerusi akaun TikTok @YLGoldEmpire.
Tiada kata yang dapat menggambarkan perasaan seorang suami bila mana melihat sekujur tubuh isteri yang sudah terbaring kaku di tengah jalan. Itu yang terjadi apabila seorang ibu muda yang baru tujuh bulan melahirkan bayinya, maut digilis lori dalam satu kemalangan pada jam 1.30 petang Rabu, di Kulim, Kedah.
Suami mangsa yang dipercayai secara kebetulan melalui tempat kejadian, terus meluru ke arah jasad isterinya itu lalu memeluknya sambil menangis.
Menurut Ketua Polis Daerah Kulim, Superitendan Azhar Hashim, mangsa yang dikenal pasti sebagai Nur Almass Zasmi, 23, sedang menunggang motosikal jenis Modenas Kriss dari arah Serdang ke Sungai Ular, manakala sebuah treler datang dari arah bertentangan.
Katanya, di lokasi kejadian itu, motosikal yang ditunggangi mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan terjatuh di atas jalan sebelum sebuah lori treler menggilis mangsa dengan tayar belakang.
Tambah Azhar, mangsa yang cedera parah di kepala maut ditempat kejadian dan mayatnya dibawa ke Hospital Kulim untuk dibedah siasat.
Mangsa yang bekerja sebagai operator kilang di Kulim, merupakan orang kurang upaya (OKU) bisu telah melangsungkan perkahwinan dengan pasangan yang juga OKU bisu pada 8 Disember 2018 dan dikurniakan seorang bayi perempuan yang kini berusia 7 bulan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Rasanya ramai yang akan tidur selepas sahur. Alasannya mengantuk disebabkan bangun awal untuk bersahur.
Namun, sebenarnya tabiat ini tidak digalakkan untuk kesihatan badan. Malah dalam Islam juga mengalakkan kita untuk melakukan amalan ibadat pada bulan yang mulia ini.
Bukan itu sahaja, ada kajian mengenai hal ini yang dilakukan untuk menunjukkan kesan selepas makan terus tidur.
Menerusi perkongsian Pakar Otak, Dr Rizal Abu Bakar yang berkongsi info kesan tidur. selepas makan sahur dan kajian mengenainya.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
INI SEBABNYA TAK BOLEH TIDUR LEPAS SAHUR
“Letih lah bangun sahur awal. Lepas sahur dan subuh mesti terus nak tidur. Berat betul mata” kata Tijah.
“Ada kesan tak kalau tidur lepas sahur” soal Tijah lagi bersungguh. Mungkin ramai ada soalan seperti Tijah. Saya pun semasa zaman dahulu, suka juga tidur lepas subuh dan sahur. Tetapi setelah tahu kesan, elak diri dari tidur sudah jadi satu kemestian.
3 KESAN tidur lepas sahur:
1) Dehidrasi tubuh dan OTAK. Air tidak diserap tetapi di bawa ke pundi kencing.
2) Makanan yang dimakan tidak diproses seperti sepatutnya. Sisa menjadi toksid. Nutrisi tidak diserap. Pesta keroncong mula Berbunyi seawal jam 10 pagi.
3) Interaksi OTAK dan usus terganggu. Seperti lebuhraya tiada kenderaan. Sunyi.
Kita beria ria sediakan makanan bernutrisi tinggi semasa sahur. Mahu tingkatkan kecergasan dan kecerdasan. Malangnya tidur selepas sahur hapuskan semuanya.
Kalau mengantuk dan perlu tidur, lakukan selepas 4 jam bersahur. Boleh boleh?
INI KAJIANNYA
Saya juga pengamal tidur selepas sahur. Alasannya mengantuk. Maklumlah berpuasa sepanjang 18 jam semasa musim panas. Seawal jam 3:40 pagi sudah subuh. . Tahun 2010 mengubah segalanya. . Usai sahaja latihan di Harvard Medical School, terus terbang ke University of Pennsylvania (UPenn). Berjumpa dengan Prof David Dinges, satu nama tersohor dalam bidang penyelidikan tidur dan otak. . Atas nasihat Dr Stuar Miller penyelia kedua yang juga pemilik Canberra Sleep Laboratory, saya ditumpangkan di rumah Dr Mark Schutta, Medical Director Penn Rodebaugh Diabetes Center. Kedua mereka adalah rakan belajar University of Colorado. . Perasan segan, malu silih berganti. Maklumlah menumpang di rumah orang tersohor di Penn Medical. Dr Schutta pula sangat teruja. Anak murid rakannya datang bertandang. Akhirnya saya tinggal sahaja di rumahnya. . Ketika itu UPenn baharu sahaja menerima geran penyelidikan dari Agensi angkasa lepas terkenal AS (nama tidak disebut). Agensi ini beri USD$ 3 juta untuk kajian yang objektifnya utamanya pastilah RAHSIA atau classified.
Kebetulan saya di sana pada ketika itu dan dibenarkan untuk terlibat tetapi tidak sepenuhnya. Pelbagai dokumen perlu di tandatangani. Tidak boleh keluar apa-apa kenyataan mengenai kajian ini pada lima tahun pertama.
Objektif lain ialah mahu ketahui apa yang berlaku selepas makan dan tidur. Tujuannya ialah perkasakan angkasawan nanti. Angkasan mesti dalam keadaan tip top.
Tahun 2010 negara Amerika Syarikat bertarung dengan masalah ekonomi. Ramai dibuang kerja. Untuk dapatkan peserta kajian menjadi mudah. Mereka dibayar USD$1100 untuk terlibat dalam kajian selama dua minggu. 24 jam terkurung dalam makmal tidur. Makan, minum dan aktiviti harian semuanya di dalam makmal.
Di UPenn, bangunan 8 tingkat adalah makmal kajian tentang tidur dan otak . Bayangkan berapa ramai yang direkrut untuk kajian ini. Makmalnya ada yang diubah seperti bilik studio. Sekali pandang mereka ini seolah tinggal di hotel hotel mewah.
Kajian di UPenn menggunakan teknologi terkini. Analisis statistik yang kompleks serta pakar dari pelbagai bidang. Pendekatan multidisiplin.
Peserta pula bebas lakukan aktiviti. Di kepala mereka tersarung dengan penutup kepala berelektrod.
Mereka berjalan ke sana ke mari dengan wayar berselirat di kepala.
Ada pelbagai ujian dilakukan ke atas peserta. Antara kajian yang menarik ialah peserta dibangunkan seawal jam 4 pagi. Diberi makan dan minum. Dibenarkan untuk tidur selepas makan.
Keadaan ini sama seperti kita apabila usai bersahur, solat terus tidur semula. Bangun bersiap untuk ke tempat kerja.
Semasa kajian peserta perlu ambil PillCam, kamera kecil sebesar kapsul. Tujuannya untuk melihat apa yang berlaku di dalam usus ketika mereka ini tidur. Kamera kecil akan berlabuh di usus kecil. Kaedah konvensional biasanya tidak dapat melihat apa yang berlaku di usus kecil. Cuma sekadar pada usus besar sahaja.
90% makanan diproses di usus kecil. Di sini jugalah nutrisi dan mineral diserap oleh badan.
Peserta dikejutkan seawal jam 6:30 pagi atau jam 7 pagi. Jadi mereka dapat tidur sekitar 1 jam setengah atau 2 jam atau kurang sebelum dikejutkan.
Apabila bangun urin mereka diperiksa. Sampel najis juga diambil. Microbiologist pula akan lakukan ujian makmal untuk memeriksa kandungan bakteria baik dan jahat di dalam sistem peserta.
Dianggarkan ada 1 trillion bakteria dalam usus manusia seperti yang dilaporkan pada Mei 2016 di dalam prosiding National Academy of Sciences of the U.S.A. Ratio bakteria baik dan jahat ini ialah 85% bakteria baik dan 15% bakteria jahat.
Hasil dari pemeriksaan najis ini didapati ratio bakteria baik dan jahat berubah. Berlaku peningkatan bakteria jahat. Petunjuk sesuatu yang tidak baik sedang berlaku. Petunjuk toksin sedang meningkat.
Pemeriksaan dari PillCam pula sangat menarik. Ketika itu saya sedang membaca laporan awal kajian. Tiba-tiba dipanggil bersama yang lain oleh Prof Dinges. Kami ke terminal skrin. Gambar dari PillCam terpampang. Menakjubkan melihat gambar dalam usus kecil manusia.
Satu persatu ditunjuk.
Prof Dinges beri penerangan. Usus kecil seolah-olah bekerja separuh sahaja dari sepatutnya. Ada ketikanya seolah tiada aktiviti berlaku. Ini sebabkan pembentukan toksin.
Berbeza dengan pandangan tentang gerak kerja sistem parasimpatetik yang berkerja tanpa henti. Ramai yang tertanya-tanya. Bagaimana hal begini boleh berlaku.
Jawapannya ialah pada otak. Apabila otak mengesan toksin, ia aktifkan mode kecemasan. Toksin perlu dikeluarkan. . Ketika tidur fokus utama otak ialah memory consolidation serta bersihkan plak amyloid, sejenis protein yang terbentuk di otak. Plak ini sebabkan penyakit alzheimer. Fokus utama bukan proses makanan seperti di dalam sedar. . Pengurus kepada sistem parasimpatetik ialah bahagian otak yang bernama brain stem. Secara spesifiknya diurus oleh sub bahagiannya iaitu reticular formation. Di sini keluarnya hormon serotonin. . Apabila usus tidak keluarkan serotonin seperti sepatutnya, komunikasi antara serotonin di otak dan usus terganggu. Hormon melatonin yang sepatutnya keluar di perut juga terbantut. . Tugas melatonin untuk membersih usus, yang dilabel sebagai otak kedua juga terganggu. Ringkasnya, terdapat gangguan pada otak pertama dan kedua. . Ada yang bertanya. Bagaimana dengan pembuangan air kecil? Biasanya apabila otak mengesan toksin, ia akan dinyahkan melalui pembuangan air kecil. “Sebab itu peserta didapati membuang urin 40%-50% lebih banyak berbanding waktu lain”, bilang Prof Dinges. . Saya tekun mendengar. Angkat tangan dan tanya? Adakah otak menunjukkan tanda-tanda dehidrasi? . Staf teknikal terus alihkan ke gambar imbasan otak setelah mendapat isyarat dari Prof Dinges. Gambar-gambar imbasan otak secara konsisten menunjukkan tanda dehidrasi. Bahagian temporal, sub-gyral parietal, bahagian kiri dalam orbito-frontal dan juga pengecutan pada White Matter. . Mungkin ini jugalah apabila bangun dari tidur selepas sahur kita rasa seperti terawang-awang sekejap. . Tambah Prof Dinges, apabila peserta bangun, kita tanya beberapa soalan. Antaranya tentang angin dan sendawa, nafas busuk atau tidak. Sekiranya ada ia mengukuhkan dapatan data klinikal tentang fenomena Small intestine bacterial overgrowth (SIBO). SIBO sebabkan toksin dan gagalkan usus kecil menyerap nutrisi dan mineral yang dimakan. . Giliran Prof Dinges pula bertanya. “Berapa diperlukan untuk usus kecil proses makanan? “4 jam”, jawab salah seorang petugas. . Prof Dinges angguk dan terus alihkan slide gambar berikutnya. Imej PillCam setelah 4 jam di dalam usus kecil terpampang. “Lihat hanya saki baki kecil yang tinggal.” . Dalam laporan kepada penaja geran ditulis, digalakkan tidur hanya selepas 4 jam mengambil makanan. Sayangnya laporan ini milik agensi itu. Milik mereka bukan untuk dikongsi.
Yunos Laith sekali lagi mencuri perhatian apabila penyanyi, komposer dan pengarah terkenal, Yusry Abdul Halim berkongsi momen istimewa sempena sambutan ulang tahun kelahiran mereka...