Seorang wanita terpaksa menanggung kerugian ribuan ringgit apabila terpedaya dengan sindiket penipuan kerja sambilan yang disertai secara secara atas talian.
Menerusi perkongsian di TikTok, wanita bernama Fyqa Zainol mendedahkan kisah malangnya yang membuat keputusan ‘bodoh’ untuk menyertai satu kerja sambilan.
Menurut wanita berkenaan, dia ditugaskan untuk menempah bilik hotel dan perlu membuat pembayaran yang dikatakan akan dikembalikan semula beserta komisen.
“Aku baru balik dari balai polis dan bank untuk lapor tentang kebodohan aku. Tak payah kecam-kecam, ini memang bodoh aku sebab join part time job.”
Bukan itu sahaja, Fyqa turut menceritakan modus operandi si scammer yang baru sahaja dilaluinya dan bagaimana dia menanggung kerugian berjumlah lima angka itu secara terperinci.
Semua duit yang saya gunakan adalah wang simpanan sendiri, termasuk dalam akaun Tabung Haji. Akhirnya saya buat laporan polis pada Ahad. Polis kata banyak sangat kes macam ni. Saya trauma sebab dah tak ada duit langsung.
Walau bagaimanapun, perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai orang. Ketika meninjau ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa simpati selain turut mendedahkan pengalaman mereka di ditipu agensi kerja sambilan.
Ada waktunya, kita sebagai ibu bapa diam seketika memerhati anak bermain dan tanpa sedar, fikiran melayang ke zaman kecil kita sendiri. Balik sekolah, main sampai senja, dunia terasa luas walaupun sekadar halaman rumah.
Namun anak-anak hari ini membesar dalam realiti yang berbeza. Dunia mereka lebih pantas, luas, lebih tersusun dan sarat dengan rangsangan.
Rutin harian seperti aktiviti bermain yang dirancang, rangsangan pembelajaran awal serta pendedahan kepada teknologi asas menjadi sebahagian pengalaman membesar yang membantu membentuk perkembangan emosi, sosial dan personaliti mereka sejak kecil.
Semua ini merupakan pengalaman kanak-kanak moden yang penuh dengan peluang, tetapi juga hadir dengan cabaran tersendiri.
Sebagai ibu bapa, kita mungkin tidak mampu mengubah persekitaran tersebut. Tetapi kita boleh memilih bagaimana untuk menyokong perkembangan mereka dari dalam diri.
Kanak-kanak masa kini bukan sahaja aktif secara mental, malah sentiasa terdedah kepada rangsangan visual dan maklumat.
Penggunaan gajet yang menjadi medium pembelajaran dan hiburan membuatkan mata bekerja lebih keras, manakala aktiviti berstruktur pula kadangkala mengurangkan masa bermain bebas di luar rumah.
Apabila ruang untuk berlari, memanjat dan meneroka secara spontan semakin terbatas, perkembangan fizikal dan koordinasi juga memerlukan perhatian yang lebih daripada ibu bapa.
Pada masa yang sama, tuntutan pembelajaran dan rangsangan berterusan boleh membuatkan anak cepat letih atau sukar mengekalkan fokus.
Situasi ini menunjukkan bahawa perkembangan kanak-kanak hari ini tidak boleh dilihat daripada satu sudut sahaja. Kesihatan otak, kecergasan tubuh dan kesejahteraan mata semuanya saling berkait dalam membantu anak menjalani kehidupan harian mereka dengan baik.
Pemakanan yang seimbang memainkan peranan penting dalam menyokong perkembangan menyeluruh kanak-kanak, bukan sahaja untuk memenuhi keperluan harian mereka, malah sebagai asas menghadapi masa depan.
Dalam dunia yang semakin pantas dan sarat rangsangan, sokongan nutrisi yang tepat membantu anak membina keupayaan kognitif, kekuatan fizikal serta kesihatan visual yang diperlukan untuk terus belajar dan meneroka.
Kesihatan otak, misalnya, menjadi tunjang kepada proses pembelajaran, daya ingatan dan keupayaan anak mengekalkan fokus dalam pelbagai situasi.
Pada masa yang sama, perkembangan fizikal membantu mereka bergerak dengan lebih aktif, membina stamina serta keyakinan diri ketika berinteraksi dengan persekitaran.
Tidak kurang pentingnya ialah kesihatan mata, yang kini memainkan peranan semakin besar dalam kehidupan kanak-kanak. Keupayaan memberi tumpuan, membaca dengan selesa serta mengikuti pembelajaran berasaskan skrin semuanya berkait rapat dengan kesejahteraan visual mereka.
Memahami perubahan dalam dunia kanak-kanak hari ini, Fernleaf telah menambah baik Susu Tepung Rumusan untuk Kanak-Kanak dengan Nutrisi SmartGro™ yang dirumus khas bagi menyokong perkembangan menyeluruh kanak-kanak merangkumi otak, mata, dan tubuh.
Formulasi ini diperkaya dengan:
c.) Protein & 100% Kalsium yang penting dalam menyokong pertumbuhan fizikal serta kekuatan badan.
Gabungan nutrisi ini menjadikan Susu Tepung Rumusan untuk Kanak-Kanak Fernleaf dengan Nutrisi SmartGro™ satu pilihan yang selari dengan keperluan kanak-kanak masa kini.
Ia ditawarkan untuk kanak-kanak berusia 1–3 tahun dan 4–6 tahun, dengan pilihan perisa Plain, Honey serta Chocolate (untuk 4–6 tahun) bagi memudahkan ibu bapa memilih mengikut kesukaan anak.
Akhirnya, membesarkan anak dalam dunia yang sentiasa berubah mungkin terasa mencabar. Tetapi di sebalik semua perubahan itu, satu perkara kekal sama iaitu kasih sayang dan usaha ibu bapa untuk memberikan yang terbaik.
Kerana setiap langkah kecil yang kita ambil hari ini, termasuk pilihan nutrisi, merupakan sebahagian daripada perjalanan panjang anak menuju masa depan mereka. Anak membesar hanya sekali. Pastikan mereka mendapat sokongan yang terbaik sepanjang perjalanan itu.
Kini mesin basuh sudah menjadi keperluan bagi setiap rumah. Malah pelajar-pelajar pun sudah tidak membasuh baju dengan tangan sebaliknya menghantarnya ke dobi.
Walaupun harganya yang tinggi, namun ianya akan cepat rosak jika tidak digunakan dengan betul.
Kebanyakan orang selalu melakukan perkara-perkara ini tanpa mengetahui bahawa ianya akan membebankan mesin basuh dan membuatnya akan cepat rosak.
Sebenarnya cara kita menggunakan mesin basuh itu juga memainkan peranan penting terhadap jangka hayatnya. Oleh itu, jom ikuti perkongsian penulis mengenai tips jaga mesin basuh supaya jangka hayatnya lebih lama.
1. Jangan bebankan mesin dengan terlalu banyak pakaian setiap kali membasuh. Ikut cadangan pengeluar mesin.
2. Matikan suis soket sesekali selepas digunakan. Ini kerana apabila terlalu lama dalam keadaan standby, computer board akan menjadi semakin panas. Selain itu, selepas mengeluarkan baju, tutuplah suit soket.
3. Masukkan air panas kira-kira 5 minit dijerang ke dalam tub mesin dalam sebulan sekali. On mesin dalam jumlah mode basuhan minima untuk mencuci tub dan saluran buang air. Elak tersumbat yang boleh merosakkan injap buang.
4. Jika putaran mesin semakin lemah dari sebelumnya, ini bermakna belting telah longgar. Kalau pandai, ambil spanar tegangkan di bahagian bawah mesin. Jika tid
5. Andai kata air masuk semakin slow, buka bahagian paip air masuk. Mungkin ada filter tersumbat di situ.ak reti, upahlah sesiapa. Kos upah biasanya dalam lingkungan RM 10 – 20.
6. Namun, jika air masuk ok tapi air keluar tak boleh, ini bermakna valve buang air tersekat mungkin kerana tersangkut duit syiling, objek keras atau sebagainya. Jika semakin lama dibiarkan, ia boleh merosakkan computer board.
Jadi, cuba amalkan 6 tips di atas jika anda ingin menjimat duit daripada membeli mesin basuh baru hanya selepas beberapa tahun diguna. Penggunaan mesin basuh perlulah cermat supaya ia tahan lebih lama. Semoga Bermanfaat!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Setiap kanak-kanak pasti mengharapkan sesuatu yang hebat dan meriah untuk sambutan hari lahir mereka. Tidak hanya mengharapkan hadiah, tiupan kek hari jadi sebagai simbolik juga adalah penting bagi mereka sebagai acara penting sambutan.
Bukan itu sahaja, kanak-kanak juga berasa lebih dihargai jika ibu bapa mereka sudi meluangkan sedikit masa dan tenaga pada hari istimewa mereka. Kehadiran sahabat handai untuk acara tersebut juga akan membuatkan mereka lebih terharu.
Baru-baru ini, tular sebuah seorang budak lelaki menitiskan air mata apabila sambutan hari jadi kanak-kanak lain berubah menjadi sambutan hari jadinya!
Menerusi video yang dimuat naik oleh Faiezah Amran di TikTok, Farish Rizzqi dan kanak-kanak yang lain pada mulanya menyanyikan lagu hari jadi kepada sepupunya, Zara Alana.
Tak lama kemudian, lagu yang sama dinyanyikan semula namun menggunakan nama kanak-kanak berusia 8 tahun ini.
Yang membuatkan Farish sebak dan terkejut, bapanya datang dari belakang dengan membawa kek.
Farish hanya mampu terdiam dan kaku memandang ke arah bapanya sebelum mengalirkan air mata terharu.
Bagaimanapun Farish sempat tersenyum tanda bahagia hari lahirnya diingati dan disambut oleh keluarganya.
Mungkin juga kanak-kanak itu beranggapan ibu bapanya lupa hari jadinya, tetapi mereka berjaya kejutkan Farish sambil berpakat dengan yang lain.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata meluahkan rasa sebak selepas melihat reaksi Farish selain tumpang bahagia melihat kanak-kanak sepertinya disambut begitu.