Jenazah Mohd. Rizal yang bertugas di pangkalan TLDM KD Sultan Ismail, Pengerang selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Tenggara, Kulai selepas solat Asar mengikut istiadat ketenteraan Kehilangan Mohd Rizal Buseri dalam satu kemalangan jalan raya semalam mengundang simpati orang ramai, apatah lagi arwah pergi meninggalkan isteri serta tiga orang anak yang masih kecil.
Allahyarham maut selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga buah kereta di Jalan Harimau Tarum berhampiran Plaza Pelangi, di sini pagi semalam.
Dalam kejadian pukul 8.30 pagi itu, Mohd. Rizal Buseri, 31, maut di tempat kejadian manakala Nur Fatin Nazrah, yang merupakan pemandu Myvi dan Chang Ah May, 78, mengalami cedera ringan. Terbaru, polis telah menahan pemandu Perodua Myvi yang terbabit kemalangan dengan dua kenderaan di Kilometer 4 Jalan Johor Bahru – Kota Tinggi, di sini semalam. Kemalangan terbabit tular di media sosial selepas kereta berkenaan hilang kawalan dan melambung sebelum merempuh dua kereta lain hingga terbalik.
Ads
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain berkata, ujian saringan ke atas pemandu itu mendapati dia positif dadah dan akan disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
“Dia yang sudah ditahan turut disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan, hari ini. Mohd Padzli berkata, siasatan awal pihaknya mendapati kemalangan kira-kira 9 pagi itu berlaku apabila pemandu Perodua Myvi hilang kawalan dan melanggar tembok pembahagi jalan sebelum merempuh Honda Accord dan Proton Iswara di persimpangan lampu isyarat menghala Plaza Pelangi.
Ads
“Akibatnya, Perodua Myvi dan Honda Accord terbalik dan pemandu Honda Accord di kepala serta meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya. Sementara itu, kakak ipar mangsa dikenali sebagai Farhana Amir berkata, Mohd. Rizal baru menyambut ulang tahun kelahiran anak sulungnya yang berusia lima tahun malam kelmarin.
“Sejak semalam (kelmarin) dia kerap berdiam diri. Malam tadi, dia menyambut hari lahir anak sulungnya.
Ads
“Dia (mangsa) ada tiga anak berusia lima, dua tahun dan lapan bulan,” katanya.
Salam takziah buat seluruh ahli keluarga semoga dicucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan dikalangan yg beriman serta dikasihiNya aamiin aamiin ya rabbal alamin.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Meskipun hanya menu ayam goreng, ia sering menjadi pilihan dan kegemaran buat seisi keluarga terutamanya buat anak-anak kecil. Sementelah menu ayam goreng ini cukup mudah disediakan dan aromanya mampu membuka selera jika dihidangkan ketika masih panas.
Tapi bagi menghasilkan ayam goreng yang enak, ranggup di luar tapi lembut di dalam ada caranya. Langkah menghasilkannya dikongsi oleh Najwa Romli dari laman Facebook beliau. Jom cuba.
BAHAN-BAHAN:
1/2 ekor ayam.
1 labu bawang putih
4 batang serai
3 inci halia
3 inci lengkuas
2 tangkai daun kari
Garam dan serbuk kunyit secukup rasa
CARA MEMBUAT:
1. Hiris semua bahan tersebut kecuali daun kari.
2. Kemudian tumbuk semua bahan tadi menggunakan lesung batu. Boleh juga menggunakan pengisar dengan mencampurkan sesudu minyak masak dan dua sudu besar air.
3.Gaulkan ayam bersama daun kari, garam, serbuk kunyit dan bahan tumbuk tadi. Perap dalam 30 minit.
4. Sambil menunggu perapan ayam susunkan daun pisang dalam periuk kukus. Kemudian, didihkan air dalam periuk kukus.
5.Susun ayam di dalam loyang kukus dan kukuskan selama 20 minit.
6. Setelah dikukus, biarkan sejuk, lalu digoreng dalam masa 5 minit..
Jika ingin disimpan di dalam simpan chiller masukkan ke dalam bekas kedap udara. Ia mampu bertahan sehingga 3 atau 4 hari.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Cantik, terkenal, punya keluarga bahagia dan suami yang penyayang antara bonus pada pelakon bermata galak ini. Tidak keterlaluan jika ada yang menjadikan Che Ta sebagai sumber inspirasi. Ke mana-mana sahaja kakinya melangkah, pasti dia sentiasa mencuri perhatian. Mana taknya dia ibarat idola buat semua ibu-ibu untuk bergaya. Namun bagi empunya diri, segalanya adalah atas ketentuan Yang Maha Pencipta.
Walaupun usia sudah melepasi 40an, Che Ta tetap kekal cantik bergaya, tidak pernah kalah berfesyen malah citarasanya jauh terkedepan. Langsing usah cakaplah, mengalahkan anak dara persisnya.
Pastinya bukan hanya produk yang diamalkan oleh wanita tinggi lampai kelahiran negeri Kedah ini. Ibu kepada Ammar Effendy, Aniq Ezzra, dan puteri kesayangan semua, Aaisyah Dhia Rana ini rupanya turut mengamalkan petua tradisional untuk kekal langsing dan jelita.
Amalkan Bahan Semujadi
Che Ta akhirnya berkongsi rahsia kurusnya di instagramnya sebelum ini. Katanya inilah amalan yang dilakukannya sejak dulu. Bolehlah kita cuba. Ini yang dikongsikan oleh Che Ta.
Qamai sangat yang tanya , bahan- bahan tadi nak buat gena? Leceh memang leceh tapu nak kurus tanpa keluaq modai besaq memang leceh .. nak cantik kan ? Jangan mengeluh. Ha begitu kata Che Ta di instagramnya. Jom tengok cara penyediaannya.
Bahan-bahan:
Delima
Buah beri
Delima
Epal
Asam keping
Caranya:
1. Rebus asam keping terlebih dahulu.
2. Kisarkan bahan-bahan lain dengan air secukupnya.
Kata Che Ta kurma bekalkan kita tenaga setiap hari manakala asam keping pula membuang lemak dalam badan. Epal hijau pula membuang toksin dalam badan. Malah katanya inilah yang buat perut kita buncit.
Minumlah sebanyak mana yang kita boleh minum setiap hari. Tapi leceh sikitlah, nak cantik takpe. Sedap macam yogurt. Kena rajin nak cantik ye.
Sumber: instagram @rozitachewan1
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Hubungan suami isteri bukan sekadar saling memahami, tetapi juga menjadi teladan terbaik untuk anak-anak. Namun, tanpa kita sedar, kadang kala perasaan tidak puas hati terhadap pasangan terlepas dalam bentuk kata-kata negatif di depan anak-anak. Perkara kecil seperti mengeluh atau mengumpat pasangan boleh memberi kesan besar kepada cara anak-anak memandang ibu bapa mereka.
Kata-kata seperti, “Bapak kau ni pemalas!” atau “Mak kamu menyusahkan betul,” mungkin nampak ringan, tetapi sebenarnya ia menggugat rasa hormat anak terhadap ibu bapa. Bila anak-anak sering mendengar kritikan sebegitu, ia membentuk persepsi buruk yang kekal hingga mereka dewasa. Lebih buruk lagi, ia boleh menyebabkan hubungan yang renggang dan hilangnya rasa kasih serta hormat dalam keluarga.
Sebagaimana perkongsian yang dipaparkan oleh saudara Khairul Nadzir perlu kita ambil peduli untuk kesejahteraan rumah tangga.
MENGUMPAT DI BELAKANG PERIHAL PASANGAN DEPAN ANAK-ANAK “Saya dengar dengan telinga saya sendiri tuan, saya balik dengan penatnya, isteri saya suruh anak-anak masuk bilik sambil cakap ‘binatang tu dah balik’!” Sambil berkaca matanya bercerita.
Saya tak tahu apa yang berlaku antara dia dan isteri, tapi masih terngiang ceritanya walaupun dah bertahun kisah ini berlaku. Kita tak sedar, kadang kala kita ini ter’mengumpat’ dengan anak-anak di belakang suami atau isteri. Padahal benda kecik je. Tapi anak-anak akan ingat sampai bila-bila walaupun dalam usia kecil terhadap ‘umpatan’ di belakang. “Aish, mak kamu ni, menyusahkan betullah” “Itulah perangai bapak kau, pemalas!” “Jangan jadi macam mak kau tu, comot!”
Perkataan yang tanpa sedar, kita sebut depan anak-anak, tapi tidak diketahui oleh sang suami atau isteri. Anak-anak ambil perkataan ini sebagai ‘judge’ kepada ibu ayahnya, dan tak sedar, anak-anak hilang respect perlahan-lahan sampai mereka besar, dan tiada masalah untuk merasa hina terhadap kita sebagai makayah, maka, biadab adalah intonasi yang jadi kebiasaan kepada kita daripada anak-anak. Nauzubillah. Saya banyak belajar dengan orang keliling terutama isteri saya, apa yang nak disebut dengan anak-anak ketika pasangan tiada bersama untuk bekerja atau sewaktu dengannya supaya anak-anak kita boleh tahu erti kemuliaan kepada ibu ayahnya.
Buatlah 5 ‘skrip mengumpat’ di belakang pasangan kita ni depan anak-anak, insyaAllah tanpa sedar, walaupun kita jarang dengan anak, anak mampu jadikan kita ni hero/heroin di mata mereka.
1. Selalu sebut ayah/ibu tiada di rumah sebab apa. “Ayah pergi kerja, nak bawak balik rezeki” “Ibu pergi berniaga, sebab nak tolong ayah” “Ayah keluar lama-lama, sebab ayah pergi tolong orang/ dakwah,” “Mak keluar dengan kawan-kawan, sebab nak rehat kejap, kan ibu dah lama dengan korang,” Nampak simple, tapi anak tahu pasangan kita keluar rumah ada tujuan yang jelas. Elakkan guna ayat-ayat yang anak kita ada soalan kedua, contohnya, pergi meeting, dan pergi jumpa kawan atau lain2. Anak kita tak sampai lagi level kena tahu benda-benda ni. Biar kita sebagai pasangan je simpan.
2. Sebut timeline waktu balik pasangan. “Ayah/mak kau kalau dah jumpa kawan, tak reti balik!” “Ayah/mak kamu mana reti balik bila dah kerja, tak payahlah tunggu!” “Ayah/mak kau kalau dah keluar, jalan balik rumah pun lupa!” Boleh bayang tak apa yang anak akan proses dalam otak bila pasangan sebut begini? Kita tak puas hati pada pasangan tu satu hal lah. Tapi janganlah drag anak kita sekali utk bencikan ibu ayah mereka sendiri. Sebutlah, contoh.. “Ayah/mak keluar sekejap dengan kawan-kawan tu, nanti baliklah,” “Ayah/mak keluar 2-3 hari je tu.”
3. Puji penampilan dan sikap positif pasangan depan anak-anak “Cantiknya anak ayah pakai tudung, macam mak laaa,” “Sihatnya anak umi, macam abinya’” “Along ni rajinlah, macam abi,” “Adik ni sopan je, macam umi,” Perkataan yang kecil, tapi impaknya teramat dahsyat, terutama sekali kepada anak perempuan. Tanda-tanda anak-anak tak boleh jadikan ibu ayahnya sebagai hero/heroin hidup mereka, apabila pasangan gagal bercerita hebatnya ibuayah mereka daripada kita sendiri. Tak sedar kita selalu ‘ejek’ pasangan depan anak-anak dengan bentuk fizikal, rupa paras, sikap dan tingkahlaku yang negatif, sehingga anak-anak berani ‘ulang’ perkataan itu depan orang ramai. Buanglah benda ni. Rugi untuk kita sekeluarga.
4. Selalu rasionalkan anak, apabila pasangan kita buat sesuatu pada anak. “Along kena tahu kenapa abi marah, sebab apa yang along buat tu salah,” “Abi bawak awak makan-makan ni sebab, nak hargai umi yang banyak jaga awak semua,” “Adik cuba tengok umi, penat tak? Sebab umi nak bagi yang terbaik pada adik” Siapa lagi yang nak jadi backup besar kepada kita kalau bukan pasangan kita sendiri. Jangan manipulate situasi depan anak-anak untuk dilihat ‘sayang sebelah pihak’ kalau pasangan kita buat sesuatu pada anak, apatah lagi dalam situasi menghukum anak oleh salah seorang daripada pasangan.
5. Ajar anak bacakan doa dan al fatihah untuk makayah dia secara kerap jika berjauhan. Saya rasa inilah asas paling besar dalam memastikan kita beri perkataan yang terbaik pada anak ketika pasangan kita berjauhan atau berada di ‘belakang’ kita. Seawal usia kecil dah diajar untuk doakan ibu bapanya. Bukan hanya bila dah tiada, baru nak dibacakan doa, kerana hati kita ini ada pemilik-Nya. Bila tidak berdepan dan bersua, yang mengikat kita ini hanyalah Allah. Tanamkan anak-anak kita ni dengan ikatan yang paling mulia, iaitu doa kepada Allah. InsyaAllah, pandangan sakinah dan mawaddah sentiasa akan terbit walaupun berjauhan, dan insyaAllah juga hati ini akan tidak tergamak berkata yang buruk-buruk di depan anak terhadap pasangan kita. Begitulah . So, silalah mengumpat yang baik-baik ye pada pasangan kita di depan anak