Dengan sekali lafaz, pelakon dan pengacara Zulin Aziz sah bergelar isteri kepada Farhan Norzaini.
Dalam majlis tersebut, pemilik nama sebenar Farah Azleenda Abdul Aziz menerima mas kahwin RM80, sebentuk cincin dan wang hantaran RM30,000.
Selain itu, pengantin perempuan turut menerima lima dulang hantaran dan membalas tujuh dulang.
Pasangan ini dinikahkan oleh Imam Besar Masjid Negara, Kuala Lumpur iaitu Ehsan Mohd Hosni berwakil walikan abang kepada Zulin iaitu Shah Rezza Abdul Aziz.
Majlis pernikahan itu diadakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) dan hanya dihadiri keluarga terdekat.
Lalui pahit getir mencari cinta sejati
Usai selesai majlis pernikahan, Zulin menzahirkan rasa syukur kerana segalanya dipermudahkan dan berjalan lancar sepertimana yang dirancang.
“Saya sering digambarkan dengan cinta sejati selama ini. Begitu juga dengan fantasi dunia kartun Disney yang membahagiakan antara dua karakter kartun.
“Namun sebelum dua karakter kartun itu bersatu, pelbagai dugaan juga ditempuhi. Di alam realiti juga, saya sendiri melalui pahit getir dalam mencari cinta sejati.
“Kehadiran suami dua tahun lalu bagai magis yang mengubah persepsi bahawa kemarau panas berpanjangan itu berakhir dengan kehadiran pelangi setelah hujan. Hujung tahun lalu ketika mengerjakan umrah, dia melamar saya di Madinah,” kata Zulin usai majlis nikah.
Tiada rahsia antara kami
Zulin menyifatkan kesungguhan dan keluhuran hati Farhan menjadi penambat hatinya.
“Dia seorang yang bertanggungjawab dan pandai mengambil hati keluarga. Dia juga seorang pendengar yang setia. Saya selesa bersama dengannya dan boleh meluahkan apa sahaja kepadanya.
Ads
“Tiada rahsia antara kami. Dia menerima saya seadanya sewaktu zaman saya berisi dan kini berjaya menurunkan berat badan. Saya percaya dialah yang akan membimbing diri ini ke jalan diredai dan menjadi bapa kepada bakal anak kami kelak. Insya-Allah,” katanya.
Tak tolak rezeki zuriat awal
Mengenai anak dan bulan madu, Zulin berkata dia dan suami belum dapat memberi kata putus dan terbuka menerima apa saja rezeki mendatang.
“Soal cahaya mata, baik saya dan suami terima saja rezeki yang Tuhan berikan. Saya pun lagi tujuh tahun nak menginjak usia 40 tahun.
“Saya dan suami beruntung kerja dalam bidang sama iaitu perniagaan Sambal Tujuh. Jadi sambil bekerja selitlah mana sempat nak berbulan madu. Rancangnya macam nak ke Turki, tapi situasi semasa pandemik COVID-19 pun membimbangkan. Belum ada kata putus,” katanya.
Pernah lalui fasa dikecewakan
Sementara itu, Farhan atau nama penuhnya, Mohd Farhan Norzaini melihat Zulin sebagai wanita yang mempunyai hati tulus dan ikhlas serta pandai mengambil hati keluarganya.
Ads
“Alhamdulillah, bersyukur Allah satukan kami selepas dua tahun kenal bermula sebagai kawan, seterusnya bercinta dan kini jadi suami dan isteri.
“Perasaan bercampur baur sebab ini antara hajat dan doa daripada arwah ibu, rakan dan semua yang mengenali kami.
“Kami masing masing pernah melalui fasa dikecewakan, turun naik kehidupan serta perhubungan. Dia turut bersama saya di saat mengharungi detik paling hitam dalam hidup iaitu ketika kehilangan arwah ibu pada Oktober tahun lalu.
“Di situ saya tahu wanita inilah yang saya mahu sehidup semati. Malah arwah ibu pernah berpesan jika mahu memilih calon isteri, pilihlah wanita yang boleh menjaga saya seperti mana arwah menjaga saya. Dan Zulin ada ciri-ciri lengkap semua itu,” kongsi Farhan.
Malam ini, pasangan sama padan sama cantik itu akan diraikan dalam sebuah majlis resepsi di premis acara, Magica Grand Hall, Shah Alam.
Uruskan bisnes bersama
Pereka Ezuwan Ismail dipertanggungjawabkan menyiapkan busana nikah dan majlis malam ini.
Zulin sebelum ini berkongsi cerita sudah lama berkenalan dan mereka sama-sama menguruskan perniagaan menjual makanan.Hujung tahun lalu pasangan ini bersama-sama mengerjakan umrah di Tanah Suci.
Penyanyi Shila Amzah yang baru sahaja melahirkan cahaya mata keduanya pada Mei lalu berkongsi perkembangan anaknya, Rhea Akira yang kini sudah mula tumbuh gigi.
Menerusi Instagramnya, Shila turut berkongsi kisah Rhea yang menangis tanpa henti kerana mahu tumbuh gigi. Bukan itu sahaja bahkan pada usia tidak kurang setahun bayi juga akan kerap demam.
“Dia menangis tak berhenti sampai tiga jam. Nak tumbuh gigi, nak tukar bulan.
“Keadaan ni buat saya selalu fikir fasa bayi baru lahir yang paling mudah. Mata panda, selama 3 hari berturut-turut,” kongsinya.
Ujar Shila lagi dia memilih untuk kekal tenang dalam menjaga anak kerana merasakan itu adalah jalan terbaik buatnya sebagai ibu.
“Ubai selalu kagum macam mana saya sentiasa tenang. Saya kata kita sebagai mak ayah tiada pilihan. Saya tak mahu hilang kawalan depan anak-anak sebab tak nak anak trauma.
” Tak kira penat macam mana pun anak adalah rahmat dan amanah Allah pada kita. Mereka tak boleh pilih kita tapi kita boleh pilih jadi ibu bapa yang bagaimana pada anak-anak,” tambah Shila.
Mahu cipta memori baru bersama suami & anak-anak
Menerusi entri yang sama juga, Shila turut memuat naik beberapa keping gambar bersama suami dan anak-anak ketika bercuti ke Pulau Pinang baru-baru ini.
Akui Shila lagi, negeri Pulau Mutiara yang terkenal dengan deretan makanan enak itu pernah membuatkan dia trauma untuk kembali ke sana lagi namun dia mahu mencipta kenangan baru bersama Ubai dan dua anaknya.
“Saya berdepan dengan rasa takut bersama suami tercinta. Ramai yang tidak tahu Pulai Pinang membuatkan saya rasa trauma.
“Ada beberapa insiden yang berlaku di Pulai Pinang yang menghantui dan tak boleh saya lupakan. Dah lebih 10 tahun saya cuba atasinya.
“Baru-baru ini kami bercuti bersama keluarga dan saya cadangkan Pulai Pinang. Saya mahu mencipta memori baru bersama keluarga,” ujarnya.
Banyak kenangan manis yang sempat Shila potretnya sebagai kenangan bersama.
Terdahulu Shila dan Ubai mendirikan rumah tangga pada 5 Ogos 2023. Pasangan ini dikurniakan dengan seorang cahaya mata, Rhea Akira yang kini berusia lima bulan.
Membesarkan tiga anak yang masih kecil sememangnya memerlukan daya fokus dan kesabaran yang tinggi. Namun bagi pempengaruh yang juga isteri kepada penyanyi dan usahawan, Nubhan iaitu Dr Fie Tawfek, dia punya caranya yang tersendiri dalam mendidik anak.
Berkongsi kisah dan tip keibubapaan, Dr Fie yang turut menjadi salah seorang penerima anugerah Pa&Ma Gala Award 2024 – Best Mama Millennial yang diserikan oleh susu kambing Karihome turut berkongsi tipnya dalam mendidik anak.
Malah ketika berkongsi perbezaan karektor ketiga-tiga anaknya, Aafiya, Aafan dan Afzan, doktor cantik manis ini turut berkongsi rahsianya supaya anak lebih fokus dan leka ketika bermain.
“Anak ketiga saya memang suka sangat menyakat orang lain. Nasib baik ada abang dan kakak yang melayan dia sepanjang hari.
“Jadinya tak adalah masalah tantrum sebab abang dan kakak memang sentiasa layan dia, kita pun tak adalah focus pada dia saja.
“Selalunya saya akan sediakan barang-barang atau apa saja permainan untuk dia dan kakak serta abangnya main bersama, jadi senang kerja saya.
“Saya pula memang suka permainan Montessori yang boleh buka dan pasang supaya anak boleh belajar. Lagi pula anak bila permainan yang agak lama, anak boleh fokus untuk siapkan,” katanya berkongsi.
Berkongsi kisah membesarkan ketiga-tiga anak, ujar Dr Fie lagi dia paling bertuah kerana mendapat sokongan penuh dari suami.
“Nubhan banyak membantu dalam membuat keputusan contohnya kalau memilih sekolah anak dia akan buat keputusan hasil perbincangan bersama.
“Kita sama-sama okay, sama-sama suka sekolah yang kami pilih dan dia banyak menyokong. Jadi tak ada isu di situ dan mudah bagi dia,” tambahnya.
Melalui tempoh usia berbeza ketika melahirkan tiga anaknya, akui Dr Fie dia juga seperti ibu lain yang pernah berbuat silap dalam mendidik.
“Jika boleh diundurkan masa saya mahu memperbetulkan semula percakapan saya dengan anak-anak. Biasalah kita kan mak-mak, ada saja yang kita cakap untuk memastikan anak dalam keadaan baik.
“Saya akui dulu saya bersifat agak tegas dengan anak dan kini bila anak ketika saya sendiri mengakui perbezaaannya.
“Melalui beberapa kelas parenting juga saya banyak belajar dalam mendidik anak-anak saya,” tambahnya.
Tambahnya jika diberikan masa dia mahu lebih masa bersama anak-anak supaya dapat melihat anak membesar depan mata. Satu nikmat bagi wanita bergelar ibu.
Luahan kisah seorang ibu yang dikenali dengan Ummu Syirin di Fb berkongsi pengalaman bersama pembaca maya tentang anaknya yang merupakan autisme. Bebanan yang ditanggung ditambah pula dengan perniagaan yang jatuh menjunam, semua ini cukup memaksa diri dan seluruh keluarganya menjadi lebih kental kini.
Ayuh selami apa yang ingin dikongsikan olehnya agar memberi inspirasi dan kefahaman untuk keluarga yang lain jika berhadapan dengan situasi sebegitu.
My autisme angel….(SEVERE autisme)
Anak saya severe autisme…bru dijaga sepenuhnya semula oleh saya. Sebelum ni dijaga maid dan adik sy, tinggal dgn saya dan suami yg sibuk niaga(niat nak cri byk duit utk kos rawatan Syirin d luar negara setelah disahkan severe autisme d usia 4 tahun). kemudian bisnes kami jatuh dan kerana ada lg 4 anak lain Syirin dijaga dgn baik oleh keluarga mertua ketika umur 7-10 thn, byk doktor juga mereka dah p sana sini apoitment x putus.
Sebelum ni Syirin 2 tahun PDK dan 2 tahun d Nasom…belum ada perkembangan kerana dia tak mau ikut langsung aktiviti dan laporan pun smua x ok.Dalam kelas dia merengek hampir setiap hari dan mungkin kerana ini selalu sangat balik dgn lebam di dahi(minggu lepas 2 kali di dahi)…Pernah lebam kesan gigitan di belakang betis dan pelbagai kesan lebam lain.Ckgu ckp pelajar lain terganggu.Sambil tu sebulan sekali teraphy d hospital.
Masih berpampers,trkdg trmakan poo sndiri
Tak ckp langsung walau ada suara I.Q sgt rendah,mcm lg rendah dr budak umur setahun-kita rentangkan reben dia terus tak boleh lalu dah,bru skrg setelah seminggu amal 2 jenis suplement ni pndai ckt dah boleh alih kerusi penghadang pintu bilik dia dan angkat reben tinggi n langkah reben rendah.(nyesalnya x usaha dptkan dr awal) Adik2 Syirin pun terkejut, Syirin dah pandai sikit.Tempat simpan biskut pun dah pndai buka.
Sekarang dalam proses dilatih sepenuhnya oleh saya sendiri daripada panduan yang diberi pusat teraphy yang kami pergi.
Memang sangat susah kerana agak lambat mula. Jd pd yg ada anak autisme tak perlu tunggu byk duit bru nak p teraphy tak mampu seminggu 2 kali, p seminggu sekali, atau paling kurang sebulan sekali. PASTIKAN YANG ANDA BOLEH TENGOK DAN BELAJAR.
Pada mulanya saya nak fokus pd Syirin saja tetapi memandangkan kos teraphy agak tinggi pada kami, saya ambil upah menjahit smula. Doakan saya ya kawan2. Mudahan dapat usaha yang terbaik untuk Syirin walau agak terlambat. Sedang usaha nak beli beberapa peralatan teraphy. Ada yang dah order dari pakar teraphy.
Tips buat yang bertanya….saya pun tak pandai,cuma elak jd mcm saya lambat mula dgn serius kerana faktor kewangan-Pada mulanya hanya jumpa doktor dan tidak terus ke pusat teraphy. 1. Usaha sedaya upaya, jaga pemakanan, dapatkan suplement jika perlu 2. Jangan biasakan gadget walau dia menangis,cuba beraktiviti 3. Jangan bg anak duduk bentuk W-anak saya dah 10 tahun buat, mcm dia sakit bila kami nak betulkan 4. Jangan tunggu banyak duit baru nak bawa teraphy yang perlu, sekarang saya dah boking untuk next2 apoitment walau duit belum ada, saya yakin dapat sdiakan sebelum masa teraphy insya’Allah. 5. Anak saya tidak mahu pegang mainan dan tak mahu main apa2 sejak kecil, bw p tempat permainan mana2 pun dia akan merengek ja,,jadi ototnya agak keras dan ketat.. 6. Video nampak mudah dan lancar tapi di sebaliknya berpeluh2 juga saya, walau hanya membantu pakar teraphy. 7. Mild autisme mungkin ok stakat p PDK atau Nasom tapi SEVERE autisme…ibu kena berkorban lebih, jika perlu juga bantu suami cri rezeki, usaha yg boleh buat dr rumah.
Yg baik dari Allah, yg tersilap dari kelemahan saya.
YA ALLAH…YAA RAHMAN….YA RAHIM…YA RAZZAK…YA FATTAH…YA ALIIM…
KAMI PERCAYA PADA JANJIMU, KERANA TAHU APA DI GENGGAMANMU.
Diganggu ketika solat, tiga wanita terima pampasan RM331,000. Tiga mahasiswi beragama Islam di Amerika Syarikat menerima bayaran pampasan sebanyak AS$75,000 (kira-kira RM331,000) selepas menjadi mangsa gangguan semasa menunaikan solat, menurut laporan Fox News baru-baru ini.