Pelakon Uqasha Senrose memaklumkan suaminya, pelakon Kamal Adli cedera parah selepas diserang oleh individu tidak dikenali, di Singapura.
Menurut Uqasha semasa dihubungi, kejadian itu berlaku ketika mereka sedang berada di satu acara di negara itu, malam tadi.
“Kami ada acara ekspo di Singapura. Hari ini adalah hari terakhir dan kami dah nak selesai. Lebih kurang jam 10 malam, ada seorang makcik nak bergambar di kerusi roda.
“Saya dan suami bergambar dengan makcik itu. Tiba-tiba, ada seorang lelaki datang dan bertanya, Kamal mana.
“Kami fikir, dia peminat. Kamal tegur dia, tiba-tiba dia keluarkan cota dari poket. Dia pukul berkali-kali belakang kepala.
“Darah berjurai di baju. Apabila Kamal angkat kepala, dia pukul di tulang pipi. Kemudian berkali-kali di badan dan dia pun ada senjata tajam,” ujarnya.
Ads
Berkongsi tentang keadaan terkini Kamal, Uqasha memaklumkan bahawa Kamal perlu menjalani pembedahan kerana luka yang besar dan panjang.
“Saya sedih kerana Kamal perlu jalani pembedahan, sebab belakang kepala luka panjang. Mungkin dia kena ditidurkan.
“Saya tak boleh nak masuk bilik pembedahan sekarang. Cuma boleh buat laporan polis di Singapura,” katanya.
Ads
Pelakon yang berusia 31 tahun itu meluahkan kerisauannya apabila dia dan adik beradiknya turut menerima ugutan daripada individu itu.
“Bila dia dah ditangkap oleh orang awam, dia berikan beberapa alasan antaranya, kononnya dia dihantar oleh satu pihak, kemudian, katanya dia ada isu peribadi dengan Kamal dan bila ditanya lagi, dia beritahu bahawa dia cemburu apabila Kamal berkahwin dengan saya.
“Yang menjadi kerisauan kami, dia sempat memberikan ugutan kepada kami. Katanya, dia ingat wajah kami termasuk adik beradik saya dan akan menanggung akibatnya.
Ads
“Kalau dia ada cota dan senjata tajam, tak mustahil dia ada senjata api juga. Depan polis pun dia berani berikan ugutan,” jelasnya.
Terdahulu, Uqasha memuat naik video pendek di Instagram, memaparkan dirinya sedang menangis di hospital dengan keterangan, memohon doa daripada orang ramai buat suaminya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sejak dua tahun lalu, pasangan merpati sejoli Asyraf Khalid dan Tya Ariffin begitu optimis membangunkan perniagaan jamu jenama Mutyara. Jamu itu lebih membanggakan merupakan legasi turun temurun diamalkan keluarga isterinya yang dikomersial.
“Saya dan isteri bina jenama jamu ini kerana kita mahu menambah nilai sekali gus membantu lebih ramai orang di luar sana sama sama menikmati khasiat jamu itu. Tak hanya di situ kita juga buka peluang untuk lebih ramai lagi menjana pendapatan dengan sama sama berniaga jamu berkenaan.
“Sebenarnya ada ramai usahawan berjaya yang saya lihat boleh berjaya tanpa bergantung kepada sesiapa. Malah mereka sebenarnya bermula dari ‘zero’,” kata abang kepada Siti Aafiyah Khalid ini.
Duduk rumah bisnes berjalan macam biasa
Menurut Asyraf lagi, sepanjang PKP ni, dia dan keluarga memang duduk rumah je. Tetapi aktiviti perniagaan berjalan seperti biasa.
“Setiap hari ada meeting dengan team menerusi Zoom. Setiap hari isnin, selasa & rabu ada coaching session bersama Stokist & Dropship. Tya pun setiap hari live di instagram jam 5.30 untuk interview customer yang pernah try Mutyara. So masih keep ourself busy with work. Alhamdulillah, untuk Mutyara, tak terkesan sangat, syukur.
“Sebab kita memang business online jadi kita boleh jalankan business macam biasa. Malah, jualan produk kita pun makin meningkat mungkin sebab ramai orang duduk rumah & fokus online. Kita kuatkan lagi marketing kita online. Kita juga bagi peluang pada ramai orang buat business dari rumah dengan menjadi Dropship kita, so mereka boleh promosi Mutyara, and submit order, HQ yang uruskan semua. Mereka tak perlu keluar rumah.
“Dalam masa mcm, bila ekonomi tak bagus, ramai yang cari peluang nak berniaga, so bila kita buat Dropship tanpa modal ni, ramai sangat yang join & buat duit. Alhamdulillah, kita punya hubungan tak ada masalah,” jelas Asyraf lagi.
Perbaiki hubungan dengan Allah
Sementara itu, Tya mengakui PKP membolehkan mereka memperbaiki lagi hubungan dengan Allah.
“ Kita banyak kan solat berjemaah, kita ada masa untuk solat Tahajjud & Dhuha, Tya pun banyak spend time dengan memasak, jadi hubungan pun baik-baik je. Syukur. Masa PKP ni, saya betul-betul spend time dengan Suami & anak-anak. Dapat mengajar arif dengan lebih banyak, Dapat makan bersama hari-hari.
“Kalau sebelum PKP, selalu tak ada masa, tapi sekarang, syukur ada banyak masa untuk family. Tya setiap hari facetime dengan family di Indonesia. Sedih juga sebab Indonesia makin teruk kes nya, dan tak tahu bila Tya boleh balik sana, tapi Tya gunakan je masa untuk banyak kan bercakap dengan mereka.
Isteri saksi jatuh bangun
Tambah Asyraf, isteri tercinta yang dikahwini sejak 1 November 2015 menjadi saksi jatuh bangun dirinya.
“Tya banyak melihat dan melalui serba serbi kesukaran dan kepayahan hidup. Bisnes yang gagal dilakukan juga berakhir dengan pelbagai ujian termasuk saya berdepan dengan hutang yang banyak.
“Pernah satu tahap saya dan isteri sampai kena catu makanan kerana kekangan duit. Kami hanya ada RM10 untuk memilih sama ada makan nasi goreng di kantin atau di restoran Mamak.
“Lepas itu nak bina perniagaan baru balik bukan mudah. Tapi saya berkeras untuk melaluinya tanpa meminta pertolongan sesiapa. Termasuk ayah. Saat saya bernikah dan mempunyai anak,diri ini terfikir takkan nak beli lampin pakai buang pun ayah masih nak tanggung.
“Berbekal semangat, ilmu dan pengalaman termasuk ketika belajar dengan syarikat Richworks , saya bangkit semula. Perjuangan itu bagai baru bermula dan perlahan demi perlahan, saya bina kembali empayar dunia niaga sekali gus mengangkat jenama Mutyara sehabis baik,” katanya.
Dalam pada itu, awal-awal pembabitannya dalam dunia perniagaan, pelbagai pandangan sinis yang diterima Asyraf Khalid apabila dia mula meneroka dunia niaga. Ada yang mengatakan dia ‘menumpang’ kekayaan ayahnya. Bohonglah andai kata empunya diri yang merupakan anak Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K) tidak terasa. Jujur mengakui ada kalanya skeptikal itu pantas menyentak diri.
Malah, tanggapan tersebut membuatkan anak ketiga dari lima beradik ini agak ‘sentap’ apabila dikatakan perniagaan jamu Mutyara Beauty yang diudahakan sejak dua tahun lalu bersama isteri (Tya Arifin) dilihat mendapat lesen serta laluan mudah hanya kerana pengaruh bapanya.
Malah, papa kepada dua cahaya mata comel, Arif Jiwa dan Azzahra Jiwa ini juga dilihat beruntung kerana mempunyai ibu tiri, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang mempunyai pengaruh besar dan kemasyhuran di arena seni serta perniagaan.
“Hati siapa yang tak terguris kalau balik balik pandangan sama yang dilemparkan orang luar serta pemerhati dunia niaga. Rasa kadang kadang macam loser, kerana mereka fikir saya kecapi semua ini dengan cara mudah selain tanggapan klise.
“Jujur saya tak boleh menafikan rasa bengang, jelak dan amarah itu pernah bersarang sampai naik geram. Biasalah yang orang nampak hanya keindahan, di sebalik semua itu… tak ada siapa yang tahu.
“Cuma tak adil jika mereka terus berandaian begitu dan begini. Tapi kalau terus larut dengan rasa negatif itu pun saya tak akan ke mana. Saya lawan segala rasa,” katanya membuka bicara.
Kata Asyraf, dia bersyukur diberi ruang merasai kesyukuran sebelum mengecapi kemanisan dalam hidup serta dunia perniagaan.
Tak guna pengaruh ayah
Jelasnya lagi, dia mula berjinak jinak dalam dunia perniagaan tanpa langsung menggunakan pengaruh ayahnya.
“Saya bertatih sendiri dari bawah. Ikutkan sejak usia tujuh tahun lagi saya sudah jual pen di sekolah dan macam macam lagilah lubuk perniagaan yang dicuba. Saya betul- betul serius mahu bergelar ahli perniagaan sejak usia 22 tahun hinggalah sekarang.
“Saya dan pasukan kerja kena kerja keras untuk menakluki apa yang diraih kala ini. Isteri saya juga antara insan penting yang berada dalam pasukan kerja itu.
“Setiap hari kami kena kerja keras. Ia tak datang bergolek begitu saja. Saya tak guna kabel pun, tak ada merayu bantuan ayah sekalipun untuk keluar modal.
“Saya sedar juga dalam dunia niaga ini bukan semua yang kita buat akan beroleh kejayaan. Ada juga perniagaan yang saya buat berakhir begitu saja. Namun itu bukan penamat segala galanya,” katanya.
Bagi yang sukakan aktiviti berkebun, mencuba untuk menanam apa sahaja di rumah tentunya menjanjikan satu kepuasan berganda.
Ilham menanam kangkung yang sifatnya menjalar di balkoni rumah mungkin tidak terfikirkan oleh kita.
Ibarat satu cabaran paling mudah, tanaman yang dirasakan sukar untuk ditanam ini sebenarnya cukup mudah untuk hidup subur. Tanam di balkoni rumah pun mampu hidup segar dan bugar.
Ini cara yang dikongsikan oleh Baja AB Plus Premium. Paling menarik tak perlukan kos hebat pun, hanya guna penapis dan besen sahaja. Selamat mencuba.
Berikut adalah langkah-langkahnya:
1. Sediakan bekas untuk menakung air baja di bahagian bawah.
2. Sediakan penapis yang sama saiznya dengan besen di bahagian bawah.
3. Isikan air baja AB Plus sehingga melepasi sedikit dari dasar bekas yang berlubang-lubang. Taburkan benih-benih kangkung seperti di dalam gambar.
4. Tutupkan dengan kain gelap beberapa hari sehingga akar dan pucuk kangkung keluar (seperti taugeh).
5. Apabila pokok kangkung sudah mempunyai daun, pokok kangkung sudah boleh di letakkan kepada cahaya matahari. Pastikan paras air kena pada akar pokok.
6. Keadaan pokok kangkung apabila diletakkan di cahaya matahari secara terus.
7. Pokok kangkung sudah boleh dituai apabila memasuki minggu ke 3 dan 4.
Selamat mencuba!
Sumber – Baja AB Pus Premium
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Setiap anak-anak mempunyai keistimewaan tertentu. Usah ibu bapa membandingkan anak dengan anak lain. Begitu juga dengan rakan sebayanya. Apa yang pasti setiap anak punya kekurangan dan kelebihan tersendiri. Sebagaimana perkongsian seorang ayah ni Mohd Fhais amat bermanfaat untuk ibu bapa jadikan panduan. Deep coretan bapa ini. Jom kita semak.
Jangan berlagak anak kita baik dari anak orang lain
Anak kita baik tu kadang nasib je. Ada kemungkinan anak kita tergolong dalam 40 peratus kanak-kanak yang temperament kategori “mudah”.
Temperament ni adalah gaya tingkah laku ( behavioral style ) bayi itu sejak dilahirkan.
Semalam masa melawat aisy rizqi di hospital saya terdengar ada 2 orang mak mak ni mengumpat.
Budak sebelah ni, sejak dia masuk anak kita tak boleh tidur. Asyik nak menjerit, melompat atas katil. Mak dia tak geti jaga anak rasanya.
Wahai mak mak yang ada anak baik macam malaikat. Tahu tak dalam dunia ni ada 10 peratus kanak-kanak yang temperament mereka memang dalam kategori “susah”.
Anak-anak ni memang dilahirkan untuk jadi LASAK, DEGIL & NAKAL !
Ya! 10 peratus ni la serba serbi susah kalau nak mendidik. Kita jerit nak runtuh rumah pun dia tetap tak mahu dengar, tak geti duduk diam, kalau boleh satu dunia dia nak teroka.
Sebab itulah ilmu parenting tinggi sahaja tak cukup kalau nak mendidik anak yang cergas ni. Kesabaran, daya tahan dan kreativiti mak ayah pun kena tinggi juga.
Sebab anak ini ada tenaga yang sangat besar! Boleh mengegar dunia satu hari nanti jika kena dengan didikan dan asuhan.
Ini fakta! Hampir 99 peratus orang berjaya di dunia adalah dari temperament susah ni tau. Banggalah siapa di anugerahkan anak istimewa ini.
Jadi mak ayah sekalian, kalau anak kita baik, dengar cakap, sekali jeling je dah takut tak usahlah nak berlagak sangat sebab kita tak kena lagi macam mana uruskan anak yang sangat susah ni. Anak yang tak makan saman ni, mata terkeluar pun diorang tak akan takut.
Mohd Fhais Anak baik tu alhamdulillah tapi kalau anak kurang baik tu masyaAllah banyak kelebihan mereka kalau mak ayah pandai teroka.
p/s : Ramai lagi mak ayah yang tak tahu ni, sampaikan pada mereka ya supaya mereka pun dapat info ni.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di