Antara perkara yang paling penting untuk diamalkan sebagai umat Islam adalah untuk sentiasa doa selepas solat.
Baru-baru ini, usahawan dan selebriti popular, Neelofa ada mendedahkan beberapa jenis doa harian yang sering diamalkan olehnya dan suami, PU Riz secara rutin menerusi sesi siaran langsung di sebuah platform media sosial.
Menerusi sepotong rakaman video yang dimuat naik kembali oleh pengguna Internet, Neelofa berkata, antara doa yang diamalkan oleh suaminya dipetik daripada buku Al-Mathurat.
“Saya sebagai saksi nak cakap sebagai seseorang yang hari-hari duduk dengan dia (PU Riz). Kalau solat berjemaah, dia punya doa ni, kita sampai lenguh tangan.
“Tahu tak buku Al-Mathurat pagi… kalau zikir pagi atau zikir petang tu kan, satu buku teruslah dia baca. Tapi tanpa buku pun dia dah hafal dah. Almost 80 to 90 percent doa dalam tu dia akan baca.
Ads
“Macam saya, tak biasa lah benda tu, lama-lama saya tahu yang pentingnya kita ambil tahu dan hafal doa-doa dalam Al-Quran dan juga doa-doa dalam hadis. Hal itulah specialnya, sebab itu yang tertulis dalam kitab dan yang disebut oleh nabi,” katanya.
Dalam pada itu, Neelofa menambah, dia berasa lebih yakin dan selamat untuk mengamalkan doa-doa daripada Al-Quran dan hadis, di samping doa harian yang lain.
Ads
“Tapi sebenarnya, kalau kita ada ilmu doa-doa daripada hadis dan Al-Quran ni, kita rasa lebih secure dan confident untuk berdoa.
“Sebab contoh, kalau saya ada masalah, saya perbanyakkan doa-doa yang permudahkan urusan.
Ads
“Banyak sebenarnya doa-doa yang kita boleh amalkan dalam kehidupan seharian… kemudian on top of that kita tambah doa kita sendiri,” katanya lagi.
Sejak Malaysia layak ke Piala Asia, sejak penantian 42 tahun, nama penjaga gol, Syihan Hazmi menjadi sebutan semula selepas aksinya bersama pasukan kesebelasan mengalahkan Bangladesh dalam aksi akhir Kumpulan E pada Selasa.
Persembahan cemerlang beliau turut mengangkat kerjayanya semula dan meletakkan dirinya sebaris dengan nama pemain kegilaan wanita sekarang.
Malah ramai wanita memuji wajah tampan beliau yang dikatakan persis aktor Thailand. Ada juga meluahkan rasa kecewa apabila mengetahui pemain bola sepak Negeri Sembilan itu sudah berumah tangga dan memiliki cahaya mata.
Namun di sebalik kejayaan lelaki, ada wanita di belakangnya. Aura isterinya yang sentiasa memberi kata-kata semangat menjadi dorongan buat penjaga gol itu.
Begitulah yang diluahkan isteri kepada penjaga gol, Syihan Hazmi, iaitu Nabila Syakirin menerusi Instagram miliknya.
“Syukur kehadrat illahi untuk nikmatmu yang tak terjangka #matamasukhabuk. Ini adalah hikmah and ganjaran penantian selama 5tahun berjuang untuk ketahap ini. Terima kasih sayang berjuang untuk kita & negara . You make me proud sayang.”
Pelbagai ujian yang u hadap and kita sama2 berjuang untuk terus kuat even pelbagai ujian yang kita tempuh.. Hanya Allah yang tau jalan hidup kami, harini just nak share and simpan sebagai kenangan.. Satu memori and kenangan yang termanis setelah pelbagai asam masin garam telan sama2 ngan husb.. Kami pernah bergaduh sebab kurang masa, tak kesefahaman, and sbb mulut manusia.. Allahu Sampai biey terpaksa hold mybisnes untuk 100% focus (masa) buat suami berjuang untuk kerjayanya.. But Alhamdulillah Allah maha adil.. Allah beri nikmat saat kami redha & bersyukur bila diuji.. . Kun fayakun, biey selalu pegang bila Allah berkehendak “jadi maka jadilah” nothing impossible and tak dapat fikir macmmna ia berlaku.. Terima kasih yang ada bersama kami dari bawah.. banyak kami kenal erti dunia & ujian sepanjang 5 tahun even kami masih muda .
Setiap terjadi mesti ada hikmah.. Terima kasih untuk parent, family, managmnt, team, coach2 @coach_megatamir beri kepercayaan untuk syihan smpai dia jumpa diri dia balik (syihan is back) and penyokong nogori slalu bagi smangat untuk dia sampai ketahap ini . Semoga doa yang baik2 berbalik kepada korang sama.. Semoga kita sama2 dimurahkan rezeki seperti air zam-zam mengalir & diberi kebhgiaan and kejayaan tak disangka2 Stop comparing, stop blame, stop judge others, stop negative thinking.. Just be positive, be yourself usaha and cubalah bangkit bangun sendiri, serahkan doa and bersangka baik pada yang Esa insyaAllah yang datang pon perkara baik-baik.. . Jangan kejar untuk jadi seorang berjaya, kejarlah untuk jadi seorang yang bernilai Congrats again malaysia 🇲🇾Selepas penantian 42tahun 🙌🏻 Semoga kejayaan milik kita
Para netizen memuji dan mendoakan pasangan ini supaya kekal bahagia. Malah ada yang mengatakan kejayaan seorang lelaki adalah isteri yang sentiasa menyokong suami.
Hati ibu mana yang tidak sedih apabila melihat anak kejang beberapa kali akibat demam sawan. Namun, dengan tindakan segera dengan membawa ke hospital dapat menyelamatkan anak daripada komplikasi.
Begitulah detik cemas yang dilalui oleh seorang ibu menerusi facebooknya, Cik Puan Ammy. Beliau tidak menyangka anaknya yang aktif mendapat demam sawan. Kesempatan ini juga, turut berkongsi panduan jika mengalami situasi anak demam sawan.
KRONOLOGI ANAK KENA SAWAN
Sejak semalam ramai rakan dan ahli keluarga mesej bertanyakan tentang keadaan Mahsuri. Bila, bagaimana dan kenapa Mahsuri boleh terkena sawan demam… Bukan niat nak menyepi tapi masih dalam keadaan terkejut. Hari ini bila perasaan dah tenang, saya cuba menceritakan apa yang berlaku dan puncanya. Di kesempatan ini juga saya kongsikan sedikit sebanyak panduan yang diberi oleh doktor jika menghadapi anak yg mengidap #Sawan_Demam.
1-2 Ogos 2019 adalah satu malam yang amat panjang untuk saya sekeluarga… Malam yang tidak sanggup kami lalui lagi kerana setiap saat hanya berhujan dengan deraian air mata… Mengharap doa dimakbulkan kerana sedar diri ini tidak terlalu sempurna disisiNya… Allahu Akbar.
Biasanya demam tak lama akan kebah
Ia bermula pada petang Rabu. Mahsuri tiba-tiba demam tetapi tidak terlalu panas. Dia aktif seperti biasa. Saya hanya memberi ubat demam kepadanya dan seperti selalu membawa dia berniaga. Di tempat niaga, dia juga aktif. Makan apa yang ingin dia makan dan main apa yang dia ingin main. Saya tidak terlalu risau memandangkan setiap kali Mahsuri demam ianya tidak akan lama, sehari dua ia akan ‘kebah’.
Malam sebelum tidur tetap aktif
Habis niaga, jam 11 malam kami sampai dirumah. Mahsuri masih demam. Rutin harian saya, setelah sampai dirumah saya pasti akan mandikan Mahsuri apatah lagi jika dia tidak sihat. Saya pasti akan mandikannya berkali-kali dalam satu malam. Tetapi tidak pada hari ini, mungkin kerana pada waktu itu saya terlalu penat tambahan pula dia nyenyak tidur, maka saya tangguhkan untuk esok pagi. Entah kenapa, malam tu saya rasa tidak sedap hati untuk tidur didalam bilik. Saya bawa Mahsuri tidur diruang tamu. Dia sedar dan minta makan. Kebetulan abangnya juga sedang makan. Setelah beberapa suap Mahsuri makan, dia minta untuk menonton ABC Song (youtube). Dia juga aktif seperti biasa.
Seluruh badan kejang
Jam 2 pagi… Semuanya bermula disini. Saya terbangun dari tidur kerana rasa seperti digigit (Mahsuri breast feeding). Selalunya dia tidak pernah menggigit. Saya alihkan mukanya dan betapa terkejutnya saya bila dapati matanya telah keatas dan seluruh badanya kejang. Saya menjerit sekuat hati memanggil suami yang tidur dibilik. Nasib baik menyebelahi saya kerana memilih tidur diruang tamu kerana terang. Jika saya tidur di bilik pasti tidak nampak keadaan Mahsuri kerana gelap.
Suami bergegas bangun dan mendakap Mahsuri. Alhamdulillah badannya kembali lembut dan matanya kembali normal. Tetapi ianya bertahan selama beberapa minit sahaja, badannya yang lemah tadi tiba-tiba menggigil dan dia mengetap giginya. Tanpa berlengah lagi, kami terus membawanya ke hospital. Sewaktu di dalam kereta, saya lihat bibirnya biru dan matanya sudah tertutup, badannya juga sudah terkulai.
Ya Allah… Pada waktu itu hanya tuhan sahaja tahu perasaan kami. Tanpa berlengah lagi, saya mencengkam mulutnya yang terkatup rapat dengan kuat dan memasukkan jari terlunjuk saya bagi membantu Mahsuri bernafas. Terbukanya mulut Mahsuri, banyak air liur yang berbuih keluar mengalir. Mahsuri kembali kejang. Walaupun bergitu kami lega kerana Mahsuri masih bersama kami.
‘Tolong tuan, anak saya sawan..’
Dalam perjalanan kami tempuhi satu sekatan jalan anggota PDRM. Suami sedaya upaya bunyikan ‘hon’ banyak kali sambil kami menjerit “tolong tuan… Anak saya sawan…” Berkali-kali supaya kereta dihadapan ketepi untuk memberi laluan kepada kami. Alhamdulillah PDRM telah memberi kerjasama yang baik dan amat kami hargainya.
Sepanjang jalan, pada tiap kali Mahsuri berhenti menggigit dan terkulai, saya akan menggoncang tubuhnya sekuat hati sambil memanggil namanya berharap dia ‘respon’. “Sayang… gigit mama sayang… Jangan berhenti… Gigit kuat-kuat”
Setiap kali Mahsuri sedar dia akan kembali kejang dan bergetar. Surah Al Fatihah tidak berhenti berkumandang dari mulut suami. Kalimah syahadah juga tidak berhenti saya bisikkan ketelinganya. Pagi itu terasa perjalanan kami ke hospital sangatlah jauh walaupun jalan raya lengang. Saya tidak tahu berapa lajunya suami saya memandu namun saya masih berasa kereta itu bergerak amat perlahan sehingga saya memaksa suami memandu dengan lebih laju.
Zon merah
Setibanya di hospital (HTJ Seremban), Mahsuri disambut oleh beberapa orang pegawai perubatan dan terus ke zon merah. Letak sahaja Mahsuri dikatil, jari saya segera dilepaskan oleh doktor dari mulut Mahsuri. Luluhnya hati seorang ibu melihat anaknya dalam keadaan bergitu. Saya tidak pernah melihat suami saya menggigil seteruk itu. Kasihnya seorang bapa. Melihat keadaan kami yang tidak tenang.
Doktor meminta kami bertenang dan menunggu diluar sementara mereka memberi rawatan kepada Mahsuri. Kami akur… Sepanjang masa kami berdoa mohon kepada Allah Swt agar diberi kesempatan kepada kami menjaga Mahsuri lagi.
Berapa minit kemudian, kami dipanggil untuk menceritakan pada awal Mahsuri demam sehinggalah Mahsuri mendapat sawan demam atau dikenali sebagai #Febrile_Seizure. Saya merenung Mahsuri yang tidak sedarkan diri. Tubuh kecil itu bergetar dan matanya pejam kemas. Saya mengusap lembut kepalanya. ” Auciii… Auciii sakit ya… Mama baba ada Sayang…” Saya bisikkan ketelinganya dengan lembut.
Bilik kecemasan selama 1 jam
1 jam lebih di ’emergency room’, Mahsuri kembali tenang. Tubuhnya tidak lagi bergetar. Doktor mengatakan dia sedang berehat. Mahsuri ditolak ke ‘ward’ untuk rawatan selanjutnya. Semasa menunggu Mahsuri sedar saya didedahkan oleh pegawai perubatan mengenai sawan demam. Apa itu sawan demam. Apabila suami ‘up status’ di FB mohon kawan2 bantu mendoakan Mahsuri, rupanya ramai para kenalan mengalami nasib yang sama dengan kami. Ada juga yang tidak berpengalaman bertanya bagaimana ia menyerang, tanda-tanda sebelum ia menyerang dan bagaimana cara untuk merawatnya sementara ke hospital. Di sini saya kongsikan sedikit sebanyak keterangan doktor kepada saya.
SAWAN DEMAM Apa itu #Sawan_Demam_(Febrile_Seizure) Ianya disebbkan oleh demam panas d kalangan bayi atau kanak2 kecil yang normal. Berbeza dengan #Sawan_Babi_(Epilepsi) ianya adalah sawan yang berulang2 tanpa disebbkan oleh demam. 2.5% drpd kanak2 normal boleh menghidap sawan demam. Tanda-tandanya… 1. Badan terasa panas. 2. Badan dan kaki tegang. 3. Kaki dan tangan tersentak2 tanpa ransangan. 4. Mulut berbuih. 5. Terberak atau terkencing. 6. Tertidur dan tdk sedarkan diri seketika. Apabila sedar kelihatan bingung dan kembali aktif. 7. Kebanyakan berlaku melebihi suhu badan 38.5°c dan pada hari pertama demam.
Apa harus dilakukan? 1. Ibu dan ayah perlu bertenang. 2. Iringkan anak kesisi badan (mengiring ke kiri). 3. Rendahkan kepalanya agar cecair yg ada dalam mulut mengalir keluar. 4. Jika anak mengetap gigi, jangan masukkan sesuatu objek atau jari kedalam mulut anak bimbang akan tercekik atau tercucuk. 5. Lap seluruh badan menggunakan air paip bukan air sejuk bg mengawal panas badan. 6. Jika sawan melebihi 5 minit, ubat diazepam (Valium) melalui dubur perlu diberi dan segeralah bawa ke hospital.
Jika demam berpanjangan. Berikan ubat2an seperti paracetamol atau ibuprofen utk menurunkan demam. Mandi atau lap badan dengan air paip bukan air sejuk sekerap yg boleh. Bagi anak minum air sejuk, ini dpt membantu menurunkan suhu badan dan mengekalkan hidrasi. Alhamdulillah… 2 Ogos… Jam 9 pagi Mahsuri sedar dari tidur, ayat pertama keluar dari mulutnya adalah…
“Hai… Hello mama…” Sambil melambai tanganya… Ya Allah… Leganya hati saya… Terima kasih Allah kerana meminjamkan Mahsuri kepada kami dan memberi kesempatan kami menjaganya lagi…
Kadang-kadang jika difikir-fikirkan memang pelik dan seakan tidak masuk akal pula jadinya. Apa dan kenapa sebabnya kita boleh beradab sopan dan lemah lembut bila bercakap dengan orang lain, tapi bila dengan keluarga sendiri, gaya bahasa dan intonasi percakapan sering berbeza.
Sedangkan bukankah ahli keluarga ini adalah orang-orang yang kita sayangi dan rapat dengan kita?
Tidak kiralah bila bercakap dengan pasangan, apatah lagi dengan anak-anak. Sering kali terdengar ditengking-tengking tanpa mengira masa.
Hal yang sama juga terjadi pada kenalan Dr Redza Zainol ini. Bersama kita ambil pengajarannya dan berubahlah untuk berlemah lembut bila bercakap dengan insan-insan yang kita sayangi.
Ada kawan saya ni, baik orangnya. Dengan orang sekeliling cakapnya lembut sangat.
Dengan kawan perempuan dia cakap elok. Dengan kawan lelaki tak pernah dia marah-marah.
Satu hari dia kata pada saya, di rumah dia selalu marah pada anak dan isteri.
Anak cakap itu dia marah. Isteri cakap sikit pun dah berangin.
Saya tanya kenapa jadi macam tu.
Dia kata dia pun tak tahu. Tengok muka pasangan dah jadi penat. Tengok rumah bersepah, terus rasa kusut sangat.
Saya cakap, kadang-kadang suami ni, kita fikir kita ialah seseorang yang penting. Kita fikir pangkat kita dalam keluarga tu paling tinggi.
Kita rasa kita berhak dilayan sebagai ketua. Tapi kita lupa yang kitalah yang kena melayan keluarga.
Kita ni bukan siapa-siapa. Isteri dan anak tu cuma amanah dari Allah. Pangkat suami dan ayah tu pun bukan milik kita.
Allah bagi kita merasa ada keluarga dan nak tengok macam mana kita layan keluarga kita, nak tengok ke mana kita nak bawa keluarga kita.
Satu hari isteri dia mengadu pada kawan saya ni.
“Abang cakap dengan kawan semua elok-elok. Dengan saya, hari-hari kena marah, kena tengking.
Abang layan isteri orang lain lagi elok dari layan isteri sendiri.”
Dia terkejut. Tapi dia tahu isterinya betul.
Rasullah tinggalkan contoh terbaik untuk kita. Satu hari, Baginda letak Saidina Hasan di peha kanan dan Saidina Husain di peha kiri baginda.
Baginda cium kedua-dua cucunya dan Baginda doakan supaya Allah sayangi ahli keluarga baginda.
Dengan keluarga, kita jangan berkasar. Balik rumah, lepas bersihkan diri terus saja cari isteri dan anak.
Peluk mereka, layan mereka. Layan keluarga kita baik-baik, insyaAllah rasa hormat tu Allah akan masukkan dalam hati setiap ahli keluarga kita.