Carik-carik bulu ayam, akhirnya bercantum juga. Demikian perumpamaan yang boleh diungkapkan dengan hubungan anak beranak yang sudah lama tidak bertemu.
Disebalik kontroversi yang melanda ayahnya, rupa-rupanya ada sinar buat mereka. Kisah keluarga ini cukup menyentuh hati, selepas mendengar nasihat pelbagai pihak, akhirnya anak kepada penyanyi, To’ki, Noor Hidayah terpanggil bertemu bapanya selepas sekian lama tidak bertemu.
Noor Hidayah, 27, atau mesra dengan sapaan Yaya berkata, mereka bertemu pada Jumaat lalu selepas kali terakhir bertemu ayahnya kira-kira empat tahun lalu.
“Awalnya, saya cukup terkesan dengan komen netizen, tetapi apabila direnung semula, teguran mereka memberi kesedaran. Walaupun macam mana pusingnya dunia, dia tetap ayah saya, tiada apa yang dapat mengubah hakikat itu.
“Alhamdulillah, berkat nasihat yang baik dan doa orang ramai, saya bertemu dengan ayah selepas empat tahun tidak berjumpa. Hubungan kami sekarang baik-baik sahaja, malah jujurnya, saya gembira hingga menitiskan air mata.
“Sememangnya setiap apa yang terjadi, ada hikmahnya. Disebabkan kisah tular, saya dapat berjumpa ayah,” katanya kepada BH Online.
Bercerita lanjut, Yaya bersama suami bertemu ayahnya pada Jumaat lalu, kemudiannya kembali membawa adik-adik yang lain pada hari berikutnya.
“Selepas kisah ayah tular, hati saya memang mahu bertemu ayah. Sebelum berjumpa, kami ada berbual di telefon. Apabila saya dan suami mahu keluar makan, kami mengajak ayah sekali pada Jumaat lalu.
“Esoknya, saya datang berjumpa ayah bersama adik-adik pula. Saya juga berkesempatan melihat rumah ayah dan kemudiannya, kami keluar makan bersama.
Ads
“Di restoran, kami berpeluang lihat ayah menyanyi secara ‘live’. Jujurnya, saya gembira, terubat rindu nak tengok ayah menyanyi. Bukan kami sahaja, malah ayah juga kelihatan gembira dapat bersatu semula dengan anak, cucu dan menantu,” kata ibu kepada dua orang anak lelaki itu.
To’ki turut memuat naik gambar perjumpaan bersama anak, cucu dan menantunya di laman Facebook. Bagaimanapun, anak sulungnya, tidak dapat bersama kerana mempunyai urusan lain pada saat terakhir. Perjumpaan itu turut disertai anak perempuan To’ki menerusi hasil perkahwinan kedua iaitu Nur Nilam Qaseh, 13.
Anak kedua daripada lima beradik itu turut meluahkan rasa syukur melihat ayahnya sudah mempunyai tempat tinggal selesa didiami bersama isteri baharu, Sharifah Fairuz Syed Yusof.
Ads
“Doa kami sememangnya mahu lihat ayah hidup selesa. Terima kasih kepada semua pihak yang membantu ayah.
“Melihat ayah bahagia bersama isterinya sekarang, kami juga gembira. Isterinya baik, melayan kami seperti keluarga sendiri ketika kami ke rumahnya,” katanya.
Mengulas mengenai ibunya, Yaya berkata, ibunya gembira melihat hubungan mereka kembali jernih.
“Ibu selalu berpesan tidak melupakan ayah. Dia, antara insan yang paling gembira melihat kami berjumpa ayah. Selepas ini, insya-Allah kami akan selalu berjumpa ayah.
Ads
“Selepas apa yang terjadi, kami adik beradik merasakan ayah layak untuk hidup gembira dan sekarang, kami mahu menggembirakan ayah,” katanya.
Terdahulu, Yaya mendakwa kali terakhir bertemu bapanya kira-kira empat tahun lalu ketika melangsungkan perkahwinan. Yaya mengeluarkan dakwaan selepas kisah kehidupan To’ki, 53, dan isterinya, Sharifah Fairuz, 48, yang tinggal dalam pondok di pinggir hutan di Batu 12, Gombak, tular, beberapa minggu lalu.
To’ki memiliki lima cahaya mata hasil daripada perkahwinan pertama. Anak sulungnya, Mohd Hafizi, 28, diikuti Noor Hidayah, 27, Noor Husna, 22, Noor Aishah, 21 dan Mohd Hairi Hanis, 18. Menerusi perkahwinan kedua bersama Nik Aida Mustapha dikurniakan Nur Nilam Qaseh.
‘Baby bump’ nampak jelas – Nabila Razali hamil anak pertama? Hampir setahun mendirikan rumah tangga, penyanyi Nabila Razali, 32, kini dikatakan hamil anak sulung.
‘Baby bump’ Nampak Jelas – Nabila Razali Hamil Anak Pertama?
Spekulasi tercetus selepas ramai yang perasan ‘baby bump’ pemilik nama lengkap Nur Nabila Mohd. Razali itu ketika sedang menari dalam sebuah video TikTok. Ramai peminat yang perasan ‘baby bump’ Nabila. Ia mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan pengikutnya.
“Nampak penampakan di situ.. kalau betul tahniah. Jaga diri”
Bagaimanapun, menurut sumber laporan Kosmo, usaha untuk mendapatkan penjelasan lanjut daripada Nabila mengenai spekulasi ini tidak berhasil. Nabila pernah menyatakan sebelum ini bahawa dia lebih selesa menyimpan hal peribadi, terutama selepas berkahwin.
Dalam satu hantaran yang dikongsikan oleh Nabila di laman Instagramnya juga membuatkan ramai peminat dan warga maya berteka-teki tentang kesahihah kehamilan pelantun lagu Peluang Kedua itu.
Anak adalah cerminan ibu bapa. Jika anak bersikap degil atau baran, ia dikatakan ada kaitan dengan sikap ibu bapa. Sesungguhnya peranan ibubapa dalam mendidik anak pada masa kini sangat mencabar. Bukan mudah menjaga anak yang tidak dengar kata dengan kata lain baran atau degil.
Melalui perkongsian di laman facebook Puteri Nurfarahain memberikan tip yang dipraktiksnya dalam mendidik anak-anak.
TIPS PALING MUDAH ATASI MASALAH ANAK BARAN & DEGIL.
Saya ada masalah, iman harris pada mulanya dia kuat memberontak. Tak boleh lambat sikit dia mesti marah. Saya ni mak muda, kadang bengkeng juga mana nak urus kerja lagi. So saya cepat istighfar banyak banyak.
.
Saya kadang rasa tak mampu nak jaga, tapi bila fikir Allah da bagi amanah, takkan saya nak abaikan. Jadi kita cari solution macam mana nak bagi anak tenang dan kita pun tenang.
Apa yang saya sedar IALAH, anak copy paste perangai mak ayah.
Macam saya ni cepat baran so terkena lah pada saya dapat anak baran kan. So saya put some effort untuk berubah sebab saya tak nak anak saya jadi baran macam saya.
1st thing, bila solat tu banyakkan istighfar minta Allah ampunkan dosa kita. Minta Allah permudahkan jalan kita. . Mohon kat Allah supaya anak kita ni jadi anak yang baik, soleh, tenang, sabar. Minta juga supaya hati kita tenang, sabar dan sentiasa buat baik. . Masa anak nak tidur tu : sambil urut kepala dia sebutkan benda benda baik kat dia. Bagi dia tahu dia baik.
Dimulai dengan nama dia dan kemudian positive things yang kita nak dia jadi.
Contoh :
Iman harris anak mommy yang baik. Iman harris anak mommy yang sabar. Iman harris anak mommy yang bijak. Iman harris anak mommy yang soleh.
Elakkan merungut depan anak, elakkan bergaduh depan anak.
Elakkan cakap benda negetive kat anak, anak ni macam sponge dia serap semua yang dia tengok hari hari.
Anak anak yang mak ayah suka gaduh, end up nanti dia jadi keras kepala tak tentu hala.
Mak ngan ayah pun perlu tunjuk kasih sayang sesama sendiri, sebab mengikut kajian bapa yang mempamerkan ksih sayang kat keluarga dan isteri anak anaknya lebih bijak dan ber IQ tinggi.
Nak anak baik bijak pandai kita kena tunjuk yang baik baik dulu. Nak anak sabar kita kena banyak sabar dulu. Heherrrr
Goodluck for us ! Jom tag pasangan masing masing jom.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tragedi banjir buruk yang berlaku tentunya ramai keluarga berputih mata melihat kediaman ditenggalami air, perabot dan barang-barang lainnya musnah dalam sekelip mata.
Antara yang menerima kesan hebat akibat banjir ini adalah kisah 6 beradik ini yang mempersiapkan dekorasi baru untuk kediaman ibu ayah meraka di Bentong sebagai hadiah istimewa sempena annibersery yang ke 36 tahun.
Namun akibat banjir yang melanda, dekorasi yang indah yang dilakukan oleh mereka adik beradik, musnah akibat banjir.
Hal ini dikongsikan oleh salah seorang antara enam beradik tersebut diakaun facebook Alia Abdul Halim.
18/12/2021 Tarikh yang akan kami ingat sampai bila-bila
16/12/2021-Khamis
Kami 6 beradik balik Bentong, misi untuk cantikkan rumah mak ayah..100% deco baru..100% perabot baru..dari syiling, perabot sampai ke lantai..semua kami tukar baru..hadiah untuk anniversary mak ayah yang ke 36
Syiling dan lantai sahaja kami upah orang, yang lain semua kami buat sendiri..adik ke-5 dan ke-6 Hanisah Bazilah dan Muhammad Miqdad da settel kan awal untuk kikis-kikis dinding rumah dan cat sikit-sikit.
Pagi 16/12 kami sampai terus sambung mengecat..malamnya pula buat cermin..deco cermin sendiri..Khamis dan jumaat ot siapkan rumah dari pagi sampai la pukul 2 pagi.
18/12/2021 – Sabtu
Pukul1.30 tengah hari, siap kesemua..Alhamdulillah semua berjalan dengan baik sama seperti yang dirancang..mak ayah sampai je rumah terus terkejut dengan perubahan rumah..mak cakap “mak da lupa macam mana rupa rumah yang asal”
Allah..seronoknya..mak ayah sampai menitis air mata kegembiraan..dari tengah hari sampai Isyak kami gembira..impian kami jadi kenyataan..terima kasih Allah..tapi perancangan Allah kita tidak tahu.
18/12/2021- Sabtu
11.30 malam air mula naik..rumah mak ayah habis dimasuki air..kami betul-betul tak sangka..pukul 12 kami bergegas keluar dari rumah, dapat capai yang penting-penting je..air naik sangat cepat..kami tak sempat nak kemas-kemas..kami selamatkan anak-anak dulu dan wan yang uzur..malam tu kami duduk di surau..pukul 3 pagi air di surau pun naik, cepat-cepat lari ke sekolah..perasaan masa tu hanya Allah sahaja yang mengetahui.
Dalam sekelip mata rumah yang kami hias cantik habis sekelip mata..perabot-perabot baru habis tenggelam..rumah mak ayah 90% habis..barang-barang rosak..Allah..rumah yang kami hias cantik bertahan dalam 8 jam sahaja..rumah habis disalut lumpur..barang-barang terpaksa dibuang..kami redha
Sesungguhnya perancangan Allah yang terbaik kami redha..Apapun kami tetap bersyukur kerana waktu kejadian kami anak-anak ada bersama dengan mak ayah..bayangkan kalau kami tiada.
Sekarang dalam proses untuk bersihkan semula rumah mak ayah..kami akan cantikkan semula rumah mak ayah.
Tidak dinafikan mendidikan anak adalah suatu yang mencabar. Lantaran itu ada segelintir sanggup mengikuti kelas keibubapaan untuk mendapat ilmu.Sepanjang tempoh KPK ini ramai pakar...