Pastinya setiap antara kita yang bekerja mempunyai akaun tabungan di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk persiapan di hari persaraan kelak. Namun ada sebahagiannya kini sedang diuji bila diberhentikan oleh majikan kesan daripada pandemik Covid-19. Disangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari.
Begitulah perumpamaan yang boleh digambarkan dengan kegelisahan yang dirasai dan atas sebab itu untuk meneruskan kelangsungan hidup, ada antaranya berkerja sendiri, berniaga makanan dan sebagainya untuk menampung kehidupan.
Pun begitu bagi tujuan mempersiapkan tabungan di usia emas, sebenarnya anda masih boleh lagi meneruskan caruman KWSP sendiri walau hanya RM10 sebulan dengan cara sebagaimana yang dikongsikan oleh Mastura Akhbar.
Saranannya, “Yang mana ada EPF Tapi dah lama tak kerja. Boleh self contribution. Minimum RM10 pun boleh. Kalau tak nak masuk tiap-tiap bulan pun tak apa. Buat la 2 3 bulan sekali.”
Tambahnya lagi, “Kat bawah dah bagi tahu cara cara. Yang saya bagi cuma maybank jela. Lain-lain tak tau. Bank lain saya tak tau. Boleh try sendiri la kot pergi dekat google. Jangan pergi ke APPS . Yang saya tahu cuma MAYBANK . Sebab saya banyak buat self contribution dengan maybank.”
Langkah 1 :Pergi me maybank2u . Tekan anak panah . Akan keluar maybank2u classic mcm gambar bawah .
Ni maybank2u classic . Masuk username dan id
Ads
Langkah 2 : Pergi ke investment .
Langkah 3 : Pergi ke EPF .
Ads
Langkah 4 : Untuk yang belum daftar . Pergi ke open EPF . Masukkan no epf apa semua . Ada details situ . Nanti memang dah lekat . In case nak self contribute next month tekan je registered payment.
Langkah 5 : Ni caruman yang telah dibayar. Tak perlu TAC pun
Kelazimannya bila hendak raya mesti rumah dihias indah dan jika anda merancang untuk memberi mood pada ruangan, bolehlah mencuba untuk menghias pada bahagian dinding dengan diserikan oleh cermin-cermin berkonsepkan ‘Industrial Mirror Wall’ yang dikongsikan oleh CJ Saif.
Ini yang dikongsikan olehnya boleh dijadikan rujukan.
Haritu saya ada share gambar hasil “1 Projek Sehari” & industrial mirror wall ni salah 1 hasilnya lah. Tapi saya tak tunjuk pulak prosesnya sebab saya tak ada ambil gambar tapi ada rakam video cuma belum berkesempatan edit sampailah semalam.
So harini saya share gambar2 proses yang saya screenshot dari video tu. Mudah je cuma guna 2 bahan utama + nail free glue je.
So kalau ada yang tengah semangat nak hias rumah sempena nak raya kot la nak buat cermin dinding macam ni boleh la try. dan ye boleh siap delam sehari je. klu buat berdua atau bertiga dengan tools yang lagi lengkap (saya pakai gergaji je nak potong-potong kayu tu) confirm boleh siap lagi cepat dalam beberapa jam je.
Nak tengok video step by step + proses dari awal sampai habis boleh tengok kat sini ye (video 2 minit je jangan risau)
pine wood lace beli kt kedai hardware je mur mur
Potong ikut saiz cermin tapi p ukur dulu betul-betul jangan percaya sangat saiz yang dia tulis kat bungkusan tu. Cermin LOTS IKEA tu sebenarnya kecik sikit dalam 28cm x 28cm je x smp 30cm pun ni saya potong pakai gergaji tangan je so ambil masa sikit
Pastu spray paint Mr. DIY je. Tapi ikut korang sebenarnya nak buat finishing pakai apa. yang ni paling mudah & cepat pada saya.
Bahan paling penting. Tak ade ni tak jadi cermin. Cermin tu pakai tape yang dia dah bagi tu pun dah cukup.
Wood lace tu tampal pakai nail free glue je. Tu pun saya beli kt Mr. DIY
Buat sorang-sorang seharian boleh siap. Buat berjemaah insyaAllah dalam beberapa jam bole siap kot. Selamat mencuba.
Menjadi kebiasaan ramai antara kita, pantang ada rasa lenguh-lenuh, gatal-gatal, sakit badan, senak perut dan beberapa keadaan yang membuatkan kita rasa tidak selesa, pasti akan mencari minyak angin untuk meredakannya.
Tanggapan kita sudah pastinya mahu segera sembuh dan merasakan tiada apa yang serius boleh berlaku bilamana menggunakan minyak angin ini. Pun begitu, pendedahan daripada seorang doktor ini wajar kita ambil tumpuan agar tindakan kita selama ini tidak mengundang bahaya pada keluarga kita.
Jadi cuba fahami dan hadam penerangan ringkas daripada Dr Rushdan Noor ini.
JANGAN MAIN-MAIN DENGAN MINYAK ANGIN
Minyak angin adalah sejenis minyak sapuan ataupun topikal yang selalu digunakan oleh masyarakat kita. Terdapat terlalu banyak jenama minyak angin di pasaran. Ia boleh dikatakan minyak serbaguna untuk mengurangkan gejala sakit, kembung perut, melegakan hidung tersumbat, gatal, gigitan serangga dan lain-lain lagi. Sebenarnya di dalam minyak angin itu terkandung ubat yang dicampurkan bersama minyak.
Ada 3 jenis ubat yang seringkali dimasukkan ke dalam minyak angin iaitu Methyl Salicylate, Menthol dan Camphor.
Ketiga-tiga ingredient ini bertindak sinergistik untuk mengurangkan keradangan, memanaskan, menyaman dan memberi aroma melalui perawapan. Methyl Salicylate adalah antikeradangan dan bertanggungjawab menghasilkan kepanasan, Menthol pula adalah untuk aroma dan memberi kesan kesejukan. Camphor juga mempunyai kesan yang sama disamping mengurangkan kegatalan, mudah meruap dan menyamankan. Methyl Salicylate adalah racun berjadual dan perlu mematuhi peraturan KKM jika hendak digunakan sebagai ubat.
Ketiga-tiga ubat yang dinyatakan di atas sebenarnya boleh memudaratkan jika kaedah penggunaannya tidak betul dan digunakan ke atas kanak-kanak (rujuk pautan di bawah).
Ubat-ubat ini jika disapukan pada permukaan kulit dalam kuantiti yang banyak boleh meresap masuk ke dalam aliran darah dan boleh menyebabkan keracunan. Terdapat lapuran keracunan salicylate ke atas kanak-kanak dan orang dewasa yang menyalahgunakan minyak angin. Di antara gejala keracunan adalah loya, muntah, keliru, alkalosis (berlebihan alkali), asidosis (berlebihan asid) dan kegagalan organ. Begitu juga dengan menthol dan Camphor, masing-masing ada kesan sampingan yang tersendiri.
Kami pernah melapurkan satu kes ibu hamil 32 tahun yang mengandung anak ke tiga mengalami keracunan salicylate apabila menggunakan minyak angin untuk merawat sakit gigi. Beliau merawat sakit gigi dengan meletakkan kapas yang dibasahkan dengan minyak angin kepada bahagian gigi yang sakit. Semasa usia kandungan cukup bulan, beliau mengalami masalah loya dan pening. Ujian CTG/jantung ke atas anak mendapati anak lemas dan pembedahan Caesarean Section perlu dilakukan.
Semasa pembedahan, pakar bius terkejut dengan kesukaran mereka mengendalikan kes ini. Ujian darah menunjukkan asidosis dan selepas pembedahan,pesakit perlu dirawat di Unit Rawatan Rapi. Anak tidak dapat diselamatkan dan ibu perlu di rawat di ICU selama beberapa hari. Berdasarkan kepada sejarah menggunakan minyak angin, ujian darah untuk mengukur kandungan Salicylate menunjukkan kandungan yang tinggi dan ini mengesahkan kes keracunan Salicylate.
Pada hari ini minyak angin sangat mudah dihasilkan oleh sesiapa sahaja kerana ketiga-tiga ubat di atas mudah dibeli melalui atas talian dalam bentuk serbuk. Ada juga pengilang yang menghasilkan ubat ini dalam bentuk krim, losyen dan juga tempelan. Untuk melariskan lagi jualan, penjual akan memasukkan bermacam-macam herba ke dalamnya termasuk pati gamat, akar kayu dan lain-lain. Apa sahaja yang ditambah ke dalam minyak angin ini sebenarnya tidak ada peranan yang besar kerana semua kesan mengurangkan gejala itu diberikan oleh 3 ubat yang saya sebutkan di atas.
Apabila membeli minyak angin ataupun krim/bam tolong semak label senarai ubat-ubat yang dimasukkan ke dalamnya dan jika ada ketiga-tiga atau salah satu daripada ubat-ubat di atas, gunakan dengan berhati-hati pada bahagian luar badan dan jangan digunakan ke atas kanak-kanak. Elakkan daripada menyedut ataupun meminumnya. Paling baik jika anda mengalami apa-apa gejala, berjumpalah dengan doktor untuk mengesan punca penyakit daripada cuba untuk merawat diri sendiri. Minyak angin dan bum tidak merawat penyakit tetapi hanya mengurangkan gejala. Ubat-ubat yang tersebut di atas boleh juga dimasukkan secara diam2 tanpa pengetahuan pengguna.
Melihatkan pokok-pokok di Thailand yang berbuah lebat, mungkin ada yang menyangka mereka menggunakan baja kimia.
Rupa-rupanya ada resipi rahsia yang dipraktikkan oleh pekebun di Thailand untuk memastikan pokok yang ditanam walaupun masih muda tapi buah merimbun. Malah ada buah lebih banyak dari daun. Mereka menggunakan hormon penggalak buah.
Untuk anda yang ingin memastikan pokok berbuah lebat, apa kata cuba resipi ini:
Bahan-bahan:
2 kg Kulit telur dibasuh bersih dan dikeringkan
2 kg Gula Perang
1 biji Ragi tapai
1 botol Yakult
2 kotak Susu segar
2 biji Air kelapa muda
Cara-cara:
1. Kisar halus kulit telur dengan mengunakan pengisar kering.
2. Adun kesemua bahan bersama di dalam satu bekas
3. Peram selama 14 hari dan perlu dikacau sekurang-kurangnya 2 hari sekali
4. Selepas 14 hari, saringkan bahan untuk mengambil pati air perapan
5. Buangkan daun-daun yang terlalu matang pada pokok yang bakal disembur
6. Gunakan 10 ml pati bersama 20 Liter air dan semburkan pada permukaan daun seminggu sekali.
Sumber: Sinarfm
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Muhammad Raiyan Nufael meninggal dunia selepas rebah ketika latihan ragbi di Melaka. Kisah kenangan terakhir bersama ayah menyentuh hati ramai dan mengundang rasa sebak.