Pernahkah anda mengalami momen “Why do I sound like my mother/father” ?
Pernahkah anda secara tiba-tiba tersedar bahawa gaya anda bercakap dengan anak ataupun cara anda memarahi anak adakalanya menyerupai gaya atau cara ayah atau ibu anda bercakap atau memarahi anda semasa zaman kanak-kanak atau remaja dulu?
Kenapa begitu?
‘Familiarity Principle’ menjelaskan bahawa manusia akan membina kesukaan atau kecenderungan untuk memilih sesuatu yang kita sudah biasa atau ‘familiar’ kerana itu lebih mudah dan selesa.
Ads
Cara kita membesarkan dan mendidik anak-anak banyak dipengaruhi oleh cara kita dibesarkan dan dididik oleh ibubapa ataupun penjaga kita selama ini kerana ITU SAHAJA cara yang kita tahu dan kita biasa.
Sesuatu yang biasa tidak semestinya betul dan sesuai.
Ads
Kita sukar menerima perubahan kerana meniru kaedah yang sudah dibiasakan lebih mudah berbanding belajar sesuatu yang baru untuk diamalkan walaupun sesuatu yang baru itu lebih baik dan sesuai.
Ads
‘Familiarity’ itu penting, tetapi kita juga perlu terus belajar untuk mencari kaedah yang sesuai dengan anak dan zamannya tanpa bergantung 100% kepada kaedah kita dibesarkan dahulu.
“The illiterate of the 21st century will not be those who cannot read and write, but those who cannot learn, unlearn, and relearn.” (Alvin Toffler, ‘Future Shock’)
Sumber: Noor Afidah Abu Bakar,
Parent Connect Consultancy
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Adab menziarahi pesakit kanser bukan sekadar soal hadir membawa buah tangan, tetapi tentang menjaga hati, emosi dan maruah insan yang sedang diuji. Menziarahi insan yang diuji dengan kanser adalah tanda kasih sayang dan sokongan. Namun dalam keinginan untuk mengambil berat, tanpa sedar ada kata-kata dan tindakan kita yang sebenarnya boleh melukakan hati mereka.
Perkongsian seorang pengguna Threads, @kisahklinikalasiah yang pernah menjadi penjaga pesakit kanser membuka mata ramai tentang pentingnya adab ketika ziarah. Menurut beliau, pesakit kanser bukan sahaja berdepan kesakitan fizikal, malah turut menanggung tekanan emosi yang besar. Justeru, setiap kata dan perbuatan daripada pelawat perlu lebih berhati-hati.
Antara perkara paling kerap ditanya ialah, “Stage berapa?” Walaupun soalan ini mungkin lahir daripada rasa prihatin, ia boleh menjadi beban emosi kepada pesakit.
Ada pesakit yang cuba untuk tidak terlalu memikirkan tahap penyakit mereka demi menjaga semangat diri. Apabila soalan sama diulang berkali-kali, perasaan cemas dan sedih yang cuba dipendam boleh kembali menghantui. Lebih-lebih lagi jika keadaan sudah kritikal, fokus rawatan biasanya lebih kepada keselesaan dan kualiti hidup, bukan lagi soal tahap penyakit.
Sebagai ahli keluarga atau sahabat, hormatilah ruang peribadi mereka. Jika pesakit mahu berkongsi, biarlah ia datang daripada mereka sendiri. Inilah antara prinsip utama dalam adab menziarahi pesakit kanser yang sering terlepas pandang.
Satu lagi perkara yang sering berlaku ialah lambakan cadangan rawatan alternatif. Dari air rebusan tertentu hinggalah produk kesihatan yang kononnya mujarab. Niat mungkin baik, namun bagi penjaga dan pesakit yang sedang menguruskan jadual rawatan, ubat-ubatan dan temu janji hospital, perkara ini boleh menjadi tekanan tambahan.
Jika benar mahu membantu, tawarkan bantuan yang lebih praktikal. Contohnya, menghantar makanan, membantu menjaga anak, atau menguruskan keperluan harian. Bantuan kecil ini sebenarnya sangat besar maknanya buat keluarga yang sedang berdepan ujian. Pendekatan ini lebih selari dengan adab menziarahi pesakit kanser yang menekankan empati dan kepekaan.
Ungkapan seperti “Kena kuat ya” atau “Jangan fikir sangat” kadangkala tidak memberi kesan seperti yang diharapkan. Hakikatnya, pesakit sudah berusaha sedaya upaya untuk kuat setiap hari menahan kesakitan, kesan sampingan rawatan dan kebimbangan tentang masa depan.
Apa yang lebih mereka perlukan ialah sokongan tanpa syarat. Duduklah di sisi mereka. Dengarlah jika mereka mahu bercerita. Kadangkala kehadiran yang tenang lebih menenangkan daripada nasihat yang panjang. Inilah nilai sebenar adab menziarahi pesakit kanser yang perlu kita fahami bersama.
Elakkan ‘main terjah’ ketika mahu menziarah. Hubungi terlebih dahulu dan tanya waktu yang sesuai. Pesakit kanser mungkin mudah letih, mengalami loya atau tidak selesa dengan keadaan diri.
Dalam Islam sendiri, adab memaklumkan kehadiran sebelum berkunjung sangat dituntut. Apatah lagi jika tuan rumah sedang tidak sihat. Ziarah yang singkat tetapi penuh adab lebih baik daripada lama tetapi memenatkan pesakit. Menghormati waktu dan keadaan mereka adalah sebahagian penting daripada adab menziarahi pesakit kanser.
Kesan sampingan rawatan seperti kemoterapi boleh menyebabkan hilang selera makan. Jika mahu menggalakkan mereka makan, pujukan lembut seperti, “Jom cuba sedikit,” sudah memadai. Elakkan memaksa atau mempersoalkan kenapa mereka tidak berselera.
Menziarahi pesakit kanser bukan sekadar hadir membawa buah tangan. Ia tentang empati, adab dan kepekaan. Niat yang baik perlu disertai dengan cara yang betul.
Sebagai sebuah keluarga dan masyarakat, marilah kita belajar untuk lebih memahami. Kadangkala, diam yang penuh doa dan bantuan yang ikhlas jauh lebih bermakna daripada seribu soalan. Dengan memahami dan mengamalkan adab menziarahi pesakit kanser, kita bukan sahaja menjaga hati mereka, malah membantu meringankan beban emosi yang ditanggung setiap hari.
Jarang kita membaca luahan hati seorang suami kepada isterinya yang mengambarkan dirianya tidak dapat hidup tanpa isteri tersayang. Benar, ada yang kata, hati mana-mana lelaki keras dan jarang untuk mengungkapkan kata-kata romantis dan sayang. Jika ada pun tidak ramai. Namun jika cintanya itu begitu mendalam dan telus, sudah tentu, luahan hati begitu mudah untuk dilakarkan.
Sebagaimana luahan hati seorang lelaki yang dikenali Encik Ayie yang mengharapkan ada sinar kebahagian miliknya kembali agar isteri tercinta kembali sihat. Kini isterinya bertarung nyawa di wad ICU di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru dan jauh disudut hati mengharapkan isterinya kembali sihat. Sayu mata memandang isteri tercinta, hanya Allah sahaja yang tahu bertapa, rindunya kasih sayang yang disemai sekian lama.
Malah nukilan seorang suami ini telah mengundang sebak dikalangan netizen yang mendoakan isterinya kembali sembuh.
Kita KENAL 2009 . Kita TUNANG 2013 . Kita PUTUS tunang 2014 . Kita NIKAH 2016 .
Macam2 kita lalui , macam2 kita tempuhi , walaupun fmly tak suka kita bersama tapi awak tetap ikut sy kawin dgn sy . Ramai yg ckp sy tak boleh jaga awak sy akan mensia-siakan pengorbanan awak . Sy tak kisah keadaan awak terbaring ke berkerusi roda ke janji awak ade dgn sy sama2 kita besarkan anak kita .
Sy boleh jaga awak asalkan awak boleh bercakap itu cukup memadai dan sy bersyukur . Skrg dorg tau yg dorg silap , dr hari sy Salam tgn tok kadi sy berjanji dgn diri sy takkan tinggalkan awak .
Saya nak jadi orang pertama awak nampak
Sy sanggup tak kerja takut terlepas waktu melawat , sbb sy nk bila awak sedar sy org pertama yg awak NAMPAK . Anak kita perlukan kasih sayang awak bukan kasih sayang ibu yg lain , sy pun masih perlukan awak . 9hb doktor ckp awak mgkn tak bertahan smpai pg masa tu sy dah REDHA sy dah putus asa tapi keajaiban ALLAH s.w.t awak tetap bertahan hingga skrg .
Saya tak nak kehilangan awak
Hari nie skali lg sy nampak awak tenat harapan yg menggunung smlm , runtuh sekelip mata . Selalunya ramai yg teman sy mgkn hari nie mereka sibuk , bila sy sendiri mcm nie sy jd takut sy jd tak kuat , walau mcm mana pun sy tahan AIRMATA tetap mangalir . Sy nk awak dpt baca ape yg sy taip SAYA TAKNAK KEHILANGAN AWAK ??? .
“TERIMA KASIH YANG DATANG MELAWAT , TERIMA KASIH YANG TIDAK PUTUS BERDOA UNTUK KAMI”
Hari pertama puasa, saya buka seorang
06/05/2019 hari pertama puasa saya BUKA sorg2 . Tp awak xnk bangun , masih terbaring dlm ICU dgn penuh tube dlm mulut , hidung, badan . Esok saya dtg lg tggu awak bangun kita PUASA sama2 , klu awak xbangun esoknya saya lg , dtg lg , dtg lg , sampai awak BANGUN . Saya tetap jaga awak mcm yg saya JANJI mula2 kita kawin dulu . Susahnya kita nk di IJAB KABUL mcm2 kita tempuh , ramai yg ckp kita dah xde JODOH tp ALLAH MAHA KUASA kita tetap disatukan .
Bangunlah cepat demi demi saya dan anak
Kwn2 yg dtg melawat awak semua MENITIS airmata termasuklah saya yg tgh menaip skrg nie . Org tnye cmne kau kuat tempuh semua nie , ade yg ckp aku nk jd mcm kau sedangkan mereka xpernah tau ape yg ade dlm HATI saya . Hanya ALLAH s.w.t je tau ape yg saya pendam , hari nie bila saya dgn awak je kt sana baru saya tahu yang saya sebenarnya xkuat lg2 skrg bulan RAMADHAN , saya cuma takut bila SYAWAL menjelang tiba . Awak bangun la cpt kesian saya dgn FATEHAH
Kredit: Encik Ayie
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Belum pun reda rasa kesedihan dihati Shuib sekeluarga, kini berdepan pula dengan ujian yang menimpa pada abang iparnya iaitu Ahmad Firdous Raissuddin yang telah dimasukkan ke Hospital Serdang, Selangor, akibat positif Covid-19.
Perkara itu dimaklumkan Shuib selepas selesai majlis tahlil buat almarhumah isterinya pada Selasa Malam.
Memetik laporan di Harian Metro Shuib berkata, tahap oksigen abang iparnya semakin menurun namun masih dalam keadaan stabil.
“Sudah lapan hari abang ipar saya dikuarantin. Oksigen dia juga semakin menurun, tapi keadaan dia masih lagi stabil dan dirawat di Hospital Serdang,” katanya.
Fobia Dengan Covid-19
Menurut Shuib, dia menjadi fobia dengan virus pembunuh itu dan menasihatkan abang iparnya supaya tidak menunggu lama untuk mendapatkan rawatan.
“Saya jadi fobia. Apabila abang ipar saya menjalani pemeriksaan tahap kandungan oksigen antara 94 dan 95 peratus.
“Saya cakap, tak payah tunggu lama-lama, pergi dapatkan rawatan segera. Saya mohon, tolong doakan abang ipar saya,” katanya.
Dalam masa sama, Shuib berkongsi nasihat kepada orang ramai agar sentiasa memberi penekanan kepada penjagaan kesihatan diri.
“Apabila sudah berlaku perkara macam ini, kena ada kesedaran untuk menjaga kesihatan. Kita kena periksa diri apa diperlukan, apa vitamin yang kita kena ambil dan bagaimana nak menjaga sistem imunisasi.
“Kalau ada anggota keluarga dijangkiti Covid-19, kita kena tahu apa kita kena buat. Kena ada oksimeter. Ini benda wajib ada sekarang,” katanya.
Ambil Vaksin
Shuib juga menekankan kepentingan vaksin dalam situasi pandemik sekarang.
“Jururawat yang bertemu saya meminta saya supaya menasihatkan semua mengenai kepentingan vaksin. Menurutnya, setiap hari mereka menguruskan orang yang dijangkiti, yang nyawanya diambil.
“Sekurang-kurangnya, apabila kita sudah disuntik vaksin, bukanlah kita betul-betul selamat, tetapi itu adalah usaha kita untuk mengekang jangkitan,” katanya.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.