Nak didik anak lelaki ini kena ada caranya. Tidak sama dengan didikan dengan anak perempuan.
Nak tahu tip didik anak lelaki cara orang dulu-dulu, ustazah ini kongsikan caranya. Moga jadi panduan untuk kita mendidik anak-anak dengan istiqomah dalam era digital yang mencabar ini.
Cabaran mendidik anak lelaki berbeza dengan anak perempuan. Saya kongsikan beberapa tips terbaik melahirkan anak lelaki yang berjiwa kental, bertanggungjawab dan dihormati masyarakat.
Didikan Anak Lelaki Berbeza
1. Sumber belanja
Inilah kehidupan. Saya menelusuri perjalanan hidup Almarhum ayahanda dan 5 bapa saudara yang dibesarkan oleh atuk dan nenek. Semuanya lelaki. Kebanyakan dari mereka menjadi insan yang sangat disegani dan ada yang dikumpulkan dalam kelompok ulama negeri kelantan.
Subhanallah..Terasa kerdilnya diri ini. Jangan terkejut jika saya nyatakan, mereka melanjutkan pengajian ke luar negara berbekalkan duit belanja dari hasil jualan telur itik dan sumbangan masyarakat kampung. Rupanya, wang belanja dan sumber yang berkat memberi kesan yang hebat dalam kehidupan seorang anak. Menjadi asbab kepada Allah SWT redha dengan ilmu yang dituntut sehingga mampu menjadi tunjang dalam masyarakat.
2. Susah
Ads
Kemewahan hanya akan melahirkan seorang anak lelaki yang pandai meminta bukan memberi.
Ajari mereka tentang kehidupan yang susah, jika hari ini suasana rumah kita tidak membantu, bawalah anak-anak ke suatu tempat yang mampu mengajar erti kesusahan yang sebenar.
Ajak mereka melakukan khidmat masyarakat, turun menziarahi keluarga yang daif dan berikan tanggungjawab sebagai Ketua untuk menguruskan sesuatu misi mengikut kadar kemampuan. Banyakkan program bersama anak lelaki, membersih kawasan masjid, tempat wudhuk dan paling penting ialah tandas. Inilah cara yang paling mudah untuk menundukkan hati yang keras dan sombong. Bila hati sudah dilentur, mudahlah akhlak dibentuk.
3. Damping
Ads
Cuba tanya anak lelaki satu soalan nie, bila besar nanti nak jadi apa? Kita akan mendengar jawapan yang hampir sama. “Saya nak Jadi macam ayah” Apapun pun pekerjaan seorang ayah, anak lelaki akan merasa bangga dan sentiasa memasang angan-angan untuk menjadi seperti nya.
Penting, dampingi anak-anak dengan contoh kelakuan yang terbaik. Tabiat yang buruk tinggalkan diluar rumah atau lakukan diluar pngetahuan anak-anak lelaki. Contohnya bertengkar, ketagihan game, merokok dan sebagainya. Seorang anak yang diajar dengan kekerasan, sifat bengis, pemarah, suka berhibur dan kemaksiatan akan cenderung menjadi seorang penjenayah, mereka melihat orang lain sebagai lawan bukannya kawan.
4. Cintakan ilmu, pasakkan tauhid dalam jiwa
Ads
Bahaya membiarkan jiwa seorang anak lelaki kosong, kering dan gersang kerana banyak unsur-unsur negatif akan berebut memenuhinya.
Tidak mudah mendidik anak lelaki kerana kita hanya mampu melihat hasilnya apabila mereka menginjak remaja dan menjadi dewasa.
Cabaran yang paling besar ialah menguruskan anak lelaki remaja.. berapa ramai ibu ayah yang menumpahkan air mata kerana anak mereka tersungkur di lembah kehinaan, salah memilih haluan hidup, kuat melawan, memilih teman hidup yang salah, tercalar akidah kerana taasub dengan artis2 barat dan kpop.
Ubat kepada segala penyakit ini ialah suapkan makanan kepada Rohani mereka. Wujudkan hubungan dengan Allah dan benamkan kalimah tauhid dalam jiwa, pasti dan pasti tidak ada perkara yang boleh merosakkannya.
5. Berdikari
Bekal hidup yang paling baik untuk seorang anak lelaki ialah ilmu dan pengalaman. Hantar mereka belajar di tempat jauh, lagi jauh lagi mahal pengalaman yang mereka perolehi.
Anak lelaki yang berdikari akan menjadi seorang yang bertanggungjawab dan bijak mengatur kehidupan. Kita bukan sahaja melahirkan seorang anak lelaki, tetapi Allah amanahkan kita bakal khalifah. Besar sungguh tanggungjawab mendidik, kerana kita akan disoal tentang amanah ini.
Jangan sesekali anggap masalah bau badan benda yang remeh. Lebih-lebih lagi buat anda yang sudah berkahwin. Boleh menimbulkan ketidakselesaan kepada pasangan untuk berada dekat dengan kita.
Bau badan terjadi bukan hanya disebabkan oleh peluh di ketiak semata-mata. Ia disebabkan kurangnya penjagaan kebersihan tubuh badan.
Bakteria dan virus yang membiak sehingga mengeluarkan sejenis bau yang kurang enak. Kita mungkin tidak sedar akan bau tersebut.
Selain pemakaian produk moden, ada juga cara alami yang boleh membantu mengatasi masalah ini. Jom Semak kaedah tradisional ini :
1. Guna Daun Sireh
Daun sireh antara tumbuhan yang dapat menghilangkan bau badan. Antara caranya adalah dengan ramas daun sirih dan campurkan dengan tawas.
Kemudian letakkan pada bahagian-bahagian tubuh yang cenderung untuk berbau seperti ketiak, celahan paha dan juga bahagian tubuh lain dapat menghilangkan masalah bau badan ini.
2. Mandian Susu
Selain itu, mandi susu juga dapat memulihkan masalah bau badan. Rawatan dengan susu yang dikombinasikan dengan campuran susu soya, susu kambing, madu dan juga aromaterapi memberi impak segar dan harum kepada tubuh.
Berendamlah selama 15 hingga 20 minit, sekali setiap minggu. Lama kelamaan masalah bau badan anda akan dapat dikurangkan.
3. Ratakan Timun
Timun juga dikatakan dapat menghilangkan masalah bau badan. Potong timun kepada beberapa kepingan kecil kemudian gosok dan jadikan sabun ketika mandi. Ratakan keseluruh tubuh kemudian barulah dibilas dengan air bersih.
4. Air Cengkih
Bunga cengkih yang kita gunakan sebagai tumisan boleh juga dijadikan sebagai pengubat menghilangkan bau badan. Rendam dalam air panas, suamkan dan kemudian minum airnya. Amalkan.
Umum sedia maklum pelakon Didie Alias pernah mendirikan rumahtangga bersama pelakon Ridzuan Hashim.
Hasil perkongsian hidup bersama, mereka telah dikurniakan lima orang cahaya mata. Namun jodoh tidak panjang dan akhirnya mereka berpisah.
Terbaru, menerusi laman Instagramnya, Didie berkongsi coretan anak sulungnya, Dhaniyah yang begitu gembira dan sebak kerana impiannya untuk beraya bersama kedua orang tuanya tercapai. Di dalam perkongsian tersebut turut dimuatnaik gambar keluarga mereka.
Menurut Dhaniyah, selepas 20 tahun penantiannya untuk beraya bersama sekeluarga tercapai. Dalam masa yang sama, Dhaniyah memberikan kata ucapan terima kasih kepada Didie dan Ridzuan kerana telah membahagiakan mereka anak-anak.
20 years later.. 🤍
Siapa sangka, dulu terpaksa ambik turn nak beraya dengan mamy ke ayah dulu eh. Nak kena jaga hati dua dua walaupun ada yg terasa.
Impian semua anak anak dari “broken family” utk satukan mak dan ayah mereka. Mungkin nampak mcm broken family utk semua, tapi bagi kiteorg love & care dari mamy ayah dua dua kiteorg dapat walaupun dorang tak together.
Walaupun stigma org tentang broken family ni kata anak-anak akan terabai lah, anak anak memberontak, anak-anak tak cukup kasih sayang. It may be broken to some, but not to us. Thank you mamy ayah daddy sebab selalu ingat kan kakak & adik2 tentang tanggungjawab kiteorg dgn mak ayah. Never once kiteorg rasa kiteorg dari broken family. We’re still a family but not together je.
Tapi harini dalam sejarah, setelah 20 tahun penantian, kakak & adik2 dapat beraya dengan satu family 🥹 priceless! and we should hold on to this moment forever. Terima kasih sbb buat anak anak happy. Terima kasih sebab buat semua ni utk kiteorg. Kiteorg tak mintak banyak, tapi saat ni yg kiteorg tunggu dari tahun 2002 sampai harini.
Eh terpanjang pulak tp percayalah, mak ayah mungkin boleh bercerai, tapi bukan mak ayah dan anak anak. Jangan putus harapan, jangan putus doa. 🥹
Setelah sekian lama menanggung penyakit skoliosis atau masalah tulang belakang melengkung, akhirnya penyanyi lagenda Zamani sudah bersedia menjalani pembedahan pada 7 November ini.
Dipetik dari laporan BH Online, penyanyi berusia 51 tahun itu sudah melakukan persediaan terutama dari segi mental kerana membabitkan pembedahan besar.
Zamani berkata, dia yang menanggung sakit sejak 2015 itu akan mengikut saran doktor bagi mengekalkan tahap kesihatan setelah selesai pembedahan sekitar tempoh dua jam setengah itu.
“Perasaan takut tetap ada, tetapi bukanlah disebabkan bimbang perkara buruk berlaku. Segala-galanya saya serahkan kepada ketentuan Allah.
“Saya agak takut kerana ini adalah pembedahan besar pertama yang dilalui. Saya dimaklumkan pembedahan akan mengambil masa selama dua setengah jam.
“Saya akan ditidurkan ketika pembedahan. Dari segi persiapan fizikal, saya mengikut saranan doktor mengamalkan diet dan mengambil banyak vitamin.
“Sebelum ini, saya hanya pernah melakukan pembedahan kecil membuang batu karang,” katanya memohon doa orang ramai agar urusan pembedahannya berjalan lancar.
Zaman berkata demikian kepada media selepas majlis bacaan yasin dan doa selamat yang diadakan secara dalam talian baru-baru ini.
Malah penyanyi lagu Gerimis Mengundang itu memaklumkan, dia memerlukan tempoh rehat selama dua hingga enam minggu untuk kembali pulih dan bekerja seperti biasa.
“Sepanjang tempoh ini, saya perlu mendapatkan rawatan susulan dan menjalani latihan fisioterapi.
“Bagaimanapun, saya akan pulih hingga boleh kembali aktif mungkin memakan masa sehingga tiga bulan. Itupun bergantung pada kekuatan antibodi,” ujarnya.
Sumber: BH Online (Farihad Shalla Mahmud) , Instagram Zamani
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di