Tugas uruskan hal rumah bukan untuk perempuan aje tetapi lelaki kena turut membantu. Ini namanya tanggungjawab bersama.
Oleh itu, anak-anak sejak kecil kena didik untuk menguruskan hal rumah. Memang nampak agak kejam tetapi ia sebenarnya mendidik anak menjadi seorang yang bertanggungjawab. Malah apabila berkahwin kelak akan melakukan perkara yang sama kepada isterinya.
Kita pastinya mahu anak lelaki kita membesar dalam didikan yang baik. Kerana kita tahu, satu hari nanti dia akan berkahwin dan berkeluarga, mempunyai isteri dan anak-anak mereka sendiri.
Zaman sekarang dah tak sama dengan zaman dulu. Dulu orang lelaki hanya pergi kerja, selebihnya orang perempuan uruskan segalanya di rumah. Sekarang zaman berbeza, kebanyakan pasangan suami isteri, dua-dua kena bekerja atau mahu bekerja.
Ads
Kalau kita masih nak ikut cara dulu, pengurusan rumah tangga memang tak akan baik. Masa yang suntuk di rumah ditambah lagi dengan kepenatan yang amat sangat kedua-dua pasangan.
Jika masih dengan norma lama, kesian kepada isteri yang pastinya sangat kepenatan untuk uruskan segalanya. Emosi yang tak baik akan cenderung kepada pergaduhan yang kemudiannya menyumbang kepada asbab keruntuhan rumah tangga.
Ads
Jika anak-anak lelaki kita tidak diajar dan dibiasakan dari kecil dengan kerja-kerja rumah. Bagaimana mungkin kita nak harapkan keajaiban berlaku. Kerana dalam kepalanya sudah tertanam bahawa ini kerja perempuan.
Silapnya kita, jika kita lebih suka untuk minta anak perempuan kita bantu buat kerja rumah.
Ads
Sikit-sikit panggil kakak atau adik perempuan untuk uruskan dapur, tolong basuh baju dan sebagainya. Kerana kita masih berpendapat ini semua kerja perempuan. Sementara anak lelaki tidak dipanggil untuk membantu.
+ minta anak lelaki cuci pinggan + suruh anak lelaki buang sampah + ajar anak lelaki sidai kain + tegas dan pastikan mereka mengemas + biasakan anak lelaki memasak
Beritahu dan ajar anak lelaki kita yang kerja rumah bukannya kerja orang perempuan, tapi ia sebenarnya tanggungjawab bersama.
Sumber: Fb Najmi Nawawi
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Terkejut Tengok Misteri Anak Perempuan, Ibu Mohon Titip Doa
Tular seorang ibu yang dikenali sebagai Herdiana mendedahkan rasa terkejut apabila mendapati anak perempuannya melukis gambar misteri dan aneh sehingga mencetuskan kebimbangan dan reaksi ramai pihak di laman sosial media.
Dia berkongsi hantaran menerusi di akaun TikTok miliknya dengan mendedahkan beberapa lukisan di buku tulis yang agak menyeramkan dimana tidak pernah dilakukan oleh anaknya itu.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
“Ibu terkejut tengok buku tulis anak perempuan ada benda-benda ini, dia ada tekanan perasaan ke macam mana ya?
“Anak saya ini tak pandai pun melukis, kalau meIukis pun biasa-biasa sahaja.
Tapi sejak kebeIakangan ini, dia suka bersendirian dan tidur di ruang tamu. Ada satu lukisan itu berlatarkan dalam rumah saya.”
“Bila saya ‘slow talk’ dengan dia, dia hanya suka dan gelak sahaja.
Kami selalu juga bergaduh. Tapi biasalah gaduh anak dan mak, minta semua doakan yang baik-baik ya.”
Meninjau di ruangan komen ada yang berpendapat anaknya itu mengaIami kemurungan dan memang benar melalui situasi yang menyeramkan itu.
Kesibukan bekerja membuatkan ibu bekerja tidak cukup masa untuk mengemas rumah setiap hari. Bila pulang dari pejabat, malamnya adalah masa menguruskan anak-anak dan menyediakan sajian buat makan malam.
Sudahnya di mana masa untuk ibu-ibu mengemas rumah setiap hari. Hujung minggu adalah jawapannya.
Pun begitu jika mengemas rumah secara besar-besaran ketika hujung minggu, mak-mak boleh jadi kepenatan kerana melakukan kerja-kerja sepanjang hari. Sebenarnya ada banyak cara bagi memudahkan kita untuk mengemas rumah dengan lebih pantas dan efisyen.
Tulisan ibu ini di blog peribadinya, fydanoh.com boleh kita jadikan tip untuk mengemas lebih pantas dan efisyen, sesuai dengan kesibukan ibu bekerja. Jom ikut caranya.
Tips kemas rumah
Ibu-ibu memang superwoman dan kuat, tapi apa kata kita jimatkan tenaga pada hujung minggu?
1. Basuh pakaian sekurang-kurangnya 2-3 kali seminggu
Elakkan kumpul baju seminggu dan tunggu hujung minggu baru nak basuh baju. Sebaliknya, agak-agak muat 1 mesin basuh boleh terus basuh. Saya sediakan
jadual untuk membasuh baju, iaitu setiap 3 hari dalam seminggu. Seboleh-bolehnya saya elakkan basuh baju pada hari minggu. Waktu saya membasuh baju ialah
hari Selasa dan Jumaat.
Keluarga kami kecil sahaja, jadi boleh lah masuh 2 kali seminggu. Mungkin jika keluarga yang lebih besar perlu basuh lebih kerap atau mungkin perlu basuh
pakaian setiap hari.
Ibu saya memang basuh baju setiap hari semasa beliau masih kerja dulu. Setiap kali balik kerja, beliau akan masak sambil tu mandi dan terus basuh baju.
Sampai sekarang masih tertanya-tanya macammana sambil basuh baju dia boleh agak lauk dah masak.
2. Cara mudah uruskan kain baju
Bila dah basuh baju, tentulah perlu jemur dan lipat kan? Aktiviti mana agaknya yang paling susah dan malas nak buat? Bagi saya lipat baju, dan saya percaya kebanyakan ibu pun macam tu. Biar saja berlonggok, nanti dah tinggi barulah gelabah nak melipat.
Tips paling mudah ialah gunakan penyangkit sewaktu menyidai pakaian. Contohnya pakaian yang perlu digosok seperti kemeja ataupun baju kurung. Jadi, angkat
terus sangkut dalam almari.
Tips kedua untuk melipat baju ialah dengan melipat sambil menonton TV. Ini memang saya paling suka buat, terutamanya rancangan TV yang saya suka
tengoklah. Sedar-sedar cerita habis, baju yang dilipat pun habis.
3. Pandai mengambil peluang
Contohnya, kalau kita nak membasuh baju dan menyapu lantai, kita boleh setkan dulu mesin basuh dan boleh menyapu lantai. Ataupun seperti ibu saya tadi, sambil mandi, basuh baju dan memasak sekaligus. Hebatkan wanita?
4. Membuat kerja ikut arah jam
Maksudnya di sini, kita tetapkan titik permulaan kita untuk kemas rumah. Contohnya bermula dengan dapur, kemudian pusinglah ikut arah jam. Cara ini lebih sistematik dan tiada ruang yang akan tertinggal.
5. Bermula dari atas ke bawah
Mulakan proses mengemas dengan membuang sawang-sawang di siling dan bersihkan habuk yang melekat dikipas terlebih dahulu. Kemudian barulah di sapu lantai.
Jika rumah 2 tingkat pula, eloklah kemas tingkat atas dulu kemudian barulah tingkat bawah. Ibu sibuk dan kerjaya, buat kerja mengikut jadual dan berdisiplin, tak perlu lagi jadi sotong.
6. Sambil mengemop lantai, sambil bersenam
Mengemop lantai tidak perlu dilakukan setiap hari, sebaliknya selang sehari atau seminggu sekali sudah memadai, kecuali memang lantai benar-benar kotor. Sebelum mengemop lantai, habuk dan sampah sarap perlu disingkirkan terlebih dahulu sebaiknya di vakum. Kalau tak sapu sahaja dah memadai.
Untuk mengemop pula, mulakan bahagian tengah kemudian bergerak ke bahagian tepi, dalam gerakan membulat. Teknik ini saya belajar semasa ‘cuci pesakit’ dalam dewan bedah. Kerana kita tahu bahagian tengah tentunya lebih bersih daripada kawasan dekat dinding. Kalau mulakan bahagian tepi dulu, tentulah habuk-habuk akan ditarik ke tempat yang sudah bersih.
Mengemop dan menyapu adalah aktiviti yang paling saya sukai, kerana saya akan pasang muzik kegemaran saya dan gerakkan badan mengikut alunan muzik. Memang
cepat sahaja buat kerja.
7. Gunakan bantuan mesin
Bagi yang berkemampuan, boleh lah gunakan alat-alat bantuan ni. Contohnya gunakan vakum dan robot untuk mengemop lantai. Jadinya, kerja kita akan menjadi lebih ringan dan mudah berbanding menggunakan cara tradisional.
Jadi, siapa kata ibu berkerjaya tidak boleh memiliki rumah yang tersusun dan kemas sentiasa? Asalkan ibu boleh mengamalkan disiplin dan konsisten dengan
kerja.
Rasa buah anggur yang manis tentu membuatkan buah ini menjadi kegemaran ramai. Biarpun harganya agak mahal, namun tetap mendapat perhatian ramai.
Lazimnya, buahan-buahan seperti anggur dan epal yang diimport dari luar negara biasanya disalut dengan lilin (wax) bagi memastikan buah-buahan tersebut kekal segar.
Nak tahu cara untuk mengeluarkan salutan lilin ini, ikuti cara yang ditunjukan oleh Azleen Azlinda. Mudah rupanya nak bersih buah.
Bahan:
Anggur
Tepung gandum secukupnya
cara:
1.Masukkan anggur ke dalam bekas yang bersesuaian.
2.Taburkan tepung gandum dengan secukupnya.
3.Gosok buah dengan perlahan-lahan bagi menanggalkan kesan wax.
4.Bilas dengan air bersih.
Hasilnya buah anggur anda akan lebih bersih dan berkilat. Mudahkan jom lepas ni kalau beli boleh buat macam ni jangan terus basuh makan je tau
Kredit Info & Foto: Azleen Azlinda
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual! Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.