Susah payah cat dinding ikut warna pilihan yang cantik-cantik, sekali naik putih-putih ala kapur kat dinding. Terus sakit mata melihatnya!
Cuba la lap dengan kain basah kononnya boleh hilang, tapi sedih hasilnya. Tak membantu pun! huhuu
Apa kata cuba cara yang dikongsikan oleh Hussien Mhd ini di laman Facebook, mana tahu membantu. Tak ada la nak kena cat semula dindingnya, atau paling give up pun sampai ada niat nak cat putih je supaya kesan itu tidak jelas kelihatan. Jom kita lihat stepnya!
Bila tunjuk gambar ni confirm mmg ramai tengah alami benda sama. Cat la tebal mana pon selagi korang tak fix masalah ni mmg akan jd lagi.
Ads
Hari tu ada viral cara pakai cuka tapi ramai komplen rumah akan bau masam busuk cuka tu and benda ni jadi balik lepas beberapa hari.
Ada juga yg kata tu cendawan kulat.. oii tu sebenarmya kapur atau nama betul nya kalsium karbonat benda ni jd sebab tindakan simen dgn air.biasa nya sebab dinding lembab..
Actually salah tu.. utk sementara pakai cuka boleh la.. tp nnt rumah mmg bau masam..utk long term korang kena buat cara yg betul..
Ni nak ajar sikit, tapi jenis yg bodoh sombong boleh skip ya..
Ads
Hilangkan Putih Pada Dinding
Step 1 : kena bersihkan dulu kapur tu pakai pakai dua bahan ni je asid dgn air..
Asid tu boleh beli dekat shopee je senang
Disini : asid https://shp.ee/fb7c2am
Step 2 : bila kapur tu dah habis hilang korang terus seal dinding tu pakai ni pula.. water repellant..
Yg tu pon boleh dapat kan dkt shopee
Water proof repellant : https://shp.ee/3kedg5m
Buat ni insha allah dah x naik dah kapur2 tu.. atau org kata kulat eh.
Ekoran daripada pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia, pelitup muka dianggap sebagai aksesori wajib kepada orang ramai apabila melangkah keluar dari rumah. Lebih-lebih lagi pihak kerajaan menguatkuasakan undang-undang pemakaian tersebut pada 1 Ogos yang lalu.
Namun hati-hati dalam memilih mask kerana ia boleh mengundang masalah terutama bagi mereka yang alergi. Tidak hairanlah ada yang mengalami masalah kulit dan ketidakselesaan. Bukan itu sahaja, kita tidak tahu akan tahap kebersihan ketika mask dihasilkan.
Kementerian Kesihatan Malaysia memainkan peranan yang sangat penting dalam usaha menyebarkan informasi sebagai panduan seluruh rakyat Malaysia.
Antara langkah-langkah pencegahan yang disyorkan adalah mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan dan memakai pelitup muka bila berada di tempat-tempat awam.
Atas dasar ini juga, Karangkraf Medicare mengambil inisiatif untuk menghasilkan pelitup muka yang terjamin dari segi kualiti dan cara pembuatannya.
Mengetengahkan moto Suci dan Bersih, Pengerusi kumpulan Karangkraf Sdn Bhd, Datuk Hussamuddin Yaacub berkata, ini merupakan satu usaha baru karangkraf dalam membantu masyarakat.
“Pelitup Muka kini mempunyai pasaran baik ketika ini dan kerana itu banyak penawaran ada. Bila buat kajian, kena pastikan dua benda iaitu jual dengan harga lebih murah serta tahap kebersihan. Ia mesti dibuat di dalam kilang yang mana kuman di luar tak boleh masuk. Dengan istilah kilang adalah ‘clean room.
“Malah, pekerja juga perlu melalui proses memastikan ia tidak bawa masuk kuman. Sebab itu pekerja perlu memakai PFE – Particulates filteration efficiency above 95% . Ia berupaya menapis partikal atau zarah dan virus. Bukan itu sahaja, ia diuji di acredited laboratory. Pihak Karangkraf juga juga sedang menjalankan usahasama dengan pihak SIRIM untuk mencapai pensijilan produk spesifikasi,” ujar Datuk Husamuddin lagi yang mengeluarkan dua pilihan iaitu, iaitu Pelitup Muka Karangkraf Plus dan Pelitup Muka Karangkraf.
Justeru, pihak kami mahu tampilkan produk yang boleh masyarakat gunakan tanpa was-was. Kebetulan kita ada ruang dan kerana itu kita keluarkan belanja untuk buat ‘clean room’.
“Selepas buat kajian dan sekarang ia sudah memenuhi standard WHO yang mana material di dalam mask ini sudah dapat sijil memandangkan ia berupaya menapis bakteria melebihi 98%. Ia sudah mencapai tahap BFE – bacteria filteration effeciency above 98% .
Material yang digunakan diimport dari China untuk bahagian luar manakala Jepun untuk bahagian dalam. Kerana itu ia boleh digunakan dalam bilik pembedahan kerana ia juga dipanggil medical face mask.
“Kita mahu didik masyarakat supaya dapat membantu memutuskan rangkaian dalam memastikan bebas dari wabak pandemik COVID-19 . Justeru, mask yang dikeluarkan oleh Karangkraf Medicare ini boleh digunakan oleh masyarakat tanpa was-was. Produk ini bukan sahaja menghalang dari disaman malah dapat elak kuman.
Pelitup Muka ini didatangkan dengan pakej yang mana dimasukkan di dalam envelop yang dipanggil ‘hygiene case’.
“Pelitup muka adalah sama tetapi yang membezakannya adalah Pelitup Muka Karangkraf Plus ini didatangkan dengan ‘hygiene case’ dengan pelbagai corak menarik. Ini dapat membantu kita mengamalkan cara menyimpan yang betul selain terjamin kebersihannya, sekaligus mengurangkan risiko daripada terkena jangkitan apabila mengunakan pelitup muka dalam pelbagai situasi.
“Contohnya ketika mengambil air sembahyang, makan, atau bersukan, boleh letak pelitup muka ini dalam envelope dan boleh digunakan sehingga tempoh 8 jam sehari. Justeru, dengan adanya envelop ini, ia boleh disimpan dalam poket atau beg yang mana dapat melindungi pelitup muka dari kuman di luar. Malah untuk buang pun mudah kerana dibuang di dalam envelopnya.
“Selain itu, pemilihan corak dan warna pada envelop juga menarik, ini adalah cara kita untuk cipta satu budaya baru. Tapi yang penting kita kena pastikan pelitup yang digunakan itu dihasilkan melalui cara yang bersih, harga lebih murah.
“Malah, kami memilih warna putih kerana simbol kepada suci dan bersih. Bukan itu sahaja, material yang digunakan juga tidak berbulu dan tali untuk earloop juga tidak cepat putus,
“Dengan kata lain, barang berkualiti tapi murah. Selain itu Karangkraf juga mahu membuka peluang kepada peniaga kecil bagi mereka menjual face mask yang suci dan bersih di samping jaminan produk berkualiti,” jelas Pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas ini.
KDYMM Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj, terkenal dengan sikapnya yang gemar memasak. Malah, Baginda tidak kekok memasak bersama rakyat apabila turun padang dalam sesebuah aktiviti.
Saban tahun, baginda tak pernah ketinggalan turun padang membantu mangsa banjir. Baik melawat mahupun menjadi tukang masak membuatkan rakyat rasa terharu dengan keprihatinan Tuanku Permaisuri. Dalam perkongsian terbaru baginda di Instagram baru-baru ini, Tunku Azizah berkongsi tip memasak menu sardin.
Tunku Azizah berkesempatan memberi titah nasihat kepada tukang masak di PPS berkenaan mengenai cara-cara yang betul memasak sardin yang enak sambil dibantu oleh Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Hajah Shahaniza Shamsuddin.
“Saya tak letak air dalam sardin saya”
“lain kali awak goreng dekat orang macam ini, tak letak air.Orang kampung suka sardin letak air, tak payah” pesan Tunku Azizah.
Bagi Pelakon cantik manis dan juga duta produk kecantikan, Mawar Rashid,23 ada cara tersendiri dalam melayan ibu mentuanya. Biarpun mendirikan rumah tangga dalam usia yang cukup muda, namun Mawar bijak membawa diri sebagai isteri dan juga menantu.
Sangat rapat dengan mummynya, Mawar yang juga anak bongsu mengakui melayan ibu mentuanya sama seperti memberi layanan kepada mummynya.
“Dulu ke mana sahaja Mummy pergi, pasti akan ada saya menemani. Dia seorang yang caring dan cukup lemah lembut selain sanggup berkorban apa saja demi anak. Tetapi lepas kahwin, dah tak boleh macam dulu.
“Pun begitu, hubungan dengan ibu mentua juga rapat kerana sudah ada ‘bonding’ dari awal. Seperti mana saya layan mummy, begitu juga layanan saya pada ibu (mentua). Awal-awal memang sedikit kekok, tapi ibu dan ahli keluarga yang lain banyak beri tunjuk ajar.
“Jadi timbul keserasian antara kami. Lagipun saya memang dilahirkan dalam keluarga besar dan kami sangat rapat. Jadi, apabila berada di rumah mentua, ia mengingatkan saya seolah-olah berada dalam keluarga sendiri. Mummy juga selalu ajar bagaimana untuk saya menjadi menantu yang baik pada mentua.
“Seronok sebenarnya kerana saya dapat belajar cara dan budaya hidup orang lain. Maklumlah sebelum ini saya lebih ke arah orang Thailand. Tetapi keluarga mentua pula lebih tersusun, disiplin dan waktu ini saya memang belajar banyak benda baru. Ibu ajar bagaimana mahu jadi isteri dan menantu yang baik memandangkan usia saya masih muda.
“Kalau di rumah ibu memang rajin memasak, jadi saya akan bantu mana yang patut. Cuma selepas disahkan mengandung saya alami alahan dan tak boleh memasak. Tetapi ibu sangat memahami dan prihatin. Banyak nasihat yang beliau kongsikan,”ulas Mawar yang mengakui aktiviti keluarga selain makan-makan, keluarga mentuanya juga gemar menonton bersama dan itu cara mengeratkan hubungan antara mereka.
Kahwin usia muda
Bahagia menggalas tanggung jawab sebagai isteri, menantu dan ibu tiri, akui Mawar sangat bersyukur dan berterima kasih kepada suami dan familinya.
“Masih banyak yang perlu saya belajar dalam kehidupan ini terutama sekali status dan tanggung jawab saya sekarang sudah berbeza. Apa pun saya bersyukur dan bahagia dengan apa yang saya tempuhi sekarang. Dalam usia 23 tahun saya sudah menggalas tanggung jawab sebagai isteri dan juga ibu tiri. Malah, tak lama lagi bakal menimang cahaya mata kami yang pertama.
“Walaupun dulu saya meletakkan sasaran mendirikan rumah tangga di kala usia 28 tahun, tetapi saya tidak menyesal. Sebaliknya saya bertuah kerana mendapat suami yang penyayang dan bertanggung jawab. Malah sifat penyayang terhadap ibunya menunjukkan dia boleh menjadi suami yang baik kepada saya dan itu antara sebab kenapa saya setuju menjadi isteri kepada Raf.
“Memang saya akui agak takut dan gementar untuk menggalas tanggung jawab besar ini, tetapi suami dan ahli keluarga lain banyak beri sokongan. Tak timbul soal tak boleh enjoy sebaliknya saya rasa bertuah kerana sejak dulu saya sangat mementingkan keluarga. Malah bagi saya keluarga itu membahagiakan saya,” ujar Mawar yang kini sedang hamil 4 bulan tidak sabar bergelar ibu dan berharap dipermudahkan segalanya.
Tak sekat pilihan anak
Sementara itu, Datin Umi Kalsom Abdol Latib tidak menyekat anak-anaknya dalam mementukan pasangan hidup mereka. Sebaliknya sebagai ibu, dia mendoakan dan berharap rumah tangga mereka sentiasa bahagia dan kekal sehingga ke akhir hayat.
“Sebagai ibu saya hanya mahu melihat anak-anak bahagia. Tidak kisah siapa jua pilihan, baik muda, tua mahupun matang semua saya terima. Mawar misalnya, seorang yang masih muda tetapi dia cepat belajar dan mahu dengar nasihat walaupun ada masanya sifat keanak-anakkannya masih tak hilang.
“Malah, saya dulu pun kahwin usia 23 tahun. Bezanya Mawar ada anak tiri jadi tanggung jawab dia lebih berat. Usia Raf 33 tahun dan lebih tua dari Mawar, tetapi kalau Allah sudah tetapkan jodoh mereka siapa yang mampu menolak kan. Saya pula jenis ibu mentua yang sporting dan layan semua menantu macam anak sendiri.
“Saya tidak mahu menantu rasa canggung bila duduk sekali. Mawar saya layan macam anak sendiri, selalu peluk, usap rambut dia jadi itu buat hubungan kami rapat. Sementelah dia sekarang sedang berbadan dua, jadi saya selalu kongsikan ilmu dan pengalaman saya sebelum ini.
“Selain Mawar, keluarga Fazley juga tinggal bersama saya. Jadi Azrene (menantu) juga saya layan sama rata. Tiada beza antara mereka dan kami juga berkongsi minat yang sama iaitu memasak selain bercuti bersama,” ujar Datin Umi Kalsom yang mempunyai 4 orang anak, dua lelaki dan dua perempuan pelengkap hidupnya bersama arwah Datuk Yaakob Mohammad.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.