
Mengumpul koleksi pokok atiati kian menjadi kesukaan ramai ketika ini. Atiati ini selain mempunyai bentuk daun yang cantik dengan pelbagai warna, dan dikatakan juga daunnya ‘pandai’ berubah warna mengikut keadaan cuaca.
Untuk anda yang baru bercita -cita hendak menanam atiati di laman rumah, apa kata baca dulu perkongsian daripada Cornie Salabin Awat dan Hirma Aziz.
Ramai yang keliru termasuk saya sendiri apa lagi yang masih baru mula berjinak-jinak mengumpul koleksi Coleus@atiati.
Atiati ni selain mempunyai bentuk daun yang unik, daun pandai berubah warna mengikut keadaan cuaca sesuatu tempat dan tahap kematangannya. Semakin terang cahaya matahari semakin cantik warna daun.
Hari ini saya cuba untuk sharing perubahan warna daun id “Bidadari” yang sedang diburu ramai oleh penggemar coleus@atiati.
Bermula dari warna keputihan hijau menjadi ke pink kemerahan
Ada yang kata Bidadari antara id yang lambat membesar dan yang susah untuk hidup..
Ini adalah antara koleksi yang saya beli pada 3.1.2021 dan sehingga 6.2.2021 telah menghasilkan 2 pokok (untuk koleksi id sendiri saja dulu).
Cara Tanam
Cara tanam mudah, petik keratan then cucuk pada tanah. Elak daripada kena direct sun selama 3 – 5 hari tetapi perlu juga indirect sun supaya batang tidak buruk.
Bila keluar akar bole la letak bawah direct sun supaya daun lebih menyerlah dan cantik.
Oh ya, koleksi Bidadari saya ni asal dari pokok yang sama ya..
🌹Pic 1 – rupa asal selepas 7 hari dibeli di nurseri (warna keputih-putihan hijau)

🌹Pic 2 – lepas 2 minggu cuba memberanikan diri petik 2 keratan buat bibit dan tanam di pasu hitam tu (pic ni di ambil selepas 10 hari)
🌹Pic 3 & 4 – rupa pokok asal (pic 1) selepas petik 2 keratan. Pucuk baru yang tumbuh berwarna kemerahan.
Manakala berkongsi cara menyemai pokok bunga ati-ati dengan teknik rendaman sebelum ditanam seperti yang dikongsikan oleh Hirma Aziz ini juga boleh dipraktikkan buat anda yang ingin menanam pokok yang sedia ada.
Ini perkongsiannya.
Projek hari ni…Kita rendam dulu sebelum semai bagi segar…
Cara rendaman macam mana pun okay asalkan jangan terendam lama-lama.

Waktu paling sesuai untuk semai petang-petang time dah redup… kalau buat malam lagi okay sebab dah sejuk… kemudian letak ditempat teduh… dalam 2 minggu dah boleh pindah ke panas dan dibaja..
Setiap orang ada cara masing-masing, selagi pokok segar, hidup, tumbuh elok dan membesar dengan sihat should be fine…
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di




Allahuakhbar, sy xpernah bersanding sebelum ni. Jadi salah ke sy raikan anniversary sy dgn cara ni? Bukan berdua dengan suami tp dengan anak2 kami. Sy buat majlis 1 sen pun sy x meminta2 dgn org. Kalau lah awk kt tempat sy, apa lah perasaan awk masa tu ye? Sy juga manusia biasa, xmampu nk puaskan hati semua org. Dan niat sy bukan utk menunjuk, sy malu sy segan nk buat majlis ni. Yela dengan anak berderet, yg dalam perut lg. Tp sy tetap teruskan impian sy nak bersanding dgn anak2 walaupun sy tau ada mulut2 yg akan mengata.
Alhamdulillah, Allah je yg tahu betapa kuatnya kasih syg kami. Dulu kami hanya ada sebijik motor, berpanas dan berhujan naik motor. Cari rezeki naik motor, bawa anak2 naik motor. Syukur dh masa tu ada juga kenderaan. Kerja apa je kami xbuat masa tu, cuci tandas, kerja kedai makan, mesin rumput, bersihkan longkang dan banyak lg.
Allah uji & Allah beri. Sepanjang perkahwinan tipulah kalau xde ribut taufan yg melanda, hanya Allah je yg tahu. Masa tu darah muda kan? Tp sy tabik dekat suami, dia seorang yg sangat2 penyabar. Kelebihan suami terlalu banyak, xdapat nak disenaraikan. Semoga Allah sahaja yg dpt membalas pengorbanan seorang suami. Layanan baik yg suami berikan, 1 juta kali ganda isteri beri layanan yg baik.

