Kehidupan ini penuh dengan cabaran. Selagi masih bernyawa pasti ada sahaja masalah yang mendatang.

Rasa kecewa, patah semangat atau ‘down’ adalah perkara biasa yang dilalui oleh setiap manusia. Namun amat penting untuk sentiasa tabah setiap apa yang berlaku.

Menarik dengan perkongsian ini yang menerusi facebook, Hairul Vcool memberi kata-kata semangat untuk kembali ‘kuat’ menghadapi cabaran yang mendatang.

Dalam pada itu, para warganet yang mengikuti penulisan ini meluahkan rasa syukur setelah membaca coretan ini. Meninjau di ruangan komen antaranya,

 Disaat saya down, perlukan semangat. Terbaca penulisan ini. Masya Allah… Allahuakbar…Terima kasih Allah…Terima kasih tuan penulis…Muhasabah diri yang dicari… Syukur…”

“Sangat tepat..kdg2 kita terlupa diri..muhasabah diri..apa2 pun bersyukur dengan apa yg adam..hidup dengan redha Allah..”

“Perancangan Allah itu. Terbaik. pasti ada hikmah di sebalik ujian Nya…”

“Alhamdulillah, akhirnya aku diberi kesempatan membaca catatan ini. Ia memang menambahkan lagi kekuatan dan keyakinan.”

Seterusnya ikuti perkongsian ini.

Dalam dunia ni, semua benda bergerak dalam zon masa masing-masing. Ada yang masih single. Ada kahwin 20 ribu belanja, sebulan dah berpisah. Ada yang dah kahwin 10 tahun tapi masih belum ada anak.

Ada yang baru kahwin bulan lepas, hari ni dah mengandung. Ada yang grad umur 23 tapi terpaksa tunggu 5 tahun sebelum dapat kerja tetap. Ada juga yang grad umur 29 tapi lepas grad terus dapat kerja jawatan tetap. Ada yang muda lagi umur 25 jadi CEO tapi umur 50 dah meninggal.

Ada juga yang umur 50 baru jadi CEO dan hidup sampai umur 90. Zon masa kita semua tak sama. Jadi tak perlu merasa kita ‘tertinggal’ hanya bila nampak orang lain lebih berjaya. Masa kita belum sampai.

Obama retired at 55, tapi Trump ‘bermula’ pada umur 70. Hanya zon masa mereka saja yang berbeza. Tapi sama-sama dapat jadi Presiden. Ada yang dipanggil Datuk pada usia 47 tahun, dan ada yang dah ada cucu di umur yang sama.

Malah ada yang baru menimang cahaya mata pertama di umur yang sama.
Ada yang ‘depan’ dari kita. Tapi ada juga yang ‘belakang’ kita. Semua orang bergerak dalam laluan yang berbeza pada zon masa yang berlainan. Allah ada perancangan berbeza untuk kita semua.

Jangan dengki, jangan sakit hati, jangan sedih. Mereka bergerak dengan zon masa mereka dan kita pun ada zon masa sendiri. You are not late. You are just on time. Jangan stress.

Percayalah bahawa perancangan Allah jauh lebih baik, rezeki kita telah dicatit olehNya.
Siapa nak jaga kita bila kita dah tua? Ada orang, dia susah hati kerana belum bertemu jodoh. Difikirannya siapalah yang akan jaga aku bila aku dah tua nanti.

Ada orang, dah berkahwin tapi belum punya anak, pun terfikir siapakah yang akan jaga aku bila aku dah tua nanti. Ada orang, ada anak, tapi hanya seorang, pun terfikir, kalau dia kerja jauh siapalah yang nak jaga aku nanti.

Ada orang, anaknya semua lelaki. Juga terfikir siapalah yang akan jaga aku nanti.
Nak ke menantu perempuan aku nanti jaga aku. Ada orang, anaknya semua perempuan, sama juga. Terfikir kalau semua tu nanti ikut suami masing masing, siapalah yang nak jaga aku nanti.

JANGAN LUPA ALLAH

Apa masalah kita sebenarnya? Kita letakkan masa depan kita di tangan manusia.
Di tangan anak. Di tangan suami.

Walhal yang jaga kita itu ALLAH. Berapa ramai orang yang anaknya ramai, cukup nisbah lelaki perempuannya, namun masih terabai hidup bersendirian di rumah usangnya sehingga meninggalnya juga seorang diri.

Berapa ramai juga orang yang saya jumpa hidupnya tidak bertemu jodoh, namun pada usia 60 70 80 masih sihat, boleh urus diri jauh lebih baik daripada orang yang usianya baru jejak 50-an namun sudah sakit lutut jalan bertongkat walau anak anak ada di sisi menjaga.

IKLAN

Itulah kita kata rezeki.
Dan rezeki itu hak Allah.
Yakin.
Yakin.
Yakin.

Jangan runsingkan kerja Allah. Runsingkan kerja kita yang asik tak siap ni.Jangan runsing belum ketemu jodoh. Jangan ribut belum ada zuriat. Jangan sedih hanya kerana beranak sorang. Jangan kalut kalau hanya ada anak lelaki Jangan cemas jika hanya ada anak perempuan. Lebih dari itu jangan takbur sangat kita ada jodoh, anak ramai, cukup laki perempuan.

Jangan pertikaikan. “eh nanti tua siapa nak jaga kau.” Kita sendiri pun belum tahu nasib kita nanti. Sempat ke kita tua?

Masa depan kita sentiasa di tangan Allah. Dan Allah itu adil. Setiap orang akan dapat apa yang Allah kata dia layak dapat. Kuatkan pergantungan kpd Allah, itu yg paling penting.
Pendek kata. ALLAH ADA. Jangan takut.

Sumber: Hairul Vcool

*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Terkini: E-TOUR KE FARM IN THE CITY. ENJOY!

MedicKeluarga: Dialisis, Peluang Kedua Pesakit Ginjal. Pakar Buah Pinggang Ni ada jawapannya.

IKLAN

MedicKeluarga: Obesiti dalam keluarga atasi cara selamat. 

MedicKeluarga: Berapa lamakah luka jahitan czer atau caesarean akan pulih? Bilakah masa sesuai untuk memulakan hubungan intim?

MedicKeluarga: Mandi malam ketika hamil. Ada pendapat kata nanti bengkak kaki. Pakar ini jelaskan lebih lanjut. 

MedicKeluarga: Betul ker ni, makan atau minum pati ikan haruan mampu sembuhkan luka operation dengan cepat? Pakar ini jelaskan lebih lanjut. 

Bintang Kecil:Pening kepala melihat telatah adik-adik BK kumpul marshmallow tapi kecoh satu kampung dibuatnya. Agaknya siapa yang menang cabaran kali ini? Mari kita saksikan.

Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie. Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/