Kisah ketabahan seorang suami menjaga isteri tercinta yang disahkan mengidap kanser otak, kanser saraf dan kanser payudara ini wajar dijadikan iktibar.
Usahanya untuk mendapatkan rawatan buat isterinya tidak pernah terhenti. Selain itu, terus memohon doa kepada Yang Maha Esa untuk diringankan beban yang ditanggung.
Terkini di akaun fbnya Haji Abdul Wahab Mah, sekali lagi dititipkan doa dan harapan buat isterinya yang dikatakan kini terbaring lemah.
Ya Allah, Engkaulah yang aku sembah dan tempat meminta doa. Semoga dapat meringankan kesakitan Kanser Otak, Kanser Saraf dan Kanser Payudara iaitu Isteri ku yang bernama Siti Asmara Binti Kamal sehinggakan tangan bengkak akibat dari pembedahan Kanser Payudara sebelah kiri.
Begitu besar kesengsaraan sepanjang masa yang beliau lalui, sehinggakan menitis air mata ku melihatnya.
Ads
Ya Allah yang Maha Mengetahuinya, Engkau ampunkanlah segala dosa dan ringankan kesakitan setiap malam. Tangan ini lah yang akan menjadi saksi bahawa suamimu Abdul Wahab Mah yang akan memimpinmu masuk Syurga yang mana kamu sukai. Tangan ini lah yang telah melahirkan 7 orang cahaya mata dan menyeri hidupku Ya Allah..
Sesungguhnya hanya kepada Engkau sajalah merayu segala doa ku supaya meredhai ketentuan Qadak dan Qadar. Kekadang aku pujuk diri ku supaya diberikan kekuatan dan keimanan menghadapi dugaan dan cubaan yang paling besar yang pernah aku lalui.
Tak pernah aku bayangkan dan terfikir isteri ku menghadapi ujian begitu sakit sekali di penghujung usia.
Ads
Cuaca tak selalunya cerah adakala akan dilanda hujan. Tak sanggup aku melihat rintihan kesakitan dari suara seorang wanita yang bernama isteri pernah hadir dalam hidupku.
Aku bersyukur kepadaMu kerana menjodohkan seorang wanita melalui tulang rusuk seorang lelaki yang pernah menggembirakan hatiku di kala sedih dan jatuh.
Ads
Isteri aku inilah yang pernah mempertaruhkan nyawanya demi melahirkan zuriatnya, sungguh pun disaat akhir ini beliau masih berjuang untuk melangsungkan sisa hidup di akhir hayat.
Semoga Engkau terimalah segala ibadah dan ketabahan beliau. Ya Allah, Engkaulah yang aku minta berikanlah kekuatan dan semangat untuk melalui liku-liku disaat akhir hidupnya supaya kami diberi teguh iman yang dapat melafazkan perkataan LAILAHAILLALLAH dipenghujung nyawanya..
Ekstra info :
Bagi yang ingin menyumbang untuk meringankan perbelanjaan rawatan.
Maybank: 101196437274
Abdul Wahab Mah Bin Abdullah +6016-7179098
Benar dan tepat sekali! Terkadang kita tak perasan cara dan percakapan kita untuk memulakan komunikasi bersama anak kecil jauh tersimpang hinggakan bertanyakan soalan tak sepatutnya.
Banyak lagi cara dan soalan yang lebih baik boleh ditanyakan pada anak-anak kecil ketika memulakan bicara. Orang ramai patut peka dengan hal ini.
Ini yang dikongsikan oleh Penulis Keibubapaan, Mohd Fhais Salim menerusi media sosialnya. Bertindaklah prihatin dengan anak-anak orang lain.
Antara soalan tak senonoh dan tak berfaedah di tanya kepada kanak-kanak. Elakkan la soalan begini walaupun untuk secebis content.
1. Ada boyfriend tak?
2. Siapa nama girlfriend?
3. Dekat sekolah ada crush?
4. Ada kawan lelaki yang hensem?
5. Cantik tak kawan perempuan sekolah?
6. Ada suka sesiapa kat sekolah?
7. Pernah jatuh cinta?
Macam dah tak ada benda lain nak borak dengan budak budak, soalan macam ni di tanya.
Tak ada faedah soalan begini, seolah olah kita mengalakkan pulak mereka buat perkara begini.
Hal ini turut disokong oleh segelintir ibu bapa yang tidak senang hati dengan persoalan yang nampak remeh tetapi memburukkan minda anak kecil kita.
Jadi bertimbang rasa dan jadi insan yang lebih baik dengan anak kecil. Cakaplah yang baik-baik dengan mereka. Biar minda mereka terjaga dari pertanyaan yang kurang memberi ilmu.
Menyempurnakan tanggungjawab sebagai isteri, nyata bukanlah suatu tugas yang mudah. Ianya perlu dilaksanakan dengan sebaik mungkin agar kerukunan rumah tangga terjaga. Dan di sini dikongsikan 24 peringatan untuk bergelar isteri untuk sama-sama jadikan panduan dan pengajaran membentuk diri sebagai isteri yang dicintai dan diredhai. Nak tahu lanjut ini perkongsiannya.
24 PERINGATAN UNTUK WANITA BERGELAR ISTERI
1. Urusan pertama yang ditanyakan pada hari akhirat nanti ialah mengenai solat dan mengenai urusan suaminya (apakah ia menjalankan kewajipannya atau tidak).
2. Apabila wanita itu lari dari rumah suaminya maka tidak diterima solatnya sehingga kembali ia dan menghulurkan tangannya kepada suaminya (meminta ampun).
3. Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi agar mereka tercium bau harumnya maka dia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina.
4. Sebaik-baik wanita ialah tinggal di rumah, tidak keluar kecuali atas urusan yang mustahak. Wanita yang keluar rumah akan dipesonakan oleh iblis. Sabda Nabi s.a.w., “Perempuan itu aurat, maka apabila ia keluar mendongak syaitan memandang akan dia.”
5. Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat wanita yang halal nikah (kecuali dalam urusan menuntut ilmu dan berjual beli).
6. Diriwayatkan bahawa pada suatu hari ketika Rasulullah s.a.w. bersama isteri-isterinya (Ummu Salamah r.ha. dan Maimunah r.ha.), datang seorang sahabat yang buta matanya (Ibnu Maktum) Rasulullah s.a.w. menyuruh isteri-isterinya masuk ke dalam. Bertanya Ummu Salamah, “Bukankah orang itu tidak dapat melihat kami, Ya Rasulullah ?” Rasulullah s.a.w. menjawab, “Bukankah kamu dapat melihatnya.”
7. Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias (bukan untuk suami dan mahramnya) adalah seumpama gelap-gelita pada hari Qiamat tiada Nur baginya.
8. Mana-mana wanita yang bermasam muka menyebabkan tersinggung suaminya, maka wanita itu dimurkai Allah sehingga ia bermanis muka dan tersenyum mesra pada suaminya.
9. Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat kalau suaminya ada di rumah serta tidak mengizinkan dia berpuasa.
10. Hendaklah isteri berpuas hati (redha) dengan suaminya yang telah dijodohkan oleh Allah, sama ada miskin atau kaya.
11. Perempuan tidak berhak keluar dari rumahnya melainkan jika terpaksa(kerana sesuatu urusan yang mustahak) dan ia juga tidak berhak melalui jalan lalu lalang melainkan di tepi-tepinya.
12. Apabila memanggil lelaki akan isterinya ke tempat tidur tetapi ditolaknya hingga marahlah suaminya, akan tidurlah wanita itu dalam laknat oleh malaikat ke pagi.
13. Wanita-wanita yang menggunakan lidahnya untuk menyakiti hati suaminya, ia akan mendapat laknat dan kemurkaan Allah, laknat malaikat juga laknat manusia sekalian.
14. Tidak harus seseorang manusia sujud kepada manusia dan jika diharuskan, maka akan aku perintahkan semua kaum wanita sujud pada suaminya kerana membesarkan dan memuliakan hak-hak suami mereka.
15. Wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya pada hari Qiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat ke belakang lehernya.
16. “Aku lihat api neraka, tidak pernah aku lihat seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita.” Rasulullah s.a.w. ditanyai, “Mengapa demikian Ya Rasulullah?” Jawab Rasulullah s.a.w. “Wanita mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ehsannya. Jika engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum rasa berpuas hati dan cukup.”
17. “Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri dari kaum wanita.” Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka, “Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir?” Jawab Nabi s.a.w. “Tidak, mereka ini ialah mereka yang tidak bersyukur akan nikmat suaminya, sesungguhnya tiap-tiap seorang kamu adalah dalam nikmat suaminya.”
18. Keadaan wanita 10 kali ganda seorang lelaki di dalam neraka dan 2 kali ganda seorang lelaki di dalam syurga.
19. “Kebanyakan wanita itu adalah isi neraka dan kayu api.” Hazrat Aishah bertanya, “Mengapa wahai Rasulullah s.a.w.?” Jawab Rasulullah s.a.w.:
a. Kerana kebanyakan perempuan itu tidak sabar dalam menghadapi kesusahan, kesakitan dan cubaan seperti kesakitan melahirkan anak, mendidik anak-anak dan melayani suami serta melakukan kerja-kerja rumah.
b. Tiada memuji (bersyukur) di atas kemurahan Allah yang didatangkan melalui suaminya. (Jarang terdapat orang perempuan yang mahu mengucapkan terima kasih di atas pemberian suaminya.)
c. Sering mengkufurkan (ingkar) terhadap nikmat Allah. (Contohnya: Apabila berlaku sesuatu pertengkaran ada isteri yang berkata sudah 10 tahun kahwin dengan awak tidak ada apa-apa pun.)
d. Gemar bercakap perkara yang sia-sia yang berdosa. (Contohnya: Bercakap mengenai perabot-perabot rumah yang tidak perlu dan mengumpat.)
e. Kurang akal dan kurang ilmu pengetahuannya dalam agama iaitu mereka sering tertipu atau terpengaruh dengan pujuk rayu lelaki,rakan-rakan, alam sekeliling dan suasana serta kemewahan lahiriah.
20. Dari Ali bin Abi Talib r.a.: Aku dengar Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tiga golongan dari umatku akan mengisi neraka jahanam selama 7 kali umur dunia. Mereka itu adalah:” a. Orang yang gemuk tapi kurus b. Orang yang berpakaian tetapi telanjang c. Orang yang alim tapi jahil * Adapun yang gemuk tapi kurus itu ialah wanita yang sihat tubuh badannya tetapi kurang ibadat. * Orang yang berpakaian tetapi telanjang ialah wanita yang cukup pakaiannya tetapi tidak taat agama. * Orang yang alim tapi jahil ialah ulama yang menghalalkan yang haram kerana kepentingan peribadi.
21. Asma’ binti Karizah Fazari r.ha. diriwayatkan telah berkata kepada puterinya pada hari perkahwinan anaknya itu, “Wahai anakku, kini engkau akan keluar dari sarang di mana engkau dibesarkan. Engkau akan berpindah ke sebuah rumah dan hamparan yang belum engkau kenali. Itulah suami mu. Jadilah engkau tanah bagi suami mu (taat perintahnya) dan ia akan menjadi langit bagi mu (tempat bernaung). Jadilah engkau sebagai lantai supaya ia dapat menjadi tiangnya. Jangan engkau bebani dia dengan berbagai kesukaran kerana itu akan memungkinkan ia meninggalkan mu. Kalau ia mendekatimu, dekatilah ia dan jika ia menjauhi mu maka jauhilah ia dengan baik. Peliharalah benar-benar suami mu itu akan hidungnya, pendengarannya, matanya dan lain-lain. Janganlah pula ia mendengar melainkan yang enak dan janganlah ia melihat melainkan yang indah sahaja pada dirimu.
22. Pesanan Luqman kepada anaknya, “Sepanjang hidupku, aku hanya memilih 8 kalimah dari pusaka para Nabi yang lalu iaitu:
a. Apabila engkau sedang solat kepada Allah SWT maka jagalah baik-baik fikiran mu.
b. Apabila engkau berada di rumah orang lain, maka jagalah pandangan mu.
c. Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis maka jagalah lidah mu.
d. Apabila engkau hadir dalam jamuan makan maka jagalah perangai mu.
e. Ingat kepada Allah SWT
f. Lupakan budi baik mu pada orang lain.
g. Lupakan semua kesalahan orang lain terhadap mu. h. Ingat kepada mati.
23. Perkara-perkara yang menjadikan wanita itu derhaka kepada suaminya seperti tersebut di dalam kitab Muhimmah:
a. Menghalang suami dari bersuka-suka dengan dirinya sama ada untuk jimak atau menyentuh mana-mana bahagian tubuhnya.
b. Keluar rumah tanpa izin suami sama ada ketika suami ada di rumah atau pun tidak.
c. Keluar rumah kerana belajar ilmu yang bukan ilmu Fardhu Ain. Dibolehkan keluar untuk belajar ilmu Fardhu Ain jika suaminya tidak mampu mengajar.
d. Enggan berpindah (berhijrah) bersama suaminya.
e. Mengunci pintu, tidak membenarkan suami masuk ke rumah ketika suami ingin masuk.
f. Memasam muka ketika berhadapan dengan suami.
g. Minta talak. h. Berpaling atau membelakangi suami ketika bercakap.
i. Menyakiti hati suami sama ada dengan perkataan atau perbuatan.
j. Meninggalkan tempat tidur tanpa izin. k. Membenarkan orang lain masuk ke dalam rumah sedangkan ia tidak disukai oleh suaminya.
24. Wajib bagi wanita:
a. Mengekalkan malu pada suaminya.
b. Merendahkan (menundukkan) mata ketika berpandangan.
c. Mengikut kata-kata dan suruhannya.
d. Dengar dan diam ketika suami berkata-kata.
e. Berdiri menyambut kedatangannya.
f. Berdiri menghantar pemergiannya.
g. Hadir bersamanya ketika masuk tidur. h. Memakai bau-bauan yang harum untuk suaminya.
i. Membersihkan dan menghilangkan bau mulut untuk suaminya.
j. Berhias ketika hadirnya dan tinggalkan hiasan ketika tiadanya.
k. Tiada khianat ketika tiada suaminya.
l. Memuliakan keluarga suaminya.
m. Memandang pemberian suaminya yang kecil sebagai besar dan berharga.
n. Ketahuilah, syurga dan neraka bagi seorang wanita itu bergantung pada redha atau tidaknya suami padanya.
Teringat betapa enaknya menjamah ketupat palas bersama rendang di kampung, kini setelah pulang ke bandar tiba-tiba teringin lagi.
Jadi untuk tidak menghampakan apa kata kita sediakan ala-ala ketupat palas tetapi dengan menggunakan daun pandan sebagaimana yang dikongsikan oleh Feezah ini.
Assalammualaikum semua .. Ketupat daun pandan comel nak singgah sekejap ya . Daun palas tak dak yang ada daun pandan ja . Pun boleh .
Andai masih teringin menikmati ketupat palas tapi tiada pula daun palasnya, apa kata kita ikut teknik yang dikongsikan oleh Fe E Za ini.
Caranya cukup kreatif dengan menggunakan daun pandan.
Bahan-bahannya:
Daun pandan dan pulut yang telah ditanak separuh masak.
Teknik lipatan ketupat daun pandan:
Kemudian rebus sehingga masak.
Sumber : FE E ZA via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di