Baru-baru ini kecoh di media sosial satu insiden yang melanda Nur Athirah apabila menjadi mangsa kecurian motosikal Yamaha 135LC miliknya. Dia yang kehilangan motosikal tersebut ketika sedang melakukan kerja penghantaran makanan di Batu Caves, Selangor.

“Disebalik Ujian Terselit Hikmah.” Motor Dicuri Ketika Kerja, Gadis Ini Terima Sumbangan Tengku Permaisuri Selangor

Insiden tersebut bukan sahaja mendapat perhatian ramai, bahkan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman turut berkenan menyampaikan sumbangan peribadi iaitu sebuah motosikal kepada Nur Athirah Abdul Latiff.

“Disebalik Ujian Terselit Hikmah.” Motor Dicuri Ketika Kerja, Gadis Ini Terima Sumbangan Tengku Permaisuri Selangor

Menerusi satu perkongsian di laman Instagram Selangor Royal Official, baginda menzahirkan rasa sedih dan terharu apabila membaca berita yang tular di media sosial mengenai nasib malang gadis berusia 23 tahun itu.

IKLAN

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Juruiring Polis (ADC) kepada Tengku Permaisuri Selangor, Inspektor Noor Hidayu Aziz.

“Disebalik Ujian Terselit Hikmah.” Motor Dicuri Ketika Kerja, Gadis Ini Terima Sumbangan Tengku Permaisuri Selangor

Nur Athirah yang merupakan anak kedua dari tiga beradik tinggal bersama ibunya di Batu Caves kini bertindak selaku penyara keluarga dengan melakukan kerja penghantaran makanan sepenuh masa.

IKLAN

DYMM Tengku Permaisuri Norashikin berharap dengan sumbangan ini Nur Athirah akan dapat kembali meneruskan kerja harian dengan sempurna seterusnya membantu keluarga.

“Disebalik Ujian Terselit Hikmah.” Motor Dicuri Ketika Kerja, Gadis Ini Terima Sumbangan Tengku Permaisuri Selangor

Titah Baginda lagi, di waktu kita semua sedang diuji dengan pelbagai dugaan ketika ini, Baginda amat berharap agar masyarakat di luar sana lebih bersifat perikemanusiaan dan bertimbang rasa di antara satu sama lain.

IKLAN

Baginda turut mendoakan agar sekalian rakyat terus dimurahkan rezeki dan sentiasa di dalam perlindungan Allah S.W.T.

“Disebalik Ujian Terselit Hikmah.” Motor Dicuri Ketika Kerja, Gadis Ini Terima Sumbangan Tengku Permaisuri Selangor

Sumber: Selangor Royal Official

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI