Selepas insiden ditumbuk suaminya, Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri akhirnya membuka mulut berhubung perkara tersebut.
Menerusi perkongsian terbaru wanita itu di Insta Story, Shu menyatakan bahawa penyesalan seseorang manusia tidak boleh diukur dengan janji di mulut kerana boleh sahaja dia memungkiri janji tersebut.
Ujar Shuhada lagi dia sama sekali tidak akan menghubungi pelakon itu lagi kerana dilihat menjadikan masalah mereka dan penderitaan yang dihadapi isteri seperti satu gurauan.
Wanita berusia 29 tahun itu juga menjelaskan bahawa pelakon drama Mr Donat Karamel itu tidak pernah pun ‘membeli beras’ seperti yang digadang-gadangkan di setiap posting Instagram.
Ads
Tambahnya, dia mendoakan agar lelaki yang pernah mengasarinya sehingga mengalami cacat kekal itu mendapat balasan setimpalnya daripada Allah S.W.T.
Ads
Tambahnya lagi, ketika ini dia hanya mahu berjuang untuk hidupnya sendiri dan enggan lagi mengambil tahu berkenaan pelakon itu dan juga skandalnya kerana sudah penat ‘bersangka baik’ selama ini sehingga mengalami kecacatan kekal pada wajah.
Shuhada juga turut berkongsi hantaran mesej kata-kata semangat dan doa daripada orang ramai yang sentiasa berharap agar dia mendapat pembelaan sewajarnya.
Ads
Sebelum ini tular di media sosial apabila ada dakwaan mengatakan seorang pelakon lelaki menumbuk isterinya sebanyak tiga kali sehingga mengalami kecederaan.
Tak lama selepas itu, ahli keluarga Shuhada mengesahkan bahawa wanita terbabit telah menjadi mangsa kekerasan Hafidz Roshdi yang bengang kerana isterinya mengangkat telefon sewaktu mereka sedang berbincang di dalam kereta.
Sumber: Instagram Shushukrii
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kita selalu melebihkan tetamu walhal diri kita sendiri juga perlu diraikan setiap hari. Sebenarnya setiap kali kita membeli barangan dan kelengkapan rumah, sebaiknya terus guna saja, jangan simpan.
Perkongsian dari Nurlia Mohd Nor ini sememangnya membuka mata. Jom raikan diri kita dan ahli keluarga kerana itu yang sebaiknya.
Ada tiga benda saya belajar dari arwah mak.
1) Pinggan mangkuk untuk kegunaan family dalam rumah sebolehnya jangan tangkap muat. Kalau raikan tetamu kita kalut keluarkan pinggan mangkuk cantik, sebenarnya di rumah pun sama.
Tak kisah la plastik/ kaca tapi make sure kalau boleh seragam. Biasa kalau ada anak kecil kita prefer plastik kan. Mahal/ murah tak jadi isu, tapi biarlah sedap mata memandang.
Yang sebenarnya family dalam rumah ni lagi kena raikan. Takkan tunggu tetamu datang baru suami/ anak- anak dapat merasa guna pinggan cantik kan.
Mak dulu pinggan Pyrex kaler coklat dia guna untuk pakai harian. Kata Abah, “Buat apa simpan. Dah beli guna. Bukan boleh bawa mati pun..”
2) Pastikan telekung kita bersih dan cantik. Mampu beli yang mahal, belilah. Bila nak jumpa orang kita beria pilih baju cantik, siap make up bagai tapi nak mengadap Allah kenapa tak boleh cantik jugak kan. Tetiba jadi berkira dan cincai saja.
Janganlah pakai telekung yang dah bertahi lalat, dah kuning dan kusam. Murah pun takpe asalkan bersih. Mak dulu telekungnya sentiasa bersih. Kalau tak sebab reput/ kain dah jarang memang boleh guna lagi. Bila mak meninggal saya wakafkan telekung- telekung dia yang masih elok di surau- surau.
3) Sejadah. Ada masa sejadah perlu dicuci. Jangan biarkan berbau kepam. Macam mana kita nak perkara lain pun cantik dan elok, sama jugalah dengan sejadah. Nak menghadap Allah jangan ambil mudah. Sampai masa kalau perlu tukar baru, tukarlah. Baju boleh beli dan tukar, kenapa sejadah tak bolehkan.
Beberapa hari lepas saya beli set pinggan mangkuk ni memandangkan set pinggan mangkuk Ikea yang kami guna seharian dah banyak yang sumbing/pecah. Encik suami suggest beli yang baru. Senang, tetamu datang pun guna yang ni, orang dalam rumah pun pakai juga yang ni.
Harta benda dah beli, sila guna..
Kredit: Nurlia Mohd Nor
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bunting pelamin. Itulah yang dikongsikan oleh pelakon Ungku Ismail mengenai kehamilan isterinya, Nad Zainal menerusi Insta Storynya.
Menerusi perkongsiannya itu, Ungku Ismail tertarik dengan kisah pengantin baru yang bunting pelamin selepas sebulan mendirikan rumah tangga dan disahkan hamil mencecah lima minggu.
Tambahnya lagi, isterinya Nad turut melalui pengalaman yang sama dan bunting pelamin selepas sebulan mereka sah bergelar suami isteri.
“Kami pun tak tunggu bulan madu. Teringat masa pertama kali test kehamilan Nad pada awal bulan Februari, pada lusa pergi buat pemeriksaan sebab garisan semakin tebal.
“Pemeriksaan pertama tak ada apa cuma rahim mengembang. Pemeriksaan kedua dah nampak ada bulat hitam,” tulisnya.
Kata bapa kepada seorang cahaya mata ini lagi, dia mengakui terkejut apabila usia kandungan Nad ketika itu sudah mencecah 6 minggu sedangkan mereka baru mendirikan rumah tangga pada Januari 2023.
“Doktor kata tahniah, dah 6 minggu. Terkejut aku, 6 minggu apanya. Nikah baru sebulan lepas. ‘Ya, kita kira ikut kitaran haid yang terakhir’.
“Makanya bukan tarikh nikah. Rezeki Allah SWT bagi. Tak sangka sebab Nad masa tu masih dalam kemoterapi dan heavy steroid medication,” tulisnya berkongsi.
Dalam pada itu, Ungku Ismail turut menitipkan doa buat pasangan yang menantikan cahaya mata agar banyakkan bersabar serta berdoa kepada Allah.
“Doa saya juga kepada yang struggle menanti (cahaya mata), yang terbaik datang kepada mereka banyak bersabar. Teruskan beramal dan berdoa. ALLAH Maha Pemurah,” tulisnya.
Untuk rekod, Nad dan Ungku mendirikan rumah tangga pada 23 Januari lalu. Pasangan itu menimang cahaya mata lelaki pada Oktober lalu.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Sedih pilu menangis sangat bila terbaca kisah sesiapa ceraikan isteri untuk berkahwin lain.
Cuba bayangkan kita diuji mak ayah kita bercerai kini. Apa perasaan kita. Jika kita dah tua ini rasa begitu. Bagaimana satu hari nanti anak yang tak tahu apa-apa itu nak faham. Hadiah paling mahal ibubapa kepada anaknya ialah didikan agama dan contoh kasih sayang keduanya.
Demikian perkongsian Ebit Lew dalam facebooknya.
Saya berdoa Allah selamatkan rumahtangga ini semua rumahtangga kita semua. Janganlah bina mahligai bahagia atas tangisan air mata isteri yang kita nikahi dan cintai serta tangisan anak-anak. Selalu dakwah anak muda di jalanan dan wajah anak sedih di sekolah-sekolah. Maaf sangat, selalu bila saya jumpa dari keluarga yang bercerai berai. Buat yang telah diuji teruskanlah kuat yer. Kita ada Allah. Jadikanlah musibah itu buat kita dekat dengan Allah.
Semoga Allah selamatkan kita semua dari hati yang mati. Hidupkan jiwa kami semua dengan takwa. Doakan yang baik jer untuk semua.
Satu jer nak cakap untuk ingatan diri sendiri dan semua. Isteri ini amanah Allah. Untuk kita pimpin dan bimbing masuk syurga. Bukan kita suka kita jaga. Tak suka ceraikan. Lainlah beliau ada lelaki lain. Kita mulia dan manusia sebaik-baik kejadian..kita sayang kerana Allah..walau banyak kekurangan kita tampung dan bina sama-sama untuk redha Allah. Lihat isteri…kenangkanlah ibu kita..kenangkan anak perempuan kita..kenangkanlah..
Saya ingat seorang kawan saya baru kahwin jumpa ustaz. Ustaz, isteri saya baik, rajin,solehah, semua kerja rumah dia buat,senyum jer..sempurna..bestkan ustaz?
Ustaz jawab secara berfikir. Isteri kamu ahli syurga insyaAllah..tapi kamu belum lagi. Kamu mungkin masuk neraka..
Kenapa pula ustaz. Dah semua isteri kamu buat. Kamu buat apa? Dah kahwin terus nak jadi raja. Muda-muda dah malas.
Bahagia itu bila kita yang memberi. Bukan tuntut hak dari pasangan..dalam kata lain saling bantu membantu dan bertolak ansur..
Pernah ada seorang suami jumpa saya. Dia nak ceraikan isterinya. Dalam perjalanan nak bercerai. Masing-masing tak nampak baik satu sama lain. Allah sayang dia uji kita. Carilah niat awal kita kahwin. Kita kahwin nak dapat redha Allah. Bimbing dan pimpin masuk syurga. Kahwin bukan untuk dapat apa yang kita nak tapi tunaikan apa yang Allah nak..nikah itu amanah Allah.
Tapi ustaz,isteri saya degil. Malas. Tak pernah nak ambil hati saya. Tak layan saya. Selalu tolak saya….dia senaraikan buruk isteri dia..
Abang kan ketua keluarga. Ada bawa isteri belajar agama? Ada buat Taklim rumah? Ada solat tahajud sama-sama? Ada doakan isteri setiap malam? Ada baca Al-Quran sama-sama? Ada mengorat pujuk dia dekat dengan Allah..wah abang,dulu cantik lawa menawan sexy semualah. Eh, tiba-tiba hari ni baru sedar segala kekurangan pasangan. Kurang saya di mana? Dah lama-lama baru cakap tipu jer semua tu? Doa pada Allah, dan tanya diri kita sebenarnya apa kita nak dalam hidup kita? Cubalah tanya?
Semua takde ustaz..sekurang-kurang abang dah buat semua tu jika masih tak berubah barulah fikir yang lain-lain. Ini tak pernah bawa berada di jalan Allah pun lagi..
Baik ustaz..
Dia bawa isteri datang keluargasunnah. Sehari dalam keluargasunnah. Lepas tu bawa isteri 3 hari belajar iman. Mula buat taklim rumah. Mula makan dalam dulang berjemaah. Mula sama-sama dekat diri pada Allah..Didik isteri anak solat..bagi masa untuk keluarga..
Jumpa saya semula kata,ustaz hidup kami dah bahagia. Baru saya rasa kahwin setelah sekian lama. Kalau tahu dari mula kahwin ajak belajar agama. Belajar iman. Dekat pada Allah. Makan suap-suap. Kerana sunnah semua ajaib..Ajaibkan ustaz..
Wanita ini boleh jadi paling lembut dan menyejukkan membahagiakan. Wanita juga boleh jadi paling keras dan teramat menyakitkan.
Suami tak boleh ler jadi macam wanita juga nak menangis dan menjerit tak tentu pasal. Mereka melengkapkan kita. Sebab tu kita lelaki. Sebab tu kita lelaki..Dalam AlQuran kata ‘ArRijal’ Ar Rijal..Ar Rijal..Allah puji ‘lelaki’. Tugas kita bertenang dan pimpin isteri kita kerana Allah sampai syurga.Selamatkan diri kamu dan ahli keluarga kamu dari api neraka…Memang lelaki dijadikan ketua maksudnya memimpin. Wanita ialah tunjang utama keluarga..Dakwah dengan kasih sayang dan kelembutan pujuk rayu. Malam menangis di depan Allah. Al-Quran puji pengorbanan wanita dan Islam sangat menjaga hak wanita. Setiap lelaki dilahirkan dari perut seorang ibu..
Pohon doakan oktober nanti saya akan pusing semua negeri buat program keluargasunnah untuk yang bujang dan yang dah lama kahwin. Semoga menjadi asbab kebaikan dan hidayah-ebitlew
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di