DIY Ampaian Baju Bertingkat Guna Paip PVC. Cukup Mudah Nak Pasang & Jimatkan Ruang. Kreatifnya lelaki Ni!

Share

DIY Ampaian bertingkat atau penyidai baju dengan menggunakan Paip PVC  ini nampak mudah je. Sesuai untuk ibu-ibu sidai baju anak-anak di dalam rumah.

Rekaan DIY ampaian bertingkat ini katanya lebih sesuai dengan pakaian lebih kecil seperti pakaian kanak-kanak atau bayi terutama stoking, lampin dan sebagainya.

Lebih jimat dengan cara ini. Jom nak cuba buat ampaian bertingkat ini dimuat naik oleh Mohd Erwan 

ini menerusi facebooknya.

Alhamdulillah, sebelum ni dh beli yg dishopee, tp pnyidai dia tak berapa tahan lama, jadi kite beli penyidai mahal sikit harap-harap tahan lama. Jadi kita diy balik, Alhamdulillah inilah hasilnya.

Beli penyidai tu kan asalnya ada batang di tengah. Buang batang tu, masukkan penyidai dalam paip 3 suku. Sebelum masukkan penyidai tu, kena letak penyambung paip dulu. Kena letak soket penyambung. Masukkan paip dekat penyambung lepas tu masukkan penyidai. Selesai!

Info: Untuk membuatkan penyidai baju ini nampak kukuh, ibu-ibu kena pastikan tapak atau kakinya kena kukuh. Jadi, sambungkan batang yang besar sedikit dan di dalamnya di isi dengan pasir. Barulah tapaknya lebih kukuh.

ARTIKEL MENARIK: Sebelum Bercuti Atau Balik Kampung Kena Letak Duit Syiling Dalam ‘Freezer’, Ini Sebabnya Yang Ramai Tak Tahu!

Guna Hormon Air Kelapa, Rahsia Pekebun Thailand Nak Pokok Subur & Berbuah Lebat. Ini Caranya!

 

IKLAN