Bila sudah namanya kreatif, memang macam-macam benda boleh dihasilkan sendiri.
Ini sebagaimana perkongsian daripada Puan Maria dalam menghasilkan troli bertingkat ala ikea.
Disebabkan ramai yang pm dan wasap tanya pasai troli ala ala ikeaaa ni,nah kat sini saya post hasil kerja suami.step by stepnya.
Dengan izin dari suami,dia sudi kongsikan sedikit ilmu yang tak seberapa ni. Diharap dapat membantu korang untuk berjimat sebab dia kata “benda boleh diy,buat apa beli”..dia kata lagi, klau korang nak share silakan laa. dan 1 ja dia minta,doakan la untuk Mariana Binti Othman supaya sihat selalu, dimurahkan rezeki serta dipermudahkan segala urusan..Aamiin
Cuba lihat almari pakaian kita. Adakah pakaian yang dilipat tersusun kemas dan rapi? Sebenarnya tahukah anda, melipat pakaian juga ada seninya. Bukan main asal lipat sahaja. Perlu juga dipastikan sama saiz dan ukurannya agar nampak kemas teratur. Bahkan, bila dilipat sama saiz, mudah untuk kita mencapai pakaian tersebut.
Umumnya, jika saiz berbeza-beza pasti akan nampak berserabot, apatah lagi bila anak-anak menarik pakaian dengan tidak berhati-hati, boleh ‘runtuh’ susunan lipatan tersebut.
Jadi apa cara terbaik untuk pastikan susunan baju anak-anak kekal rapi dan dalam masa yang sama mudah untuk mereka mencapai pakaian tersebut.
Jom semak perkongsian daripada puan Noorfazilah Binti Abdul Rahman ini semoga bermanfaat dan dapat membantu mempermudahkan urusan kita dalam mengurus pakaian keluarga tercinta.
Khas untuk yang request nak tengok macam mana cara saya susun baju dalam wardrobe. Memandangkan kat rumah kami memang jenis open wardrobe so kenalah sentiasa kemas. Kalau nak tahu keadaannya memang sentiasa macam ni, bukan hanya takat nak ambil gambar baru kemas tau..
Baju yang bergantung memang saya pastikan semua sudah siap iron.
Kalau nak tanya mana datang kekuatan dan kegigihan untuk iron dan lipat semua baju , saya ni memang selalu fikir kalau tiba-tiba Allah tarik nyawa saya biarlah suami dan anak-anak masih pakai baju sentuhan saya walaupun saya dah takda#sindrommakmak sangat kan..
Sebab tu sebelum tidor atau nak keluar rumah mesti kemas umah dan pastikan sinki bersih sebab takut kalau umur tak panjang orang datang nak tengok jenazah takdalah pening tengok rumah bersepah.
Dari dulu ramai yang komen cakap give up dah lipat kemas anak dan husband ambik baju tak susun elok-elok. Sebenarnya puan-puan kalau kita buat kerja rumah dengan happy dan penuh redha. Pasti kita akan rasa happy dan betulkan balik supaya kemas semula hingga akhirnya anak dan suami akan semula jadi ambil baju elok-elok.
Jadi nasihat saya, bila anak bersepah sabar dan betulkan semula.. dalam masa yang sama ingatkan mereka. Lama-kelamaan nanti diaorang pun akan ada habit yang sama.. Sebab tu orang cakap melentur buluh biar dari rebungnya. Kita yang mencorakkan keluarga kita jadi macam mana..
Dan untuk lebih jelas ini tutorial untuk melipat baju abak-anak yang boleh dimanfaatkan.
Bila sebut pasal hendak tanam pokok buah-buahan, perkara pertama kita fikirkan adalah kawasan hendak menanam. Sedangkan tanah laman di tepi rumah kita tidaklah sebesar mana. Jadi kita merasakan agak sukar untuk menanam pokok buah-buahan.
Namun ini ada cara menarik dan mengujakan, dimana perkongsian Ayoberkebun menunjukkan pokok betik boleh di tanam di dalam pasu dan mampu menghasilkan buah yang lebat.
Tak sabar nak tahu langkah-langkahnya, Jom semak satu persatu. Bila dah cuba dan tanaman berbuah lebat,dapatlah merasa hasil tanaman sendiri bersama keluarga.
1: Sediakan campuran tanah dalam polybag kecil isi dengan campuran tanah dan baja tahi ayam serta abu sekam, perbandingan seimbang atau 1:1:1. Taruh 1 atau 2 butir biji benih dalam setiap polybag, kemudianya siram dan tunggu hingga benih tumbuh, setelah itu asingkan 1 benih yang dianggap lebih besar… jadikan 1 polybag 1 tanaman. Siram sehari sekali dan bajakan dengan baja tahi kambing seminggu sekali.
2 : Setelah bertunas dengan anggaran ukuran 30cm tingginya, siapkan pasu dengan diameter 40cm, gunakan tanah yang berisi abu sekam (arang yang sudah dibakar, biasanya banyak dijual di kedai pertanian).
3 : Setelah anak pokok dipindah dari polybag ke pasu, letakkan di tempat teduh (tidak terkena cahaya matahari langsung) dan siram 2-3 kali sehari karana sifat abu sekam yang poros dan mudah kering.
4 : Setelah dirasa anak pokok tumbuh cukup baik, boleh dipindahkan ke tempat yang terkena cahaya matahari, penyiraman tetap rutin 2-3 kali sehari.
5 : Dengan media full abu sekam, biasanya pertumbuhan akar akan cepat menyebar ke seluruh pasu hingga tanaman tidak mudah tumbang.
6 : Pembajaan menggunakan NPK mutiara biru baja tahi kambing proses) campurkan dengan air 1 liter hingga 1,5 liter tiap kali siram dengan sukatan sesudu makan baja.
7 : Bila tanaman mula berbunga hingga berbuah, gunakan baja tahi kambing dengan kandungan yang lebih tinggi.
8 : Menggalakkan pertumbuhan tanaman boleh juga dibuat seperti ini dengan meletakkan air baja tersebut di dalam bekas berlubang kecil dan diletakkan di dalam pasu. Cara ini boleh juga digunakan untuk tanaman-tanaman lain… selamat mencoba…
Sumber : AyoBerkebun
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Jika ibu lain mengambil masa untuk kembali bekerja selepas cuti berpantang, berbeza dengan figura dalam bidang fesyen ini.
Baru sahaja melahirkan anak, beliau sudah memuat naik gambar mahu ke pejabat untuk memulakan kerja.
Biarpun baru habis pantang, akui pengasas Fashionvalet ini, Datin Vivy Yusof atau nama sebenarnya Vivy Sofinas Yusof, beliau seorang yang suka bekerja.
“Saya memang suka bekerja dan apabila jadi ibu kena bijak atur masa. Bab kata-kata orang tu memang ada, tapi saya tak kisah. Ibu mana tak sayang anak kan, biarlah apa orang nak kata.
“Sudah tentu saya sayang mereka dan saya bekerja untuk siapa kalau bukan untuk mereka. Soal kata-kata orang itu, saya senyap saja. Mereka tak tahu kehidupan saya dari pagi sehingga ke malam dengan anak.
“Kerja dan anak adalah amanah dan saya rasa salah satu motivasi adalah ada tanggungjawab dengan staf. Saya tak boleh duduk diam tanpa buat kerja sebaliknya ada sahaja benda yang saya nak buat. Telefon memang tak pernah renggang.
“Kerana itu waktu pantang dan anak tidur atau menyusu dan sebagainya saya masih buat kerja. Sampaikan mak selalu suruh letak telefon tapi saya tetap juga teruskan.
“Memang terasa kehidupan begitu agak stress dan tunggang langgang. Dengan tumpuan kepada bisnes, blog, anak dan keluarga dan macam-macam kerja. Jadi saya fikir tak nak lagi apa yang berlaku pada 2018 berlaku lagi tahun ini. Jadi, saya rancang untuk buat jadual.
“Memang lega dan excited untuk mulakan tahun baru.Saya sekarang sudah ada dua bisnes dengan tiga anak. Dengan vlog lagi, youtube, sosial media dan dalam masa yang sama masih menyusu anak lagi. Bab begitu saya memang tak suka bercerita dan kerana itulah saya cuba cari penyelesaian dan jadual adalah yang terbaik untuk tangani masalah ini.
Tidak paksa anak popular
Tidak suka anak terdedah pada media sosial terutama Instagram dan sebagainya, akui isteri kesayangan Fadza Anuar ini, anak-anaknya sendiri tidak gemar dengan benda sebegini.
“Tidak adil kalau anak-anak tidak selesa dengan benda-benda begini. Sejak dulu lagi, saya memang suka kongsi momen bersama anak-anak. Itu adalah sebahagian dari kehidupan saya dan bukan mahu popularkan mereka. Bila tiba masa biar mereka cari sendiri apa yang suka atau tidak. Sekarang ini saya biarkan mereka ‘have fun’ sahaja.
“Memang ada yang minta saya buatkan Instagram dan sebagainya untuk anak-anak tetapi nanti saya juga yang kena uruskan. Lagipun anak-anak tak suka bila ada yang nak bergambar dengan mereka,. Malah, jika ada yang nak bergambar dengan saya pun mereka tak benarkan.
“Saya rasa tak adil untuk letakkan mereka semata-mata untuk popular sedangkan anak-anak tidak selesa dengan gelaran tersebut,”ujar Vivy lagi ketika ditemui di majlis pembukaan butik Duck yang keempat di KLCC baru-baru ini.
Tak boleh paksa pakai tudung
Ditanya permulaan memakai tudung, akui Vivy semuanya berlaku atas kehendak sendiri.
“Dulu selalu delay bila ibu selalu tanya bila nak bertudung. Dari bujang sehingga berkahwin dan dapat anak.
“Asyik delay kerana saya tak memahami kenapa nak pakai tudung sedangkan orang lain ada tak bertudung. Tapi momen yang buat saya nak bertudung apabila memeikirkan Tuhan dah bagi macam-macam rezeki, famili, kawan dan kehidupan yang sangat bagus untuk saya. Jadi kenapa kita tak boleh buat yang satu ni untuk Dia.
“Jadi esoknya saya buat keputusan untuk pakai tudung. Saya rasa benda ini tak boleh kena paksa, kena datang dalam diri sendiri kecintaan kepada Tuhan. Itu yang paling utama.
“Waktu pakai tudung, memang pakai lilit sesuka hati sahaja, bila tengok balik apalah yang saya pakai ni”seloroh Vivy yang tidak ada selebriti yang dijadikan idoa dalam berhijab.
Bertudung kerana populariti
Mengulas mengenai selebriti hijrah berhijab kerana populariti, pada pandangan pengasas fashionvalet ini, tidak ada salahnya apa jua alasan asalkan ada keinginan ke arah kebaikan.
“Kita tak tahu hati orang kan, apa salahnya kalau dia nak berhijrah sebab popularity. Tidak kira apa yang membuatkan dia nak berhijrah, sekurang-kurangnya dia nak berubah. Keikhlasan itu akan datang dengan sendirinya.
“Perjalanan orang lain-lain dan jangan menghukum jika dia pakai untuk fesyen atau populariti mahupun Islam. Sekurang-kurangnya dia nak pakai,” akui Vivy, solat adalah perisai dalam kekal istiqamah.
Airit Rayyan Rizqin berjaya mencipta rekod baharu acara 110 meter lari berpagar pada Kejohanan Olahraga MRSM Kebangsaan 2026, sekali gus membanggakan ibunya, Rita Rudaini.