Bayangkan jika wajah kusam dan badan mudah letih tentu membuatkan kita kurang keyakinan diri dan tidak bertenaga untuk menguruskan rumah tangga. Malah, hubungan suami isteri pun kurang intim.

Nyata, kecantikan luaran dan dalaman adalah antara aset setiap wanita. Penjagaan kecantikan wanita ini sangat perlu dititikberati terutama yang telah menginjak usia 30an. 

Jadi di sini, ada list petua dan tips sesuai bagi wanita yang mementingkan kecantikan luaran dan dalaman. Petua ni sesuai bagi wanita yang sudah berusia 30an dan 40an. Ayuh kekal cantik walaupun usia meningkat!

Ini 3 perkara kena tahu untuk kekal awet muda luaran dan dalaman.

1.Skrub kunyit

Nak miliki kulit wajah yang mulus dan dalam masa yang sama cerah berseri.

Cantik Tanpa Make Up, Ini Petua Cantik Luar Dan Dalam Wanita Usia 30an, Kalau Konsisten Confirm ‘Natural Beauty’!

Bahan-bahannya:

  1. Serbuk kunyit(mana-mana jenama tapi kalau pakai kunyit hidup lagi bagus, dalam 3 inci pun memadai)
  2. ‎Asam jawa
  3. ‎Beras pulut
  4. ‎Air
  5. ‎Blender atau lesung batu

Cara membuatnya:

  1. Rendam beras pulut semalaman supaya lebih lembut
  2. Bancuh asam jawa dengan air untuk mendapatkan airnya. Buang biji.
  3. ‎Campurkan kesemua bahan dengan cara mengisar sampai halus atau sederhana halus. Atau dengan menggunakan lesung batu.
  4. ‎Dah siap! Masukkan scrub tadi ke dalam bekas yang kering dan di tempat yang kering dan dingin. Lagi best kalau simpan di dalam peti sejuk.
  5. ‎Bila nak guna, lumurkan ke muka dan biarkan selama 15 minit kemudian scrub muka dan bilas bersih guna pencuci muka. (Sumber: Nur Azuwa Sallehen)

2.Jus buah-buahan

Cantik Tanpa Make Up, Ini Petua Cantik Luar Dan Dalam Wanita Usia 30an, Kalau Konsisten Confirm ‘Natural Beauty’!

Minuman untuk membuang toksin dari usus. Bahan bahan yang perlu ialah halia sebesar ibu jari, sebiji  epal, lemon sebiji atau limau kasturi. Kena masukkan sikit garam dan perlukan 1/2 cawan air suam.

Cara penyediaan:

Masaukan air, epal hijau atau merah dan halia ke dalam  blender. Kisarkan. Perah air limau atau lemon  dan masukkan sekali ke dalam blender. Masukkan garam dan kisar sekali lagi.

IKLAN

Tuangkan ke dalam gelas. Minum. Halia akan nyahkan toksin dan baiki metabolisme. Halia ada gingerol yang  bagus untuk penghadaman, hilangkan loya, lawan flu dan selsema.

Epal pula ada bantu halang diabetes, lindungi jantung, turunkan kolesterol dan 53% jauhkan strok. Ini kata The American Journal of Clinical Nutrition tahun 2020. Paling menarik ialah dalam epal ada immune boosting vitamin C. Ini seperti laporan dalam jurnal Nutrients tahun 2017.

Baguskan? Kan ada pepatah an apple a day keep a doctor away. Jom cuba! (Sumber: DrRizal Abu Bakar)

3. Daun Sirih

Masalah keputihan dan gatal gatal dibahagian miss V. Amalan ni juga boleh naikkan seri wajah. Sesape yang nak cantik elok sangat amalkan.

Cantik Tanpa Make Up, Ini Petua Cantik Luar Dan Dalam Wanita Usia 30an, Kalau Konsisten Confirm ‘Natural Beauty’!

Cara penyediaan:

1.Ambil daun  sireh dalam bilangan ganjil. Contoh 7 atau  11 helai. Kemudian rebus sampai  mendidih.

2.Pastu minum air sireh  yang telah dimasak tu dalam tiga teguk sambil selawat salam hati. Selebihnye masukkan ke dalam  besen besar dan campurkan  dengan air paip dalam suam suam. Ramas ramas  daun  sireh  tu  untuk keluarkan khasiat dan  pati yang dalam daun sireh. Semerbak bilik air korang wangi tau. Nak campur dengan sedikit garam  pun  boleh lagi bagus.

IKLAN

3.Rendamkan punggung dalam besen tu sampai puas hati. Omputeh sebut  “sitbath”. Amalan ni bukan sahaja membersihkan dalaman miss v, tapi bagus juga untuk ibu  ibu yang  baru lepas bersalin. Insha Allah mempercepatkan proses penyembuhan luka bersalin. (Sumber: Nik Syafniey MatJali)

 

 

 

 

 

 

 

IKLAN

 

 

 

 

*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Mesti anda teringat kartun-kartun zaman dahulu? Siapa yang selalu terpacak depan TV mesti tahu banyak kartun. Jadi jom tonton berapa banyak agaknya yang adik-adik BK kita ni tahu pasal kartun popular tahun 90-an dan awal 2000.

Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara

 

Cantik Tanpa Make Up, Ini Petua Cantik Luar Dan Dalam Wanita Usia 30an, Kalau Konsisten Confirm ‘Natural Beauty’!

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI