Isteri sememangnya ladang pahala buat suami. Bukan hanya menjalankan tanggungjawab bahkan melayani isteri dengan baik juga terus menerus membuatkan suami makin luas rezekinya, tak putus-putus.
Perkongsian ringkas saudara Firdaus Shakirin ini sememangnya banyak benarnya. Layankan isteri dengan sebaiknya, makin berkat hidup berumahtangga. Makin murah rezeki.
Rezeki suami tak terus murah dengan adanya isteri. Tapi rezeki suami jadi murah bila suami layan isteri dengan baik hati.
Layanan tu yang membuka pintu rezeki suami. Dengan layanan baik hati suami, dengan tak berkiranya suami pada isteri, dengan suami tak abai dan tak culas tanggungjawab dan tugasnya pada isteri, buatkan si isteri itu sentiasa mendoakan suami.
Ads
Isteri bersyukur dijodohkan dengan suami sebegini. Isteri doa, isteri terima kasih pada Allah dan isteri nak Allah mempermudahkan lagi urusan seharian suami dalam mencari rezeki untuk keluarganya.
Ads
Banyak hak isteri yang suami perlu tunaikan. Banyak kewajipan suami yang suami perlu jalankan.
Penuhi hak dan kewajipan ini, berbuat baik dan layan isteri dengan penuh kasih sayang seperti yang dituntut oleh islam dan ditunjuk oleh Rasulullah s.a.w, maka rezeki suami masuk mencurah-curah asbab kita dah buat apa yang wajib.
Ads
Bagi nafkah, wajib. Berbuat baik pada isteri dan anak-anak juga wajib. Layanan tu yang mendatangkan rezeki.
Perkongsian daripada seorang ibu yang mempunyai tiga cahayamata dan juga merupakan seorang guru Bahasa Inggeris di sekolah menengah ini elok juga diberi perhatian oleh kita sebagai ibu bapa.
Topik yang dikupas tentang anak dan membaca beberapa bulan yang lalu, harap memberi manfaat.
Jom semak apa katanya…
Perlu ke ajar anak membaca sebelum berumur 7 tahun?
—> Terpulang atas pilihan individu.
Setiap individu mempunyai niat, matlamat dan perancangan pendidikan tersendiri.
Kita menghormati setiap pandangan.
Kita meraikan setiap perbezaan.
Bila umur terbaik untuk mula mengajar anak membaca?
—> Terpulang kepada reading readiness setiap anak. Expose anak-anak kepada buku yang ceria dan banyak gambar sejak kecil. Kemudian, secara bertahap expose anak-anak dengan aktiviti belajar membaca yang creative and fun. Lihat response mereka.
Adakah mengajar anak kecil membaca ‘merampas’ hak anak bermain?
—> Tidak. Dalam 24 jam yang ada, hanya beberapa minit diselitkan. Semuanya bergantung kepada #NIAT & #CARA perlaksanaan.
Jom, luaskan konteks pemikiran.
Nak share ilmu bermanfaat dari Seminar Fast Reading Technique anjuran Tadika LC dan sedikit pengalaman peribadi tentang topik ini:
6 Keperluan Ajar Anak Membaca Di Awal Usia:
1 ★ IQRA’:
– “Bacalah, dengan menyebut nama Tuhanmu.”
– Kemahiran membaca ialah keperluan hidup (survival skill) yang diperintahkan dalam agama.
2 ★ THE LOVE OF READING:
– Sikap suka membaca bermula daripada aktiviti belajar membaca.
– Buku seharusnya jadi ‘bestfriend’ anak-anak sejak kecil. Bukan sesuatu yang asing bagi mereka.
3 ★ SELF-CONFIDENCE:
– Banyak bukti di sekeliling, anak-anak yang boleh membaca mempunyai keyakinan diri yang tinggi.
– Mereka memperlihatkan keperibadian yang positif sejak kecil.
.4 ★ READERS are LEADERS
– Ya, anak-anak kecil ialah pemimpin pada masa depan.
– Kita mahu pemimpin yang rajin membaca, sukakan buku dan cintakan ilmu. Semuanya bermula dari didikan dan habit dalam pendidikan awal kanak-kanak.
5 ★ INDEPENDENT READING
– Anak-anak yang boleh membaca awal mampu membaca buku-buku cerita sendiri.
– Cerita menarik yang penuh moral values mempengaruhi perkembangan pemikiran dan akhlak mereka.
6 ★ LINUS TEST
– Sesetengah sekolah mewajibkan ujian Linus sebelum masuk Darjah 1.
– Ini transformasi pendidikan yang perlu dilihat dari sudut positif.
6 Points Pengalaman Peribadi:
● ILMU DUNIA & AKHIRAT:
– Bisikkan dalam hati. Apa sahaja ilmu bermanfaat ialah bekalan di alam barzakh.
– Mengajar anak kemahiran membaca Bahasa Melayu, English dan Jawi ialah ilmu bermanfaat.
● OTAK EMAS:
– Umur 0-6 tahun ialah usia emas seorang anak.
– Ajarlah apa sahaja walau sekadar 5 minit, info meresap ke dalam otak mereka ibarat sponge.
● BONDING TIME:
– Bonding time antara ibu dan anak boleh berlaku serentak antara bersifat hiburan dan pendidikan.
– Banyak aktiviti bonding time ibu dan anak boleh dibuat. Salah satunya ialah aktiviti reading aloud atau belajar membaca sambil bermain dalam tempoh singkat (5 -15 minit sahaja).
– Terlalu banyak aktiviti belajar membaca yang menyeronokkan dan effective yang turut melibatkan physical and social development.
● GURU PERTAMA:
– Ibu ialah guru pertama anak-anak. Pesan seorang Ustaz, “Ibu yang pandai mengaji al Quran selayaknya menjadi guru al Quran pertama anak itu.”
– Ibu yang pandai membaca, dengan ilmu dan kesungguhan.. Ibu boleh berusaha menjadi guru membaca pertama anak sendiri. Jika ada kekangan tertentu, boleh serahkan kepada guru yang pakar. Jangan mengharapkan kesempurnaan.
● CERDIK Vs BAIK
– Kebolehan membaca bukan saja menjadikan anak CERDIK. Apa yang lebih penting, kita berusaha mendidik mereka menjadi BAIK.
– Contoh, anak boleh membaca sendiri terjemahan surah Juz Amma, kemudian dia mula bertanya tentang pahala, Syurga, Hari Kiamat. Anak termotivasi nak jadi BAIK.
● BUKU Vs GADGET
– Anak yang suka buku terdorong untuk terus cintakan ilmu.
– Anak yang obsessed buku kerana minat mendalam menyenangkan hati ibu. Anak yang obsessed gadget tanpa kawalan merisaukan hati ibu.
Memetik kata-kata Puan Kadijah Tahirah Seikh Salim,
“Mengajar anak bukan satu perlumbaan, tapi satu peluang keemasan.”
Betulkan niat.
Betulkan cara perlaksanaan.
Allah MAHA MENGETAHUI isi hati kita
Allah MAHA MELIHAT setiap usaha kita
“It requires a BIG heart to nurture the LITTLE mind.”
Umumnya di dalam keluarga, kita sering menghantar mesej antara satu sama lain untuk berkomunikasi, bertanya khabar mahu pun beri pesanan dan sebagainya. Tidak dinafikan juga, melalui hantaran mesej itu boleh membuatkan kita terasa dekat dan diingati selalu. Apatah lagi andai mesej daripada ibu ayah dan anak-anak yang disayangi.
Namun lain pula kisahnya terjadi pada keluarga ini, apabila di suatu pagi seorang anak yang dikenali sebagai Munirah Ezuddin menerima mesej daripada ibunya dengan ayat yang buat mereka adik beradik tergamam.
“Saya tak percaya mulanya bila ada orang hantar mesej guna telefon ibu beritahu pemilik telefon kemalangan dan meninggal dunia.
“Saya anggap mungkin telefon ibu tercicir dan harapkan orang itu tersalah, tapi terpaksa reda dengan ketentuan Allah apabila kehilangan ibu dan ayah serentak akibat dilanggar pemandu mabuk,” kata Munirah Ezuddin, 21, ketika ditemui di Unit Perubatan Forensik Hospital Jasin, hari ini.
Difahamkan menurut laporan myMetro, Munirah adalah anak kedua pasangan orang kurang upaya (OKU), Ezuddin Mohammad, 50, dan Surayah Muhamat, 48, yang maut selepas motosikal dinaiki mereka dirempuh Perodua Myvi dipandu lelaki dipercayai mabuk dalam nahas jam 7.45 pagi tadi di Jalan Serkam Pantai, di sini.
Tak Sempat Merasa Tinggal Di Rumah Baharu
Munira berkata, ketika kejadian dia bersama empat lagi adiknya sedang tidur di rumah pusaka nenek mereka di Tambak Bugis, di sini, sebelum menerima kiriman WhatsApp sekitar jam 8 pagi berhubung kejadian.
“Biasanya, jika ibu dan ayah hantar mesej tidak begitu teratur, tapi mesej diterima cantik dan jelas serta disertakan dengan lokasi menyebabkan kami adik beradik terus bergegas pergi mencari.
“Sebaik tiba di tempat kejadian, saya tergamam apabila melihat jenazah ayah dan ibu yang OKU bisu sudah terbujur kaku dan ditutup dengan kain.
“Hanya Allah yang tahu. Lebih menyedihkan apabila mengenangkan arwah ayah tidak sempat tinggal di rumah baharu di Sebatu, Sungai Rambai yang sudah 90 peratus siap.
“Itulah impiannya untuk tinggal bersama ibu sehingga ke akhir hayat selain hasratnya untuk menjadi nelayan selepas berhenti kerja di kilang membuat berus pada April lalu,” katanya.
Munirah berkata, ketika pulang daripada bersiar-siar di Bandar Melaka termasuk melawat Kota A Farmosa tengah malam tadi, ibunya ada memberitahu akan keluar untuk berjumpa semula rakan-rakan jam 8 pagi ini untuk sambung bersiar-siar di pusat beli belah.
“Ayah tidak menunjukkan perubahan sikap ketara dan ceria seperti biasa, begitu juga ibu.
“Arwah seorang penyayang dan kenangan yang tidak dilupakan dia gemar mencium kami dari kecil hingga kini,” katanya sebak.
Webinar Aku Tak Serik Bersalin merupakan webinar kehamilan dianjurkan untuk para ibu hamil yang menanti kelahiran cahaya mata. Membariskan ramai speaker-speaker hebat yang terdiri daripada pakar dalam bidang masing-masing. Antaranya Dr Maiza Tusimin, Dr Siti Sarah Aishah, Dr Tengku Puteri Zainab, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti Ezzaty Abdullah. Jom daftar secara percuma di SINI!
Amelina merupakan penyanyi dangdut yang terkenal pada tahun 90an dan kini masih aktif menyanyi di program tv dan majlis. Terbaru menerusi muat naik di Instagramnya telah meraih perhatian peminatnya.
Ratu dangdut ini, menerusi Instagramnya memuat naik video nyanyian bersama Datuk Jamal Abdullah di sebuah majlis makan malam.
Video itu memaparkan Amelina menyanyi lagu raya namun tanpa di sangka, dia tersalah lirik. Namun dengan pengalaman yang dalam dalam bidang hiburan, dia kelihatan tidak kalut malah tetap meneruskan nyanyian dengan penuh yakin.
“Tok Jamal ni mmg sporting giler walaupun kaklong dah merapu atas stage sbb lirik lupa yg penting dia pun ikut gelak sekali tapi muka kami mmg tahap maxima punya konpiden.”
“Yang penting lirik on point. Cuba korang teka apa yg lain lirik ni.”
Kejadian itu mengundang tawa Jamal Abdullah di pentas. Namun katanya, Jamal ‘sporting’
PEMINAT TERHIBUR DENGAN SIKAP BERSAHAJA AMELINA
Video berkenaan telah menarik perhatian peminatnya yang terhibur dengan aksi Amelina yang terlupa lirik. Walaupun salah lirik ketika menyanyi, penyanyi ini tetap yakin di pentas tanpa rasa kekok untuk memberikan persembahan kepada tetamu.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.