Apabila bergelar ibu bapa, perasaan bimbang akan keselamatan pastinya menjadi igauan dalam diri. Tambahan pula, jika kedua ibu bapa bekerjaya, semuanya diuruskan oleh pengasuh atau orang lain.
Ibu ayah pastinya bimbang soal keselamatan dan inginkan anak dijauhkan sebarang gangguan syaitan, anasir jahat dan sebagainya.
Oleh itu, sudah pastinya kita sentiasa ingin melindungi dan mendoakan kebaikan anak-anak di dunia dan di akhirat.
Bersyukur kita, Rasulullah, Nabi kita menyimpan doa yang amat bermanfaat untuk umatnya. Salah satunya doa untuk keselamatan anak-anak.
Ads
Terdapat satu doa yang diamalkan oleh Rasulullah saw yang patut diamalkan oleh setiap ibubapa agar anak tersayang selamat daripada sebarang gangguan.
Rasulullah SAW telah berdoa untuk perlindungan Hasan dan Husain (cucunya) dengan membaca:
Ads
“Aku minta perlindungan bagi kamu berdua dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada setiap syaitan, binatang yang berbisa dan bencana ain (pandangan mata yang menimpakan penyakit).”
Kemahiran berfikir sama pentingnya dengan kemahiran membaca, menulis dan mengira. Ia telah menjadi salah satu kemahiran utama yang perlu dimiliki oleh semua golongan termasuk kanak-kanak untuk melengkapkan potensi diri anak.
Kemahiran berfikir dikalangan kanak-kanak dapat dilihat apabila mempunyai ciri-ciri seperti boleh dan dapat bekerjasama secara koloboratif, boleh mengemukakan cadangan, memberi pelbagai idea, menerima pendapat orang lain, berkeyakinan dalam memberikan pendapat dan sentiasa kreatif dalam menyelesaikan masalah.
Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil tahu oleh ibu bapa atau guru dalam meningkatkan kemahiran berfikir kanak-kanak melalui aktiviti bercerita ini. Antara cadangannya adalah seperti berikut.
1.Cerita semula
Sentiasa galak kanak-kanak bercerita semula apa yang didengari dalam bentuk perkataannya sendiri. Aktiviti ini akan membantunya membuat rumusan atau kesimpulan atas apa yang telah didengarinya. Bukan sekadar hanya memberi respon terhadap soalan yang berdasarkan fakta yang didengarinya.
Bertanya kepada kanak-kanak soalan yang tidak mempunyai jawapannya dalam cerita yang telah dibaca atau dengari. Menanyakan persoalan merupakan salah satu daripada elemen yang sangat efektif dalam pengajaran dan pembelajaran kerana mampu meningkatkan kemampuan berfikir dan membawa kepada lahirnya idea atau konsep baru. Situasi ini akan menggalakkan kanak-kanak mencari jawapan dengan mengimbas kembali cerita tersebut dan membuat rumusan berdasarkan kepada kefahamannya terhadap cerita yang didengarinya tadi.
3.Analisis watak
Selepas aktiviti bercerita sentiasa minta kanak-kanak menganalisis watak dan juga tempat yang ada dalam cerita tersebut. Aktiviti seperti ini memberi peluang kepada kanak-kanak untuk membanding dan membezakan antara cerita yang didengar dengan keadaan sebenar di luar cerita.
Selain itu, lakukan aktiviti seperti meminta kanak-kanak untuk mengaitkan cerita yang di dengar dengan kehidupan sebenar dirinya atau apa sahaja peristiwa yang pernah dilalui atau diketahuinya. Aktiviti ini sebenarnya adalah langkah permulaan untuk mendedahkan kanak-kanak kepada kemahiran berfikir aras tinggi yang dinamakan aras sentesis iaitu apabila kanak mula menggunakan maklumat yang diperolehi dalam situasi yang baru dan berbeza dengan cara yang berlainan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tulang kita ni ibarat rangka rumah – kalau tak kukuh, memang senang roboh bila diuji masa. Sebab tu penting untuk jaga kesihatan tulang dari kecil, bukan tunggu dah bongkok baru nak panik Google “cara kuatkan tulang”. Real talk, anak-anak yang aktif melompat, berlari, bergusti atas sofa tu sebenarnya tengah ‘test’ kekuatan tulang mereka setiap hari!
Kenapa Tulang Kena Jaga Dari Awal?
Tulang bukan sekadar untuk tegakkan badan je. Ia simpan kalsium, hasilkan sel darah dan jadi pelindung organ dalaman. Lagi satu, tulang ni ada ‘tempoh matang’. Masa kanak-kanak dan remaja adalah waktu emas pembentukan tulang yang paling power.
Bila kita dah masuk fasa dewasa, tulang tak ‘membesar’ dah – dia cuma ‘maintain’ je. So, kalau dari kecil dah longlai, nanti tua confirm rapuh.
Bukan Sekadar Susu, Tapi Susu Yang Faham Keluarga – PRIDE Family Milk Powder!
Di Malaysia ni, kita selalu struggle nak cari susu yang sedap, berkhasiat dan tak buat dompet ‘meraung’. Tapi nasib baik ada PRIDE Family Milk Powder – jenama yang dah dipercayai selama 25 tahun kat Arab Saudi dan boleh kita jadikan pilihan untuk seisi keluarga.
Susu PRIDE ni bukan calang-calang:
✅ Rasa penuh berkrim – Resipi yang ramai suka, confirm sedap sebab lulus ujian rasa berkali-kali.
✅ Tinggi Kalsium, Vitamin D & Magnesium – Kombinasi trio power untuk tulang yang kuat dan gigi yang sihat. 2 cawan sehari dah cukup nak bantu capai keperluan harian: 700mg untuk kanak-kanak dan 1000mg untuk dewasa.
✅ Kaya Protein – Bukan je penting untuk tumbesaran anak, tapi juga untuk pembaikan otot lepas aktiviti lasak macam ‘lari pecut ke peti ais’.
✅ Penuh Vitamin A, B2, D & E – Supaya bukan tulang je kuat, imun pun mantap, tenaga maintain, kulit pun glowing.
✅ Larut dalam air sejuk pun okay – Tak payah panaskan, bancuh je terus! Sesuai sangat kalau nak buat smoothies atau baking.
✅ Mesra poket & mesra keluarga – Harga mampu milik tapi zat macam premium. Boleh dinikmati oleh seisi rumah, dari si kecil 1 tahun lebih sampai ke warga emas!
Tip Mudah Tapi Power Untuk Jaga Tulang Dari Kecil Sampai Dewasa
Aktifkan diri! – Aktiviti fizikal seperti melompat, berlari, menari, sangat membantu untuk rangsang pertumbuhan tulang. Lagi banyak gerak, lagi kuat tulang bekerja.
Makan real food, bukan sekadar jajan – Sumber kalsium bukan dari susu je. Ikan bilis, sayur hijau macam bayam, tofu, dan telur pun banyak khasiat untuk tulang.
Berjemur sikit takpe – Sinar matahari pagi bantu tubuh hasilkan Vitamin D secara semula jadi. 15-20 minit sehari pun dah cukup untuk boost penyerapan kalsium.
Kurangkan minuman bergas dan makanan tinggi garam – Ni bukan mitos ya! Terlalu banyak garam atau soda boleh halang penyerapan kalsium. Jadi tukarkan minuman bergas dengan segelas PRIDE ok?
Tidur cukup dan berkualiti – Masa tidur, badan kita “repair” tulang dan otot. Anak-anak terutamanya, wajib dapat tidur yang berkualiti untuk tumbesaran optimum.
Kalau nak anak-anak kita melonjak-lonjak dengan tulang yang sihat, jangan abaikan pengambilan nutrien penting dari awal. PRIDE Family Milk Powder bukan sekadar susu – tapi teman harian sekeluarga yang bantu menyokong pertumbuhan, kekuatan dan kesihatan secara total.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
November tahun lalu, sepatutnya menjadi detik yang paling bermakna buat pasangan ini apabila buat pertama kalinya mereka bergelar ibu dan ayah. Namun ketentuan Tuhan siapa yang mampu menduga.
Ketika melahirkan bayinya, wanita ini mengalami komplikasi seterusnya koma di Unit Rawatan Rapi ICU Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu. Doa yang tidak putus-putus dari suami dan keluarga, akhirnya selepas lima bulan koma, ibu ini sedar.
Saat yang paling memilukan apabila buat pertama kalinya, ibu ini dapat menatap dan memegang anak kesayangan.
Sebak dan terharu apabila melihat gambar-gambar yang dikongsikan oleh Hasirah Nujiey ini.
Apa yang menyedihkan, ibu tidak henti menangis ketika anak sulungnya itu berada di pangkuan. Sebak!
SENTUHAN PERTAMA….
02.04.2019 ( hari ke 138 )
Pertemuan antara ibu dan anak…. pilu campur gembira.. tak terkata…
Air mata laju je keluar..
Moklaa angkat tangan untuk ambik anak nya.. tapi apakan daya.. dia tak mampu..
separuh saja terangkat.. tak sampai.. Allahhhuuuuu…????????
Moklaaa.. kuatlah demi anak mu… Sentuhan pertama.. pipi ke pipi… Moklaa menangis sekuat hati.. Syahmi turut meratapi… ???
Semoga sentuhan itu dapat menerbitkan keajaiban dari Allah… Sembuhkan lah Moklaaa….
Ujian yg Allah s.w.t turunkan pada kita telah mengajar kita.. erti PENGORBANAN erti KEKUATAN erti KESABARAN erti KETABAHAN
erti KESETIAAN
erti KASIH SAYANG
Perancangan Allah adalah yang sebaik2nya…
Senyuman ini untuk Moklaaa.. Kami tak pernah lupa berdoa untuk Moklaa.. kami lah kekuatan Moklaa.. Setiap dugaan ini kami terima dengan hati yang redha…
Buat insan yang bergelar suami kepada Moklaa.. EN. Muhd Saiful… terima kasih atas kesetiaan mu terhadap isteri…
Kau korbankan pekerjaan, keselesaan, kebebasan berkawan semata mata untuk kesetiaan menunggu disisi seorang isteri… Kata si suami.. ” pekerjaan boleh dicari ganti “
SENYUMLAH UNTUK KESIHATAN MOKLAA… AGAR MOKLAA TIDAK MERASA DIRINYA BEBAN BUAT ORANG LAIN…
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...