Pada bulan mulia ini sudah tentu ada yang berniat untuk bersedekah kepada golongan yang kurang bernasib baik dan anak yatim. Untuk bersedekah ada caranya. Nak tahu lanjut ikuti perkongsian ini.
Doa ketika bagi duit raya atau sedekah
1. Tiba 10 malam terakhir, ada sampai bergaduh, berebut untuk beri makan orang berbuka puasa..Kanak-kanak pula tersenyum lebar kerana ramai yang mula beri duit raya ..Mana yang ada dalam dompet dihulur. Mahalnya ikhlas itu, buat kita betul-betul berada pada tahap redha, tak kisah makan dan pakai yang biasa-biasa asal dapat memberi.
2. Setiap kali memberi jangan lupa membaca doa ini ..
Rabbana taqabbal minna innaka antas sami’ul alim.
Artinya,
Ads
” Wahai Tuhan kami, terimalah (amalan) kami. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
3. Memberi bukan untuk menerima balik apa yang kita beri, nak Allah balas dengan rezeki yang lebih hebat, nak tambah kaya…bukan.. Ia seolah kita memberi hanya untuk sukses didunia, sedangkan apa yang kita perlukan ialah tabungan untuk akhirat.
Ads
4. Terima sahaja apa yang Allah gantikan pada kita tanpa meletakkan syarat, kerana tidak ada yang miskin bila banyak bersedekah, malah Allah limpahkan padanya rezeki yang berkat.
5. Bila masuk tabung masjid, hulur duit raya, sedekah anak yatim, jamu asnaf buka puasa kemudian baca doa ini, ia menyedarkan kita bahawa tidak ada yang diharapkan selain Allah terima amalan ini.
Ads
Sumber: Aminah Mat Yusoff
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Hasrat seorang remaja lelaki yang ingin mati syahid tercapai apabila ditemui mati lepas semasa menyelamatkan dua sepupunya yang mandi di tali air di Kampung Kubang Sawa, Pengkalan Kubor, Kelantan, semalam.
Memetik laporan Kosmo! Online, remaja berusia 13 tahun dikenali Muhammad Aidil Zaquan Abdullah pernah menyatakan hasrat tersebut kira-kira dua minggu lalu, namun ibu mangsa, Noridawati Ismail, 33, tidak mengesyaki apa-apa.
Ini kerana Noridawati beranggapan anak sulungnya daripada tiga beradik itu sekadar bergurau ketika dia berkongsi berita di Facebook mengenai kejadian lemas kepada mangsa.
“Saya memaklumkan bahawa mangsa yang lemas itu beruntung apabila dapat mati syahid kerana membantu orang lemas. Muhammad Aidil Zaquan kemudiannya menyampuk dengan mengatakan dia juga mahu syahid dengan cara sama.
“Saya pada awalnya beranggapan luahan itu hanya gurauan antara kami berdua. Selepas dua minggu, arwah pula yang meninggal dunia akibat lemas semasa menyelamatkan sepupunya. Hasratnya tercapai sebelum menghembuskan nafas terakhir,” katanya kepada pemberita.
Mengulas lanjut, Noridawati memberitahu, dia hanya mengetahui mengenai kejadian menimpa anaknya kira-kira pada jam 6.30 petang ketika berada di tempat kerja dekat sebuah kedai aksesori telefon di Kampung Chabang Empat.
Noridawati berkata, dia tidak dapat pulang awal semalam kerana hujan lebat yang berlaku di tempat kerjanya. Namun, terpaksa bergegas pulang selepas dihubungi adik mengenai kejadian tersebut.
“Ketika itu, adik menghubungi saya memaklumkan mengenai kejadian itu. Saya terus bergegas pulang dengan menunggang motosikal meredah hujan lebat.
“Semasa tiba tiba di tali berdekatan rumah itu, saya lihat arwah sudah tidak bernyawa dan mayatnya sudah diangkat ke tebing,” ujarnya.
Sebelum kejadian, Muhammad Aidil dikatakan berada di padang bola tidak jauh dari tali air dan ternampak beberapa remaja sedang mandi yang mana dua daripadanya dipercayai sedang lemas.
Difahamkan, mangsa segera terjun ke dalam tali air untuk memberi bantuan dan dua sepupunya itu berjaya berpegang pada sebuah perahu usang, manakala mangsa pula lemas.
Datuk mangsa, Ismail Mamat, 67, berkata sebaik mengetahui kejadian, dia yang berada di rumah segera ke tali air lalu terus terjun untuk mencari mangsa.
“Tiga kali saya menyelam sehingga semput, namun cucu masih tidak dijumpai sehinggalah kali keempat (selaman) akhirnya dapat mencapai sebelah kakinya dalam kedalaman kira-kira 4.5 meter.
“Ketika dinaikkan ke tebing, cucu sudah tidak bernyawa dan tubuhnya juga kebiru-biruan,” katanya.
Jenazah pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chabang Empat itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kajang Sebidang, di sini, kira-kira 10 pagi tadi.
Kalau dulu-dulu, waktu masih belum ada sosial media ramai yang tak tahu tentang banyak perihal termasuklah tentang penyakit. Segala info hanya boleh didapati di dada akhbar, bahan bacaan lain dan pengalaman sendiri.
Sebagai contoh kita lihat tentang autism. Jika dulu, ramai yang tak tahu tentang penyakit ini. Tetapi sekarang, bukan sahaja boleh membuat carian sendiri, malah boleh lihat contoh melalui perkongsian ahli keluarga anak-anak ini misalnya pelakon Zarina Zainuddin.
Umum tahu bahawa Zarina cukup dikagumi ramai dalam membesarkan dan menguruskan anak kembarnya yang merupakan anak-anak autistik, Muhammad Razil Azrai atau Azil dan Muhammad Raizal Azrai atau lebih dikenali sebagai Azal.
Hari ini tular ada individu yang tidak bertanggungjawab telah mengubah penulisan di laman Wikipedia tentang anaknya, Azal dengan meninggalkan maklumat yang salah sehingga mengundang kesedihan lelaki itu.
Perkara ini mengundang sebak si ibu yang berkongsi hal ini sendiri di laman Instagram miliknya.
“Azal hantar pada saya ibu ada orang tulis di Wikipedia kata Azal gila ibu tengok ni, saya yang baca jadi terkedu sekejap saya peluk dia saya kata Azal tak gila, Azil tak gila… Azal dan abang Azil anak istimewa.
“Anak ibu, Allah ada… biar orang kata apa Allah ada. Kalau Azal sayang ibu jangan sedih tau,” tulis Zarina Zainuddin.
Meninjau di ruangan komen, rakan-rakan selebriti dan pengikut Zarina turut tampil mempamerkan rasa kurang senang dengan tindakan melampau individu tersebut. Malah, ada juga yang tampil memberitahu info dalam wikipedia tersebut telahpun diedit kepada info asal.
Umum mengetahui bahawa kanak-kanak yang pernah menghidap kanser mulut Germ Cell Tumor, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin, dilaporkan berada dalam keadaan kritikal dan agak tenat.
Berita itu disampaikan ibunya, Nurul Erwani Zaidi, dalam hantaran melalui Instagram milik beliau, sebentar tadi, yang memaklumkan Ainul Mardhiah sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU).
Menerusi twitternya, Dr Amalina memberi kata-kata semangat kepada Ainul dan menitipkan doa buatnya.
Katanya, Ainul sudah berjaya berjuang sebelum ini dan mahukan terus berjuang lagi kali ini.
“Baru sahaja mendapat khabar berita drp ibu Ainul. Ya Allah, marilah kita sama-sama doakan untuk Adik Ainul. Semoga cepat sembuh 🙏🏽
“Ainul sayang, you have done it many times before, you can do it again! Keep fighting sayang! InsyAllah.”- Dr Amalina
Dalam pada itu, pada warga maya rata-rata sebak dengan keadaan Ainul dan mendoakan kembali sihat .
Semoga adik Ainul diberikan semangat yang kuat untuk berjuang kembali sihat.
Wanita TTC 10 tahun mohon doa agar dikurniakan zuriat pada 10 malam terakhir Ramadan menarik perhatian ramai apabila komen penuh kasih daripada TokTi mengundang sebak warganet.