Adakah anak anda kerap batuk walaupun sudah mendapat rawatan doktor? Hal ini tentu membuatkan kita tertanya-tanya mengapa kesihatan anak kerap terganggu.

Berkongsi kembimbangan mengenai masalah anak yang sering batuk meskipun telah makan ubat dan diberi rawatan, ada baiknya baca terlebih dahulu perkongsian daripada Dr Samhan ini untuk info bersama.

“Doktor, anak saya ini dah berbulan batuk. Jumpa doktor, doktor bagi neb, baik sekejap. Lepas tu batuk balik”

“Ala kesiannya. Umur baru 10 bulan. Ayahnya merokok tak?”

“Dulu merokok sekarang hisap vape. Tapi dia tak hisap depan anak. Biasa dia hisap luar rumah”

Jauh disudut hati, saya cukup kasihan dengan anak ini. Tanpa sedar anak ini adalah perokok ketiga dan sedang menghisap sisa asap basi. Kasihan! Rokok elektronik mengandungi propylene glycol, vegetable glycerin, logam berat dan partikel ultra halus.

“Doktor Dah Bagi Neb Tapi Kenapa Anak Saya Masih Batuk?”- Padu Jawapan Dr Ni, Jadikan Pengajaran!

Sisa Asap Basi (SAB)

Sisa Asap Basi (SAB) atau Third Hand Smoke merupakan sisa tembakau yang melekat kepada kulit, baju dan rambut.

SAB mengandungi bahan-bahan toksik yang berkemungkinan akan menjadi lebih toksik dari semasa ke semasa setelah berlaku perubahan kompaun kimia.

Kanak-kanak lebih mudah terdedah kepada risiko SAB berbanding dengan dewasa oleh kerana sistem imun, organ dan perkembangan tingkah laku yang belum cukup matang.

IKLAN

SAB menjadi ancaman kepada bidang kesihatan termasuk punca peningkatan risiko cancer.

Vape adalah lebih selamat dari rokok bukan?

Rokok elektronik atau “vape” mengandungi propylene glycol, vegetable glycerin, logam berat dan partikel ultra halus.

Semua bahan ini adalah berbahaya untuk kesihatan dan membuktikan bahawa rokok elektronik tidak lebih selamat dari rokok.

Perokok pertama adalah mereka yang aktif merokok dan menghidu asap rokoknya sendiri.

Perokok kedua pula adalah mereka yang menghidu asap rokok yang dibebaskan oleh perokok pertama.

Perokok ketiga adalah mereka yang terdedah pada saki baki asap rokok selepas ditinggalkan oleh perokok pertama dan kedua.

IKLAN

Sisa asap rokok adalah lebih banyak jika dibandingkan dengan kepekatan asap disedut oleh perokok secara aktif.

Jadi jangan anda fikir bahawa anak anda terlepas dari menjadi perokok ketiga walaupun anda merokok di luar rumah.

Kesan- Kesan SAB 

Salah satu kesan SAB adalah potensi mati mengejut. The Health Consequence of Tobacco Use melaporkan kebarangkalian untuk bayi kecil mendapat sindrom kematian mengejut (SIDS) adalah tinggi bagi bayi yang terdedah kepada asap rokok mahupun bayi yang dalam kandungan.

Kesan yang kedua adalah serangan lelah. Bayi yang tinggal dengan ibu atau bapa yang merokok lebih berkemungkinan menghidap lelah (asthma) jika dibandingkan dengan bayi yang tinggal dalam rumah yang tidak mengandungi asap rokok.

Kesan seterusnya adalah jangkitan paru-paru. Anak boleh terdedah kepada masalah keradangan paru-paru (bronkitis). Lebih kronik lagi, ia boleh bertukar kepada penyakit lebih serius seperti pneumonia di mana mula mengalami demam, batuk, meragam, tidak mahu minum susu dan aktif.

Jadilah rakyat yang prihatin dan ibu bapa yang bertanggungjawab dan kongsi artikel ini kepada orang yang disayangi.

IKLAN

Sumber: Dr Samhan (@DoktorSamhan) di Twitter

ARTIKEL MENARIK : Adunan Tak Naik? Wanita Ni Kongsikan Sebabnya Pada Yis!

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI