Siapa tak cemas dan bimbang bila disahkan mempunyai cyst, apalagi ketika anda sedang hamil. Cyst ketika hamil boleh menyebabkan kesakitan yang terlalu kuat di bahagian perut.
Terdapat dua jenis cyst yang sering terjadi ketika wanita mengandung iaitu follicular cyst dan corpus luteum cyst.
Follicular cyst terbentuk apabila folikel di dalam ovari tidak pecah atau tidak dapat melepaskan ovum. Jadi, folikel ini membesar dan membentuk cyst.
Corpus luteum cyst pula boleh berlaku apabila ovum yang dilepaskan daripada folikel setelah ovulasi. Folikel tersebut akan mengecil tetapi jika tidak mengecil, ia akan menjadi cyst.
Ads
Pun begitu, kedua-dua jenis cyst ini selalu tidak kekal lama dan boleh hilang dengan sendirinya pada trimester kedua.
Walau bagaimanapun, sesetengah kes ia boleh berada kekal di ovari dan menjadi besar sehingga perlu melakukan pembedahan.
Pembedahan akan dilakukan jika saiz cyst melebihi 5cm kerana bimbang akan pecah pada bila-bila masa. Selain itu, doktor juga perlu membuang cyst jika ia menyebabkan risiko keguguran atau kelahiran pramatang.
Ads
BUANG CYST KETIKA HAMIL?
Jika perlu, cyst ovari boleh dikeluarkan dengan selamat semasa kehamilan. Jika memerlukan pembedahan, anda mungkin boleh menjalani pembedahan laparoskopi invasif minimum melalui pembedahan kecil. Walau bagaimanapun, dalam beberapa kes, pembedahan abdomen tetap diperlukan.
Jika anda mempunyai cyst korpus luteum yang dikeluarkan pada awal kehamilan (sebelum 10 minggu), ia mungkin akan mengambil suplemen progesteron untuk menyokong kehamilan. (Biasanya, korpus luteum menyediakan progesteron untuk menyokong kehamilan sehingga plasenta mengambil alih.)
Ads
MAKANAN UNTUK ELAK CYST
Buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan serat merupakan antara makanan yang baik untuk kecutkan cyst.
Bagi memastikan kesihatan terus kekal terjamin, ibu-ibu dinasihatkan untuk makan beberapa jenis makanan seperti di bawah:
Sayur hijau berdaun
Ubi keledek
Kubis
Terung
Lobak merah
Kekacang
Tembikai
Buah oren
Guava
Betik
Buah pir
Makanan tinggi fiber
Pisang
Avokado
Tiada siapa pun yang ingin sakit dan hakikatnya nikmat kesihatan itu cukup besar dan bermakna.
Pun begitu, dalam bab penjagaan kesihatan jangan pula kita sekadar nampak luaran sihat tetapi dalaman sebaliknya.
Contohnya, bila menyentuh tentang penyakit Batu Karang Hempedu yang dikongsikan oleh Dr. Zubaidi ini.
Penyakit ini memerlukan masa yang panjang dan sebelum ke tahap serius, tubuh badan Kita akan menunjukkan beberapa tanda-tanda.
Nak tahu lanjut, ikuti perkongsian dari dr Zubaidi ini
PENYAKIT BATU KARANG HEMPEDU
Penyakit batu karang hempedu adalah masalah yang sering dihadapi penduduk Malaysia. Ia dikenali sebagai Cholelithiasis. Pundi hempedu berfungsi untuk menyimpan cecair hempedu yang dihasilkan oleh hati. Apabila seseorang itu makan, ia akan menghasilkan satu mekanisma yang akhirnya akan menyebabkan pundi hempedu mengecut dan menolak hempedu yang disimpannya ke dalam usus. Salah satu fungsi cecair hempedu adalah untuk memudahkan pencernaan lemak dalam usus.
Pembesaran pundi hempedu disebabkan saiz batu yang semakin bertambah akan menyebabkan rasa sakit dibahagian perut. Bahkan kehadiran batu dalam pundi hempedu juga meningkatkan risiko untuk berlakunya jangkitan kuman ataupun keradangan pada pundi hempedu tersebut. Keradangan pada pundi hempedu ini dinamakan sebagai Acute Cholecystitis.
Jika batu tersebut tersekat dalam saluran hempedu menuju ke bahagian usus, ia boleh menyebabkan hempedu tidak boleh dikeluarkan ke dalam usus. Ini menyebabkan proses penyingkiran bilirubin pun terganggu. Perkara inilah yang akan menyebabkan mata seseorang itu kelihatan kuning disebabkan bacaan bilirubin yang meningkat dalam badan.
Tanda dan gejala
Kebanyakan batu karang hempedu tidak menyebabkan tidak menunjukkan tanda atau gejala. Ia dikesan semasa pemeriksaan rutin dijalankan.
Sebahagian kecil batu karang hempedu boleh menyebabkan gejala seperti rasa sakit yang berpanjangan selama beberapa minit di bahagian kanan atas abdomen. Rasa sakit ini disebut ‘gallstone colic’. Gejala ini biasanya disertai dengan loya dan muntah.
Ia berkurang dengan sendirinya tetapi boleh berlaku semula sekali-sekala. Keradangan pundi hempedu atau jangkitan hempedu statik dipanggil cholecystitis akut dan ia boleh menyebabkan demam.
Batu karang hempedu yang menghalang aliran hempedu dari hati ke duodenum boleh menyebabkan hati dipenuhi dengan hempedu yang berlebihan. Hempedu yang berlebihan akan melimpah ke peredaran sistemik lalu menyebabkan jaundis atau mata, kulit dan membran mukus menjadi kekuningan.
Bagi kes yang teruk pemendapan bilirubin yang berlebihan dalam kulit menyebabkan gatal. Gejala lain termasuklah sakit perut, loya dan muntah. Jangkitan hempedu statik mempunyai gejala lain seperti demam dan disebut sebagai Ascending Cholangitis. Jika tidak dirawat, boleh membawa maut.
Terdapat beberapa faktor yang boleh mempengaruhi pembentukan batu karang hempedu iaitu :
1. Jantina. Wanita berisiko dua kali ganda daripada lelaki. Ini adalah disebabkan oleh jumlah hormon estrogen yang berlebihan dalam kalangan wanita. Keadaan tertentu seperti kehamilan, terapi penggantian hormon dan pil perancang keluarga mendedahkan mereka kepada estrogen yang berlebihan. Estrogen yang berlebihan meningkatkan tahap kolesterol dalam hempedu, seterusnya mengganggu keseimbangan cecair hempedu. Estrogen yang berlebihan juga mengurangkan pengecutan pundi hempedu menyebabkan stasis hempedu dan pembentukan batu karang hempedu.
2. Berat badan. Obesiti merupakan satu lagi faktor risiko kerana paras kolesterol yang tinggi dalam darah.
3. Diet. Pemakanan yang tinggi lemak dan kolesterol merupakan satu lagi faktor risiko.
4. Umur. Individu berumur 60 tahun dan ke atas mempunyai insiden batu karang hempedu yang lebih tinggi.
5. Diabetes. Penghidap Diabetes mempunyai jumlah asid lemak yang lebih tinggi iaitu trigliserida dan kolesterol darah.
6. Ubat kolesterol. Ubat yang mengurangkan tahap kolesterol dalam darah juga meningkatkan jumlah kolesterol yang dirembeskan ke dalam hempedu.
Rawatan
Rawatan masalah ini bergantung kepada pesakit sama ada mempunyai simptom ataupun tidak. Pesakit yang mempunyai batu dalam hempedu tetapi tidak mempunyai sebarang simptom selalunya tidak akan menjalani pembedahan kecuali atas beberapa sebab.
1. Pembedahan
Jika pesakit sudah mempunyai simptom seperti yang dikatakan di atas pembedahan perlu dilakukan untuk membuang pundi hempedu tersebut. Prosedur ini dikenali sebagai cholecystectomy.
2. Antibiotik
Jika pesakit sedang menghadapi keradangan pundi hempedu (Acute cholecystitis), pesakit akan diberi antibiotik terlebih dahulu untuk menghapuskan kuman dan supaya keradangan tersebut hilang terlebih dahulu. Kemudian barulah pembedahan dilakukan. Jika masalah keradangan tersebut masih berterusan, pembedahan kecemasan akan dilakukan untuk membuang pundi hempedu tersebut.
.
Terdapat beberapa prosedur lain yang boleh dilakukan untuk rawatan pesakit. Tetapi selalunya prosedur tersebut akan dilakukan jika pesakit mengalami masalah yang tidak memungkinkan pembedahan cholecystectomy dilakukan.
Sumber : Dr Zubaidi Hi Ahmad
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Banyak khasiat Halba rupanya, bukan hanya digunakan dalam makanan, Halba yang dijadikan teh boleh bantu menurunkan berat badan serta mengembalikan keanjalan kulit. Itu antara kelebihan Teh Halba.
Bukan hanya untuk wanita, Teh Halba ini juga baik untuk kaum lelaki. Yang nak berhenti merokok itu apa kata cuba amalkan resipi. Mana tahu berkesan!
Hmmm..rasa tenang betul selepas minum teh halba ni. Wangi dan harum sangat. Ramai yang tak tahu rupanya halba ni boleh dibuat teh. Khasiatnya pun banyak. Lelaki, wanita, kanak-kanak semua boleh minum.
Iinilah resepinya. Senang sangat tau. Cuma perlu kan halba sebagai bahan utama.
Bahan-bahan:
1.Halba satu sudu kecil
2.Air segelas
3.Madu satu sudu besar(boleh ganti gula perang) guna sudu plastik tau. Ceq tak jumpa plak sudu plastik ceq pagi tadi.
4.Limau kasturi(option lemon, limau nipis, pati delima) tak nak masuk pun tak pe
Cara-caranya:
Rebus halba sehingga mendidih.
Biarkan sejuk
Kemudian masukkan madu dan perah jus limau. Kacau rata, dan terus minum. Amalkan setiap pagi, Inshaallah akan rasa perubahannya.
Khasiat teh halba:
1.Mencantikkan struktur kulit dari dalam serta memelihara keanjalan kulit makna kata lain awet muda secara semulajadi.
2.Mengurangkan berlaku pengumpulan lemak-lemak baru dalam badan seterusnya membantu mengurangkan masalah berat badan atau kegemukan.
3.Menambah tenaga seksual samada lelaki atau wanita.
4.Menguatkan fungsi jantung. Inshaallah tak rasa mengah-mengah lagi dah.
5.Merawat masalah sembelit dan buasir.
6. Melancarkan perjalanan darah.
7.Mengatasi masalah senggugut (kesakitan / ketegangan sewaktu haid & pra-haid).
8.Melegakan masalah sakit kepala / migrain
9.Menguatkan fungsi rahim, merangsang & menyuburkan rahim. Bagus sebagai ikhtiar untuk mereka yang ingin hamil.
10.Mengetatkan dan meremajakan rahim.
11.Menghilangkan lendir & sakit tekak.
12.Membantu mengurangkan ketagihan rokok.
13.Membantu kecerdasan kanak-kanak yang meningkat usia baligh, memelihara kekuatan badan & menggalakkan tumbesaran badan.
14.Memperbanyakkan air susu ibu. Mengaktifkan kalenjar susu, meningkatkan saiz payu dara secara semula jadi. Yang ni seriously berkesan. Tak perlu lagi ambil suplemen pelik-pelik. Kesan selepas 48 jam dah boleh rasa tau.
Khasiat berganda-ganda tak padan dengan saiz halba yang kecik. Harga pun murah. Anytime boleh buat. Selamat mencuba.
Kredit resepi kepada Sumaiyah Abdullah via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Memang geram melihatkan tanaman mahupun pokok bunga-bungaan kesayangan yang dijaga sempurna rosak dek dikerjakan serangga perosak.
Baik ulat, semut, kerengga, anai-anai, lipas, belalang, kumbang, siput atau apa sahaja yang merosakkan tanaman boleh dihapuskan dengan racun organik ini.
Bukan itu sahaja, semburan racun ini juga boleh digunakan pada tempat kucing suka membuang najis mahupun tempat tikus bersarang.
Menariknya lagi bahan-bahan yang digunakan mudah didapati dan biasanya ada di dapur kita. Cukup bermanfaat dan paling penting tanpa bahan kimia. Jom kita cuba.
Bahan-bahan:
5 ulas bawang putih
5 biji cili padi.
1 cawan air
1 sudu minyak masak
1 sudu serbuk sabun pencuci
Botol ‘Spray’
Cara Membuat:
Tumbuk bawang putih dan cili padi.
Bancuh bahan yang telah ditumbuk dengan 1 cawan air kemudian tapis.
Tambah air dan jadikan 1 liter cairan tadi, kemudian masukkan ke dalam botol semburan.
Setelah itu, masukkan minyak masak dan serbuk sabun pencuci.
Goncang bancuhan tadi hingga larut dan semburkan pada pokok, pada waktu pagi atau petang. Seminggu sekali atau mengikut suka.
Selamat mencuba!
Sumber: Kebun bandar: Jom Tanam sendiri
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Hafiz Suip kembali bergelar suami dalam satu majlis selepas solat Jumaat. Penyanyi terkenal itu meluahkan rasa syukur dan teruja memulakan fasa baharu dalam kehidupannya.