Kesihatan adalah perkara utama yang hari setiap keluarga utamakan agar dapat menjalani kehidupan dengan sihat dan cergas. Begitu juga mengenai kesihatan tubuh badan. Terdapat pelbagai petua untuk memberi kesegaran badan. Sebagaimana perkongsian puan Fyza Shah yang menyediakan bahan-bahan untuk membuat minuman detoks. Jom semak caranya.


PETUA DETOKS TOKSIN HILANGKAN LETIH BADAN

Teh herba detoks ni kak Fyza buat sempena meraikan jerawat batu besar bertenggek kat dagu. Dah, asyik travel je. Masuk kelas sampai otak jadi jem stress. Kikiki. ?

Pastu air masak tak cukup. Jogging pon dah jarang. Asal letih je cari kopi. Malam-malam jadi burung hantu tido lewat-lewat.

Badan tak cukup rehat, kita jadi stress. Hormon terus jadi tak seimbang. Kulit jadi kusam. Jadi,tak hairan kenapa kulit muka pon keluarkan jerawat secara tiba-tiba kan.

Semalam, kak Fyza cuti pastu terus rajin kan diri buat teh herba lemon ni untuk tendang keluar semua toksin lama terkumpul. Kali ni kak fyza rebus semua bahan. Sebab nak hirup panas-panas sambil pejam mata menikmati aroma teh herba lemon bersulam madu ni.

Bahan-bahan mudah:

IKLAN

Begini Cara Nak Buat Minuman Detoks Guna Teh Herba. Barulah Boleh Hilangkan Toksin Dan Keletihan Badan 

Teh herba cina – 2 sudu (beli kat kedai cina jual herba aka sinseh)

Lemon sebiji dihiris bulat-bulat

Halia 2 inchi dihiris nipis

Rose bud secukup rasa (agak-agak je, beli kat kedai cina jual herba aka sinseh)

IKLAN

Madu 2 sudu besar

Cara buat:

Semuadah alif ba ta

Posted by Fyza Shah on Sunday, 27 January 2019

Didihkan air panas dalam periuk kecil.
Letakkan teh herba 2 sudu.
Agak-agak air dah jadi kuning-kuning sebab teh herba tu, masukkan halia diikuti lemon, rose bud. Biarkan kejap supaya semua khasiat bahan tadi turun ke dalam air.

IKLAN

Bila nampak semua bahan dah sebati, warna dah makin pekat, tutup api. Untuk lipat kali gandakan zat, kak fyza gantikan madu berbanding gula sebagai pemanis

Sekali hirup, nak lagi. Masam-masam lemon, manis madu. Aroma herba teh dan lemon menusuk hidung, berpeluh- peluh dahi setiap hirupan. Peluh tu yang kita nak sebab bantu 
percepatkan lagi toksin jahat keluar. Badan terasa hangat sekejap. Wallaaah.

Kak fyza minum waktu malam sebelum tido. Sebab malam kita kena rehat untuk badan restore balik sel-sel yang terjejas dengan macam-macam aktiviti kita yang memenatkan, makanan dan minuman yang kurang berzat.

Amalkan selalu, badan akan lebih sihat. Toksin kurang, badan terasa ringan. Jerawat pon takut-takut nak muncul diri. Lebihan air ni kak fyza simpan peti sejuk. Esok pagi ke balik kerja keje boleh minum sejuk-sejuk atau boleh je nak panaskan sekejap. Sejuk pon best, segar hilang terus letih badan.

Begini Cara Nak Buat Minuman Detoks Guna Teh Herba. Barulah Boleh Hilangkan Toksin Dan Keletihan Badan 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI