Walaupun dah lama melahirkan anak, semua wanita kena sentiasa jaga pemakanan. Bukan maksudnya kena berdiet tetapi menjaga dalaman tubuh badan daripada mengalami sakit-sakit badan dan paling penting badan bebas angin yang boleh membawa mudarat pada tubuh.

Amalan minum apa jua jenis jamu memang patut diamalkan oleh semua wanita. Wanita yang baru habis berpantang usah cakaplah. Wajib berpantang hingga anak dah semakin besar.

Jamu Air Kencur, buatan sendiri yang dikongsikan ini patut semua wanita cuba dan amalkan setiap hari. Jamu ni bukan saja sesuai bagi wanita dalam pantang, wanita yang keguguran atau ibu yang masih menyusu pun boleh amalkan. Malah suami pun boleh minum untuk kesihatan badan. Tiada kesan sampingan. Confirm!

Jamu Air Kencur

Bahan-bahan:
2 genggam cekur / kencur
1 genggam halia
1 genggam beras (yang sudah dicuci dan direndam 3jam)
1 ketul gula melaka kecil
1 sudu teh kecil bunga cengkih
1 liter air

Cara Penyediaan:

1. Cuci beras dan rendam selama 3 jam sampai nampak putih.

2. Cuci dan kupas kulit cekur / kencur dan halia.

3. Masukkan beras, cekur dan halia ke dalam blender dan blendkan sampai jadi pes.

4. Tuangkan pes itu ke dalam periuk tanah liat.

5. Masukkan bunga cengkih dan gula melaka.

6. Masak sampai mendidih dan tapiskan untuk asingkan air dan hampasnya.

IKLAN

7. Biarkan sejuk sebelum masuk botol.

8. Minum 1 kali atau 2 kali sehari ikut keperluan badan.

Minum suam, panas atau sejuk ikut keperluan badan masing masing. Dalam amalan berjamu, amat penting supaya mengamalkan secara berpada pada dan jangan terlalu taksub sampai membebankan badan.

Satu yang kita kena ingat, bila amalkan jamu, jangan pula dicampur dengan ubat atau vitamin lain. Jarakkan masa sekurang kurang 1 ke 2 jam. Pastikan minum jumlah air yang banyak supaya jamu dapat ‘bekerja’ dengan lebih berkesan.

IKLAN

Apa Manfaat Air Kencur?
Kalau kita amalkan selalu pasti ada ganjarannya untuk tubuh. Selain mengatasi masalah angin dalam badan, dalaman wanita juga jadi lebih mantap. Lebih segar malah badan lebih bertenaga dan taklah selalu sakit-sakit badan.

Malah bagi wanita berpantang, jamu kencur ini juga baik untuk mengecutkan rahim dan melegakan masalah bengkak dan angin dalam   perut. Malah lenguh-lenguh sendi juga dapat dihilangkan.

Nak lagi power, usahakan tambah sedikit manjakani ke dalam air jamu ini. Pasti hasilnya lebih tip top dan mantap!