Ramai kan antara kita ini sebagai ibu bapa yang risau bila anak kita asyik tak sihat. Selalu sangat kena pergi jumpa doktor. Ambil ubat. Tetapi masih juga selalu demam, batuk dan selsema.
Kalau boleh, biar kita yang tak sihat. Bukan anak-anak. Betul?
Ada 10 sebab mengapa anak-anak kita selalu dijangkiti demam dan kerap jatuh sakit.
1. ‘Manjakan’ anak dengan antibiotik. Flu biasa disebabkan virus tak perlu antibiotik
Ads
2. Duduk di tempat ramai kanak-kanak. Pusat penjagaan contohnya.
3. Beberapa keadaan dan situasi yang menyebabkan imuniti anak tak kuat. Banyakkan pemakanan seperti buah-buahan dan sayuran.
4. Kerap sangat makan luar. Jangkitan mudah dapat daripada makanan yang berisiko tercemar.
Ads
5. Ramai anak-anak kecil di rumah. Anak mudah berjangkit.
6. Lewat kawal simptom awal. Bila anak-anak dah dapat gejala seperti batuk dan selesema, terus dapat nasihat dan periksa doktor. Tak perlu tunggu demam tiga empat hari.
Ads
7. Makan dan minum ubat tak ikut nasihat doktor. Ubat antibiotik contohnya, perlu dihabiskan dos seperti dinasihat, tak boleh kongsi dengan anak-anak lain.
8. Kerap bawa ke tempat ramai dan ‘crowded’. Ini tak elok terutama pada anak-anak kecil.
9. Rawatan tradisional. Kerap sangat dengan rawatan yang tidak sepatutnya akan menyebabkan jangkitan yang boleh dirawat dengan ubat menjadi sukar. Komplikasi pada sistem tubuh lain pula yang berlaku.
10. Masalah alahan, rhinitis atau resdung tidak terkawal. Ini menyebabkan lendir atau lelehan dari hidung kerap mengalir ke belakang tekak. Anak-anak mudah mendapat jangkitan tekak.
Secara semulajadinya tidak sukar untuk seroang anak rapat dengan ibubapanya dan hubungan yang baik ini mempunyai pengaruh besar dan memberi kesan kepada anak-anak.
Lebih-lebih lagi bila dikatakan anak lelaki itu rapat dengan ibunya sejak kecil. Ada 10 kebaikan yang disenaraikan oleh Dr Redza Zainol dan bolehlah dilihat satu persatu. Semoga perkongsian ini sedekit sebanyak mendidik kita sebagai ibu untuk cara bagaimana untuk mendekati anak-anak lelaki agar hubungan anak dan ibu itu positif dan seterusnya menjadikan kita ibu yang beruntung dikurniakan anak-anak yang soleh.
Beruntung ibu yang rapat dengan anak lelaki sejak kecil
1. Bila ibu menjadi teman rapat pada anak lelaki, ibu itu sebenarnya sedang membantu anak membentuk persepsi dirinya atau “Self Image” yang baik.
2. Anak yang ada persepsi baik tentang dirinya, dia lebih yakin dan selesa menjadi dirinya sendiri.
3. Tunjukkan yang kalian bangga dengan setiap ciptaan atau hasil kerja dia.
4. Raikan bila mereka bantu ibu di dapur. Anak lelaki perlu lihat ayah dan ibunya sama-sama bekerja di dapur.
5. Kerapkan puji rupa paras anak lelaki.
6. Bertahun-tahun rapat dengan ibu, anak lelaki belajar tentang kasih sayang dan kelembutan ketika bergaul dengan mereka dari jantina berbeza.
7. Anak lelaki perlukan sedikit bantuan untuk menguruskan kerja sekolah atau kerja di rumah.
– Mereka perlu belajar, kerja yang banyak boleh dibuat mengikut peringkat sehingga selesai.
8. Mereka akan belajar cara mengurus masa dan menetapkan prioriti dari ibunya.
– Bantu anak lelaki untuk tetapkan matlamat jangka masa pendek atau panjang yang realistik.
9. Bantu anak lelaki untuk jadi lebih peka dengan keadaan sekeliling.
– lebih peka dengan keadaan emosi orang di sekeliling atau perubahan di sekitar rumah.
– barulah mudah untuk melatih anak lelaki menjadi lebih empati dengan ahli keluarga lain.
10. Teruskan usaha untuk memahami anak lelaki. Dalam kekurangan yang anak lelaki ada, carilah kebaikan dan kelebihan dirinya. Pasti ada!
Kunci pada keyakinan diri anak lelaki yang sedang membesar terletak pada ibunya.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Melentur buluh biarlah dari rebungnya, demikian juga dalam hal mendidik anak-anak. Ibu bapa perlu memainkan peranan sedari awal kandungan lagi.
Anak-anak adalah amanah Allah. Kitalah yang mencorakkan keperibadian mereka. Mana mungkin anak-anak akan mendengar kata andai sebagai ibu bapa tidak menunjukkan contoh yang terbaik. Konflik keluarga yang dipaparkan di kaca televisyen bukan omongan kosong bahkan ada yang benar-benar berlaku dalam masyarakat kita dewasa ini.
Justeru, Dr Hasiba Kamaruddin menerusi laman facebooknya berkongsi kupasannya hasil bacaan mengenai kisah Nabi Yaakub dan anak-anaknya. Betapa hebatnya Nabi Yaakub dalam menangani karenah anak-anaknya. Berkat kesabaran Nabi Yaakub A.S. ini akhirnya anak-anak mengaku bersalah lalu memohon kepada ayah mereka supaya berdoa agar Allah mengampunkan dosa – dosa mereka.
Tanyalah pada diri sendiri, bolehkah kita sebagai ibu bapa untuk memiliki kesabaran dan tawakal yang hebat sedemikian dalam membesarkan anak – anak? Tepuk dada tanya iman. Jom baca perkongsian yang cukup bermanfaat ini.
Setiap kali aku sampai ke bahagian dialog antara Nabi Yaakub A.S. dan anak – anaknya dalam surah Yusuf, otak aku sering menggambarkan sebuah adegan drama keluarga yang ditayangkan di kaca TV. Bezanya cuma tidak ada wajah yang mengisi karakter – karakter itu dalam kepala aku. Seolah – olah otak ini tahu yang mustahil untuk aku menggambarkan lebih dari apa yang tertulis di dalam kalam suci Allah SWT itu.
Dalam surah Yusuf, Allah SWT menggambarkan kepada kita dinamik perangai anak – anak Nabi Yaakub A.S. bermula dengan anugerah kenabian kepada Nabi Yusuf A.S. dan kedengkian adik – beradiknya yang lain terhadap dia dan Bunyamin. Dengki antara saudara ini bernanah hingga ada di antara mereka yang sanggup mencadangkan agar Nabi Yusuf A.S. dibunuh. Bayangkan bagaimana hebatnya Nabi Yaakub berdepan dengan anak – anak yang pelbagai ragam ini.
Sepanjang konflik keluarga ini berlaku, Nabi Yaakub A.S. digambarkan sebagai seorang ayah yang sangat sabar hinggakan tatkala anak – anak beliau datang memberitahu berita yang Nabi Yusuf A.S. dimakan serigala sambil ditunjukkan bajunya yang berlumuran darah, Nabi Yaakub A.S. hanya menegur sikap menipu mereka dan berkata pada dirinya “Fasobran jamil. Allah tempat memohon pertolongan terhadap apa yang kamu ceritakan.”
Begitu juga tatkala anak – anak Nabi Yaakub A.S. datang memberitahunya bahawa Bunyamin telah ditangkap kerana mencuri, beliau hanya menuturkan dialog yang sama, “Fasobran jamil. Semoga Allah mendatangkan mereka semua kepadaku.”
Di sini jelas menunjukkan yang Nabi Yaakub A.S. tidak pernah berdendam atau memarahi anak – anak beliau yang menyebabkan kehilangan dua orang anak kesayangannya bahkan beliau mengambil jalan bersabar dan hanya mengadu kesedihannya kepada Allah SWT walaupun dalam Surah Sad menyebut bahawa Nabi Yaakub A.S. ini memiliki ‘al aidi’ yang digambarkan sebagai kekuatan. Susah tentu, beliau boleh saja menghukum anak – anak beliau dengan kapasiti sebagai bapa dan nabi yang kuat. Namun Maha Suci Allah SWT ingin menonjolkan sisi lain Nabi Yaakub dalam mendidik anak – anak iaitu ‘al absor’ iaitu memiliki pandangan yang tinggi.
Walaupun ada antara anak beliau berkata “Engkau selalu teringatkan Yusuf sehingga engkau dihinggap penyakit atau engkau menjadi termasuk orang – orang yang akan binasa,” bahkan ada juga yang mengatakan bapa mereka itu sudah tidak siuman, Nabi Yaakub tetap berpandangan jauh bahawa Allah SWT yang Maha Mengetahui segalanya akan merungkaikan segala kesedihan yang dialaminya.
Kesan kepada kesabaran dan pandangan jauh Nabi Yaakub A.S. ini boleh kita lihat di akhir kisah ini di mana anak – anak beliau yang berperangai macam – macam itu mengaku bersalah lalu memohon kepada ayah mereka supaya berdoa agar Allah mengampunkan dosa – dosa mereka. Bukan itu sahaja, kesabaran Nabi Yaakub A.S. ini telah meninggalkan legasi kepada Nabi Yusuf A.S. yang juga memaafkan adik – beradiknya yang menzaliminya dulu, “Tidak ada celaan terhadap kamu pada hari ini. Semoga Allah mengampun dosa kamu.”
Memang aku akan menangis setiap kali membaca kisah konflik keluarga Nabi Yaakub A.S. ini dek besarnya jiwa seorang ayah dalam berhadapan dengan anak – anak yang pelbagai ragam. Bolehkah kita sebagai ibu bapa memiliki kesabaran dan tawakal yang hebat sebegitu dalam membesarkan anak – anak?
Kadang – kadang aku rasa sedih bila mendengar konflik antara ibu bapa dan anak – anak yang mungkin bermula dari hal – hal yang remeh seperti dah lama tak balik kampung, tidak berkenan dengan menantu atau anak melebihkan pasangan dari ibu bapa. Perkara sekecil ini kadang – kadang melarat menjadi pergaduhan besar sehinggakan ibu bapa sanggup memanggil anak sendiri sebagai anak derhaka.
Astaghfirullahal adzim. Kalaulah ibu bapa sendiri memanggil anak yang dikandung dan dibesarkan sebagai anak derhaka, apa lagi yang tinggal pada anak itu untuk menghadapi kehidupan ini.
Aku juga teringat akan sebuah kisah seorang artis yang berhijrah. Tatkala orang bertanya, apa yang menyebabkan dia tergerak hati untuk berhijrah. Katanya, “Mak saya. Setiap kali saya nak keluar menyanyi atau buat benda – benda lagha, mak saya hanya kata, mak selalu doakan kamu semoga kamu menjadi orang yang lebih baik. Saya rasa atas berkat doa mak saya itulah Allah beri saya hidayah dan taufik untuk berhijrah.” MasyaAllah hebatnya mak artis ini.
Kisah – kisah begini sangat meruntun jiwa aku supaya sentiasa beringat yang anak – anak ini adalah ujian dari Allah SWT untuk kita sentiasa bersabar dan akhirnya akur untuk menyerahkan segala urusan mereka kepada Dia Yang Menciptakan. Kadang – kadang kita mungkin sudah habis daya dalam menguruskan anak – anak supaya mereka sentiasa berada dalam kebaikan namun ibrah dalam Al Quran terus menerus mengingatkan kita yang akhirnya semua itu adalah urusan Allah SWT. Kita perlu jalankan saja peranan itu sebagaimana yang diajar olehNya melalui kitab ini.
Semoga Allah SWT sentiasa bersama kita dalam perjalanan keibubapaan ini. Amin.
p/s: Menghargai pandangan para asatizah yang lebih berilmu dari saya dalam memahami kisah Nabi Yaakub ini.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Musim durian ni tentu ada yang teruja untuk makan buah ini. Makan banyak pun masih nak lagi.
Pelbagai resipi yang menggunakan buah durian ini termasuk masak tempoyak, pulut bersama durian, kek durian atau serawa durian.
Bagi penduduk negeri Kelantan, makan durian bersama budu adalah menjadi tradisi sejak turun temurun.
Boleh dikatakan ia antara menu wajib yang ada setiap kali makan bersama keluarga. Bagi penduduk di negara lain, ia dikatakan hidangan yang unik dan agak pelik apabila durian di makan dengan budu.
Ini terbukti apabila perkongsian pemilik TikTok, hzrnftrh telah meraih perhatian ramai apabila videonya memaparkan durian di makan bersama budu.
Meninjau di ruangan komen ramai yang teruja melihat video berkenaan.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.