Ramai tak tahu, “morning sickness” ataupun alahan yang dialami oleh ibu-ibu mengandung boleh memberikan kesan buruk terhadap kesihatan gigi mereka?
Hal ini dikongsikan oleh Dr Mohd Khairul Izwan, doktor gigi di Kementerian Kesihatan Malaysia yang berkongsi mengenai hal ini. Jom ikuti perkongsian beliau.
Morning sickness biasanya berlaku di peringkat awal kehamilan bagi kebanyakan wanita yang mengandung, menyebabkan mereka sering mengalami muntah-muntah.
Muntah ini turut mengandungi asid yang berasal daripada perut, dan boleh menghakis permukaan gigi dalam jangka waktu yang panjang.
Kesan daripada hakisan ini boleh menyebabkan lapisan enamel gigi menjadi nipis dan meningkatkan risiko untuk gigi menjadi ngilu dan mudah rosak.
Kita mungkin tidak dapat menghalang morning sickness ataupun perasaan untuk muntah tersebut daripada berlaku, tetapi kita boleh mencegah kerosakan gigi daripada terjadi.
Tips untuk mengurangkan risiko kerosakan gigi ketika hamil adalah:
Ads
✅ Segera berkumur dengan air kosong sejurus selepas anda muntah. Ini penting untuk membilas sisa muntah serta asid perut yang melekat pada permukaan gigi agar hakisan gigi tidak berlaku.
✅ Elakkan daripada memberus gigi selepas anda muntah. Ini boleh menyebabkan hakisan gigi menjadi lebih teruk. Tunggu sekurang-kurangnya selama 30 minit selepas anda muntah atau selepas 30 minit selepas anda makan/minum sesuatu yang masam baru berus gigi ya
untuk mencegah hakisan gigi daripada berlaku.
✅ Berus gigi dengan teknik yang betul menggunakan ubat gigi berfluorida. Fluorida penting untuk membentuk lapisan gigi yang lebih kuat, seterusnya mencegah hakisan serta kerosakan gigi daripada mudah berlaku.
✅ Kawal pengambilan makanan manis dan tinggi gula walaupun anda mengidam. Jika anda banyak makan makanan yang manis, maka anda juga perlulah rajin memberus gigi anda ya.
✅ Dapatkan pemeriksaan pergigian sekurang-kurangnya sekali sepanjang tempoh kehamilan. Pemeriksaan gigi paling baik dilakukan ketika di peringkat awal (3 bulan pertama) kehamilan, manakala rawatan pergigian pula paling disarankan untuk dibuat ketika trimester kedua (bulan ke-4 sehingga ke-6) kehamilan.
Ads
Sememangnya wanita yang mengandung berhadapan dengan pelbagai cabaran serta perubahan dari segi fizikal, emosi serta mental. Namun untuk memastikan perubahan-perubahan ini tidak memberikan kesan buruk terhadap kesihatan termasuk kesihatan gigi anda, maka anda haruslah sentiasa menjalani rutin serta gaya hidup yang sihat.
Dan sebagai seorang suami yang prihatin, sentiasalah memantau perkembangan isteri anda dan bawa mereka ke klinik pergigian untuk pemeriksaan secara berkala bagi memastikan kesihatan gigi mereka sentiasa berada dalam keadaan yang baik.
Kesihatan gigi yang baik bukan sahaja penting untuk ibu mengandung, malah turut dapat mempengaruhi kesihatan bayi di dalam kandungan.
Semoga bermanfaat!
Wow best giler! Inilah peluang untuk semua followers Pa&Ma dan Pn Nad Masrom bersama rakan-rakan menyambut MINGGU PENYUSUAN SEDUNIA bersama-sama di WEBINAR PENYUSUAN – SYOKNYA SUSUKAN ANAK!
Tunjukkan kuasa ibu menyusu mampu gegarkan webinar ini dengan kehadiran seramai yang boleh. Sambil-sambil itu kita tambah lagi ilmu penyusuan.
Bukan itu sahaja ya, ada banyak hadiah cabutan menarik kita sediakan. Antaranya, baucar penginapan 2H 1M di hotel best, pam susu elektrik serta banyak lagi.
Tular di laman Tiktok seorang wanita yang dikenali sebagai Aisyah Ishak menjaga kedua ibu bapa yang sakit terlantar atau (bedridden).
Menurut Aisyah ayahnya sakit saraf sejak tahun 2021 manakala si ibu pula diserang strok mini pada tahun 2022.
Tidak dapat dinafikan menjaga pesakit yang terlantar bukanlah satu perkara yang mudah.
Ia memerlukan tenaga yang kuat untuk mengangkat mereka tambah lagi jika ingin membersihkan badan atau ke tandas.
GUNAKAN KEMUDAHAN UNTUK BERGERAK
Aisyah berkongsi akaun TikTok miliknya cara dia menguruskan kedua ibu bapanya yang terlantar dengan menggunakan ‘hoist crane’.
Menerusi video yang dikongsikan dapat dilihat Aisyah menggunakan alat kawalan tersebut untuk membantunya mengangkat dan mengalihkan ibunya dari atas tilam ke kerusi roda.
Walau bagaimanapun, Aisyah juga memerlukan bantuan daripada abangnya yang turut menjaga kedua ibu bapanya setiap kali ingin memasukkan ibu ke dalam kereta.
Apa yang lebih menarik perhatian, menerusi video lain yang turut dikongsikan olehnya Aisyah menunjukkan dia juga ada membina katil DIY bersaiz queen dengan menambah roda untuk memudahkan dia menguruskan ibunya.
Dia menjelaskan bahawa alat kawalan hoist crane itu turut dibeli di atas talian.
“Hoist crane tu saya beli di Shopee, lepas tu minta tukang rumah pasangkan,” jelasnya yang juga merupakan penuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia.
Melihat di ruangan komen, ramai yang rasa tersentuh melihat kegigihan Aisyah dan abangnya menjaga kedua ibu bapa mereka.
Di ruangan komen terdapat yang berkongsi pengalaman mereka yang pernah melalui perkara yang sama.
Ada juga yang memuji mereka orang yang hebat kerana tidak semua orang mampu menjaga ibu bapa sama ada dari segi fizikal, kewangan dan masa.
“Aku tengok video TikTok ni mengalir air mata jantan aku..”
“Saya jaga nenek saya sekarang macam ni lah, dia tak ada sakit kronik cuma dia tak ada kaki sebelah je. Setiap kali buat pemeriksaan macam nilah saya angkat sorang….”
“Saya tahu macam mana rasanya jaga orang sakit.. saya pernah rasa jaga adik strok, nak angkat punya payah sebab badan dia tak ada daya”
Tekanan darah tinggi ketika hamil wujud apabila darah tidak dapat mengalir dengan sempurna berpunca dari salur darah dalam uri yang tidak berkembang dengan sempurna.
Penyakit darah tinggi berbahaya semasa mengandung
1. Pengaliran darah ke placenta berkurang
-Bayi akan mendapat kurang nutrien dan oksigen, dan kemungkinan turut menyebabkan pertumbuhan bayi terencat, kurang berat semasa lahir atau kelahiran pramatang.
2. Placenta Abruption atau Uri Lekang
– Preeclampsia boleh menyebabkan placenta lekang atau tercabut dari dinding uterus. Ini boleh menyebabkan pendarahan teruk dan mengancam nyawa bayi dan ibu.
3. Merencatkan Pertumbuhan Bayi
4. Kerosakan Organ-Organ Lain Seperti Buah Pinggang, Otak, Hati, Jantung, Paru-paru.
5. Kelahiran Pramatang
6. Risiko Penyakit Jantung di Kemudian Hari
Apa itu PREECLAMPSIA?
Tekanan darah tinggi selepas 20 minggu kehamilan beserta simptom-simptom kerosakan organ lainnya. Boleh mengancam nyawa ibu dan bayi. Boleh juga menyebabkan sawan.
Antara tanda-tanda preeclampsia ialah:
1. Protein dalam air kencing
2. Sakit kepala yang teruk
3. PENGLIHATAN BERMASALAH – Penglihatan bermasalah, jadi kabur, hilang penglihatan sementara atau sensitif kepada cahaya
4. Sakit perut di sebelah atas – biasanya sakit di bawah tulang rusuk kanan
5. Loya atau muntah
6. Kurang platelet dalam darah
7. Hati tidak berfungsi dengan baik
8. Susah bernafas, termengah-mengah
Apa perlu anda lakukan sekiranya anda mengalami tekanan darah tinggi semasa mengandung??
1. Hadir temujanji klinik prenatal sepanjang kehamilan
2. Makan ubat yang diberi doktor. Doktor anda akan memberi ubat yang sesuai dan selamat diambil semasa mengandung.
3. Kekal aktif
4. Ambil makanan yang sihat dan seimbang
5. Jangan merokok, mengambil dadah atau minum minuman beralkohol.
Setiap kali anak batuk berkahak dan selesema, masalah utama pastinya kesukaran anak untuk membuang hingus dan kahak itu sendiri.
Anak-anak tak pandai malah tak tahu apa teknik terbaik untuk melegakan selesema dan batuk mereka. Ini panduan untuk mak ayah bagi membantu anak lega.
1. Mak ayah tunjuk contoh
Ajar anak cara yang betul dengan menunjukkan contoh pada anak bagaimana membuang hingus yang betul. Mak ayah tunjukkan contoh dan biar anak ikut.
2. Ajar hembus guna tisu
Petua untuk mengajar kanak-kanak meniup hingus melalui hidung boleh dilakukan dengan menekan/tutup lubang hidung kiri ketika anak meniup hidung dari lubang hidung kanan. Ulang dengan cara yang sama pada lubang hidung yang satu lagi.
3. Berlatih menghidu
Apabila hidung anak sudah bersih, biarkan dia menghidu beberapa kali kerana ia adalah gerakan yang mudah. Seterusnya, pegang tisu pada hidungnya dan suruh dia menghembus menggunakan hidung, bukan mulutnya.
4. Latih dengan air
Bawa anak ke sinki dan biarkan anak menghembus hingusnya keluar beserta bunyi. Bantuan air buat anak lebih teruja untuk mencuba.
5. Buat bunyi bising
Kanak-kanak sangat suka buat bunyi hon seperti angsa atau meniru rakan atau saudara mara yang kuat mengeluarkan bunyi melalui hidung. Cadangkan si kecil anda mencuba bunyi yang sama sambil menghembus hidung.
6. Jangan lupa berikan peringatan dengan lembut
Jangan sekali-kali memandang rendah keupayaan anak kecil untuk mengabaikan kandungan hingus dalam hidungnya dan membiarkan aliran hingus yang mengalir keluar daripada hidung. Tunjuk dan memperingati mereka secara perlahan-lahan bahawa sudah tiba masanya untuk mengelap dan meniup hingus.
Ramai yang impikan rumah besar, luas, dan mewah. Tapi tahukah anda, semakin besar rumah, semakin tinggi kos penjagaannya? Bukan sekadar bayar bil utiliti, tapi...