Andai ada sejarah kesihatan ahli keluarga ada yang mengidap darah tinggi, sewajarnya langkah-langkah awal perlu diambil perhatian untuk elakkan daripada dihidap oleh keluarga yang lain.
Amalkan gaya hidup sihat umpamanya adalah yang terbaik. Pun begitu, andai telah disahkan ada tanda-tanda awal mengidap masalah darah tinggi inii dan tidak mahu terus bergantung pada ubat-ubat sepanjang hayat, ada caranya.
Hal ini telah dikongsikan oleh seorang doktor dan bolehlah diamalkan.Jom semak apa katanya.
10 LANGKAH KAWAL TEKANAN DARAH TINGGI TANPA UBAT
“Saya tak bagi dulu ubat darah tinggi, buat masa ni boleh kawal dengan cara makan dan lain-lain…”
Pernah tak doktor beritahu anda untuk kawal tekanan darah seperti ini. Tapi bagaimana?
Saya senaraikan 10 langkah yang boleh diikuti.
1. Kurangkan berat badan
Tekanan darah sering meningkat apabila peningkatan berat badan. Berat badan juga boleh menyebabkan gangguan pernafasan semasa anda tidur (tidur apnea), yang akan meningkatkan tekanan darah anda.
Berat badan adalah salah satu perubahan gaya hidup yang paling berkesan untuk mengawal tekanan darah. Kehilangan hanya 4 ke 5 kilogram dapat mengurangkan tekanan darah anda.
2. Bersenam dengan kerap
Ads
Aktiviti fizikal biasa sekurang-kurangnya 30 minit sepanjang hari dalam seminggu dapat mengurangkan tekanan darah anda dengan 4 hingga 9 milimeter merkuri (mm Hg). Perkara paling penting ialah konsisten kerana jika anda berhenti bersenam, tekanan darah anda boleh naik semula.
Sekiranya anda mempunyai sedikit tekanan darah tinggi (prehypertension), senaman boleh membantu anda mengelakkan hipertensi yang kronik. Sekiranya anda sudah mengalami hipertensi, aktiviti fizikal yang tetap boleh membawa tekanan darah anda ke tahap yang lebih selamat.
Jenis senaman terbaik untuk menurunkan tekanan darah termasuklah berjalan kaki, jogging, berbasikal, atau berenang.
3. Makan makanan yang sihat.
Makan diet yang kaya dengan bijirin, buah-buahan, sayur-sayuran dan lain-lain boleh menurunkan tekanan darah anda. Saya faham memang tidak mudah untuk mengubah tabiat makan anda, tetapi dengan melakukan tip-tip yang saya beri ini, anda boleh mengamalkan diet yang sihat:
* Simpan diari makanan. Menulis apa yang anda makan. Pantau apa yang anda makan, berapa banyak, bila dan mengapa.
* Pertimbangkan untuk meningkatkan kalium. Kalium (potassium) boleh mengurangkan kesan natrium (sodium) pada tekanan darah. Sumber kalium yang terbaik adalah makanan, seperti buah-buahan dan sayur-sayuran, dan bukan makanan tambahan.
* Menjadi pembeli pintar. Baca label makanan apabila anda berbelanja dan berpegang pada pelan pemakanan sihat semasa anda sedang makan.
4. Kurangkan sodium dalam diet
Walaupun pengurangan kecil dalam natrium (sodium) dalam diet, anda dapat mengurangkan tekanan darah dengan 2 hingga 8 mm Hg.
Kesan pengambilan natrium pada tekanan darah berbeza-beza mengikut individu. Secara umum, hadkan natrium kepada kurang daripada 2,300 miligram (mg) sehari atau kurang.
Ads
Untuk mengurangkan natrium dalam diet anda, ikuti tip-tip ini:
* Baca label makanan. Jika boleh, pilih alternatif natrium rendah makanan dan minuman yang biasanya anda beli.
* Kurangkan makan makanan yang diproses. Hanya sebilangan kecil natrium berlaku secara semulajadi dalam makanan. Kebanyakan natrium ditambah semasa pemprosesan.
* Jangan tambahkan garam. Hanya 1 sudu teh garam mempunyai 2,300 mg natrium. Gunakan herba atau rempah untuk menambah rasa kepada makanan anda.
5. Kurangkan alkohol
Alkohol pada jumlah yang kecil, ia berpotensi menurunkan tekanan darah anda dengan 2 hingga 4 mm Hg. Tetapi kesan perlindungan itu hilang jika anda minum terlalu banyak alkohol. Minum lebih daripada jumlah alkohol yang sederhana boleh meningkatkan tekanan darah. Ia juga boleh mengurangkan keberkesanan ubat tekanan darah.
6. Berhenti merokok
Setiap rokok yang anda hisap boleh meningkatkan tekanan darah anda selama beberapa minit selepas anda selesai. Berhenti merokok membantu tekanan darah anda kembali normal. Orang yang berhenti merokok, tanpa mengira umur, mempunyai peningkatan yang besar dalam jangka hayat.
7. Kurangkan kafein
Ads
Peranan kafein dalam tekanan darah masih lagi dibincang dan dibahaskan. Kafein boleh menaikkan tekanan darah sebanyak 10 mm Hg pada orang yang jarang menggunakannya, tetapi ia tidak ada kesan yang signifikan terhadap tekanan darah kepada peminum kopi biasa. Untuk mengetahui sama ada kafein boleh meningkatkan tekanan darah anda, semak tekanan anda dalam masa 30 minit selepas minum minuman berkafein. Sekiranya tekanan darah anda bertambah sebanyak 5 hingga 10 mm Hg, anda mungkin sensitif terhadap tekanan darah yang menaikkan kesan kafein. Boleh rujuk dan berbincang dengan doktor.
8. Kurangkan stres dan tekanan hidup
Stres dan tekanan hidup yang kronik adalah penyumbang penting kepada tekanan darah tinggi. Stres sekali-sekala juga boleh menyumbang kepada tekanan darah tinggi jika anda bertindak balas terhadap tekanan dengan makan makanan yang tidak sihat, minum alkohol atau merokok.
Ambillah sedikit masa untuk berfikir semula apa yang menyebabkan anda berasa tertekan, seperti kerja, keluarga, kewangan atau penyakit. Sebaik sahaja anda tahu apa yang menyebabkan tekanan anda, carilah penyelesaian bagaimana anda boleh mengurangkan tekanan tersebut. Sekiranya anda tidak dapat menyelesaikan semua tekanan anda, anda sekurang-kurangnya dapat mengatasinya dengan cara yang lebih sihat.
9. Pantau tekanan darah anda.
Periksa dan pantau tekanan darah di rumah dan berjumpa doktor anda dengan kerap. Pemantauan di rumah boleh membantu anda mengekalkan bacaan normal tekanan darah anda, membantu anda untuk terus konsisten dengan gaya hidup sihat, dan memberi isyarat kepada anda jika ada tanda-tanda awal komplikasi kesihatan.
10. Dapatkan sokongan Keluarga dan rakan-rakan
Keluarga dan rakan sebenarnya penting dalam membantu meningkatkan kesihatan anda. Mereka boleh menggalakkan anda untuk menjaga diri, membantu untuk berjumpa doktor atau memulakan program senaman bagi memastikan tekanan darah anda rendah. Ini juga dapat memberi anda hubungan dengan orang yang boleh memberi anda sokongan emosi dan mereka yang boleh menawarkan tip praktikal untuk membantu anda.
PERHATIAN :Langkah ini berguna jika tekanan darah anda masih boleh dikawal tanpa perlu ubat. Nota ini tidak bermaksud menggantikan preskripsi ubat daripada doktor. Anda perlu terus menggunakan ubat yang diberi oleh doktor sekiranya diarah sedemikian.
#Share kepada orang yang anda sayang. Moga kita diberi kesihatan berpanjangan
Kasihnya ayah berkorban nyawa, meskipun mulutnya jarang berkata manis, apatah lagi menampakkan senyuman yang mesra ditambah pula sentiasa berwajah tegas, pun begitu percayalah hati seorang ayah akan sanggup berkorban apa sahaja demi anak-anaknya.
Memetik kisah yang dilaporkan di Harian Metro, seorang bapa bernama Adzmarudin Abd Rahman, 54, yang tidak mempunyai pekerjaan tetap selepas diisytiharkan muflis pada 2008 akui melalui kehidupan yang sukar.
Namun tetap melakukan pelbagai pekerjaan untuk menyara keluarga apatah lagi bila mana anak lelakinya Ahmad Darwisy Farhan, 19, perlu dibedah segara akibat masalah skoliosis iaitu keadaan di mana kelainan pada tulang belakang di mana tulang melengkung ke samping secara tidak normal.
Kini ayah ini terdesak untuk mencari dana bagi menampung pembiayaan pembedahan anak bongsunya yang mengalami tulang belakang bengkok atau skoliosis.
Adzmarudin memaklumkan, dia memerlukan RM13,370 lagi bagi membolehkan pembedahan segera dilakukan dengan kos keseluruhan pembedahan adalah berjumlah RM31,730.
“Saya kini tiada pendapatan tetap dan terpaksa melakukan pelbagai pekerjaan untuk menyara keluarga. Dengan rekod pernah muflis, susah untuk saya mencari pekerjaan yang tetap.
“Pihak hospital menyatakan kos untuk pembedahan sahaja mencecah RM31,730, namun sebahagian daripadanya dibiayai Tabung Kebajikan Pesakit Hospital Canselor Tuanku Muhriz yang diluluskan sebanyak RM18,000,” katanya lagi.
Mahu Keluarkan Wang KWSP
Dia berkata, apabila pihak menyatakan kos yang terpaksa ditanggung, dia hanya memikirkan mahu mengeluarkan wang daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memandangkan itu sahaja simpanan yang ada.
“Bagaimanapun, saya hanya boleh mengeluarkannya pada Januari tahun depan kerana belum cukup umur bersara sedangkan anak memerlukan pembedahan dengan segera.
“Selain keadaannya yang bertambah teruk dan hanya bergantung kepada ubat tahan sakit, saya juga tidak mahu pengajiannya yang bakal disambung di peringkat ijazah pada Oktober depan terencat jika pembedahan tidak dijalankan dengan segera.
“Saya difahamkan pembiayaan daripada tabung hospital mempunyai tempoh sehingga hujung tahun ini sahaja. Saya tidak pasti jika ia dapat disambung seandainya saya tidak berjaya mengumpul wang sebanyak RM13,000 dalam masa terdekat,” katanya.
Mohon Bantuan
Tambahnya, dia pernah memohon bantuan daripada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (Mains), namun sehingga kini belum tahu keputusannya, malah untuk mengeluarkan wang daripada KWSP adalah mustahil kerana ia hanya boleh digunakan untuk tujuan perubatan pencarum sahaja.
“Kalau boleh saya tidak mahu untuk meminta sumbangan atau derma daripada mana-mana pihak dan hanya memikirkan bantuan daripada Mains serta wang KWSP, namun kedua-duanya hampir mustahil,” katanya.
Kesihatan Semakin Kritikal
DARWISY menunjukkan gambar xray tulang belakangnya disebabkan penyakit skoliosis atau tulang belakang bengkok. FOTO Azrul Edham
Adzmarudin berkata, anak bongsu daripada enam beradik itu dikesan mengalami skoliosis ketika berusia 16 tahun, namun keaadaannya tidak kritikal seperti sekarang.
“Ketika mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dia merasa senang lenguh dan tidak boleh berdiri terlalu lama dan kini tulang rusuknya sudah mula menghimpit organ dalaman seperti jantung dan paru-paru kerana tulang belakang yang semakin membengkok.
“Setiap pergerakan yang dia lakukan terpaksa berhati-hati dan tidak boleh membongkok terlalu lama. Dia selalu mengadu sakit dan susah untuk tidur, malah pembelajarannya juga terganggu,” katanya.
Orang ramai yang ingin membantu boleh menghubungi Adzmarudin di talian 010-324 0040.
Jika berminat boleh juga sertai event lawatan ke Escape secara virtual pada 6 Ogos ini. Bukan itu sahaja, malah banyak lagi aktiviti menarik menanti anda. Jadi jangan lepaskan peluang, segera hubungi nombor yang terdapat di dalam poster atau klik DI SINI
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Mungkin ada antara anda kini sedang berusaha untuk atasi masalah perut buncit dengan pelbagai cara namun masih belum menampakkan kesan yang diingini. Jadi apa kata anda mencuba petua tradisi yang dikongsikan oleh Maira Humaira dengan menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati. Bahkan menurutnya, bila rajin amalkan minum air rebusan tersebut seawal seminggu sudah nampak perubahannya.
Jadi ianya harus dicuba, mana tahu dengan kaedah ini ianya serasi buat anda dan sekali gus hilanglah masalah perut buncit, insyaAllah.
Ini perkongsiannya dan selamat mencuba.
Kaknur nak share satu petua tradisional..petua ‘ajaib’ dan mudah tapi, cukup berkesan hilangkan perut buncit seawal seminggu..
Bahan-bahannya:
1. Sebiji Lemon
2. Halia dalam dua atau 3 inci
3. Air 1.5 liter
Kaknur syorkan korang buat waktu malam dan dibiarkan bagi sejuk semalaman dalam periuk sebelum kita diminum esok paginya.
Cara penyediaan:
1. Masukkan 1.5 liter air dalam periuk dan panaskan. Masukkan lemon yang sudah dipotong dan halia yang telah ditumbuk ke dalam periuk.
2. Biarkan mendidih selama 5 minit. Jangan lupa kacau taw.
3. Selepas 5 minit mendidih, kecilkan api dan biarkan selama 10 minit lagi.Tutup periuk dan tinggalkan ruang sedikit semasa tempoh 10 minit tersebut.
4. Padamkan api dan tutup habis periuk. Letak benda berat supaya wapnya tidak mudah keluar.
Cara minum:
1. Seteguk dua sahaja sekali minum (dalam setengah cawan macam tu)..
2. Satu periuk tu untuk minum satu hari. Letak dalam botol minuman dan boleh bawa ke pejabat. Minum sikit-sikit ye dan dilarang minum selepas jam 8 malam dan banyakkan minum air masak ya.
Jom sertai pertandingan Pilihan Keluarga Bulan Ini. Caraya mudah, klik sahaja link INI atau imbas QR code yang ada di poster. Hadiah menarik menanti anda!
Banyak manfaat yang anda peroleh apabila bercucuk tanam di rumah. Selain menjimatkan tak perlu beli sayur di kedai, ini juga salah satu aktiviti yang boleh dijadikan hobi bermanfaat.
Tapi, nak tanam sayur ni kena ada skill dan juga ilmu. Barulah memudahkan urusan kita. Tiru cara yang dikongsikan oleh saudara Dee Tok Pat yang menggunakan kaedah hidroponik untuk menanam sayur di kawasan sekolah.
Lebih menarik lagi, dengan kreativiti lelaki ini, dia menggunakan kapas dan kain buruk menggantikan baja cocopeat habuk kayu. Cara simple tapi yang penting tak mengotorkan tangan anda.
Tip tanaman:
Untuk semaian, jangan guna baja. Sebaliknya guna air siraman sahaja.
Tanaman tinggi sejengkal baru masuk ke dalam pot.
paras air jangan sama level atas pada kapas nanti pokok mati rendah sedikit.
sekiranya kain tak ada, bawahnya boleh di lapik dengan span aquarium sama juga fungsinya.
Dulu orang guna hydro ponik guna baja cocopit habuk kayu tapi aku belajar macam mana nak hack dia dari kotor kan tangan..
1 )kapas kedai rm2.00
2 ) kain buruk
macam mana dia berfungsi? kapas untuk menanam benih ia takkan terlalu lembab sebab dia kedudukan bahagian atas.
kain buruk adalah serapan air untuk setiasa basah untuk mengenakan bhagia atas iaitu kapas takkan kering kalau letak kapas saje ia akan terlalu padat serapan takkan sampai ke permukaan itu la teori..aku sendiri..yang penting berhasil😉😉 selamat mencuba.
Selain itu, dia turut berkongsi tip mengenai penggunaan baja.
Tip Guna Baja:
Semasa semaian jangan letak air baja. Siram dengan air biasa dan matang sikit letak la 20 peratus.
Setelah seminggu lebih baru masuk dalam paip bancuhan 50 peratus yakni 40ml+40ml persamaan 1 liter air lebih pun tak mengapa. Jika kurang topup sahaja sampai dah betul² nak di petik.
Baja letak dalam paip tu tapi pastikan tebuk paip belah bawah untuk buang air takungan, salin air baja baru. Sistem pam di panggil sulingan itu lagi cangih.