Kesedaran tentang perlunya melakukan ujian pap smear secara berkala dikalangan wanita yang telah berkahwin, mungkin masih ada yang tidak ambil kisah tentangnya. Ditambah pula perasaan malu dan ada juga yang takut untuk melakukan prosedur tersebut, sekali gus mengambil jalan mudah untuk tidak melakukan saringan terbut.
Pun begitu, bagi menjelaskan lagi kepentingan melakukan ujian pap smear ini, doktor ini tampil berkongsi info agar dapat memberi kesedaran. Semoga perkongsian ini bermanfaat.
“Alahai, doktor suruh aku buat ujian pap smear minggu depan. Baru lepas abes pantang ni dah nak kena buat ujian pap smear lepas bersalin ke? Dengar-dengar macam takut pula, segan pun ada. Sakit ke tak ye?”
3 sebab kenapa wanita perlu buat pap smear :
✅ DAPAT MENGENALPASTI PERUBAHAN SEL SERVIKS YANG MUNGKIN MENJADI KANSER / SARINGAN AWAL
Pemeriksaan Pap smear / Calitan pap adalah sejenis prosedur yang perlu dilakukan dalam tempoh berkala bagi mengesan perubahan pada sel pangkal rahim di peringkat awal sebelum ia dapat berubah menjadi sel kanser. Pap smear adalah untuk saringan sahaja.
Jika dah ada kanser pangkal rahim, tiada manfaat untuk menjalani ujian pap smear.
Keputusan pap smear yang tak normal bukanlah bermakna anda menghidap kanser serviks. Sebaliknya, ia mungkin juga menunjukkan terdapat jangkitan lain dan memerlukan pemeriksaan lanjut, ATAU anda hanya mempunyai perubahan sel serviks pada tahap awal yang mungkin berubah menjadi kanser jika tidak dikenalpasti dan dirawat.
Kata kuncinya – pemeriksaan berkala. Kalau buat sekali saja, normal dan takda ulangan pap smear selepas itu, tidak menepati objektif membuat ujian pap smear.
Ads
Pemeriksaan ini bukanlah perlu dibuat setiap bulan atau setiap tahun. Biasanya ujian kali pertama dan kedua dilakukan sekali bagi setiap 2 tahun. Sekiranya keputusan itu normal, anda hanya perlu mengulangi setiap 3 tahun sekali.
Hal yang demikian kerana masa yang diambil bagi sel normal untuk menjadi sel kanser adalah di antara 2 hingga 10 tahun. Jadi, sekiranya pap smear dilakukan setiap tiga tahun, peluang untuk mengesan sel-sel yang berpotensi menjadi sel kanser adalah lebih baik sebelum ia menjadi kanser.
✅ PROSEDUR MUDAH, CEPAT & TAK MENYAKITKAN
Tak sampai 5 minit pun kalau saya yang buat Pap Smear tu. Yang penting jangan nervous dan jangan keraskan badan. Susah speculum tu nak masuk dan pap smear dilakukan.
Tarik nafas dan hembus, bertenang, you will be fine !
Cara-cara :
Ads
1.Selepas seluar dalam ditanggalkan, anda perlu berbaring di atas katil dengan lutut dinaikkan dan dibengkokkan.
2. Spekulum akan dimasukkan ke dalam vagina untuk ‘membuka’ laluan dan memudahkan doktor melihat keadaan pangkal rahim dan dinding vagina.
3. Doktor akan memasukkan spatula kayu, untuk mengambil sampel sel daripada serviks. Ada yang menggunakan berus kecil, fungsinya sama.
Ads
4. Sampel ini akan dilabel nama anda, dihantar ke makmal untuk diperiksa oleh ahli patologi, di bawah mikroskop.
✅ MURAH, BOLEH DILAKUKAN DI MANA-MANA KLINIK/HOSPITAL
kebanyakkan klinik kesihatan ibu dan anak / klinik kerajaan ada menawarkan pemeriksaan pap smear ini dengan percuma untuk warganegara Malaysia, di seluruh negara.
Anda dikenakan bayaran jika memilih untuk membuat pap smear di klinik atau hospital swasta. Harganya tidaklah beribu-ribu ringgit, bergantung kepada tempat yang anda pilih.
Bukan semua wanita kena buat pap smear ni, cuma untuk mereka yang dah berkahwin dan pernah melakukan hubungan kelamin sahaja. Jangan pula bawak anak perempuan umur 10 tahun untuk buat pap smear.
Bubur Lambuk sememangnya cukup sinonim dengan bulan puasa. Tak sah rasanya kalau resipi ini tidak muncul ketika bulan puasa. Lambakan bubur lambuk yang dijual di bazaar pastinya tidak sesedap rasanya yang dimasak sendiri di rumah.
Bagaimanapun langkah membuat bubur yang memakan masa agak lama pasti buat kita teragak-agak untuk mencubanya di rumah. Tidak perlu menunggu hari minggu, anda boleh mencubanya pada bila-bila masa sahaja.
Bagaimana cara pantas dan sedap untuk membuatnya? Kena cuba petua ini.
Rendam Beras
Untuk menjadikan bubur lebih cepat dimasak, rendamlah beras terlebih dahulu. Tidak perlukan masa yang lama, 30 minit atau satu jam, itu sudah memadai. Biarkan direndam seketika. Namun pastikan beras dibasuh bersih terlebih dahulu dan kemudian barulah direndam. Tutup dan biarkan.
Guna Periuk Nasi
Selepas direndam, toskan airnya dan masukkan semula air yang banyak ke dalam beras. Masaklah seperti biasa. Petua menjadikan ia lebih senang di masak dan tidak perlukan proses mengacau dengan kerap, anda bolehlah memasak di dalam periuk nasi.
Namun pastikan airnya diletakkan pada kuantiti yang banyak dan tambahkan airnya dari semasa ke semasa. Senang, mudah dan cepat.
Kisar Beras
Anda boleh juga mengisar beras terlebih dahulu sebelum memasaknya seperti biasa. Kisarkan berasnya terlebih dahulu kemudian barulah di basuh bersih dan dimasak seperti biasa. Namun jangan pula dikisar terlalu halus. Biarkan sedikit tekstur pada bubur anda.
Bekukan
Proses membekukan beras juga merupakan salah satu langkah memasak bubur lambuk dengan lebih cepat. Jika anda merancang memasak bubur keesokkan harinya, malamnya basuhlah beras segera dan bekukan di dalam peti ais. Letakkan juga bersama sedikit air. Apabila tiba waktu memasak, masukkan ke dalam periuk, tambahkan sedikit air bersama bahan-bahan lain. Biarkan masak.
Masukkan Semua Bahan
Tak perlu pening kepala, masukkan sahaja kesemua bahan seperti daging, ayam atau udang ke dalam beras yang hendak di masak. Tambahkan sayur seperti biasa seperti kentang dan sebagainya sekaligus. Biarkan direneh bersama-sama supaya rasanya lebih enak dan sebati. Akhir sekali barulah diberikan perasa.
Guna Stok
Mahu rasa bubur yang lebih enak, ada baiknya anda menggunakan stok air rebusan ayam atau daging ketika memasak. Stok ini membantu mengenakkan lagi rasa bubur putih sedia ada. Biarkan ia benar-benar sebati dan mesra, bubur anda pasti lebih sedap.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Insomnia mampu memberikan kesan buruk pada kesihatan selain menjadikan seseorang itu menjadi tidak fokus, mudah letih dan tertekan. Untuk mendapatkan tidur nyenyak setiap malam, tentu ada beberapa perkara yang perlu anda amalkan. Ibu-ibu yang ada anak menghadapi masalah insomia atau sukar tidur boleh cuba praktikkan ini.
Untuk mendapatkan tidur yang nyenyak faktor ini kena dititikberatkan. Bermula dengan pakaian yang anda pakai semasa tidur, kebersihan tempat tidur, suasana bilik tidur, serta makanan yang anda ambil sebelum masuk tidur. Jadi, untuk menyelesaikan masalah anda itu, terdapat beberapa makanan yang boleh membantu anda untuk tidur lebih nyenyak.
Kacang badam
Nutrisi yang terdapat pada kacang badam dipercayai membantu untuk melenturkan otot – otot tubuh dan saraf pada otak punca kepada insomnia. Beberapa kajian mendapati bahawa nutrisi pada almond MAMPU menjaga kestabilan paras gula darah ketika seseorang sedang tidur. Untuk dapatkan tidur nyenyak dan berkualiti, cubalah untuk mengamalkan kacang badam sekurang-kurangnya 5 – 7 butir setiap hari.
2. Buah pisang
Apabila anda ingin tidur nyenyak dan berkualiti setiap malam , amalkan buah pisang 2 atau 3 jam sebelum tidur. Buah pisang kaya dengan kalium, magnesium dan beberapa mineral yang baik untuk otot semasa tidur. Kajian juga mendapati, pisang sangat baik untuk membantu tidur lebih nyenyak.
3. Telur Rebus
Salah satu penyebab gangguan tidur adalah kerana badan anda kekurangan protein. Jadi, untuk mendapatkan tidur nyenyak dan berkualiti, pastikan anda memenuhi nutrisi protein dalam tubuh. Dan salah satu sumber protein tinggi yang paling MUDAH untuk didapati adalah telur. Dengan mengamalkan telur rebus sebelum tidur, ia akan membantu anda mendapatkan tidur nyenyak hingga subuh.
4. Buah Ceri
Siapa yang tidak kenal dengan buah ceri? Buah merah ini mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan rupanya. Ia menjadi salah satu buah-buahan yang boleh membantu seseorang untuk mendapatkan tidur nyenyak serta berkualiti. Minum segelas jus ceri sebelum tidur untuk lebih cepat mengantuk dan tidur nyenyak lebih cepat.
Perlu anda ketahui, selain makanan tersebut, anda boleh amalkan hidup yang sihat dengan bersukan, serta pola makanan yang sihat untuk mendapatkan tidur lebih nyenyak.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kunyit sangat membantu menangani masalah kulit seperti jerawat, kering, ekzema atau psoriasis. Herba ini juga bertindak sebagai ubat semula jadi. Kunyit mengandungi vitamin, mineral dan bahan kimia untuk mengurangkan keradangan, mengurangkan pergerakan otot yang tidak normal, dan melegakan masalah pencernaan.
Cara Sediakan & Minum Jus Kunyit
Kajian yang dilakukan oleh Saintis China pada tahun 2015 juga mendapati gabungan kunyit dengan lada hitam dapat meningkatkan penyerapan bahan khasiat kunyit dengan ketara. Selain itu, gabungan kunyit dengan lada hitam dapat elakkan pembesaran batu hempedu dan dapat turunkan lemak dan kolesterol darah.
Kajian oleh Saintis Italy pada 2019 pula mendapati kunyit hidup boleh membantu masalah kulit seperti radang, psoriasis, atopik dermatitis, penjagaan luka, kanser kulit dan jangkitan kuman. Caranya adalah dengan cara kisar dan disapu atas kulit.
BOLEHKAH KITA MEMINUM JUS KUNYIT BERSAMA UBATAN MODEN ATAU MEMINUMNYA PADA KADAR TINGGI?
1.Elakkan pengambilan jus kunyit bersama ubat-ubatan moden dan suplemen cair darah, suplemen antiplatelet dan ubat antikencing manis.
2.Penggambilan jus kunyit semata (100% kunyit) yang terlalu banyak boleh meningkatkan risiko batu karang. Ini kerana kunyit tinggi bahan oksalat, bahan ini dapat mengikat kalsium dan membentuk kalsium oksalat (batu karang) dalam ginjal atau pundi kencing.
3.Untuk kurangkan risiko bentuk batu karang, sebaiknya minum susu selepas minum jus kunyit.
Boleh Ikut Cara Yang Dikongsikan Saintis Ini
TEKNIK SEBENAR SEDIAKAN JUS KUNYIT
1. Kunyit sebaiknya di ‘blend’, dimasak atas dapur sebelum diminum.
2. Kajian menunjukkan memasak kunyit yang dikisar dalam masa singkat (kurang 10 minit) dapat meningkatkan bahan berkhasiat (kurkumin) di dalam air rebusan dan lebih mudah diserap ke dalam darah.
3. Merebus kunyit dalam tempoh yang lama (lebih 15 minit) akan mengurangkan khasiat kunyit sehingga 50%. Teknik memanggang pula akan menurunkan khasiat sehingga 75% manakala menggoreng atau menumis akan mengurangkan khasiatnya sehingga 98%.
4. Menurut Saintis dari Institut Penyelidikan Teknologi Makanan, Mysore, India, memasak kunyit untuk tempoh yang lama akan menyebabkan kehilangan bahan berkhasiat sehingga 53%. Walau bagaimanapun, kehilangannya dapat diturunkan kepada 30% jika kunyit dimasak atau direbus bersama sedikit asam jawa.
5. Bahan berkhasiat kurkumin bersifat lipofilik (suka pada minyak) jadi, untuk meningkatkan penyerapan bahan khasiat dalam darah, kunyit sebaiknya diambil bersama susu atau sedikit minyak zaitun. Penggunaan santan pada kadar sederhana juga dibolehkan.
6. Meminum jus kunyit bersama secubit serbuk lada hitam juga dapat meningkatkan penyerapan bahan berkhasiat dalam kunyit. Kajian menunjukkan bahan piperine (bahan berkhasiat dalam lada hitam) dapat meningkatkan penyerapan bahan berkhasiat kunyit (kurkumin) sehingga 2000%.
Isteri Edika Yusof fail cerai, datang ke mahkamah berkerusi roda. Kisah rumahtangga pelakon Edika Yusof dan isterinya, Nor Hidayah Yusri, menjadi perhatian apabila dilaporkan bahawa Hidayah telah mengemukakan permohonan cerai terhadap suaminya sekitar pertengahan Februari lalu.