Kebanyakkan antara kita, bila masih tempoh menyusuhkan anak mesti rasa seakan takut untuk berdiet. Bimbang dengan berdiet akan memberi kesan kuantiti susu berkurangan. Jadi agak sukar untuk mengawal berat badan untuk kembali kurus hingga terpaksa bertabah selama 2 tahun atau sehingga anak tidak menyusu lagi.
Namun melalui perkongsian daripada doktor ini yang telah pun membuktikan berjaya untuk berdiet tanpa tidak memberi kesan kepada anaknya yang sedang menyusu badan ini wajar dicontohi.
Jom ketahui lanjut melalui perkongsiannya sebagaimana di akaun ignya.
Gambar kiri tu lah saya kurang dari setahun lepas! Berat sebelum 92kg dan sekarang dah 62kg.
Rupa-rupanya senang sangat nak turun berat ni dengan atkins.
Sekarang ni memang jenuh la menjawab dengan sedara mara sahabat handai macamana boleh turun banyak ni.
Kenapa atkins phase 4 and not phase 1? Becauseee im still breastfeeding.
Ada yang tanya tadi saya ambil nasi ke tak. YES i do, sebab at the same time kena monitor my breastmilk supply. Usually at least 1 portion per day(sesenduk penuh)-tapi ni bergantung pada ibu ye, lain ibu lain requirement. I want to make a confession,
malu nak ngaku yang 92kg bukanlah berat terberat saya. Tapi..sebenarnya..100kg
Why oh why..
Ads
100kg masa saya pregnant anak kedua saya last year. Yes i reached 3 angka..a number i wasnt proud of. Macam tak percaya! Lepas bersalin turun 8kg, je! Tolak baby placenta water retention etc. Lepas pantang pon turun ke 87kg je tak silap. Tak banyak pon.
Sebab tu kena ada langkah gerak gempur, i have to actively intervene.
Tapi…saya sabar tunggu baby sampai 6 bulan exclusive bf dulu. Lepas tu baru saya slow2 fikir nak diet since baby pon da start solid. InsyaAllah if ada ilmu, ada sistem, fully breastfeed sampai 2 tahun not a problem.
Ads
PENTING! Kena fikirkan baby, no matter what baby is a priority!
Saya pernah kurus(spt dalam gambar 55-60kg) masa zaman belajar. To be honest ive been struggling with my weight ever since sekolah rendah. Motivasi saya ialah diri saya sendiri!
Ada sekali tu pesakit nak buat appointment dan dia call dan kata nak dengan doktor yang gemuk tu. Selama ni ada je orang kata saya gemuk (not in a body shaming way) tapi ntahla..start dari situ macam dicabar. Nak jadi penyebab kot. End up secara tak langsung pesakit tu beri motivasi hebat! Motivasi ni sangat-sangatlah penting untuk buatkan kita konsisten k?
Menarik perkongsian saudara Eddy Azuan dalam menghasilkan mini kolam renang untuk anak-anaknya. Walaupun belajar melalui youtube, google dan juga facebook, namun hasilnya memang memuaskan.
Ibu bapa yang nak cuba boleh lah belajar melalui perkongsian ini.
“Projek DIY musim PKP : Kolam Renang Mini”
Alhamdulillah.. Akhirnya jadi reality juga projek ni…
Memang nak mula bertangguh tanguh.. tapi dah mula 7 hari siang malam kita usahakan juga secara SOLO… iyer.. sorang2… jaga SOP kan..😅😅😅.. adalah cuba dibantu oleh anak2…. tapi 3 minit ja dia bertahan.. 🤣🤣🤣
Buat projek ni hasil kajian dari GOOGLE , YOUTUBE dan FB…
Ni saya kongsikan step2 yg perlu lalu utk bg jadi… mana tau ada yg nak cuba DIY juga..
*Awas.. nak DIY projek ni mmg MAKAN MASA, TENAGA, dan KULIT PUN LEGAM dibuatnya🤣🤣🤣
Terima kasih sokongan isteriku Syuhada Kamil !!!! Tanpamu mmg tiada ketenangan utk fokus pada kerja2 ni…
*Ok.. projek dah siap, saya nak FOKUS balik kepada BISNES… Nak sewa/jual/beli rumah PM sy.. kasi settle A to Z
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ketika berdepan dengan masalah ekonomi yang melanda akibat kesan daripada Covid19 juga beberapa siri Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang ada di Malaysia. Selagi Malaysia tidak mencapai imuniti kelompok, selagi itulah negara kita ini akan terkesan.
Apa yang pasti hidup perlu diteruskan walau ramai yang diberhentikan, pendapatan berkurangan sehingga 80% dan dalam keadaan yang sukar seperti ini pun, anda sebenarnya masih boleh menjana pendapatan sama ada secara sampingan ataupun sebagai sumber pendapatan utama.
Ada beberapa idea yang mungkin perlukan sedikit masa untuk betul-betul menampakkan hasil, ada juga yang anda boleh lakukan terus. Apapun, boleh lihat beberapa idea yang boleh membantu anda untuk tambah pendapatan anda sekarang.
Jadi Penjual Di Shopee
Nak jadi penjual di Shopee ataupun Lazada ni tak susah. Saya pasti anda mempunyai akaun Shopee kan? Anda boleh gunakan akaun yang sama untuk menjual. Cuma kalau untuk menjual anda kenalah ambil tahu produk apa yang nak jual, shipping method Shopee dan lain-lain lagi.
Mungkin anda akan bertanya, nak jual apa di Shopee? Boleh mula dengan barangan terpakai di rumah anda. Ataupun kalau ada modal tu, boleh pergi beli barangan di laman web dari China seperti Alibaba (https://www.alibaba.com/) dan cuba jual di Malaysia.
Kalau anda mempunyai minat tertentu seperi memancing, memasak, bayblade dan lain-lain hobi, tiada masalah untuk menjual pelbagai barangan tersebut di Shopee ataupun Lazada.
Mula Melabur Saham
Walaupun disebabkan Covid19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), bursa saham tetap buka seperti biasa. Urusan jual dan beli saham semuanya dikendalikan secara online sahaja. Ya, anda boleh melabur dalam saham di Malaysia dan saya rekemen anda labur saham yang patuh syariah (https://smartinvest101.com/saham-patuh-syariah/). Ada lebih kurang 1000 lebih kaunter saham yang ada di Malaysia ini dan lebih 70% adalah kaunter yang patuh syariah.
Pelaburan saham memang merupakan satu jenis pelaburan yang berisiko tinggi, tetapi mengikut pengalaman saya sendiri sebagai seorang pelabur saham, apa yang pelabur perlu lakukan adalah untuk mengurangkan risiko pelaburan. Macam mana nak kurangkan risiko pelaburan? Adalah dengan menggunakan teknik Teknikal Analisis dan Fundemantal Analisis.
Pelaburan saham memerlukan satu tempoh pembelajaran dan kebiasannya perlukan dalam tempoh lebih kurang 1 tahun. Jika anda tidak mempunyai waktu seperti itu, jangan risau, ada banyak lagi idea lain yang membolehkan anda untuk tambah pendapatan anda.
Perniagaan Dropship Jual Tudung
Perniagaan ataupun business model Dropship ini adalah satu model perniagaan yang tidak memerlukan modal yang besar. Kenapa? Sebab tidak perlu simpan barang, penghantaran pun tak perlu, yang perlu difikirkan adalah macam mana cara nak buat jualan ataupun fokus kepada strategi pemasaran.
Tudung adalah antara cara cabang perniagaan yang popular kerana sekarang sudah ramai muslimah yang bekerja dan permintaan untuk tudung ini sangat tinggi. Selain daripada tudung, produk lain pun tiada masalah asalkan anda biasa dengan produk tersebut.
Macam mana nak berdaftar sebagai agen dropship? Cara paling mudah adalah anda pergi ke Facebook, di ruangan carian boleh taip, Dropship Tudung dan filter by group. Di sini anda akan nampak group yang memang mencari agen dropship. Anda boleh masuk ke dalam group seperti ini dan dapatkan info lanjut.
Jadi Rider
Nak pendapatan yang lebih cepat, boleh cuba memohon sebagai “rider”. Syarikat seperti Foodpanda, GrabFood ataupun syarikat penghantaran makanan ini memang memerlukan “rider” untuk perniagaan mereka. Anda boleh cuba memohon untuk menjadi “rider” tersebut di laman web ataupun boleh “walk in” ke pejabat mereka yang terdekat.
Selain daripada syarikat penghantaran makanan ini, anda pun boleh cuba memohon untuk menjadi “rider” di syarikat penghantaran barang seperti J&T, Shopee Express dan lain-lain. Tawaran sentiasa terbuka dan yang lebih penting adalah usaha.
Jadi Youtuber
Semasa PKP 1.0, ramai nama-nama besar Youtuber mula meningkat naik. Tahukah anda yang anda pun boleh menjadi seorang Youtuber. Nak mula pun tidak susah yang penting adalah anda perlu pilih topik berkaitan dengan Youtube Channel anda. Topik berkaitan dengan kewangan, kekeluargaan, kereta, memancing, memasak dan banyak lagi. Setiap topik seperti ini mempunyai peminatnya yang tersendiri.
Anda minat nak jadi Youtuber, boleh terus bermula sekarang. Cadangan saya pilih topik yang anda memang mempunyai minat dan labur untuk tools penting seperti mikrofon dan lain-lain.
Business Makanan Delivery
Anda buat perniagaan makanan dari rumah. Kenapa dari rumah? Sebab tak perlu bayar kos yang tinggi untuk sewa kedai. Ada macam-macam makanan yang anda boleh jual daripada sphegeti, sushi, nasi ayam, nasi beriani, satay dan lain-lain. Anda minat memasak, anda boleh masak makanan ini dan pada masa yang sama pun boleh cuba buat Youtube Channel berkaitan dengan masakan.
Ini adalah antara beberapa idea untuk anda tambah pendapatan semasa PKP. Mana tahu daripada idea ini, membolehkan anda untuk menjadikan idea ini satu pendapatan utama.
Apapun, semoga berjaya, disebalik kesusahan insyaAllah ada kesenangan.
Penyakit seperti kanser memang digeruni oleh semua wanita. Tanpa diketahui punca dan faktor utama penyebabnya buat wanita bertambah takut memikirkannya.
Mengimbangi hormon estrogen dan prestogen antara yang disarankan oleh pakar sakit puan tersohor, Dr. Hamid Arshat. Ini sebahagian yang dikongsikan oleh beliau bagi memastikan semua wanita lebih bijak dalam menjalani kehidupan lebih sihat, bebas daripada pelbagai penyakit yang melibatkan organ peranakan.
“Punca sebenar bagi penyakit-penyakit yang berkaitan dengan peranakan wanita seperti ketumbuhan fibroid, adenomyosis dalam rahim, endometriosis, ovarian cyst, kanser rahim dan kanser payudara tidaklah diketahui .
Baka memainkan sedikit peranan, tapi punca-punca persekitaran seperti kelemahan immunity, toksin, dan hormone estrogen yang berlebihan dalam tubuh badan wanita serta ketidak seimbangan antara hormone estrogen dan progesterone lebih berperanan dalam ketumbuhan tersebut.
Dalam keadaan biasa, hormone estrogen adalah sangat penting bagi fungsi-fungsi edaran haid, kesuburan, kehamilan, sifat-sifat kewanitaan, kecantikkan, fungsi-fungsi seks, bentuk badan dan lain-lain.
Tindakan-tindakan estrogen terhadap tisu-tisu biasanya diseimbangkan oleh hormon kedua wanita iaitu hormon Progesteron, yang hanya dikeluarkan jika wanita mengalami penetasan telur/ovulation. Banyak situasi yang menyebabkam wanita tidak mengalami penetasan telur / ovulation. Oleh itu, kekurangan hormone Progesteron boleh menyebabkan hormone Estrogen bertindak sewenang-wenangnya.
Beberapa situasi yang menyebabkan hormon Estrogen meningkat ialah kegemukan atau obesity. Lemak- lemak yang berlebihan boleh menggalakkan pembentukkan estrogen serta pengurangan Progesteron.
Selain daripada kilang telur, sumber lain bagi estrogen ialah kilang adrenal yang terletak di atas buah pinggang. Wanita – wanita yang mengalami masalah pembengkakan ovary seperti Polycystic ovaries Syndrome (PCOS) juga sering mengalami masalah hormon Estrogen yang berlebihan dan kekurangan hormone Progesteron.
Oleh itu, saya cadangkan beberapa langkah untuk mengawal tindakan atau pengaruh Estrogen agar ketumbuhan yang dinyatakan di atas dapat dikurangkan. Estrogen dibentuk dari cholesterol melalui rangkaian tindakan biokimia, dan enjim aromatase diperlukan.
Langkah-Langkah Mengawal Estrogen
1. Kekalkan berat badan ketahap yang sesuai mengikut kiraan BMI kerana kegemukan boleh menggalakkan penghasilan Estrogen yang berlebihan.
2. Lakukan senaman kerana senaman mempunyai pelbagai faedah di antaranya dapat mengimbangkan hormone Estrogen dan Progesteron.
3. Mengawal stress. Selain boleh meningkatkan hormone cortisol/steroid, stress juga mempunyai pelbagai pengaruh yang boleh mengancam kesihatan wanita. Ia juga meningkatkan tahap Estrogen.
Oleh itu, ambillah langkah- langkah mengawal stress seperti membaca Al-Quran, solat, berzikir, berselawat ,bersenam selama 30 minit sehari, yoga dan yang paling mudah adalah dengan melakukan deep breathing exercise.
Deep breathing exercise ini boleh dilakukan di mana- mana setiap satu atau dua jam. Ini dapat menenangkan fikiran dan sekaligus dapat mengimbangkan hormon Estrogen dan Progesteron.
Pengambilan makanan yang berkhasiat
Ada beberapa jenis makan yang bertindak mengawal tahap Estrogen iaitu:
1. Buah delima/ promegranate
Pengambilan buah delima atau mengamalkan jus delima setiap hari akan memberi pelbagai faedah kesihatan. Antaranya ialah mengawal tekanan darah, mengurangkan arterosclerosis dan juga boleh mencegah/ mengurangkan risiko sakit jantung. Seterusnya, ia juga bertindak sebagai anti-estrogen dengan mengawal enzim yang digelar aromatase enzim yang biasanya menggalakkan peningkatan Estrogen.
2.Sayur- sayuran
Sayur- sayuran seperti brokoli, kobis, bunga kobis, sawi dan bayam mempunyai kandungan chlorophyll yang bertindak mengawal penghasilan hormone Estrogen. Ia juga mengandungi sterol yang memang bertindak mengawal pembentukan Estrogen.
3. Minyak zaitun (Extra virgin olive oil)
Minyak zaitun ini jika diamalkan setiap hari boleh mengawal tahap Estrogen dalam tubuh wanita melalui satu kandungannya yang digelar lutreopin yang juga mengawal /menindas tindakan enzim aromatase (enzim yang bertanggungjawab dalam penghasilan estrogen) di mana sekaligus mengawal penghasilan hormone Estrogen yang berlebihan.
4. Cendawan
Cendawan yang dikatakan boleh mencegah enzim aromatase ialah cendawan butang atau cendawan Shitake yang bukan sahaja mencegah penghasilan Estrogen, ia juga boleh mengawal kanser.
5. Biji anggur (grapeseed)
Biji anggur mengandungi pelbagai bahan resveratrol dan lain- lain polyphenol yang banyak mempengaruhi kesihatan manusia. Di antaranya ialah, mencegah penyakit jantung dan angin ahmar. Ia juga bertindak mengurangkan hormone Estrogen dalam badan wanita.
6. Chia Seed
Chia seed merupakan bahan yang berguna untuk mengurangkan tahap Estrogen dalam tubuh badan wanita. Begitu juga flexseed. Chia seed mengandungi omega 3 yang tinggi di samping vitamin – vitamin lain juga yang mempunyai faedah dalam kesihatan wanita.
7. Oat
Oats adalah makanan yang sering diambil pada waktu sarapan. Ia juga diketahui mengandungi bahan steroidal saponins untuk mencegah tindakan enzim aromatase yang seterusnya menggalakan penghasilan Estrogen.
8. Buah-buahan Citrus
Buah buahan citrus seperti lemon,limau kasturi, limau bali, limau nipis di samping mangandungi vitamin C,dan anti-oksidan, ia juga mengandungi unsur anti-estrogen. Minum air limau kasturi (2 biji ), sebiji limau nipis atau sebiji lemon diperah juz ke dalam segelas air suam dan dicampur satu sudu madu. Amalkan setiap hari.
9. Bawang
Bawang banyak digunakan sebagai rencah dalam makanan kita. Di samping megandungi bahan- bahan yang mengandungi anti-oksidan, ia juga boleh mencegah serangan sakit jantung. Ia juga mengandungi bahan dipanggil quercetin, sejenis flavonoids yang mengurangkan tahap Estrogen dalam badan.
10. Kunyit
Kunyit mengandungi banyak khasiat Kesihatan di antaranya dapat mengurangkan hormone Estrogen dalam badan wanita. Mengamalkan kunyit/perahan air kunyit 2-3 kali seminggu dikatakan baik untuk mengimbangkan hormone Estrogen dan Progesteron.
11. Algae ( spirulina/ chlorella)
Algae diketahui ada kesan mengawal pembentukan Estrigen dalam badan. Algae boleh diamalkan untuk mengimbangkan hormon wanita.
12. Makanan – makanan fermented
Makanan fermented daperti Tempe, yogart, kimchi, diketahui mempunyai pelbagai faedah dan juga berbillion bacteria baik untuk badan dan melawan bacteria yang berbahaya untuk usus kita. Ia juga mempunyai kesan anti – Estrogen.
13.Minyak kelapa Dara
Minyak kelapa dara diketahui mempunyai kesan anti-Estrogen.
14. Bawang Putih
Bawang putih mempunyai pelbagai kesan untul mengawal peredaran darah dan mengurangkan risiko sakit jantung dan angin ahmar. Ia juga mempunyai kesan anti – Estrogen.
15. Daun Kuchai
Daun Kucai juga mempunyai bahan – bahan yang bertindak sebagai anti-Estrogen.
16. Berries (black berries, blackcurrant, mulberry)
Berries mengandungi bahan anti-oksidan dan juga flavonoids yang banyak faedahnya terhadap kesihatan tubuh badan wanita. Di samping itu juga ia bertindak sebagai anti-Estrogen.
Ambillah langkah-langkah untuk mengimbangkan hormone serta mengurangkan tahap Estrogen dalam tubuh badan wanita agar penyakit-penyakit seperti fibroid, adenomyosis dalam rahim, endometriosis, ovarian cyst, kanser rahim dan kanser payudara dapat dikawal di samping mengambil langkah- langkah lain untuk mengawal penyakit-penyakit tersebut.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Faizal Ismail mencuri perhatian apabila tidak dapat menahan sebak ketika menjadi wali dalam majlis pernikahan anak sulungnya, Nur Khairina Iman, yang berlangsung di Cyberjaya.