Sejak bulan lepas lagi, pakar kesihatan kerap menasihatkan orang ramai agar mengurangkan aktiviti luar rumah serta banyakkan minum air kosong kerana cuaca panas yang tinggi berlaku sejak kebelakangan ini.
Berikutan dari itu, ianya boleh mengundang kepada masalah kesihatan akibat dari perubahan cuaca ini seperti strok haba.
Namun, mungkin kerana kemeriahanmenyambut Syawal ini telah menyebabkan kita terlepas pandang akan peringatan ini lebih-lebih lagi teruja bertemu sanak saudara yang telah lama tidak berjumpa.
Baru-baru ini, telah tular di laman sosial apabila seorang kanak-kanak lelaki dilaporkan meninggal dunia akibat strok haba dan dehidrasi selepas bermain di luar rumah. Ianya telah disahkan sendiri oleh ibu kepada kanak-kanak tersebut iaitu Wanie Iwan, melalui hantaran di media sosial.
Menurut Wanie, anaknya bernama Aqil atau nama penuhnya Muhammad Syamil Aqil adalah seorang yang sangat aktif bermain di luar rumah pada hari raya pertama dan kedua sebelum mula menunjukkan tanda-tanda lemah pada hari raya ketiga.
“Raya pertama dan kedua sangat-sangat aktif. Raya ketiga hanya demam biasa dan cirit-birit. Ibu monitor setiap jam suhu badan tetapi tak tinggi sangat, 37 – 39’c sahaja.
“Raya keempat selepas Subuh, Aqil kelihatan lemah dan dibawa ke klinik. Siap-siap pakai baju dan tiba-tiba nyetok (kekejangan) dan terus bawa ke klinik berdekatan.
Ads
“Sampai di sana, doktor masukkan oksigen dan air. Nadi Aqil tiba-tiba berhenti dan masa ini jantung ibu pun rasa macam tak ada dah. Semua doktor on call turun sebab Aqil tiba-tiba colapse.
“Semua doktor berusaha sehabis mungkin untuk menyelamatkan Aqil. Saya dan suami serahkan kepada doktor untuk buat apa pun agar anak dapat diselamatkan. Sejam doktor berusaha, tetapi nadi Aqil tak naik-naik.
“Doktor minta kami redha. Tepat jam 9.27 pagi, 25 April 2023, doktor mengesahkan Aqil telah tiada,” katanya.
Keputusan dari bedah siasat mengesahkan bahawa Aqil disahkan mengalami strok haba dan dehidrasi.
Ads
“Doktor operate terus nampak semua isi dalam dah ‘hangus’, jantung dan buah pinggang Aqil ‘hangus’ habis dah. Dalam dah kosong. Air dan darah dalam tubuh dah kering,” kata Wanie.
“Jam 9 lebih, Aqil dah selamat pergi ke negeri abadi. Selamat berehat anak ibu. Penghuni pertama rahim ibu, zuriat pertama abah ibu yang mengajar erti kehidupan dan kasih sayang. Semoga Aqil tenang dan riang bersama kawan-kawan baru,” katanya.
Dalam pada itu, Wanie juga menasihatkan golongan ibu bapa mengambil iktibar atas kejadian yang berlaku pada anaknya.
Ads
“Tolong ibu bapa di luar sana, ambil iktibar dari cerita anak saya. Tolong jangan bagi anak bermain di luar yang cuacanya panas. Suhu pada ketika ini sangat-sangat panas. Beri anak minum air secukupnya.
“Saya redha, doakan untuk saya terus kuat menghadap kehidupan dunia dengan kehilangan satu nyawa saya. Damailah anak syurga ibu Muhammad Syamil Aqil,” katanya.
Mungkin ada di antara anda yang pernah mengalami situasi anak kecil menangis dengan kuat. Bukan itu sahaja, kelakuannya berubah, matanya terbeliak/meliar ke atas pada tempat yang sama terutamanya waktu maghrib?Pasti membuatkan anda cemas dan bingung apakah yang berlaku bukan?
Ini berlaku disebabkan oleh rumah anda mungkin dimasuki jin. Menurut Ustaz Azhar Idrus, 10 minit sebelum maghrib pastikan pintu rumah dan tingkap telah ditutup untuk elak rumah dimasuki oleh Jin bernama Ummu Sibyan. Ummu Sibyan ini hanya akan masuk ke dalam rumah yang mana pintu dan tingkap terbuka luas.
Mengulas mengenai isu tersebut, Dr Taufiq Razif berkongsi mengenai anak perempuannya yang mengalami situasi yang sama.
Mungkin panduan yang diberikan oleh doktor ini dapat membantu ibu bapa di luar sana yang mungkin mengalami situasi yang sama.
Maryam Soolihah pernah menangis dengan memandang siling rumah. Tangisan dia masa tu memang dasyat!
Dengan mata bulat memandang ke atas memang buat saya rasa tak sedap hati. Saya tahu tangisan bayi ni kebanyakannya normal kecuali tangisan yang disertai :
– demam tinggi
– jadi taknak menyusu langsung
– muntah-muntah
– penafasan laju
– sawan
– perut kembung
– tak berak dan tak kencing
– cirit birit yang cair ataupun beserta darah
Kalau yang ni memang sebaiknya kena bawa bayi jumpa doktor tapi si Maryam ni normal je cuma tangisan dia tu melampau-lampau dan mata dia selalu pandang ke atas.
Saya jenis tak percaya bab syaitan, jin dan alam ghaib ni kecuali yang ada dalam Al Quran dan Hadis. Rupanya memang ada sejenis jin pengganggu anak kecil yang disebut dalam Hadis. Namanya Ummu Sibyan.
Hadis Ummu Sibyan tu Hadis daif tapi larangan untuk tak bagi anak-anak keluar waktu senja, tutup pintu waktu senja dan tak digalakkan buka pintu pada waktu senja ni memang ada dalam Hadis Sahih.
Nak tahu anak kita kena gangguan ‘luar’ waktu senja ni senang je. Kalau ada tanda ni mungkin dia tengah diganggu :
1. Menangis pada waktu senja
2. Ada pintu yang terlupa nak ditutup
3. Anak normal dan takde sakit apa-apa
4. Cuba gerakkan badan dan kepala anak kita masa dia menangis. Kalau dia tetap pandang pada satu tempat, ada kemungkinan kena gangguan la tu.
Kalau dah jadi camtu cepat-cepat cari pintu atau tingkap yang tak tertutup tu dan tutup segera dengan baca Bismillah. Amik air, baca Ayat Kursi 3x dan hembus pada air. Sapu air tu sambil usap pada wajah anak kita. Kalau tak reda jugak cuba azan dalam rumah ye.
p/s : Jangan pulak ingat semua tangisan bayi ni sebab gangguan. Kebanyakannya normal je insyaAllah. Biasa la budak-budak nak membesar tapi ilmu tentang tangisan bayi ni semua mak ayah wajib tahu. Tolong bagitahu mak ayah yang belum tahu sebab sangat ramai mak ayah yang tahu tentang info ni.
Selepas menahan sakit lebih 16 jam. pelakon Ardell melahirkan bayi sulungnya pada 5 Jun yang lalu. Menurut suaminya, pelakon Nadzmi Adhwa, Ardell melahirkan anak mereka secara normal pada pukul 2.22 pagi.
Kegembiraan Ardell Aryana bergelar ibu bagaimana pun tidak dapat diraikan bila mana dia hanya dapat berjumpa bayinya selepas tiga hari melahirkan. Kisah tersebut dikongsikan oleh Ardel. Menurutnya, sebaik sahaja bersalin dia mengalami muntah-muntah dan pengsan selepas kejadian turun darah. “Hari ke 3 baru dapat merasa dalam dakapan Umi (Ardell). Selepas je selamat melahirkan saya Umi muntah terus pengsan. “Keesokkan harinya Umi cuba bangun nurse mandi kan Umi muntah lagi kemudian Umi pengsan terus dalam tandas sebab Umi turun banyak darah tapi Umi tetap juga kuat,” tulisnya.
Ardell berkongsi pengalaman tersebut di akaun Instagram (IG) anaknya @babyadhwardell. Difahamkan IG tersebut diwujudkan bagi menceritakan perjalanan serta perkembangan anak mereka.
Menerusi entri tersebut dia memuat naik video ketika saat berada di hospital melahirkan anak pertamanya pada 5 Jun lalu.
Pun begitu, Ardell kini dilaporkan semakin sihat. “Alhamdulilah hari ini Umi saya dah semakin kuat tak pengsan lagi dapat duduk dalam dakapan umie sekejap semalam dan pagi tadi . “Get well soon umie. Baby dan abie doakan,” katanya.
Sementara itu nadzmi dalam satu perkongsian di laman instagramnya tidak dapat menahan rasa sebakdan gembira dengan kelahiran bayi sulung mereka. Alhamdulillah. Terima kasih Allah. Terima kasih keluarga kami yang tak tido tak lekang dengan mendoakan kami Terima kasih atas doa baik baik dari kalian semua. Isteri saya telah selamat melahirkan @babyadhwardell secara normal pada hari Jumaat yang mulia ini , 5 June 2020 , Pukul 2.22.22s pagi tadi selepas berjuang menahan sakit lebih 16 Jam.
“Tak tahu nak cakap mana perasaan tu. Sedih , Sayu , Gembira semua bercampur bila melihat sendiri kesakitan dan perjuangan isteri. Terima kasih Dr Khamsiah Muda @andorrahospitalofficial kerana sama sama berjuang dengan @ardellaryana Sekali lagi terima kasih atas doa kalian semua.
Minggu lalu tular di setiap pelosok sosial media tentang seorang bapa gagal menyelamatkan anaknya yang telah dibaham buaya ketika sedang berkayak telah membuatkan ramai sebak terhadap nasib malang yang menimpa dirinya.
Videonya yang sedang meraung mengenangkan nasib anaknya itu sememangnya menyayat hati bagi siapa yang menontonnya. Malah, si ayah juga sedaya upaya untuk menyelamatkan insan tersayangnya itu sehingga dia mengalami kecederaan yang serius di bahagian kepada dan badan. Namun, anaknya tidak dapat diselamatkan daripada menjadi mangsa ‘ratah’ reptilia tersebut.
Baru-baru ini, seorang influencer, Adrian Edy memuat naik di laman TikToknya, dia telah melawat bapa mangsa kanak-kanak itu dengan memberikan kata-kata semangat serta memberi sedikit sumbangan berbentuk wang ringgit.
Ujar Adrian, lelaki terbabit telah reda dengan pemergian anaknya dan apa yang membuatkan orang ramai terharu adalah dia menyiman hasrat untuk berjumpa anaknya di syurga kelak.
“Ziarah pak cik Morehan, ayah kepada mangsa yang dibaham buaya di Lahad Datu beberapa hari lalu, sedih sangat, beri kata kata semangat dan duit belanja buat pakcik,
“Pakcik kata dia reda dengan apa yang terjadi, tuhan lebih sayangkan anak dia , nanti dia akan jumpa anak dia di syurga katanya,” tulisnyanya di ruangan kapsyen.
@adrianedy7 Ziarah pakcik Morehan, ayah kepada mangsa yang dibaham buaya di Lahad Datu beberapa hari lalu, sedih sangat, beri kata kata semangat dan duit belanja buat pakcik, pakcik kata dia redha dengan apa yang terjadi, Tuhan lebih sayangkan anak dia , nanti dia akan jumpa anak dia di syurga katanya 😭 #fyp#adrianedy♬ Belum Siap Kehilangan – Stevan Pasaribu
Meninjau di ruangan komen, rata-rata meluahkan rasa sebak melihat wajah lelaki tersebut. Tidak ketinggalan, ramai yang memuji dan berterima kasih buat influencer ini datang menghulurkan bantuan.