Donut Ball 2 Bahan, Mudah Dibuat & Comel. Sesuai Sangat Jadikan Kudapan Untuk Anak-anak!
Jarang kita lihat anak-anak akan menolak jika diberikan donut. Maklumlah donut ini bukan sahaja lembut dan gebu bila dimakan, malah kemanisan gula yang menyaluti donut juga mencuri perhatian anak-anak untuk menikmati hidangan tersebut.
Lantaran itu bagi memenuhi selera anak, kita sebagai ibu tentunya teruja untuk menyediakan menu kegemaran keluarga dari air tangan sendiri. Jadi apa kata, hari ini anda sediakan donut dengan menggunakan resipi yang cukup ringkas dan mudah ini.
Hanya menggunakan 2 bahan sahaja seperti mana perkongsian resipi daripada Reha Rahma, donut gebu bahkan comel dapat disediakan dengan mudah!
3.Kemudian masukkan adunan ke dalam piping bag. Kalau tiada piping bag boleh guna plastik bungkus makanan.
Gunting hujung piping bag agak-agak saiz comel. Masukkan seketul-seketul dalam minyak yang telah panas, goreng dengan api sederhana. Boleh angkat bila dah nampak warna perang-perang. Api jangan kuat sangat ya, donut ni cepat sahaja masak.
Angkat dan golek-golek dengan gula kastor masa donut tengah panas lagi. Guna gula aising pun boleh.Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
pulut_canteq Seindah Namanya. Hias Hanya Guna Ukiran Buah & Sayur, Tarik Perhatian Warganet!
Pulut kuning merupakan sajian istimewa bagi kita orang Melayu. Bukan sahaja dihidang untuk meraikan anak-anak yang khatam al-Quran, malah turut dijadikan hidangan istimewa untuk merai sambutan ulang tahun mahu pun merai mempelai.
Bahkan boleh dikatakan menjamu hidangan pulut kuning ini ibarat simbolik menzahirkan rasa kesyukuran apabila dikurniakan rezeki dan nikmati untuk dikongsi bersama orang lain.
Lantaran itu, tidak hairanlah kini pulut kuning bukan sahaja dihidang begitu sahaja bersama rendang, kari, mahupun serunding ataupun sambal tetapi turut dihias cantik berseni yang nyata memukau pandangan.
Ini sebagaimana sering dikongsikan oleh Puan Mahiran Binti Samsuddin di akaun Instagram pulut_canteq. Difahamkan keunikan hasil air tangan dan kepakaran yang dimiliki olehnya membuatkan pulut_cantiq kian mendapat tempat di hati wargamaya.
Apa tidaknya lihat sahaja satu persatu posting yang dikongsikan, semua pulut kuning terhias cantik dengan bunga-bunga hiasan yang dihasilkan daripada sayur-sayuran dan buah-buahan. Bahkan uniknya lagi, langsung tidak menggunakan fresh flower atau artificial flower.
Bukan Satu, Tapi 6 Jenis Pulut Jadi Pilihan
Meskipun baru sahaja memulakan perniagaan sekitar Januari 2021, pun begitu siapa san kini telah menerima banyak tempahan bukan sahaja sekitar Lembah Klang malah menjangkau hingga ke serata tempat.
Memberi lebih variasi kepada pelanggan, pulut-canteq turut menawarkan pelbagai pilihan pulut yang tidak hanya menjadikan pulut kuning bersama rendang atau kari pilihan utama, malah pelanggan juga ditawarkan dengan Pulut Pandan bersama sambil bilis, Pulut Tetal bersama Serawa Durian, Wajik Pandan dan Wajik Gula Merah.
Apa yang pasti setiap satunya mempunyai rasa yang cukup enak dan digemari ramai.
Tawar Pelbagai Pilihan
Tidak hanya menawarkan tempahan pulut kuning, malah turut menunaikan permintaan pelanggan mencari perkhidmatan ukiran sayur, buah untuk meja beradab.
Malah bakat seni yang dimiliki turut dimanfaatkan dengan menerima tempahan gubahan buah-buah untuk hantaran mahupun untuk dijadikan hadiah istimewa kepada insan tersayang.
Harga Berbaloi
Menariknya juga bila membuat tempahan pulut kuning bersama pulut_canteq, pelanggan boleh membuat pilihan sama ada berkenan bentuk kek atau berhias dengan tawaran harga serendah RM70 . Manakala untuk Pek Personal atau Door Gift pula bermula dengan harga RM5.
Berkongsi berkenaan perancangan masa depan pula, pulut_canteq berharap suatu masa nanti akan dapat menghasilkan pek pulut kuning dan rendang yang ‘di retort’ agar dapat tahan lama dan sekali gus membolehkan setiap antara pelanggan setianya dapat menikmati pulut kuning pada bila-bila masa. Bahkan boleh dipasarkan kepada market yang lebih luas dan tanpa membataskan lokasi penghantaran.
Promosi Buat Anda!
Jadi buat anda yang bukan sahaja teringin untuk merasai sendiri keenakan pulut kuning dengan membuat tempahan di pulut_canteq, anda juga berpeluang menyertai Kelas PJJ Dan Hands On dengan harga yang rendah. Belajar hingga pandai kerana pelajar dapat berkomunikasi langsung dalam group whatsapp walaupun selepas habis kelas.
Yuran penyertaan :
Kelas PJJ – RM50 seumur hidup
Kelas Hands On – RM300 sahaja
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Roti adalah antara hidangan kegemaran seisi keluarga. Selain beli dikedai, anda boleh membuatnya sendiri di rumah.
Menarik perkongsian puan Lina Thomas. Apa kata cuba buat di rumah.
IKUTI PERKONGSIAN
Late midnight baking
Kali ni kak lina guna resepi bun @matgebu, thanks dear!
Gula Melaka Coconut Buns
Bahan Doh :
500 g tepung roti
240 ml air
20 g susu tepung
1 biji telur gred A, dipukul sedikit
80 g lemak sayur (shortening)
100 g gula halus
1/2 camca teh garam
2 camca teh yis segera
1 camca teh bread improver
1 camca teh bread softerner
Cara membuatnya :
UNTUK DOH : Satukan semua bahan2 untuk doh kecuali lemak sayur, gaul rata dan uli 10 minit. Gaulkan dengan lemak sayur sedikit demi sedikit hingga habis sambil diuli lagi 10 – 15 minit atau hingga doh menjadi kenyal dan elastik.
KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan2 untuk doh dalam Bread Maker, pilih setting untuk doh dan “on”. Tunggu hingga siap.
UNTUK BUN KELAPA:- Keluarkan doh, tumbuk dan uli 5 minit. Bahagi2kan doh kepada bebola seberat 50 g setiap satu. Ambil sebiji bebola, leperkan dan sudu 1/2 camca besar inti kelapa, cantum dan bulat2kan. Susun dalam loyang yang telah disapu sedikit mentega, jarakkan untuk doh mengembang. Buat hingga habis. Biar bun 45 minit kemudian bakar dalam oven pada suhu 180C selama 7 – 10 minit atau hingga permukaan roti keperangan. Sapu dengan mentega sementara roti masih panas. Menghasilkan kurang lebih 24 biji buns. (saya sapu telur dan tabur kelapa kering)
Selamat mencuba!
Kredit: Lina Thomas
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bestnya dapat buat sendiri sate di rumah bersama anak-anak. Selain dapat makan dengan banyak dan berselera, anak-anak pasti lebih seronok ketika proses membakar sate.
Mengipas sate beramai-ramai dan berebut-rebut kala sate sudah masak memang seronok. Momen sebegini pastinya buat anak-anak gembira. Kita pun rasa seronok dapat buat anak-anak terhibur.
Tapi yang selalunya jadi ‘spoil’ bila sate yang kita sediakan terhangus kerana gagal mengawal api. Tak kurang juga lidi yang mudah patah ketika proses membakar. Tahu tak sebenarnya ada cara yang diamalkan oleh pengusaha sate untuk pastikan lidi kekal mantap dan tak patah ketika dibakar?
Begini caranya.
Ikuti Langkah Ini:
1. Ambil lidi sate dan biarkan ia direndam terlebih dahulu di dalam air.
2. Biarkan selama 30 minit atau lebih.
3. Kemudian barulah dicucuk daging atau isi ayam.
4. Ketika membakar sate, adakalanya basahkan tangan anda dan ketika mengalihkan sate, bila anda pegang lidingnya, lidi akan kekal basah.
Teknik membasahkan lidi ini buat lidi jadi lebih lembut. Lidi yang lembut dan lembap akan menyukarkan ia terbakar. Senang kan?
Layan Resipi Sate Special
Resepi ‘special’ ini dikongsikan oleh seorang peniaga sate, Puan Fieza Aryan. Jadi jom kita cuba untuk anak-anak.
Sate Ayam Sedap
Bahan Perap:
1 ekor ayam -dipotong kecil
6 biji bawang besar
6 batang serai
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh ketumbar
Sedikit serbuk kunyit
1 cawan gula pasir
1 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk perasa
Bahan Kuah:
1/2 kg kacang tanah
6 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
5 sudu besar cili boh
2 sudu besar air asam jawa
1 sudu besar gula
Sedikit air
Garam secukup rasa
1 liter air
3 batang serai -diketuk
Bahan Nasi Impit Homemade:
3 cawan beras Siam -beras wangi pun boleh
5 cawan air
Caranya:
1. Kisar kesemua bahan perap (kecuali ayam, garam, gula dan perasa)
2. Gaulkan bersama isi ayam yang dipotong kecil.
3. Perasakan dengan garam, gula dan perasa. Gaul rata. Biarkan di perap semalaman.
4. Untuk kuah kacang pula, goreng kacang tanah tanpa minyak dan buangkan kulitnya. Kisar hingga sedikit hancur.
5. Untuk kuahnya, panaskan minyak dan tumis semua bahan hingga naik bau.
6. Kemudian masukkan air dan juga kacang yang dikisar. Kacau rata.
7. Ambil serai dan masukkan ke dalam kuah kacang. Biarkan hingga masak.
8. Untuk nasi impit pula, apabila nasi masak, masukkan ke dalam plastik.
9. Tekan kuat dan penyetkan nasi ketika masih panas. Biarkan hingga sejuk.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kes bayi tertukar di hospital mencetuskan trauma apabila seorang bapa mendakwa bayi perempuan mereka diserahkan sebagai bayi lelaki selepas rawatan di wad.