Sejak kebelakangan ini tular tentang donut kampung red velvet selepas ada pempengaruh mula menjual kuih tersebut. Bagi yang duduk berdekatan, boleh la merasai sendiri donut tersebut.
Yang mana duduk jauh ni, gigit jari lah gamaknya! Oh tak…. Tak perlu nak sampai gigit jari. Cer buat sendiri sahaja di rumah! Bukan susah pun tau nak buat, campur je semua bahan, adun, dan siap! Tak percaya? Jomtengok resipi yang dikongsikan oleh Puan Hana ni. Uli guna tangan je tau! Yang pasti, hasilnya donut tu lembut sampai ke malam. Jom cuba!
Donut Kampung Red Velvet, Lembut Sampai Ke Malam
Donut kampung je tapi ditambah perisa red velvet. Cara mudah untuk membuatnya hanya dengan ulian tangan. Boleh menghasilkan anggaran 10 ke 12 biji donut mengikut kesesuaian acuan atau besarnya bebola doh.
Bahan-bahan:
Ads
*2 cawan tepung gandum
*1 sdb gula
*1sdb susu tepung
*1/2 sdb margerin
*1 sdt yis kering
*Secubit garam
*1 sdt pewarna red velvet emulco
*1 sdt serbuk koko
*1/2 cawan air lebih kurang
1/2 cawan gula kaster
Cara penyediaan:
– Masukkan semua bahan bertanda (*) ke dalam 1 mangkuk besar.
Ads
– Sebatikan dan uli sekitar 10 minit. Rehatkan selama 5 minit.
– Boleh dibentuk menggunakan acuan atau dibuat bebola.
– Biar naik sekitar 20 minit dan panaskan minyak dengan api sederhana.
– Masukkan donut tadi. Goreng 1 minit di setiap bahagian.
Siapa yang pernah menikmati rasa puding roti orang dulu-dulu mesti teruja untuk merasainya berkali-kali. Rasanya enak dan tersendiri. Malah menyediakannya juga cukup mudah.
Namun buat yang belum pernah merasainya, elok dicuba resipi yang dikongsikan oleh Yatie Eimra dan bolehlah nikmatinya bersama seisi keluarga.
Ini perkongsiannya.
Sekarang ni tengok orang buat puding roti letak macam² bahan & makan dengan kos kastard la, sos vanila la.. Tapi tekak saya tetap suka puding roti versi kampung² aje macam mana yang mak ajarkan masa zaman sekolah² dulu.. Selain makan waktu minum petang, kekadang tu kitorang makan puding roti ni untuk breakfast gak. Sebab tu tak suka yang fancy² bagai..
Guna 4 je bahan wajib. Rendam roti dalam air, bila dah lembut lenyek² sikit lepas tu masukkan telur (dibuang pusatnya), gaul² sekata. Masukkan susu pekat. Kalau nak lebih sedap & rasa lemak berkrim, boleh gak tambahkan susu cair.. Nak letek esen vanila pun boleh, taknak pun takpe sebab dah buang pusat tadi. Kukus. Dah siap nak makan terus boleh, makan sejuk pun sedap.. Tapi yang ni saya tabur serbuk kayu manis sikit sebab memang suka.. Hehee.. Ada ke yang suka puding roti plain/versi kampung camni?
Ni saya bagi resipi/tip sekali kot ada yang nak cuba. Orang² tua dulu ajar bagi tip je..mane bagi sukatan yang tepat, tapi sebabkan saya risau hasilnya tak sama, jadi bila mak ajarkan tu..saya sukat sesiap airnya.. Ekeke.. So, insyaAllah setiap kali buat, hasilnya tak mengecewakan
Tip dari mak saya
Roti = Boleh gunakan roti sandwich putih atau yang sandwich coklat/berperisa. Kalau guna roti yang manis, kurangkan susu pekat ye. Kalau guna roti wholemeal lak, kena lebihkan air sebab roti ni serap air lebih banyak.
Telur = Sebiji telur saiz A untuk setiap 2 keping roti atau 2 biji telur saiz C untuk setiap 3 keping roti.
Air = 50 ml untuk setiap sekeping roti (yang ni saya sukat masa belajar buat time kecik² dulu) Boleh kurangkan separuh sukatan air jika nak guna susu cair. Contohnya jika buat 4 keping = 100 ml air, 100 ml susu cair (½ cawan teh air, ½ cawan teh susu cair). Kalau nak guna susu segar, sukatan tetap 50ml untuk setiap sekeping roti.
Susu pekat = 1–1½ sudu makan bagi setiap sekeping roti. Saya tak kuat manis, pada saya 1 sudu makan ni manisnya just nice. Tapi kalau suka yang manis, boleh ler tambah lagi..
Ok, ni resipi yang saya buat ni lak.
Puding Roti Versi Kampung
Bahan²
4 keping roti
100 ml air (kalau taknak tambah susu cair, guna 200ml air atau 200ml susu segar/1 cawan)
100 ml susu cair* (xpayah letak ni kalau guna susu segar)
2 biji telur A
4 sudu susu pekat manis
Cara²
1. Rendam roti dalam air & susu cair.
2. Bila roti dah lembut, lenyekkan
.
3. Masukkan telur. Gaul sekata.
4. Tambah susu pekat. Gaul sebati.
5. Sebelum masukkan adunan dalam bekas, lengser dengan marjerin/mentega pada bekas supaya hasil kuih cantik bila dikeluarkan.
6. Kukus api sederhana besar (jangan besar sangat, nanti permukaan puding telur tu menggelembung²) selama 25-30 minit.
7. Kalau suka boleh tabur serbuk kayu manis.
*Untuk versi bakar, suhu 180°c bakar 25–30 minit atau sehingga masak. (oven saya kecik & cepat panas, saya gunakan suhu 170°c jer.. )
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Masa dan ketika musim durian inilah kita semahunya makan durian hingga puas. Maklumlah harganya sedikit murah berbanding hari-hari biasa.
Selain dimakan begitu sahaja, durian juga enak dijadikan aiskrim. Dan jika anda ingin tahu caranya ikuti perkongsian dari Puan Nurul Azzwa yang juga pada awalnya teringin ingin merasa aiskrim durian setelah beberapa hari melihat sharing posting daripada orang lain.
Mungkin anda juga tarasa teringin?
Jom semak resipinya.
Dah berhari-hari nampak orang buat aiskrim durian ni. Jadi semalam saya dengan kakak pon cubalah buat memandangkan pergi pasar semalam ada orang jual durian RM7/kg.
Tambahan sikit, sebab ada strawberi lebih sikit dalam peti dan dah lembik sikit, maka kami pon cuba buat aiskrim strawberi jugak.
Resepi dia sama je macam banyak orang share sebelum ni, cuma beza dia kami tak letak pewarna, jadi warna dia cuma warna buah asli gitu. Jadi kepada yang teringin, saya sertakan resepi dia sekali ye.
RESEPI AISKRIM DURIAN/STRAWBERI SEMUDAH ABC
-Susu cair 1 tin
-Ovalette 1 sudu besar
-Susu pekat 2 1/2 sudu besar (kalau strawberi letak lebih sikit dalam 5/6 sudu sebab masam)
-Durian 5-6 ulas atau strawberi dalam 8-10 biji (buah-buahan ni boleh letak lebih)
Blendkan kesemua bahan, tuang dalam bekas dan bekukan sehingga keras sesuai untuk dinikmati
Selamat mencuba!
(p/s: rasa aiskrim strawberi tak seindah aiskrim durian bagi saya??. Hehe tapi masik mabelesss)
sumber : Nurul Azzwa Abdul Basir
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Resipi simple tapi membuka selera seisi keluarga. Bagi anda yang tak suka makan menu berat baik ketika berbuka mahupun sahur, mungkin resipi sambal telur tiga rasa ini sesuai.
Lebih-lebih lagi kalau waktu bersahur. Daripada tak berselera terus tak cukup sepinggan nasi kalau dapat macam ni kan. Lebih-lebih lagi bagi anda yang suka menu berasaskan telur.
Nah ibu-ibu, admin kongsikan resipi air tangan dari puan Liza Idris. Selamat mencuba!
Nah, menu sahur simple “Telur Pecah Sambal 3 Rasa”. Boleh masak untuk sahur esok.
Bahan-bahan:-
1 biji bawang besar.
2 ulas bawang putih.
3 biji telur ayam.
3 sudu cili kering.
1 sudu besar sos tiram.
1 sudu besar sos cili.
1 sudu besar sos tomato.
1 cawan air.
Sedikit daun bawang jika ada.
Cara masak ada pada setiap gambar. Jom kita mulakan.
Cara membuat:
Panaskan minyak, tumis bawang merah dan putih yang dihiris halus.
Bila dah kekuningan dan naik bau, masuk 3 sudu cili kering. Tumis lagi sampai pecah minyak.
Masuk pula 3 beradik sos tiram, tomato dan cili. Kacau sama rata.
Pastikan sambal masak elok dan pecah minyak. Barulah masakan jadi sedap.
Masuk pula air dan kacau lagi. Tunggu sampai kuah sedikit pekat.
Rasa lah sikit, kalau ada yang kurang boleh tambah gula dan garam.
Rasa kuah dah sempoi, pecah je telur macam saya buat tu.
Tabur daun sup kalau ada dalam peti ais. Tak letak pun sedap je. Saja la serabutkan dalam kuali tu.
Saya tak kacau sebab tak nak telur tu hancur.
Terbalikkan telur tu kalau nak bagi masak sama rata. Tutup api. SIAP!
Noryn Aziz berkongsi rahsia gaya hidup sihat apabila berjaya meninggalkan makanan segera selama bertahun-tahun, mengurangkan pengambilan nasi dan mengamalkan kawalan kalori setiap hari.