Jika sebelum ini kita selalu terbaca dan mendengar nasihat daripada Doktor Pakar Sakit Puan yang terkenal, Datuk Dr Hamid Arshat tentang tips dan info kesihatan. Apa yang dikongsikan olehnya, cukup bermanfaat.

Begitu juga bila mana Doktor Hamid Arshat ini menulis berkaitan tips kewangan, ada formulanya yang tersendiri dan ada baiknya kita fahami perkongsiannya ini. Semoga dengan bijaknya kita mengurus kewangan keluarga, akan menjadikan keluarga kita senang dan tiada menanggung beban kewangan.

Jom semak.

BIJAK MENGURUS KEWANGAN

Dr Hamid Arshat Selain Hebat Kongsi Ilmu Kesihatan, Formula Urus Kewangan Keluarga Daripadanya Juga Bagus Dipraktikkan!

Bila kita kaji faktor-faktor yang menyebabkan seseorang itu berjaya dan jadi kaya, faktor terpenting sekali ialah pengurusan kewangan yang bijak. Formula untuk capai kebebasan kewangan (financial freedom) ialah dengan kurangkan perbelanjaan dan tingkatkan pendapatan.

IKLAN

1. Disiplinkan diri, kawal nafsu. Buku catitan kewangan
Untuk mencapai tujuan ini, kita perlu disiplinkan diri, pandai kawal nafsu dan naluri. Nafsu mengajak kita, hendak ini dan itu, beli itu dan beli ini, sedangkan kita tidak memerlukan nya.
Jadikan satu tabiat untuk mencatit semua perbelanjaan dan juga pendapatan untuk kita pantau status kewangan kita setiap masa.

2. Antara kemahuan dan keperluan
Kita mudah terpengaruh dengan kemewahan orang lain sedangkan kita munkin tidak mampu. Melihat kereta kawan model baru dan cantik, kita pun teringin membeli. Munkin kita tidak perlu.
Tentukan kita perlu sesuatu barang sebelum kita beli. Bila teringin beli yang melibatkan belanja besar, saperti beli kereta, beli rumah, bercuti keluar negara, tangguh keputusan dan fikir betul-betul dan analisa segala implikasa kos dan cara pembiayaan.

3. Sinaraikan barangan untuk dibeli
Sering kita berbelanja ikut impulse bukan ikut perancangan, munkin barangan itu ada sale atau discount. Jauhkan amalan ini, ia sangat merosakkan pengurusan kewangan kita.
Terbaik kita bawa sinarai barangan untuk dibeli. Buat perancangan bagi setiap perbelanjaan serta anggaran kos.

Dr Hamid Arshat Selain Hebat Kongsi Ilmu Kesihatan, Formula Urus Kewangan Keluarga Daripadanya Juga Bagus Dipraktikkan!

IKLAN

4. Guna wang tunai
Tabiat berbelanja gunakan credit card juga boleh bawa padah. Kita sering tidak sedar jumlah wang yang kita telah belanjakan. Kalau kita guna wang tunai untuk bayar , kita akan berasa gerun sedikit. Jika kita tidak selesai hutang credit card, kita akan dikenakan bayaran faedah antara 1.5 – 2% setiap bulan. Memang boleh jadi parah kedudukan kewangan kita.

5. Jauhkan dibelenggu hutang
Mudah untuk kita ambil hutang, tapi amat berat hendak membayar. Berhutang untuk beli aset hartanah memang amalan biasa, aset meningkat nilai.
Beli kereta jadi liability kerana cepat susut nilai. Jadi satu amalan orang yang sedang bina kekayaan untuk beli kereta terpakai 2 atau 3 tahun.
Selesaikan semua hutang2 sebelum bersara, umor 60 tahun. Lagi awal selesai hutang lagi lapang fikiran.

6. Kukuhkan tabiat menyimpan dan melabur
Buka akaun Tabung Haji dan pelaburan ASB secepat munkin. Cadangan saya setiap bayi yang dilahirkan patut dihadiahkan kedua akaun tabungan tersebut.
Sebaiknya setiap orang yang berkerja perlu menyimpan dalam 10% dari gajinya setiap bulan dalam Tabung Haji dan/atau ASB. Bila gaji atau pendapatan meningkat, tambah simpanan dan pelaburan.
Simpanan dalam Tabung Haji tidak dikenakan cukai dan zakat telah dibayar. Memang sangat sesuai untuk umat Islam.
Kunci tabungan ini untuk keperluan tunai fardu haji dan umrah. Juga untuk kegunaan lepas bersara, untuk kecemasan atau lain-lain yang amat perlu.

IKLAN

7. Berkorban dan nikmati kepuasan jangka panjang
Demi untuk mencapai kejayaan dan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat, kita perlu bijak mengurus kewangan serta banyak buat pengorbanan. Untuk jadi kaya tidak semestinya kita berpendatan tinggi, tetapi lebih penting lagi kita boleh kawal perbelanjaan dan lebih menyimpan.
Mithalnya kita boleh kurangkan belanja dengan bawa bekal untuk makan tengah hari dan kurangkan makan diluar rumah. Banyak lagi perkara-perkara yang boleh kita buat kawal perbelanjaan. Tiada jalan pintas untuk jadi kaya. Jauhkan sama sekali mana-mana Skim Cepat Kaya.

8. Kebebasan kewangan (Financial Freedom)
Apabila simpanan, pelaburan dan sewaan hartanah atau keuntungan bisnes kita melebihi dari kos untuk keperluan sara hidup, kita dianggap telah berjaya mencapai tahap”Kebebasan kewangan” atau Financial Freedom.
Masih ramai lagi dikalangan kita yang belum capai ketahap tersebut walau pun telah sampai umur bersara.

Untuk mencapai tahap Kebebasan kewangan, langkah terbaik ialah untuk menjadi “self employed’ atau menjadi usahawan. Mulakan bisnes sendiri dengan kecilan dan kembangkan beransur-beransur ikut kemampuan.
Malangnya kebanyakkan umat Islam Malayasia lebih suka berkerja makan gaji. Ramai dikalangan kita masih dikongkong dengan subsidy mentality. Kita perlu buka minda
Semoga kita berjaya dan bahagia dunia akhirat.

 

Sumber : Dr. Hamid Arshat 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI